Monday, September 19, 2011

Cerita Lelong : MBSB 19/9

Jadual aku hari ini agak padat. Pagi-pagi kena hantar bapak aku ke Shah Alam, kemudian hantar anak bongsu aku Hannah ke klinik, sebab muntah2. Lebih kurang pukul 11.00 pagi baru free untuk selesaikan kerja di KL. Gerak ke KL untuk 3 appointments collect documents di KLCC. Pukul 1.00 petang selesai collect documents, aku ke Ampang untuk hantar tikar getah dan tengok last touch up satu unit di sana. Pukul 2.00 petang baru selesai urusan di Ampang, aku ke TNB Menara TH-Selborn. Sampai di TNB pun pukul 2.30 petang. Aku ada masa ½ jam sahaja di TNB, kalau tak sampai turn aku, kena datang lagi esok. Aku giliran ke lapan. Pukul 3.30 petang ada auction, aku kena gerak dari TNB pukul 3.00pm. Nasib baik pukul 3.05 petang selesai urusan TNB, terus gerak ke lelongan.



Pukul 3.20 petang sampai di tempat lelongan dan mendaftar. Aku bida satu unit sahaja untuk Samsul Brunsfield. Tempat hot di Shah Alam. Last auction unit disini pernah cecah 243k walaupun tahun2 2008-2009 kebanyakan unit disini dimenangi dari lelong dalam lingkungan 140k-170k sahaja. Orang2 kaya Shah Alam macam Renza, Nija dan Samsul memang selalu masuk lelong area sini. Ada 3 apartment yang hot di kawasan ini. Hasil pertanyaan dengan rakan2 agent lain, memang ramai yang akan masuk unit ini. Memang ramai orang di auction hall. Aku nampak rakan2 lain, Izwan dan Remy.




Bila lelongan untuk unit Shah Alam ini bermula, 13 pembida keseluruhannya. Dari harga 116k, aku angkat tangan tak turun2 sampai 180k. Pembida lain masih gagah membida dan akhirnya harga mati pada 204k. Mahal. Kita cuba lagi di lain hari.



2 comments:

Matjoe said...

yes, dah ada update entry. terbaik la faris

Anonymous said...

pandai je kau labelkan aku. mana ada kaya bro..kais pg mkn pg bro (muahahaha)

btw, long time no hear?

-renza-

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com