Tuesday, September 28, 2010

Jemputan ke Open House Satu Solution

2 Oktober ini, Satu Solution akan mengadakan open house. Bermula dari pukul 2.00 petang, di jemput rakan2 dan sahabat handai sekalian hadir ke majlis kami. Acara makan2, sembang2, cerita raya, cerita rumah lelong, semua boleh. Nak main cash flow pun boleh. Malamnya, pukul 9.30 malam, kita akan buat TT di Nasi Kandar Line Clear pula. Sila lah datang.

Alamat : 33-2 Jalan Dwitasik, Dataran Dwitasik, 56000 Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Tuan Besar Satu Solution, Tuanbri @ 016-3106500

Kita buka cerita lelong pulak. Semalam petang aku dan Bri ke Ehsan untuk membida bagi pihak client lagi. 2 unit hartanah yang hot. Hartanah pertama, sebuah low cost berdekatan dengan office Satu Solution yang sememangnya hot. Harga tak menentu, kadang2 boleh dapat below 60k (jarang2..), kadang2 boleh dapat below 70k (kadang2..) tapi selalunya, kena siapkan target atas 70k kalau serius membeli. Kalau target bawah 65k tu, boleh dikatakan bakal membuang masa sahaja. Nak cuba boleh, tapi kemungkinan besar akan tewas. Target Azhar tinggi juga. Block D bhai.. baru lagi. Rumah pun cantik, nampak macam takde orang. Bila lelongan dimulakan, 8 orang yang masuk membida. Hahahah.. Dari harga 50k, masuk ke angka 70k, dah tinggal 2-3 orang serious bidder sahaja yang masih menyambut bidaan, termasuk aku. Akhirnya? Harga mati pada 80k. Mahal sangat dah tu. Ah.. tiap2 bulan ada unit lelong di sini, bulan depan cuba lagi. Hartanah kedua, sebuah apartment di Shah Alam, dengan harga rizab 180k. Hot tempat ni dari semenjak belum adanya MSU lagi. Bila siapnya MSU bertambah2 hot tempat ni. Seriously, kalau masuk lelong sebelum ini, 180k ni orang tak pandang lagi. Last lelongan, Pendekar Nija masuk dan menang pada harga 174k. Itupun dah kira harga yang tertinggi buat masa itu. Sebelum lelongan bermula, agent2 try mencari pembida2 terlibat untuk nego. Rupanya semua taknak nego, masing2 cuma nak offer, dan angkat rumah, tak mahu accept offer. Pendekar Renza yang sebelum ini pernah menang pada harga 160k, akan melawan. Dengan hanya 3 pembida, debaran bermula. Nilai sekali bidaan di tetapkan 2k setiap kenaikan. Dari 180k, naik perlahan2 ke 190k dan mula melepasi 200k. Pendekar Renza terus bertarung dengan agent Cina yang selalu masuk membida area ini juga. Dari 200k angka terus meningkat ke 210k… 220k.. malahan melepasi 230k… hahahahah.. aku dah cuak.. Pendekar Renza masih melayan.. agent Cina juga masih melawan.. akhirnya.. agent Cina menang pada harga 236k.. Arrgghh.. rekod yang gila… Orang2 Kaya Shah Alam yang lain hanya ketawa mendengar harga baru ini. Hahahahaha… Dengar cerita kadar sewa di sini dah cecah 2k satu unit. Boleh la Nija letak sardine 10 ekor bila dia dah mula sewakan unit 174k dia nanti. Unit yang Renza dapat sebelum ini, dah selamat di isi oleh 10 sardine juga. Tak tau la sardine perempuan ke, sardine lelaki. Jangan kecewa Pendekar Renza, bulan depan kita cuba lagi.. hehehh
Ada satu unit Teratak yang dilelong pada 54k semalam, tiada pembida. Sebelum ini harga 60k, tiada pembida juga. Jadi, next auction harga akan turun menjadi 48.6k sahaja. Menurut pelelong, kemungkinan besar unit ini akan di lelong semula bulan Oktober nanti, Lelongan Mega RHB. Ya.. Lelongan Mega RHB akan kembali bulan Oktober nanti. Bersedia untuk membida nanti.

Malamnya aku ke Shah Alam nak usha rumah yang akan di lelong esok, sambil berjumpa dengan Joefizi. Joefizi ni pun boleh tahan power, anak didik Asri Anak Rombau. Mana Asri eh? Lama tak dengar cerita. Esok nak bida satu unit untuk abang Joefizi. Ada cerita menarik juga di sebalik cerita nak masuk lelong ni. Sebenarnya, beberapa minggu yang lepas, Abang Joefizi dah survey satu unit apartment untuk pembelian subsale. Unit yang dia nak beli ni, di miliki oleh seorang kontraktor. Rumah diduduki oleh adik pemilik tersebut. Abang Joefizi pun dah setuju la nak beli. Minggu lepas baru bayar duit booking 1k. Sekali Joefizi pun bagitau la ada satu unit nak lelong di kawasan yang sama. Lepas dapat detail dan info melalui POS, rupa2nya, rumah yang nak dilelong ni, rumah yang abang Joefizi nak beli dari subsale ni la. Hahahahah… owner sudah kencing sama abang Joefizi da.. Joefizi pun tak tau apa kesudahan cerita ni, yang penting, esok nak bida dulu unit ni. Sehingga pukul 7 petang ni, unit tersebut masih on lagi untuk di lelong. Kita tengok esok apa cerita.

Lelongan pagi tadi pun takde bawak balik hasil. 2 yang kita nak masuk, satu dah pun called off. Tinggal satu tu pun, harga naik dari 64k kepada 79k. Masa harga 72k lelongan yang lepas bulan July, takde sape nak masuk.. Esok, Bri akan turun lelongan di KL dan aku akan ke lelongan di luar KL pula.

*jangan lupa datang 2 Oktober ni!!

18 comments:

renza razali said...

hahaha..ekceli agen cina tu dah kena main dgn aku bila bidding price dah equal to mv.

thats why aku bwk wife aku recce 'mkt intelligence' kali ni. apapun ada org 'menggelupur'..tp yg pastinya bkn agen tu (sbb apapun dia masyuk..hehehe)

faris said...

Aku pulak yang cuak.. gila ahh.. hahah.. agent tu memang masyukk..

Nija Amri said...

faris
dah tgk belom movie micheal moore tuh?
any comments?

tuanbri said...

Nija - kau jgn tanya la macha tu...mana ada masa nak tgk movie..

Ren - aku 3 kali panggil nama kau masa tu..nak cool down kan kau....

ren, dah la..
ren dah la...
ren, dah laa....

samsul said...

tu bukan lagi MV tu.. dah mencanak tu... nasib baik la dapat cilok tempat tu before org aware.. skang ni dah susah dah.. satu malaya dah tau.. pe pun.. agent tu mmg masyuk

kalau dah lepas 230k, baik masuk cyberjaya.. confirm bleh dapat rental 2k

faris said...

@ Nija : aku baru tengok sejam yang pertama. Best2.. Dead peasent policy... condo vultures.. foreclosure sales.. sungguh capitalist.. hahha.. terkena gak kita semua.. malam ni baru nak layan sejam yang kedua..

@ Samsul : Sungguh betul.. kalau dah 230k.. walaupun sewa boleh dapat 2k.. baik cari tempat lain yang boleh bagi sewa 2k tapi harga dalam range 200k lagi kan.. Kalau cyber 230k aku rasa takde masalah nak menang.. heheh

sourplum said...

nija.. ape tjuk movie micheal moore tu?

Nija Amri said...

sourplum - capitalism: a love story (2009)
Yg lenlain (bri/samsul/renza) - tengok jgn x tengok...hahahha

peruzz said...

wooww.. ade open aauss.. kalo kene ngan taim..aku free.. boleh dok aku joiinn??

menggilos sudah rumah lelong skrg..
bro renza..layan aje..kasik org tuh abes modal.. hahaha.. pawer broo

renza razali said...

faris/tn bri: korang punya 'signal' aku perasan tp wife aku suruh 'layan'kan jer cina tu (sbb dia dah perasan muka cina tu dr kelabu tuko jd merah masa lwn angkat pedel..muahahaha)

samsul/nija: walawei! kita berjiran tu! hehehe. bila mao melawat adek2 manesz dr msu sama2? muahahaha

nija: aku teringin nak tgk citer tu. cd cetak-rampok kat mana leh dpt? aku bknnya ada duit nak beli yg ori nyer. lg 1 aku tak perasan aku lwn dgn kau ritu. kalo aku tau, awal2 aku minta duit kupi dr kau..muahahaha

peruzz: nak layan kena atur strategi. jgn maen hantam jer (nanti kena hantam balik muahaha)

Nija Amri said...

renza: tu la... kwn2 takmo lawan la bro...(dah masuk 3 kali kot vs kau ni. lenkali buat style aku deal ngan samsul jek. citer tu mntak ngan faris. dia ada sekopi

faris said...

aku tak download la cerita tu.. nanti la aku download.. aku just tgk direct from megaupload je.. streaming.

Korang geng2 Shah Alam yang kuat.. susah orang lain nak lawan.. fikirkan la cara nak kerjasama.. heheh..

Anonymous said...

bri,

rumah gombak tu owner setelkan dgn bank dalam 12 tgh hari.
owner tu sempat call abnag aku
makne ye, unit lelong ni boleh call off anytime je.
kalau lelong pukul 3pm, owner bayar duit pada 2 pm pun boleh call off.

joefizi

maimat said...

Tuan,

oih hebat cerita shah alam nih! cyberjaya pun tak ada rumah lately nih senyap sunyi..

mailmat said...

Tuan,

oih hebat cerita shah alam nih! cyberjaya pun tak ada rumah lately nih senyap sunyi..

Nija Amri said...

faris: opss...ha'ah aku lupa aritu ko kasitau aku ada a/c megaupload...

renza: kalu jumpa aku leh kasik copy no hal

renza razali said...

nija & samsul: jom ngeteh bila2 di shah alam. leh gak borak2. aku kat seksyen 7

samsul said...

renza & nija: aku okay je ngeteh.. aku klau OKSA Renza masuk, mmg surrender awal2..

kalau masuk cyber pulak, dengar nama OK mailmat.. mmg kecut lah..

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com