Petang tadi sepatutnya aku bida satu unit di Puchong, last minute check sebelum buat bank draft, unit disahkan telah called off.
Sementara itu, pagi tadi aku selesaikan proses tukar nama TNB untuk satu unit di Kota Damansara. Unit di bawah kawasan TNB Kepong. Seperti biasa, aku dah bawa semua dokumen dan stem hasil. Sesampai di TNB Kepong, baru sampai kaunter nak ambil nombor dah tak lepas. Dia tanya stem hasil dah matikan ke belum. Kalau belum kena matikan sendiri. Hah.. Sebelum ini aku pernah proses tukar nama di TNB Kepong, mereka masih belum kuatkuasakan peraturan ini. Malahan, kalau stem hasil tiadapun takpe, bagi duit sahaja. Nampaknya sekarang kena matikan stem siap2. Lalu aku ke LHDN Jalan Duta untuk matikan stem, kemudian patah balik semula ke TNB Kepong.
Tidak lama dahulu, TNB Puchong pernah kuatkuasakan peraturan ini. Aku kena matikan stem dahulu sebelum aku boleh progress dengan proses tukar nama. Tapi sekarang dah tak payah. Stem memang aku bawa siap2. Jadi, kadang kala peraturan yang tidak seragam dalam satu organisasi besar, boleh menyusahkan kerja orang2 macam aku.


4 comments:
relax bro.. dugaan...
BRO... tnb bangi pun mcm tu... kna gi mati nsetem dulu.. aku tany kenapa tnb pucong tak payah.. dia kata tnb pucong ada bajet runner... hahaha.. lawak kurang bijak dari tnb...
salam bro faris,
called off slalu sebab apa ek?
tringat last month nak tlg kwn bid rumah,dah wat homework semua tgal nak bid jer,2 hari sebelum bid tau2 dah called off..then pastu 3,4 lepas tu rumah tu dah advertise kat mudah,broker jual kaw2 punya harga!
rp 120k,dia jual 210 k!
mcmana broker tu bleh cilok la st2 minute???
chop
@ Chop : Sebab Called off yang biasa adalah tuan rumah asal telah menyelesaikan tunggakan atau mungkin telah membuat satu deal atau jalan penyelsaian terhadap tunggakannya, seperti pengeluaran epf mungkin. Ini sebab biasa lah.. sebab lain pun ada macam bankrupt dll.. So, dalam kes ini, mungkin.. tuan rumah berjaya menyelesaikan tunggakan dengan pihak bank, dan kemudian terus mengiklankan unit untuk di jual. Mungkin..
Post a Comment