Wednesday, October 10, 2012

Cerita Lelong


Cerita lelong, lebih kurang sama jalan ceritanya. Sebab tu aku malas nak update cerita lelong. 26 Sept, aku ke NCM untuk membida bagi pihak Radzuan. 3-4 hari sebelumnya, sebelum Radzuan buat bank draft, aku dah check unit, masih on. Semalam check, masih on. Pagi tadi check, masih on. So, lepas ambil anak aku, si budak Noura, balik sekolah, terus ke tempat lelong. Aku sampai awal. Lelong start pukul 4.00 petang, pukul 2 petang aku dah sampai. Masa aku register, ada sorang mamat lain nak register juga, untuk 3 unit sekaligus. Kalau banyak2 ni biasanya agent. Tapi aku tak pernah tengok muka dia sebelum ini. Salah satu unit yang dia nak masuk, aku ada suggest pada sorang client aku, tapi dia tak minat. Harga murah, 23k sahaja. cuma, ianya shop apartment. Area dekat2 Desa Mentari.

Lepak2, sembang2 dengan agent lain, sambil tu aku tegur mamat ni. Nama dia Jack. Datang dari Kelantan. Semalam baru turun KL naik AirAsia, terus pergi survey unit yang dia nak masuk, dan since ketiga2 unit yang dia nak masuk masih on, dia terus ke tempat lelongan. First impression aku, agak power mamat ni. Dia dah biasa main lelong di Kelantan, tapi market Kelantan dengan KL lain. Dia nak try main KL pulak. Tapi takde kaki yang dia kenal. Kebetulan berjumpa dengan aku, boleh jadi satu permulaan yang baik. Tengah sembang2, aku dapat call dari pelelong Ng Chan Mau. Unit yang aku baru register dari, baru je called off. Hahahahah…. Harammmm..

Kalau masih on, memang ramai yang register. Tapi aku ada sedikit keyakinan untuk Radzuan menang, since budget dia agak power juga. Since tiada apa nak buat, aku tunggu Jack punya lelongan. Dari 3 yang dia masuk, satu yang kena. Lagi 2 tewas bertarung. Shop apt 23k tersebut, dari 23k, dengan 9 pembida, Mr Foo terus naikkan kepada 30k, dan harga mati pada 40k.

Esoknya, 27 Sept, aku ke MNP Auction, juga di Megan Avenue. Ada a few yang menarik untuk dibida, tapi banyak yang called off. Aku datang dengan Khairi yang ingin merasai suasana lelong. Khairi masuk unit di Nilai, dan aku mewakili Fizie (bukan Joefizie, rival mungkin..) untuk masuk area Seksyen 7 Shah Alam, dengan harga buka 65k. Kami sampai awal, lebih kurang pukul 1.40 petang di MNP, tapi dah ramai yang sampai dulu. Aku register untuk both unit, dan sambil lepak, mencari2 pembida yang masuk unit yang sama, jumpa. Cuma 2 pembida sahaja yang masuk unit di Nilai ini. Sedang berbincang2 langkah seterusnya, ada agent lain bagi isyarat pada aku, unit Nilai dah called off. Macam haram.. dah banyak kali dah terkena. Jadi, aku hanya membida unit di Seksyen 7 sahaja. Fizie dah set limit untuk lawan dan limit untuk kawtim. Total ada 3 pembida termasuk aku. Tiada persetujuan dicapai untuk kawtim, maka, lawan tetap lawan. Fizie menang pada harga 75k. Fizie adalah sebahagian dari rangkaian kawan2 Bird, Engku Farhan, Adi Fahmie, Hafiz Keramat and the gang. A good influence and a good friendship. Membawa kawan2 ke dunia haratanah.

Di penghujung September, banyak juga hartanah yang sepatutnya dibida, tapi called off last minute, typical scenario. Awal Oktober, bermula dengan Kechik, yang membida satu unit landed di Seksyen 17, Shah Alam. Dengan harga reserve 97k dan lelongan sebelumnya 100k++ tiada pembida, ditambah dengan budget Kechik yang mampu melepasi harga 170k, dirasakan peluang Kechik cerah. Lelongan diadakan di High Court Shah Alam. Aku temankan Kechik, yang baru first time masuk lelongan mahkamah. Dari survey awal, lebih dari 5 pembida yang akan masuk. Typical scenario juga. Masa harga 100k++ tiada pembida nak masuk, bila dah 97k, ramai yang nak masuk membida. Lebih kurang 11 pembida yang berdaftar. Kechik masuk ke tempat lelongan, aku tunggu luar. Kechik keluar hampa, bila harga, dari 97k, dengan 5k sekali bidaan, akhirnya jatuh pada 182k. Hahahaha.. almost double from the reserve price.

Petangnya, sepatutnya ada 3 hartanah yang perlu di bida di 2 tempat yang berlainan. Satu di PAH, dan satu di RS Maniam. Mengikut perancangan awal, aku ke PAH dan minta tolong Remy ke RS Maniam. Tapi, 2 hartanah di PAH dah called off. Tinggal di RS Maniam sahaja. Aku yang akan pergi. Hartanah di RS Maniam ini, adalah sebuah lot di Plaza Kelana Jaya. Di bida untuk peguam aku. Ceritanya, a few weeks ago, peguam aku bagitau, mereka kena pindah dari officenya sekarang, disebabkan hartanah disitu telah dijual kepada sebuah hotel. Notis untuk mengosongkan premis diberi sehingga hujung tahun ini. Dia tanya, kalau ada lelong area Kelana Jaya, dikawasan yang sesuai untuk dia buat office, dia nak beli. Aku bagi 2 tempat yang bakal dilelong. Kelana Centre Point, atau Plaza Kelana Jaya. Last minute decision, pukul 12 , di hari lelongan, baru decide, nak masuk membida. Aku tiada masalah. Dia prepare bank draft, dan aku collect. Pukul 1.00++ baru bank draft siap. Terus gerak ke RS Maniam di Jalan Kampong Baru. Menang harga “reserve”. Jadi, by new year mereka akan ada office baru lagi.

Sabtu lepas pula, aku ke CIMB Mega Auction. Seperti biasa, kehadiran memang ramai. Unit yang aku masuk pula boleh tahan hot. Dengan harga reserve 105k, lebih dari 10 orang yang masuk membida. Kalau dulu, harga menang sekitar 120k++ dan Hafiz Keramat pernah dapat pada harga 118k, hari ini aku rasa harga akan naik lebih dari 120k. Berapa banyak dia punya lebih, hahaha.. sampai 174k. 

Hari ini, aku tak masuk lelong. Cuma selesaikan beberapa perkara di bank dan dengan peguam. Kawan2 ada masuk lelong. Remy yang explore area lain, dapat sebijik pada harga reserve pagi tadi. Member aku di Padang Serai, Aziran, yang masuk membida di area Penang, pulang kecewa, bila satu hartanah dengan harga reserve 56k, dengan lebih 20 pembida di High Court Penang, kalah pada harga 90k++.

Esok pagi, aku nak gerak ke Kuching, cuti 4 hari. As usual, percutian budget dengan Air Asia. Esok dan Sabtu ada lelongan menarik yang aku wakilkan pada Remy untuk pergi. Bermula minggu depan sampai hujung bulan Oktober, aku akan sibuk kembali. Begitu banyak hartanah yang menarik yang perlu dibida, selain perlu di survey juga. Jadi, sambung cerita minggu depan.

4 comments:

tuanbri said...

penat aa asyik called off je..
apa punya trend la skrg ni

faris said...

ahh.. macam tak biasa bri.. called off atau kalah itu perkara biasa.. kalau menang.. itu luarbiasa..

syazwan syawal said...

teori Remy 7:1 hampir tak menjadi sbb dh 7 buah umah kteorng msuk ayik kalah.teori kteorng 10:1...harap2 betoi laaa hahahaha

faris said...

@ Yob : 10:1 pub belum tentu.. kau tengok kecik.. dari January sampai November.. berapa banyak dia masuk.. masih belum berhasil.. macam kau ada gak 3 bijik dah masuk..

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com