Wednesday, September 22, 2010

Rumah lelong bukan lagi niche market

Rumah lelong bukan lagi niche market
Membeli hartanah melalui acara lelongan bukanlah lagi niche market. Persaingan sekarang sentiasa sengit, walaupun kadangkala terdapat beberapa kes kita bernasib baik dapat harga reserve atau menang pada harga yang rendah. Semakin ramai yang mula membeli hartanah melalui acara lelongan, dan kebanyakannya follow hot area yang sudah diketahui ramai, mengakibatkan harga belian meningkat. Kita tak dapat selalu beli hartanah dibawah 20-30 % market value. Satu factor yang menyumbang kurangnya aku menulis di blog adalah kerana ini. Ingat seronok ke tengok orang beli hartanah mahal2 dah dekat dengan market price? Habis aku nak beli lagi macam mana? Kena follow trend beli harga tinggi? Hahahah.. tak payah.. Sebagai contoh, di Sri Kembangan, apartment yang dahulunya biasa dibeli pada harga di bawah 95k, kini setiap kali lelongan sekurang2nya naik sehingga 105k. Dengan market value sekitar 120k, Padahal setiap bulan, pasti ada lelongan untuk unit di sini. Aku tak mampu advice client beli pada harga tinggi, disebabkan kita mahukan pulangan yang berpatutan atas pelaburan yang kita buat. Client aku, kebanyakannya pelabur hartanah seperti aku. Lain cerita kalau membida untuk duduk sendiri. Dapat harga below 10-20% market value pun dah cukup baik. Kalau nilai pulangan below 10%, aku rasa ada baiknya kita terus menyimpan di asb.

Untuk menjadikan hartanah lelongan niche market semula, agak sukar, sebab kebanyakan orang telah mengetahuinya. Tapi, sekiranya langkah Bank Negara menetapkan margin of finance pada 80%, terdapat kemungkinan yang pelaburan hartanah boleh menjadi niche market semula. Tak semua orang, buat masa ini, mampu untuk fork out 20% untuk di jadikan deposit pembelian rumah. 20% deposit dah macam deposit untuk beli 2 hartanah. Kalau sebelum ini kita boleh beli 4-5 rumah setahun, mungkin bila Bank Negara laksanakan pembaharuan ini, peluang untuk membeli semula pada harga rendah terbuka semula. Ya, aku sokong langkah untuk mengurangkan margin of finance kepada 80% kerana aku seorang pelabur. Aku menggalakkan orang membeli hartanah, kerana aku juga pembeli hartanah. Pada aku, kita akan nampak susah pada permulaan pembelian sahaja, bila kita terpaksa keluarkan 20% deposit. Hal2 yang berlaku selepas itu, aku rasa, dengan apa yang aku buat sekarang, kita boleh dapatkan semula modal permulaan 20% kita tersebut, malahan ada untung lagi. Seperti biasa, rolling2 rolling2.. Kalau dapat beli secara tunai, kemudian cagarkan/buat pinjaman bank pada margin 80%, masih ada untungkan.. (Kalau beli below market value 30-40% la.. hahahaha).

Muka hadapan Utusan Malaysia memaparkan berita ini. Ya, kerajaan masih mengekalkan margin of finance pada kadar 90%. Tapi itu tidak tertakluk pada pembelian hartanah ke 2,3 dan seterusnya. Ada juga kes2 terbaru client Satu Solution tidak dapat margin 90%, disebabkan komitmen yang tinggi, dan juga disebabkan pembelian yang ke 2 dan seterusnya. Ada juga yang tak dapat loan langsung, nasib baik ada standby cash. Langkah terbaik macam tu la.. kalau tidak, hangus deposit. Ada juga tak bernasib baik, tiada standby cash, lalu hangus la deposit.

Apa cerita lepas raya ni? Kita masih dalam mood raya kan? Aku dan Bri dalam perancangan untuk buat TT bergerak dan juga Sambutan Hari Raya dengan aku dan Bri di office kami. Juga perancangan untuk membuka kelas pelaburan hartanah lelong untuk beginner dan novice. Expert tak payah kot.. kalau dah expert nak pergi kelas buat hapa lagi.. hahahah.. Juga sessi permainan Cashflow 101. Kemungkinan besar 1 June Aku dan Bri akan buat TT pertama, mungkin di kawasan office kami, Bandar Sri Permaisuri. Ada orang nak datang tak? Dan esoknya, 2 Oct, Open House Satu Solution pula.. Ok tak?? Seriously, jadual aku padat sampai hujung bulan. Terkejar2 sini sana. Sebab itu nak buat TT dan Open House bulan Oct. Lastly, aku dan Bri tengah cari sumber nak pasang mesin kad kredit, senang nanti client nak beli rumah, swipe je. Lagi bagus kalau dapat yang boleh convert 12-36 months installment. Nak beli rumah? Nak repair rumah? Nak bayar yuran peguam? Nak apa lagi?? Leretkan sahaja kad anda… hahahahah… hohohoho..