Kadang2 orang tanya aku, kenapa aku tak diversify service
aku daripada menjadi agen hartanah lelong sahaja, di tambah kepada agen
hartanah subsale atau buat seminar untuk pelabur2 hartanah lelong. Dengan
market lelong yang sengit, susah nak menang, memang sukar untuk survive. Bila
nak kaya kalau tak boleh nak survive? Sebenarnya, aku rasa aku tiada masa yang
secukupnya untuk buat benda lain. Day to day job aku berkisar pada survey rumah
lelong, buat bank draft, masuk bidding, kalau kalah kena cari hartanah lain,
kalau menang kena settlekan urusan unit2 yang di menangi tersebut. Settlekan
dari urusan dengan banker, maintenance office, lawyer, buka rumah, baiki rumah,
TNB, Syabas, IWK dan mungkin juga dengan owner lama, penyewa. Dan bila dah
selesai, ada juga yang aku carikan penyewa. Walaupun aku jarang update blog,
tapi itu tak bermakna aku tiada kerja. Untuk jadi kaya, aku lebih tumpukan pada
portfolio investment aku. Untuk survive dan ada pekerjaan tetap daripada duduk
rumah melepak main game, makan, tidur.. aku jadi agen hartanah lelong. Life
should be simple. Aku nak ada masa untuk keluarga aku dan kadang2 memang aku
bawa anak2 aku sekali pergi acara lelongan.
Dari 7 oct last aku update blog sehingga hari ini, 22 hari,
ada 20 hartanah yang client aku nak beli melalui lelong. Dari 20 tersebut 9
cancel, 5 called off, 4 kalah dan baki lagi 2, menang dengan harga reserve. Tak
semuanya kena survey, sebab ada yang akan survey sendiri, ada juga yang cancel
tak jadi masuk atas beberapa factor lain. Ada
beberapa factor yang menjadi penentu kenapa kita cancel tak jadi masuk lelong.
Antara sebab yang popular adalah berkenaan penghuni rumah lelong dan keadaan rumah tersebut. Ada yang unit ada kuil hindu depan rumah, ada
juga isu lain.
Antara hartanah yang tewas. Satu unit apartment di Sri
Kembangan dengan market value sekitar 120k, tapi menurut agent2 rumah, ada juga
yang menjual sekitar 90k subsale. Dengan harga reserve 56k, unit dilelong oleh
Affin Bank yang tidak menanggung tunggakan maintenance sekitar 9k. Dengan
bidder sekitar 8 orang, harga mati pada 84k. 84k campur 9k dah 93k. Unit di
Sekitar Taman Mas Puchong juga ada permintaan. Walaupun terdapat beberapa
masalah dengan pemaju dalam hal tukar nama, itu tidak menjadi masalah sekiranya
unit di beli untuk tujuan sewa. Pun begitu, tewas lagi bila harga dari 54k naik
kepada 60k. Sebenarnya ada 3 orang pembida sahaja, dan salah seorang pembida
dah umumkan yang dia akan bida sehingga 60k sahaja, dan dia minta pampasan sekiranya
mahu dia tarik diri. Seorang lagi pula bagitau budget tak tinggi sangat, tapi
tak mahu deal. Aku pula mewakili client dengan budget 58k. Penyudahnya, yang
budget 60k menang pada harga 60k, yang seorang lagi last melawan pada 59k.
Pangsapuri di sekitar Seksyen 13 memang hot. Kali terakhir
aku membida untuk Samsul Brunsfield adalah pada 19 Sept yang lalu, bersekudahan
dari harga RM116k naik kepada RM204k Sabtu lepas juga aku membida untuk unit di
tempat yang sama untuk Samsul Brunsfield. Bertempat di PKNS Shah Alam, acara
lelongan agak membosankan aku. Aku baru kena demam, jadi aku agak tak aktif.
Acara lelongan pula di buat dengan cara sesi pendaftaran dari 10.00-11.00 pagi
dan lelongan di mulakan pada pukul 11.30pagi. Itupun dimulakan agak lewat.
Dimulakan dengan unit yang mempunyai single bidder, seterusnya 2 bidder, 3
bidder dan seterusnya. Di sebabkan unit ini hot, sampai 14 bidder, unit inilah
yang last sekali. Pukul 1.00 tengahari baru mula. Acara penutup kononnya. Dari 130k
pertarungan sengit sehingga angka 180k. Last aku angkat pada 192k. 4-5 orang
masih bertarung slow. Tempoh kiraan 2 dengan masa kecederaan 10 saat
melengahkan pertarungan di gunakan sepenuhnya oleh pembida. Akhirnya harga mati
pada RM224k. Abah dia la.. kalau lawan mesti lebih 200k.
Unit yang menang, salah satunya memang sudah dijangka menang
pada harga reserve. Isnin yang lepas aku turun ke JTR. Aku tau Brickfields akan
sesak, tapi tak pula aku tau tempat parking yang luas akan jadi bazaar
Deepavali. Terpaksa aku parking di KL Central. Bila aku sampai, memang tak
ramai orang. Ada
3-4 orang agent lain selain wakil dari pihak peguam dan bank. Masa aku
mendaftar, aku dah tau unit tersebut tiada orang lain masuk. Aku tanya orang
JTR, agent2 lain tu masuk unit mana, dia kata tak masuk unit mana2 pun.
Hahaha.. ulat. Kemudian datang seorang lain untuk mendaftar satu unit lain. Sebelum
bermula, agent2 ni tanya aku dengan mamat seorang lagi tu, masuk unit mana. Aku
rasa diorang dah sediakan bank draft untuk satu unit di Sri Kembangan, dan
kalau ada orang lain register, dia akan register juga untuk menangguk di air
keruh. Dan aku rasa percaturan dia tak menjadi bila unit yang diharapkan ada
orang lain masuk, rupanya tiada orang masuk. Dan untuk unit yang aku masuk ini,
harga reserve masih lagi tinggi, 89k, berbanding harga2 lelong yang selalu
dimenangi sekitar 75-80k. Cuma, aku rasa kalau tunggu lagi turun jadi 80k,
mungkin kena kacau atau kena lawan. Baik masuk sekarang. Dan client aku pun
memang nak duduk situ.
Satu lagi unit yang aku menang adalah untuk lawyer aku.
Asyik buat file untuk orang, dah beratus-ratus transaksi lelong. Ada yang dah beli
kemudian jual pun. Sekarang baru dia nak masuk. Satu unit di Petaling Jaya
dengan harga reserve RM44k. Masa aku survey unit ni, adalah budak2 tengah main2
di depan lift, disebabkan unit ini dekat dengan lift, diorang pun tengok la aku
buat apa. Unit yang takde pintu, sampah pun banyak. Tapi yang bagusnya, sampah
jenis senang nak buang la. Baju2, kotak2 dan aku tengok lantai pun tak banyak
habuk. Dinding pun bersih. Cuma 4 pintu takde, lampu kipas takde, tingkap pun
banyak yang dah hilang, wayar2 masih ada. Masih berbaloi untuk di beli dan kos
baik pulih aku anggarkan dalam RM2-3k sahaja. Jadi, bila menang harga reserve,
memang berbaloi lah.
Jadi, itulah cerita lelongnya. Esok nak masuk lagi 2 unit sebagai
penutup bulan Oktober. Listing bulan November pun dah mula keluar. 3 Nov pun
Insyaallah aku akan turun lagi.











2 comments:
LTV 70% pun persaingan rumah lelong tetap sengit...kaya-kaya belaka depa nih..kalau mcmni keadaan, jika LTV 50% pun belum tentu lg boleh menang RP dgn senang2 ni huhu..
utk pers****, min budget is 200k utk bertarung :)
-renza-
Post a Comment