Saturday, April 7, 2012

Cerita Lelong 10 March -21 March

10 March yang lepas, aku turun ke lelongan CIMB Mega Auction untuk membida 4 unit. 2 unit untuk brader x, 1 untuk brader Kechik dan satu untuk Puan Zurina. CIMB Mega Auction kali ini memang menarik ramai pembida. Aku sampai awal.. awal gila. Aku cuma masuk lelongan untuk unit2 di Ng Chan Mau, yang sepatutnya bermula pukul 10.30 pagi, tapi pukul 8 pagi aku dah sampai. Sebabnya, aku hantar bapak aku ke Kem Sungai Besi dulu untuk perasmian Persatuan Bekas 1RAMD pukul 7 pagi, kemudian terus aku ke Hotel Istana. Lepak2 merokok, tunggu sampai pukul 9 baru aku masuk Hotel Istana. Brader X dan Kechik belum sampai, membawa bank draft masing2, dan aku registerkan untuk Puan Zurina dulu. Unit di Sri Kembangan. Unit di Sri Kembangan ini, kalau mengikut history nya, pernah terlelong pada harga 32.6k dan terjual pada harga 37k. kemudian unit tersebut terlelong semula, tapi mengikut harga jual terdahulu, iaitu 37k. Pada harga 37k pula, tiada pembeli, dan kini dilelong pada harga RM33.3k. Mengikut rekod pembelian juga, harga jual tidak pernah melebihi 41k. jadi, pada hari ini, aku setkan target paling tinggi pun 42k. Sambil menunggu Brader X dan Kechik, aku lepak sebelah meja buffet. 4 kali tambah. Asal replenish je, habis, tapi sebab aku memang duduk sebelah meja buffet, aku sempat makan.

Bila lelongan di mulakan, Mr Foo mulakan dengan unit yang mempunyai ramai pembida. Lebih dari 10 unit yang mempunyai lebih dari 10 pembida. Hampir kesemua unit yang mempunyai pembida juga, mempunyai sekurang2nya 2 pembida. Ada lah 2-3 unit sahaja yang dapat pada harga reserve.

Antara unit2 yang hot,

Taman Melawati. Dari 600k naik kepada 860k.
Vista Millenium 850sqft. Dari 121.5k naik kepada 141k. 2 pembida sahaja.
Taman Miharja Low Medium Cost Apt, 799sqft. 30 bidder. Dari 95k naik kepada 174k.
Sri Meranti Low Cost Flat, Ddr Sri Damansara. 65k naik kepada 87k.

Brader X memulakan bidaan untuk unit Pusat Komersial Shah Alam. Dari harga 145k, dengan 4 pembida, brader X kalah pada harga 170k. Kemudian Kechik pula membida untuk satu unit low cost di PJ, dengan harga reserve 72k, 2 pembida sahaja. 72k sebenarnya dikira agak tinggi, tapi.. kalau nak tunggu harga jatuh 64k, akan menarik lagi ramai pembida. Namun, Kechik tewas juga pada harga 81k. Kemudian Brader X pula membida sekali lagi untuk satu unit di Shah Alam dengan harga reserve 65k. Hari yang bertuah, disamping ada kemungkinan kena speed trap sebab nak cepat sampai ke tempat lelongan, tak sia2 Brader X datang. Menang pada harga reserve. Penutup untuk aku pula, unit di Sri Kembangan, dengan harga reserve 33.3k rupanya ada 2 pembida. Tewas lagi untuk Puan Zurina, harga naik kepada 43k.

Selasa yang lepas pula, 20 March, aku dan Brader Cengkok ke PAH untuk membida 2 unit di tempat yang sama dia menang bulan lepas. Kali ini, 2 unit dengan harga reserve 134k dan 156k. Dari risikan awal, dengan ulat2. Kononnya unit 134k ada 3 pembida dan unit 156k ada 4 pembida. Rupanya dia dah masukkan portion dia. Sebenarnya unit 134k 2 pembida sahaja. Dan Brader Cengkok boleh deal, berat kepada nak rumah, dan sanggup bayar. Tapi, pembida seorang lagi, Din, yang aku familiar mukanya, sebab pernah jumpa sebelum ini (katanya pernah jumpa aku dan Tuanbri), nak juga rumah tersebut, adiknya nak duduk. Jadi, Cengkok pun terpaksa bagi pada Din. Unit 156k pula tak dapat deal, terpaksa lawan, dan tewas juga, bila harga naik kepada 182k. Area pinggiran KL pun hot juga.

Hari Rabu 21 March pula, aku turun ke Cahaya Auctioneer, untuk lelongan RHB Bank. Aku sampai kira awal juga lah. Lelongan bermula pukul 2.30 petang, pukul 1.45 petang aku dah ada. Orang agak ramai. Semakin lama semakin ramai. Walaupun tidak lah banyak mana unit yang dilelong, orang semakin ramai. Unit yang di lelong hari ini hot2 belaka. Yang paling hot adalah Taman Pinggiran Cyber. Aku rasa dekat2 atau mungkin lebih 40 bidder untuk unit ini. Aku tak masuk unit ini, walaupun ada orang yang berminat. Sebabnya, bulan lepas, unit lain di Taman Pinggiran Cyber ini pernah dilelong dengan harga reserve 120k dan terjual pada harga 255k. Aku jumpa Izwan Latiff yang masuk unit ini untuk clientnya. Hari ini, harga reservenya 118k dan menarik ramai pembida juga. Urusan pendaftaran untuk unit ini memakan masa, urusan lelongnya juga memakan masa. Unit ini terjual pada harga 220k.

Salah satu unit yang Brader X nak masuk, telah pun called off. Unit di Suria Avenue. Tinggal 2 sahaja lagi. Unit di Seksyen 15 untuk Brader X, dan unit di Senawang untuk Brader Cengkok. Kalau sebelum ini, 28 Feb yang lepas, unit di seksyen 15 telah menarik 13 pembida, dan dari harga 80k naik kepada 131k, hari ini juga tak kurang hebat. 10 pembida untuk unit Seksyen 15. Dari harga reserve 80k, akhirnya jatuh pada harga 125k. Boleh tahan tinggi. Kalah lagi. Unit Senawang pula, dari harga 100k, ada 15 pembida. Juga tewas, harga jatuh pada 132k.

Bukan senang nak menang. Brader X dan Cengkok hanya 2 nama selain client2 aku yang lain, yang selalu masuk lelong, tapi jarang menang. Dari sepuluh yang masuk, kadang2 satu pun belum berhasil. Khamis 22 March pula, konon2 nya Brader X nak masuk satu unit di Sri Mahligai 160k. Tetapi.. terdapat tunggakan 41k, yang ditanggung oleh pihak Ambank. Angka 41k cukup besar, walaupun ditanggung oleh pihak Ambank, Brader X tetap risau. Walaupun bank draft dah siap, tak jadi masuk. Aku ke JTR petangnya, untuk membida satu unit di Seksyen 15, untuk Brader X juga.

Sembang dengan agent lain, diorang bagitau, unit Sri Mahligai terjual pada harga 220k dengan 14 pembida. Boleh tahan.. Di lelongan JTR, hanya 25 unit untuk di lelong dengan beberapa unit telahpun called off. Yang menarik hari ini, ada satu unit di Kepong yang di lelong pada harga 157.5k. Terdapat 6 pembida untuk unit ini. Pelelong memulakan lelongan dengan kenaikan 2k dan 1k setiap kenaikan. Bidaan pertama 159.5k tidak bersambut. 6 bidder, sorang pun tak angkat. Unit di kiv kan dahulu untuk memberi laluan kepada unit lain. Bila tiba semula untuk unit Kepong ini, pelelong menetapkan harga permulaan 156.5k pula. Masih tidak bersambut. Kemudian permulaan harga reserve pula. Juga tidak bersambut. Akhirnya unit tersebut tiada pembeli. So, apa cerita 6 orang yang dah register ni? Aku pun tak faham… Tapi buat2 faham sendiri.

Tidak ramai yang masuk bidding unit Seksyen 15 ini, hari ini. Maksud aku tidak seramai seperti lelongan sebelum ini. Akhirnya, berjaya juga Brader X membeli unit di sini. Cuma, pembelian untuk Brader X masih belum tamat. Ada a few more properties yang mahu di beli lagi.

Itu cerita lelong sehingga 22 March. Sabtu 24 March dan hari2 berikutnya sehingga penghujung bulan March juga mempunyai cerita2 menarik juga. Esok, 7 April, aku ke lelongan CIMB.

6 comments:

Malik said...

wow, memang menarik artikel encik Farid ni. Agak teliti isi yang disertakan. Sekarang ni rumah lelong macam dah sama mahal dengan market price. Macam tak berbaloi aja. Betul tak?

Derok said...

"Brader X nak masuk satu unit di Sri Mahligai 160k. Tetapi.. terdapat tunggakan 41k, yang ditanggung oleh pihak Ambank. Angka 41k cukup besar, walaupun ditanggung oleh pihak Ambank, Brader X tetap risau. Walaupun bank draft dah siap, tak jadi masuk."

mengikut kepd ayat ni..kenapa brader X tak brani masuk?walaupun Ambank tanggung semua tunggakan tu..? ce citer..

faris said...

@Malik : kalau dah beli harga sama macam market value.. memang tak berbaloi.

@Derok : Dalam kebanyakan kes lelong, ada beberapa situasi yang seorang pelabur kena hadapi, walaupun bank kata di tanggung. situasi asasnya adalah.. (1)bayar dulu , claim kemudian atau (2) tunggu sehingga bank bayarkan. Dari 2 situasi asa itu, akan wujud pelbagai situasi lain.. seperti, boleh tunggu sehingga bank bayar, tapi dalam jangkamasa tersebut, rumah takde air sebab kena dah kena potong dgn maintenance, kalau nak sambung air, kena bayar dulu.. dan pelbagai situasi lain yang boleh wujud.

Derok said...

oo..macam tu ek..tapi tengok pada bank juga kan..?maksud saya ada bank yang mana prosidurnya simple dan ada bank yang leceh...

katakan jika bank bayarkan, adakah ia menggangu proses nak lulus loan dalam tempoh 120 hari tu..?

faris said...

@ Derok : Betul.. depends pada bank, dan satu lagi, depends pada lawyer bank pelelong. Lawyer bank pelelong bertindak bagi pihak bank. Sesetengah perkara mereka sendiri boleh decidekan untuk bank.

Sama ada bank bayarkan atau tidak, ia tidak mengganggu proses loan. Proses nak lulus loan bukan 120 hari. 120 hari tu proses nak selesaikan perkara sehingga pihak bank pelelong dapat duit harga belian rumah lelong. Nak lulus loan, 2-4 minggu.

Derok said...

oo0..mcm tu..baru tahu..terima kasih banyak2

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com