Monday, October 31, 2011

Lelongan Ambank 31 Okt

Pelelong Hari Ini
Ada 2 unit di tempat yang sama aku bida petang tadi. Unit pangsapuri kos rendah di Bandar Kinrara, Puchong. 4 Bulan yang lalu, aku pernah dapatkan satu unit pangsapuri di sini dengan harga RM37k sahaja. Track record unit2 di sini pula, kebiasannya mula di beli bila harga jatuh sekitar RM40k dan selalunya boleh didapati sekitar RM50k. Tetapi apa yang berlaku hari ini adalah sesuatu yang gila. Kegilaan membeli hartanah.


Salah satu unit yang aku masuk adalah berstatus non bumi. 8 pembida mendaftar untuk unit ini. Jarang2 berlaku. Biasanya 2-3 orang sahaja yang masuk. Dari harga RM52k akhirnya harga mati pada RM67k. Tinggi.. hampir setaraf dengan Sri Penara.

Lelongan seterusnya, untuk unit bumi lot dengan harga reserve RM36k. Mulanya, aku ingat ada 2 pembida sahaja. Kemudian masuk Brader Macha yang seperti biasa, register last minute untuk unit yang sama. Tetapi, bila lelongan bermula, rupanya ada 7 pembida. Maka, pertarungan bermula. Agak kelakar bila majoriti yang membida unit ini termasuk aku dan Brader Macha berdiri berkelumpuk berdekatan dan membida untuk unit ini. Dari harga RM36k.. naik laju melepasi RM40k.. RM50k.. RM60k malahan lebih RM70k. Aku stop angkat pada RM57k sahaja. Last price.. RM71k.. heheh.. setaraf dengan harga standard Sri Penara lelong. Bukan aku atau Brader Macha yang menang. Kenapa jadi begini?? Brader Algu pun masuk lelong juga tadi untuk satu unit di Klang, yang dapat pada harga reserve RM21k sahaja.

                       

Line U Mobile buat hal hari ini. Nationwide problem. Tak boleh buat call atau received call. Habis mengamuk pengguna U Mobile di Facebook. Petang tadi pukul 6 lebih baru ok semula. Aku pengguna U Mobile.





2 comments:

Mr MY Power Tools said...

tahniah bro... akhirnya blog ko update lagi...

bird said...

auctioneer sambilan tu tgh semangat deepavali tu.. baju sungguh warna warni haha..

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com