Thursday, January 31, 2013

Cerita Lelongan January 2013


Lelongan sesi bulan January agak menghampakan. Banyak unit yang called off, dan cuma satu kemenangan sahaja dicatatkan.

Awal January aku turun ke Shah Alam High Court untuk membantu kawan2 seperjuangan membida. Dari mula aku datang aku dah boleh agak akan tewas.Dikatakan unit shop lot yang aku nak bida ini, boleh cecah 800k. Dari harga buka 500k, dengan budget 550k, Nampak macam sikit betul budget 550k. Menghampiri pukul 10.30 pagi, maklumat yang dikumpulkan ada sekitar 15-25 pembida. Aku masuk dalam bilik lelong dan tanya pada pelelong, katanya ada lebih kurang 30 pembida. Heheheh.. tahulah aku, aku akan ditewaskan hari ini. Bila lelongan dimulakan, Pegawai mahkamah menetapkan harga permulaan adalah 600k dan 20k setiap kenaikan. Pada akhirnya, shop lot di Shah Alam tersebut, dimenangi oleh seorang perempuan melayu pada harga 700k.

14 January pula aku ke Ehsan, lelongan sesi pagi. Membida unit yang aku terlepas pandang dan tak tahu nak suruh siapa beli, bulan lepas. Unit Tmn Bukit Angkasa yang tak terjual pada harga 70k bulan lepas, kini dah turun kepada 63k. Sebelum aku naik ke Ehsan, aku dah terserempak dengan Badrul yang akan ke Ehsan juga. Aku dah tahu unit2 mana yang hot pada lelongan pagi ini, dan aku jangkakan Badrul akan masuk membida unit yang sama juga dengan aku. Hari ini aku membida untuk Brader Cengkok. Baru pagi tadi dia transfer funds pada aku untuk masuk bidding, dan aku pun tak sempat buat bank draft. Sesudah aku register, baru start cari maklumat. Betul tekaan aku, bila Badrul pun masuk unit yang sama. Tapi bukan dia sahaja. Ada 7 pembida semuanya. Ah, macam tak biasa dengan situasi ni. Bila harga yang kita rasa tinggi, orang lain pun rasa tinggi. Bila dah turun sikit, semua nak masuk. Penyudahnya, dari 63k, nak kepada 86k. Heheheh.. Aku last angkat pun setakat 75k. Badrul yang pada mulanya budget below 80k, angkat juga pada 85k menyahut cabaran pembida lain.Unit di menangi oleh non-bumi.

19 January, aku turun ke CIMB Mega Auction. Semega namanya, harga pun mestilah bertaraf mega. Memang jarang orang yang membida pulang dengan harga reserve atau harga rendah. Selalunya, dibeli pada harga mega. Radzuan yang sebelum ini bernasib baik, dapat pada harga non-mega di lelongan mega CIMB, mencuba nasib untuk 2 unit. Walaupun dia berada di tengah lautan di Hatyai, aku ada untuk membida bagi pihak Radzuan. Unit Menara Orkid, dari harga 135k, naik kepada 206k dan unit Bella Vista dari harga 155k naik kepada 216k. tewas kedua-duanya. Budget Radzuan sekitar 200k sahaja. Budget sekitar 200k pun dah cukup power sebenarnya. Ramai kawan2 lain yang turun, dan aku jumpa Izzat yang baru nak belajar main rumah lelong. Semangat betul dia, pukul 9 pagi dah sampai di tempat lelongan, walaupun aku bagitahu dia, aku datang pukul 11 pagi. Selamat berjaya orang muda.

Banyak lelongan yang called off dan 25 January, aku turun Ehsan untuk lelongan Citibank, sesi pagi. Brader Cengkok, yang memang tak pernah berputus asa, ingin membida unit Pangsapuri Jaya. Pada harga 125k dan unit di tingkat satu, ianya memang murah. Disebabkan ianya murah, 17 orang yang menyahut lelongan unit ini. Leong Auctioneers menetapkan harga permulaan kepada 150k, dan 5k setiap bidaan. Memang aku tak angkat la… harga mati pada 175k. Di sesi petang pula, aku membida untuk Brader Hafizie, dalam misi pembelian rumah lelong kedua. Unit di Seksyen 7, tingkat satu, dilelong pada harga 90k. Kalau sebelum ini, brader Hafizie dah dapat satu unit di Seksyen 7 ini pada harga 75k, unit tingkat 4, kali ini mahu mencuba nasib mendapatkan unit di tingkat satu pula. Dengan budget yang agak ok juga, lelongan dimulakan terus pada harga 98k. Aku masih steady bertarung pada harga below 110k. Tapi pertarungan belum berakhir pada harga 110k. Pertarungan terus berlanjutan melepasi 120k dan akhirnya dimenangi oleh seorang pemuda, pada harga 128k. Sebenarnya Cuma 2 pembida sahaja yang masih bertarung pada harga melepasi 120k, dan pada pemerhatian aku, diorang dah macam taknak lawan lagi, tapi, agent2 masing2, terus memberikan ‘semangat’ untuk mereka terus mengangkat paddle. Kalau loan tak lepas, kita tunggulah unit tersebut masuk lelong semula kan.. apa de hal..

Semenjak 2 3 menjak ini, kebanyakan bank dan pelelong membuat sesi lelongan pada hujung2 bulan. Kebanyakannya 20hb keatas. Ianya sesuatu yang menyusahkan lone ranger macam aku dan agent2 lain. 29hb ini, kalau mengikut perancangan awal, ada 6 sesi lelongan yang aku kena masuk untuk client dengan total lebih kurang 14 unit 3 sesi pagi dan 3 sesi petang. Kalau semuanya tak called off, memang payah aku nak cari kawan2 tolong aku, dan membahagikan masa dengan sebaiknya. Disebabkan hampir kesemuanya called off.. hahah.. macam haram.., tak kena jadi orang gila nak kena rushing pergi sana sini. Dari 14 yang nak masuk, tinggal 3 sahaja yang masih aktif. Aku turun ke PKNS Shah Alam untuk membida satu unit di Putrajaya, dan Remy tolong membida di NCM untuk unit di Putra Perdana, selain unit yang dia juga nak masuk di kawasan jajahan Remy.

Tak ramai yang turun ke PKNS Shah Alam. Sebabnya, 29hb memang ada banyak tempat lelongan. Aku jumpa Pie yang membida satu unit di Kajang. Ada percubaan dari agent lain untuk makan Pie, tapi disebabkan pengalaman, dia tak layan, dan akhirnya dia dapat pada harga reserve. Aku yang membida unit di Putrajaya, dengan 8 pembida, dari 85k naik kepada 130k. Kalah. Remy yang berada di NCM, tewas kedua-dua unit. Unit di putra Perdana, harga dah ok, tapi tunggakannya agak banyak, apatah lagi tunggakan bil air sahaja dah cecah 3k, yang mana bank memang tak cover tunggakan air. Disebabkan itu, Aiman, client aku, memang target rendah sahaja. Dari 67k dengan 4 pembida, akhirnya harga naik kepada 88k. Unit yang Remy bida , dari 117k naik kepada 144k.

30 January, kerja aku cuma pergi cancel bank draft dan collect bank draft. Pukul 2.30 petang Cengkok call aku, kata dia nak masuk satu unit yang akan dilelong di Jln Riong. Lelongan RHB pukul 3.00 petang, kalau sempat. Heheheh.. ye lah.. aku pergi. Dari Menara Ambank, dengan jalan yang agak jam, hampir pukul 4 baru sampai Jln Riong. Bila aku sampai, banker RHB baru je keluar dari gate NSTP, nak balik dah. Heheheh.. aku tanya dia unit yang aku nak bida, memang tiada pembida, tapi memang tak sempat nak beli la. Lawyer dan pelelong pun nak balik dah. So tunggu je lah hujung bulan February nanti. Tapi, macam biasa la, bila harga lagi murah, ada je lah pembida lain nanti. Aku pun gerak lah balik, nak balik Puchong. On the way balik, Samsul Brunsfield pulak call, nak masuk unit di Subang, esok pagi. Kena buat bank draft. Dah pukul 4 lebih, memang tak sempat nak buat bank draft di branch biasa, terus aku ke Giant Kinrara untuk buat bank draft di Maybank, yang tutup pukul 6 petang. Malamnya aku pass bank draft pada Hafiz Kamarudin. Aku dah kena pasang network baru untuk jadi kaki aku. Nasib baik Hafiz Kamarudin free esok, dia boleh ke Shah Alam High Court, dan aku ke NCM.

31 January, patutnya ada lelongan sesi pagi dan petang di NCM yang aku kena hadiri. Lelongan sesi pagi untuk Samsul Brunsfield. Unit di Subang yang tidaklah hot sangat sebelum ini. Kalau dulu boleh dapat sekitar 80k, tapi last lelongan yang aku bida di KL High Court, juga untuk Samsul Brunsfield, tewas pada harga 110k. Hari ini, dengan budget yang agak tinggi juga, ada la sedikit keyakinan. Tapi, total bidder untuk unit ini 11 orang. Dari harga 79k, naik kepada 120k. Kalah lagi. Makin mahal. Lepak dengan Shahril Sidek yang juga kalah hari ini, sementara menunggu lelongan sesi petang. Pukul 1 tengahari, aku check status lelongan sesi petang, unit yang nak di bida dah called off. Kecewa. Di Shah Alam High Court, Hafiz Kamaruddin yang tolong aku bida bagi pihak kawan Zam Lokman, menang harga ‘reserve’. Jadi, bulan January, hanya satu kemenangan sahaja dicatatkan. Lelongan akan bersambung semula 4 February ini, dengan 2 unit yang akan di bida.

9 comments:

Ellen Paul said...

The Blog you are running is just awesome. The stuff and theme of the blog is so impressive. The actual match, like your blog, is found on very rare places. This blog is so clear and simple, there is no useless content you have added just to show a fake knowledge about the topic. I am new to blogging and picking lot from your blog. Here is my blog if you want to take a look and do suggest me if any problem or something missing.
Thanks a lot!!!

izzatidris said...

Padat isinya. gud luck untuk hari lain!

narfey said...

Keep up the update bro!

Anonymous said...

bro, kalau boleh anak2 janganlah bawa anak masa hari sekolah. kasihan aku tengok anak bro, terlentok2 di kerusi ..

maaf bukan nak menyibuk

akuntara said...


1) anak dia dah ada yang sekolah ke?

2) saya suka en sibuk...

3) tapi, pada saya itu hal en Faris.. biarlah, biar anak biasa dan faham erti bisnes dari kecil..

wllahua'lam..

[ baby : wonder ] said...

Menang BANYAK tu...

power abam faris kita. Dulu nama samaran dia ni macha, ntah skrg dah tukar ic kot...hihihi



Nak sewa kereta MURAH?
Klik sini
Kereta sewa Myvi Murah

addisabbaba said...


mana cerita Februari tuan?
Mohon segera tulis...

faris said...

kau buat aku gelak la addisabbaba, ada jugak org tunggu cerita aku.

faris said...

Siapa pulak panggil aku macha ni?? Hahahah...

Anak aku 2 orang dah masuk sekolah. Pra Sekolah 5 tahun dan darjah satu. Tahun depan kena allign balik schedule anak2 aku. Mungkin tukar sekolah dan hantar ke rumah transit. Sekarang ni, kalau aku ada lelong belah pagi dan petang, wife aku akan ambil diorang balik sekolah, kalau aku ada auction petang sahaja, aku yang ambil diorang dan terus shoot ke tempat auction. Not averyday, tapi memenatkan diorang juga kalau follow aku pergi auction. Begitulah ceritanya.

Thanks for your concern anon.

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com