Wednesday, September 21, 2011

Sambungan Cerita TNB : Penyelesaian


Sebelum ini aku pernah cerita bagaimana untuk menguruskan hal penukaran nama TNB untuk kes rumah lelong. Diringkaskan cerita :

- Kebanyakan cawangan TNB tidak akan mengambil kira tunggakan pemilik lama apabila penukaran nama dilakukan setelah rumah lelong dimenangi.
- Dokumen yang di perlukan hanyalah Copy IC, Copy Kontrak Lelong dan Borang penukaran nama.
- Bayaran yang dikenakan selalunya untuk deposit, stem hasil dan caj perkhidmatan.

Terdapat kes2 terpencil yang jarang berlaku :

- Perlu appoint kontraktor TNB untuk inspection bila meter telah ditanggalkan melebihi 6 bulan.
- Perlu bayar tunggakan/saman pemilik asal bila berlaku kes dispute seperti kes kecurian elektrik dan pemilik lama tiada akaun TNB lain untuk di pindahkan kompaun atau denda.
- Perlu bayar tunggakan pemilik lama untuk beberapa cawangan TNB.

Tetapi ada scenario baru yang berlainan dari kes2 di atas seperti 3 kisah yang aku cerita sebelum ini.

Penyelesaian kisah 1.
Dari tarikh unit dibeli sehingga urusan tukar nama dilakukan, tanggungjawab sudah terletak atas pemilik baru. Disebabkan jumlah keseluruhannya mengikut bacaan meter adalah RM236.00 atau purata penggunaan sebulan adalah RM23.60, maka pemilik baru perlu membayar kesemua tunggakan tersebut, berserta deposit baru. Sekiranya penggunaan untuk 10 bulan tersebut adalah di bawah RM200.00,

maka pemilik baru tidak perlu membayar disebabkan penggunaan purata di bawah RM20.00. Masalah utama di sini TNB sudah menutup akaun ini, (Tapi bekalan elektrik masih ada) dan mempunyai bacaan meter sebelum akaun ditutup, lalu pengiraan dibuat dari bacaan meter terdahulu sehingga sekarang dan dibahagi secara purata berapa bulan. Dalam kes biasa, memang TNB mempunyai bacaan dan mempunyai jumlah penggunaan bulanan pengguna.

Penyelesaian kisah 2.

Dari tarikh unit di beli sehingga sekarang, penggunaan elektrik adalah RM156.00. Pemilik baru bayar RM178.00. Dan total bil adalah RM378.00. Aku minta TNB ambil kira RM156.00 sahaja dan RM222.00 dikira bukan tanggungjawab pemilik baru. Disebabkan pemilik baru bayar RM178.00, tolak RM156.00, bakinya RM22.00. RM22.00 ini akan dimasukkan kedalam akaun pemilik baru sebagai surplus, atau terlebih bayar. Maka, untuk urusan pindah milik nama, kena bayar deposit baru sahaja, dan bawa resit pembayaran RM178.00 tersebut sebagai bukti.



Penyelesaian kisah 3
Sebenarnya memang alamat pada rekod TNB untuk unit ini adalah 2/18 berbanding alamat sebenar unit 3/18. Dari No Siri yang aku ambil dari meter menunjukkan akaun adalah untuk unit 3/18. Di sebabkan tanggungjawab pembeli baru bermula selepas tarikh unit dimenangi dan tunggakan selepas unit di menangi dari lelong adalah RM247.00, pemilik baru terpaksa membayar nilai RM247.00 tersebut, berserta deposit baru. Cuma dalam kes ini, jumlah deposit baru dapat di kurangkan kepada RM150.00, berbanding deposit RM500.00 atas nama pemaju sebelum ini.

Kesimpulan cerita.

Tanggungjawab pemilik baru atas akaun TNB bermula dari tarikh unit di menangi dari lelong. Kadang2 kita tidak menukar nama TNB segera disebabkan unit masih diduduki sama ada oleh penyewa atau pemilik asal, dan kita rasa kita tidak mahu bertanggungjawab atas penggunaan elektrik mereka. Sekiranya akaun up to date dan sentiasa di bayar, tiada masalah. Tapi jika penghuni tidak menjelaskan tunggakan, pemilik baru yang akan kena bayar. Untuk memudahkan urusan, pada aku, sekiranya unit yang dimenangi dari lelong masih berpenghuni, lebih baik urusan tukar nama dilakukan segera. Jika berlaku kes penghuni taknak keluar rumah, kita boleh batalkan akaun dan cabut meter.

*Promosi tambang murah Air Asia telah bermula pukul 12.00 malam tadi. Aku tak decide lagi nak pergi mana. Traffic agak heavy. Kalau korang dah dapat booking, jangan lupa tempah hotel dengan Laterooms.com.
Previous Post
Next Post

0 comments: