Friday, March 23, 2012

Cerita Lelongan Bulan Feb

Bercerita tentang aktiviti lelongan aku, memang sibuk. Kadang2 aku kena minta tolong orang lain pergi bidding sementara aku ke tempat bidding lain, kalau clash 2 atau 3 tempat pada hari dan waktu yang sama. Tapi itu lah, nak dapatkan kemenangan, bukan senang. Jadi, hari ini aku ceritakan 3 unit yang client aku menang bulan lepas. Dari total lebih kurang 40 unit yang aku masuk, untuk 14 client yang berlainan, 3 menang untuk 3 client yang berlainan. Unit pertama yang dimenangi, untuk Puan Azian. Satu low cost flat dekat dengan rumah aku. Percubaan pertama masuk lelong setelah a few unit di survey. Puan Azian bernasib baik dapat pada harga yang baik, RM43k sahaja. Penilai hartanah telah meletakkan nilai 75k untuk unit di kawasan ini.  Unit kosong, telah lama tidak berpenghuni. Jiran2 pun tak tau kalau ada masalah dengan unit ini. Nampak dari luar memang ok. Setelah unit dimenangi, beberapa hari kemudiannya, aku pun buat ops pecah rumah. Tiada masalah besar, kerana unit hanya menggunakan kunci gril biasa, tidak berpad lock, dan kunci pintu jenis mortise lock. Cuma air dah kena potong sebab bil tertunggak 1k++ , elektrik masih ada, dengan tunggakan RM70++. Cuma masalah besarnya, terdapat leaking yang agak parah di bahagian atas, bahagian dapur. Tiada penghuni yang menduduki unit di tingkat atas, menurut pejabat pengurusan, penyewa agak baru juga mengosongkan unit diatas. Aku dah dapat no telefon pemilik tingkat atas, Dah call dan maklumkan pada pemilik atas, cuma belum set appointment untuk berjumpa. Kerja2 baik pulih terpaksa ditangguhkan sementara untuk mendahulukan baik pulih leaking tersebut. Dengan harga beli 43k, bayaran bulanan sekitar 200.00 sahaja. Kalau dapat sewa sekitar 400.00 pun ok. Dalam masa 2 tahun lagi, dijangkakan sewa bakal melonjak naik.

Unit kedua yang aku menang untuk client, adalah dikawasan yang sama. Cuma, dari harga reserve 43k, ada pulak orang lain yang berminat juga. Disebabkan lelongan hari Jumaat di PAH dan hari tersebut jalan agak jammed selepas solat Jumaat, apatah lagi Pas ada buat demonstrasi depan kedutaan AS, aku sampai ngam2 dekat2 pukul 3. Tak sempat nak cari siapa lagi yang masuk unit ini, walaupun aku berharap dapat menang harga reserve juga. Aku turun dengan pembeli, sang suami yang menggunakan nama isterinya. Pembelian untuk duduk sendiri, dan dari perbincangan awal, dia budget harga reserve sahaja, disebabkan aku dah bagitau ada banyak lagi unit disini yang akan dilelong, dengan harga lebih kurang sama. Sebenarnya, budget awal aku nak masukkan Puan Azian untuk unit ini, tapi unit ini masih diduduki oleh pemilik asal, dan itu tidak kena dengan criteria Puan Azian. Dalam masa yang sama pula, brader Shamsul yang berkawan dengan budak2 Giant Puchong (tempat wife aku kerja), berminat nak beli unit disini. Disebabkan aku dah survey dengan dia sekali, untuk unit ini, dan dia pun berminat dengan unit ini (corner lot), dari budget asal 43k, terbabas pulak ke harga 53k, disebabkan ada orang lawan. Sebelum lelong aku dah jumpa dengan wife pemilik unit ini, dan dia nampak rela kalau ada orang lain beli unit ini. Pasrah. Dan selepas lelong, aku ke sana lagi, tapi owner tiada juga, kerja. Jadi aku akan ke sana lagi once loan buyer dah approved.


Unit ketiga pula untuk brader Cengkok. Pada hari lelongan, sebenarnya ada 4 unit yang nak di bida, tapi disebabkan called off, tinggal 2 sahaja. Satu di PAH untuk untuk landed Bangi 230k dan satu lagi di area Selayang/Rawang . Aku ke PAH bersama brader Zaidi sementara aku minta tolong brader Remy untuk ke Ehsan. Di PAH, suasana agak ramai dengan banyak juga unit2 hot yang menjadi taruhan. Antaranya, Pelangi Indah, Apt di Sg Long dan landed house di Bangi ini. Untuk landed house di Bangi ini, terdapat lebih kurang 17 bidder. Dari harga 230k akhirnya naik kepada 330k. Brader Zaidi tewas. Sementara di Ehsan, Remy memberitahu unit ini dapat pada harga reserve. Yang menariknya, brader Cengkok belum tengok unit lagi. Dari survey yang telah dibuat, harga reserve 130k memang murah, berbanding harga jualan asal pihak pemaju 160k dan harga pasaran antara 200-250k. Jadi, untuk meredakan kerisauan, selepas menang, brader Cengkok ajak aku tengok unit tersebut. Terus aku gerak ambil Cengkok dan tengok unit. Unit kosong dan masih belum diduduki. Masalah utama adalah kunci jenis europrofile cylinder. Kunci jenis mahal dan susah nak buka, macam jenis di Tiara Beach Resort atau di kebanyakan kondo. Kalau setakat cylindrical, deadbolt atau mortise lock, mungkin lebih senang. Kunci jenis europrofile cylinder ni, biasa aku pakai power drill pun, ambil masa 1-2 jam untuk buka. Jadi, aku dan Cengkok akan datang lain hari untuk buka unit ini. 



Beberapa hari kemudian, aku dan Cengkok datang semula ke sini, untuk buka unit, dan untuk survey 3 unit lagi di tempat yang sama yang akan masuk lelong. Solution yang aku gunakan, adalah panjat bumbung, terus nak ke balkoni dan buka pintu balkoni. Mula2 aku nak panjat dari tempok pagar dan melompat atau melangkah ke bumbung. Jaraknya tidaklah jauh sangat dan tidak juga dekat sangat. Kerisauan aku, kalau atap bumbung tu pecah. Jadi, sedang aku duduk atas tembok pagar tu berkira2 dan mencongak nak panjat ke bumbung, jiran sebelah dah usha2, apa mamat ni nak buat. Aku dengan Cengkok pun ceritalah, kita nak buka unit ni. Cerita punya cerita, aku minta kebenaran nak panjat dari balkoni rumah dia, terus ke balkoni rumah Cengkok. Dia setuju. Lalu aku pun memanjatla. Boleh tahan power juga la skill buka rumah kali ini. Dah sampai balkoni rumah Cengkok memang tiada masalah la. Pintu balkoni pun tak kunci. So, aku turun bawah, buka dari dalam. Nak tukar kunci europrofile cylinder lock, memang senang. Dia cuma ikat menggunakan satu screw panjang sahaja. 



Selesai tukar lock, ambil gambar, sembang2 dengan jiran, aku dan Cengkok pun pergi lah mengusha unit2 lain yang bakal dilelong. Cengkok sebenarnya dah mula iklankan unit ni, dan sambutan yang diterima agak luar biasa. Sebab itu dia nak masuk 2 lagi unit yang akan di lelong. Setelah unit2 tersebut disurvey, memang sesuai untuk masuk lelong. Pada Selasa 20 march yang lepas, aku pun turun la membida bersama dengan Cengkok, untuk 2 unit tersebut. Itu cerita kemudian…




Itu cerita menang la. Antara cerita kalah,

-Aku ke Pejabat Tanah Gombak untuk membida satu unit apartment, dengan harga reserve 59.5k. Dengan setiap kenaikan 5k, walaupun market value sekitar 90k, harga melonjak ke 100k. Last aku angkat 90k. Terdapat 5 bidder. Di tempat yang sama juga, satu unit banglow di batu caves dengan harga reserve 800k, terjual dengan harga 1M. Mengikut rekod, market value sekitar 900k.

-Lelongan unit Sri Tioman II dengan harga reserve 53k sahaja. Akhirnya melonjak ke angka 96k.

-Cyberia Condo dari harga reserve 173k dengan 5-6 pembida, naik kepada 245k. Terdapat tunggakan lebih kurang 30k dan pihak bank hanya menanggung 17k sahaja. Beberapa hari kemudian, unit lain dengan harga reserve 190k, terjual dengan harga 268k.

-Flat 650sqft Seksyen 7,  Shah Alam dari 55k naik kepada 89k.

-Casa Riana dengan harga reserve 100k, yang biasa terjual pada harga sekitar 130k, dengan 17 pembida, naik kepada 181k. Keesokan harinya, unit lain dengan harga reserve 130k, juga terjual dengan harga 181k.

-Unit di Seksyen 15, Shah alam yang selalu aku bid kan untuk Joefizi, kali ini dengan harga reserve 80k, telah menarik 13 pembida. Harga melonjak 131k. Biasa? Biasanya 2-3 pembida sahaja.. dan harga boleh dapat below 120k.

Itu cerita bulan lepas. Bulan ini, selepas mengharungi lebih 20 unit lelongan, dan bakal mengharung 20 unit lelongan lagi sehingga hujung bulan, banyak cerita2 menarik. Sama ada aku rajin atau malas nak update je.. heheh..

6 comments:

Matjoe said...

wahh, best baca, tgh kompul modal ni. rindu suasana blik bidding

wadie7990 said...

woooww...nampaknya saingan lelong tetap sengit dan makin sengit, kena cuba dan cuba banyak kali baru ada chance nak dapat ni..sekali 2 jgn haraplah yer..thanks for update.

ruchan said...

wahh..menarik la..
one day, nak cuba la bid satu

Malik said...

Selalunya client yang beli banyak2 ni buat jual semula ke? Beli pakai cash ke apa? caveat check tak? terima kasih

Anonymous said...

"Terdapat tunggakan lebih kurang 30k dan pihak bank hanya menanggung 17k sahaja."

- tunggakan ape smpai 30k? balance pembeli kena bayar cash terus ke?

- ada 1 unit rumah utk dilelong, katanya ada hutang 11k dengan pemaju.hutang ape pulak ek?kurang jelas

faris said...

@ Anon : Let say, satu apartment, dengan maintenance fee bulanannya, RM200.00, kalau setahun, ianya menjadi RM2,400.00 dan kalau 10 tahun, ianya boleh menjadi RM24,000.00. Kalau ianya di bayar secara bulanan, tiada lah masalah. Tapi kalau tidak di bayar, ianya akan terus tertunggak. Itu baru maintenance fee, belum masuk bil air (kalau air di bawah pengurusan pihak maintenance), sinking fund, quit rent, late fee, interest charges.

Hutang 11k dengan pemaju, mungkin juga proggressive payment yang belum dijelaskan, atau mungkin maintenance dan lain2 yang saya sebutkan di atas. kena semak syarat jualan dan semak dengan pihak pemaju atau pihak maintenance office.

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com