Thursday, October 28, 2010

Teratak Muhibbah 48k

Next TT stop adalah pada 6 November bersamaan hari Sabtu. 5 November adalah cuti umum sempena Deepavali. Sila cadangkan lokasi. Kalau tak ramai pun tak mengapa. Tempat2 yang aku cadangkan :

Puchong
Kajang
Bangi
Wangsa Maju
Ampang

Sila vote untuk memilih next TT stop. Kalau aku yang pilih, dah tentu Puchong. Pelita Nasi Kandar sebelah IOI Mall atau Restoran AK Din Maju depan rumah aku.. hahahah..



Cerita Lelong.

Sejak last aku update blog 10 October sehingga ke hari ini, Satu Solution (Aku dan Bri) dah masuk lebih kurang 30 unit hartanah lelong. Memang banyak. Menangnya? Cuma 6 sahaja setakat ini. Seperti biasa, ada yang called off dan ada yang tewas dan ada yang menang. Called off kalau dapat tahu awal tak kisah sangat, ini.. last minit called off yang tak puas hati. Sia2 dah buat bank draft, dah survey hartanah. Tak kisah.. kita tetap akan mencuba lagi. Esok pagi dan petang aku akan ke acara lelongan lagi untuk membida bagi pihak clients.



Market lelong memang tak menentu, tapi lebih ke arah susah nak dapat. Macam hartanah di Bandar Sri Permaisuri, harga semakin naik. Cemara dah mula melepasi harga 150k, Penara memang dah lebih 75k, tak perlu di perkecohkan lagi. Hari ini, Apt di Prisma Cheras, walaupun studio unit 1 bilik bersaiz 710sqft, menarik minat 16 pembida. Dari harga 100k, naik kepada 135k. Puncak Alam, satu kawasan yang sebelum ini tiada orang berminat, dah mula menarik perhatian pelabur. Setiap kali unit di lelong, 5-8 orang juga yang akan masuk membida. Macam semalam, aku cuba bida untuk En Naja, dari harga 43k naik kepada 64k dengan 7 pembida. Percubaan pertama En Ari dan Puan Zara untuk mendapatkan haratanah lelong di Setia Alam hari ini juga gagal bila harga dari 43k naik kepada 64k dengan 6 pembida. Sila cuba lagi.




Tapi kalau dah bernasib baik, rezeki tak ke mana. Macam minggu lepas, Samsul Brunsfield yang dapat pangsapuri di Damansara pada harga 48k, Maria yang dapat Desa Mentari pada harga 43k, Engku Farhan yang dapat 2 pangsapuri pada harga 29k dan 42k, dan hari ini, En Rodi pula yang dapat Teratak pada harga reserve 48k. Kan aku dah mention sebelum ini, dari 60k, tiada pembida dan lelongan semula pada harga 54k, dan kemudian tiada pembida, harga turun lagi kepada 48k. Teratak Muhibbah dapat pada harga 48k? Hahahahah.. memang bertuah betul En Rodi. Mesti (Aku Yakin!!) ada yang menyesal sebab tak masuk kan? Ya.. kadang2 kita takut nak masuk disebabkan persepsi akan ada orang lain yang akan masuk membida juga. Tak cuba kita tak tahu..

Sebagai ingatan, kalau nak mendaftar lelongan dengan aku dan Bri, aku minta tolong untuk daftar awal. Kalau berminat nak masuk mana2 unit, email atau call aku dan Bri awal. Masalah utama adalah untuk pastikan bank cover atau tidak tunggakan maintenance, dan kalau dalam POS kata tak cover, kita kena minta pihak bank faxkan surat menyatakan mereka cover maintenance (Resolution Alliance, Standard Chartered dan beberapa bank yang lain). Juga untuk aku hantarkan pendaftaran kepada pihak bank. Aku tak galakkan kerja last minute. Bahaya. Bayangkan.. esok nak lelong,hari ini atau malam ini baru fikir nak masuk lelong, rushing nak buat bank draft lagi, nak minta bank fax kan surat lagi, nak survey unit lagi. Payah bai… Mana sempat. Korang kena ingat, banyak bank yang tak cover maintenance kalau berpandukan POS. Sebagai contoh macam Resolution Alliance, Standard Chartered, Maybank, Public Bank dan lain2 lagi (bagi contoh sikit sudah.. hahah). Cover atau tak cover juga, ada bank yang berpandukan dah berapa kali lelongan untuk unit tersebut. Jadi.. daftar awal untuk elakkan masalah.

12 comments:

~tuah.rimbun~ said...

tahniah bro.. ada menang..
bab desa mentari menang tu, tercabar pulak aku rasa...

rezeki masing2...

wadie7990 said...

aiseyy mann...nape buat TT masa weekend sambung dgn cuti umum..for sure ramai yg bercuti dan blk kg ni, termasuk ler akuu..cdgan aku buat 30 okt mlm atau 13 nov mlm..ko guano boh?

topeq said...

ok gak tu cadangan brader wadie7990...sbab cuti pjg ni rmai yg pulang ke kg..termasuk la aku..hehehe...

sourplum said...

aku join TT
sila info jika lewat
tQ
=)

algu said...

puchong laa..
insyaallah aku join..

cengkok said...

tahniah kpd yg menang..teratak 48k..best berbaloi baloi.

Boleh cuba lagi..keep going Faris.Agen hartanah memang menarik kalau minat. Insyaallah most likely I will be more active in auction after I start work in KL...can c u more often..jd ulat pun best gak

Anonymous said...

keep up bro..pandangan bernas anda buat aku semakin insaf hehehe (p/s: apsal aku nampak gemok!!!)

bird said...

faris.. ko paksa je si farhan tu decide awal2.. takde la kelam kabut.. mamat tu tgh hari nak auction, pagi baru decide.. hehe..

faris said...

Bird.. bukan Farhan sorang je pelabur last minit.. ramai.. hahah Anon yang komen sebelum kau pun dah terasa.. hahaha

Mohammad Syahman bin Abu Hasan said...

Aku undi puchong. Pelita kat IOI mall pun cantekk gak faris..

Anonymous said...

Setuju Bro...Pelita IOI utk 2 orang...

Ahmad said...

ohh...tidakkkkkk. teratak muhibbah 48k, camna aku bleh terlepasss pandang nie?

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com