Sunday, September 26, 2010

Cerita Rumah Lelong Ridzuan

Jumaat yang lepas, seperti hari2 biasa sepanjang minggu ini, aku turun membida untuk pihak client. Kalah lagi.. hahahah.. rasa2 budget dah power, dah cukup tinggi, ada orang lain lagi tinggi. Landed property di Puchong, 9 pembida. Tapi yang paling ramai pembida, satu unit di Sri Desa Apt, dengan 35 pembida. Dari harga 120k naik kepada 211k. Selesai lelongan, lepak dengan pelelong Ehsan jap sementara menunggu Ridzuan datang. Ali Ehsan cakap dia masuk Astro Awani siaran pukul 4.30pm tentang property talk. Nak tengok apa, aku kat tempat lelong, dengan dia. Lebih kurang pukul 5.00pm Ridzuan sampai, aku dan Ridzuan ke office lawyer Ridzuan dulu. Kes Ridzuan ni, aku advice dia untuk beli satu unit apt di Ampang pada bulan June yang lepas, di lelongan Mega RHB. Menang pada harga reserve 124k sahaja berbanding market value sekitar 200k. Sebelum bidding, aku dah turun site untuk survey, nampak ada orang tapi tak buka pintu. Barang2 banyak di luar rumah. Following my guts, aku advice Ridzuan untuk masuk membida. Dengan tempoh 120 hari, kami ada banyak masa. So far lawyer dah advice pihak bank untuk released payment kepada pihak RHB sebagai bank pelelong. Cuma masalah tak dapat tengok rumah dan berjumpa dengan penghuni sahaja lagi.

Selepas menang dahulu, aku ada pergi lagi untuk jumpa penghuni, tapi tiada orang di rumah. Beberapa hari sebelum puasa aku ada pergi lagi, dan dapat berjumpa dengan penghuni. Yang ada cuma seorang nenek yang baru sampai dari kampung untuk berpuasa bersama keluarganya, dan cucu2 nya. Dari pertanyaan yang aku buat, rumah ini milik mereka. Aku dapatkan no phone tuan rumah untuk aku call kemudian. Agak kerap aku call dan sms, dia cuma balas sekali sahaja. Katanya nak call aku balik, tapi sampai sudah tak call aku. Macam cubaan untuk mengelak. Kita bagi peluang dahulu. Lagipun tempoh masih panjang lagi. Ridzuan tak banyak masa, isnin dia dah nak terbang semula ke Dubai, jadi, Jumaat lepas kami terjah saja ke unit tersebut.

Sesampai disana lebih kurang pukul 8 malam. Agak lama nak buka pintu, akhirnya anaknya yang aku jumpa sebelum ini, buka pintu. Katanya ibu bapanya keluar pergi beli makanan. Kami katakana, kami datang nak tengok rumah sahaja. Kalau begitu, lebih kurang sejam lagi kami datang semula. Sementara tu, lepak di bawah makan nasi lemak. Lebih kurang pukul 9 malam, kami naik semula ke unit terbabit, setelah lama ketuk pintu dan tunggu diluar, akhirnya dapat juga kami berjumpa dengan tuan rumah tersebut. Dia keluar bersama isterinya. Dia tak dapat bagi kami masuk dalam, sebab banyak barang dalam rumah dia. Dari cerita2 dia, dahulunya dia ada kedai makan, tapi business tak jalan, kedai pun tutup, banyak barang2 perniagaan terpaksa diletakkan di rumah dan di beberapa tempat lain. Dia sebenarnya kecewa dengan pihak bank, yang tak dapat bertimbang rasa dan berbudi bicara untuk menunggu dia melangsaikan tunggakan. Tutur kata dia baik, dia rela serahkan unit ini pada Ridzuan, Cuma dia minta tempoh sedikit untuk dia cari rumah lain dan akan handover unit tersebut bulan hadapan. Pada aku, bank patut lebih bertimbang rasa dan bagi sedikit masa. Sebenarnya bank dah terima duit epf dan ada lump sum payment yang tuan rumah dah jelaskan juga (menurut katanya), cuma tunggakan berbaki lebih kurang 3k sahaja tidak dapat dilangsaikan lagi. Kerana kecewa, setelah penat berusaha sana sini akhirnya dikecewakan, mereka ambil keputusan untuk ignore sahaja, termasuk ignore bakal pembeli dan pembeli baru. Sebab itu dia tak jawab panggilan aku dan tak buka pintu. Tapi akhirnya dia fikir, dia patut jumpa kami. Kesimpulannya, dia akan keluar bulan hadapan, dan unit boleh disewakan. Kadar sewa pun boleh tahan, antara 1-1.2k sebulan boleh dapat. Halfway settle. Aku harap tiada apa2 masalah lagi selepas ini.

Semalam, di lelongan NCM, unit2 yang aku nak bida, semuanya called off. Hahahahah.. unit di Sri Kembangan aku tak masuk. Seperti biasa, dari RP 90k dengan 10 pembida, harga mati pada 108k. Telah ku duga, harga akan naik melebihi 105k. Tak sia2 aku tak masuk membida.

Untuk sessi TT, di tetapkan di Line Clear, Bandar Sri Permaisuri, berdekatan dengan office kami. Waktu selepas pukul 9.30 malam pada 2 Oktober. Sessi open house akan di tetapkan kemudian, kerana Bri nak buat open house untunk geng Hartawan Hartanah dia sekali. Berjumpa kita 2 Oktober nanti okey!!

4 comments:

tuanbri said...

Ok...kita jumpa 2 Oktober...tapi kat posting kau sebelum ni tulis bulan June..mana satu betul??

oh, macha...lupa pulak...memang berbelit..

see ya!

Matjoe said...

harap happy ending ler kisah ridzuan ni

line clear mcm a razak mohaideen jer

khir said...

huhu...saya budak baru belajar...

faris said...

sama2 la belajar..

Jom matjoe.. turun TT

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com