Friday, March 22, 2013

Cerita Lelong Awal bulan Mac 2013

Sehingga 21 Mac 2013, belum benar2 banyak acara lelongan yang aku hadiri. Semasa aku di Medan pada 2 Mac 2013, waktu pagi, ada lebih kurang 4 unit yang perlu di bida di lelongan Mega CIMB. Brader Hanan menjadi wakil aku untuk membida bagi pihak client, sementara Hanan sendiri nak masuk satu unit di Shah Alam. Aku keep in touch melalui whatsapp dan sms sahaja. Brader Hafizie yang katanya nak datang sendiri membida satu unit di Shah Alam, tak jadi pergi sebab aku takde. Fizie, kau kena confident bai.. heheh.. penyudahnya, unit tersebut tiada pembida dan akan dilelong semula bulan April nanti. Siapla, harga naik nanti.. heheh.. Hanan pula membida unit di Faber Indah, untuk Brader Azhar Zain, yang kembali aktif sejak last pembelian 25 Nov 2010. Dengan harga reserve 215k, akhirnya naik kepada 316k. Untuk Cik Nuzul pula, unit Miharja Condominium dengan harga reserve 160k, naik kepada 314k. manakala unit Shah Alam 500k yang Hanan nak masuk, called off last minute. Tewas kesemuanya.

Member di JB pula, Syed Shahrin dan Zulkipli yang beberapa kali mencuba nasib hartanah di KL, tidak bernasib baik, dalam masa yang sama mencuba nasib hartanah di JB juga. Pada 7 Mac, Zulkipli membida satu unit apartment di JB dengan harga reserve 108k, dan berjaya dengan harga reserve. Tahniah, bukan senang nak menang harga reserve. 12 Mac pula, aku ke lelongan Etika Auctioneers. Lelongan unit2 Ambank, yang merupakan unit milik Ambank. Secara teknikal bila harga rendah, setelah beberapa kali dilelong dan tiada pembida, ada sesetengah bank, seperti Ambank misalnya, akan membeli unit2 tersebut melalui lelongan mereka sendiri. Setelah beberapa ketika, mereka akan menjualnya semula, secara lelongan. Cuma, tiada kontrak lelong yang dikeluarkan, sebaliknya, SnP yang akan dikeluarkan kepada pembida yang berjaya. Pada lelongan kali ini, 38 unit dilelong, dan kesemuanya mempunyai pembida. Tiada unit yang called off, kerana ini unit milik Ambank. Kehadiran pembida memang amat amat ramai, sehingga sesak tempat lelongan Etika Auctioneers. Aku cuma masuk satu unit, di Pangsapuri Dahlia, Putra Perdana. Unit low cost terletak di groundfloor, menarik lebih 15 pembida. Aku datang bersama pembida, Pakcik Ismail. Harga reserve, 30k, dinaikkan terus kepada 50k dengan 1k setiap kenaikan. Akhirnya harga mati pada 71k. Cayalah. Low cost Putra Perdana pun dah cecah 70k sekarang.



Bermula 1 Mac yang lalu, untuk kes lelongan mahkamah di Lembah Klang, terdapat perubahan dari segi wakil pembida. Jika pembida hadir sendiri, tiada masalah. Tetapi, jika pembida mahu mewakilkan kepada orang lain, ianya mestilah agent yang berdaftar atau saudara mara terdekat sahaja. Saudara mara terdekat bermaksud suami isteri, adik beradik atau ibu bapa, dan agent berdaftar pula, mestilah agent yang mempunyai dokumen yang diperlukan oleh pihak mahkamah. Jadi, ianya membawa sedikit masalah kepada ramai kawan2 aku sama ada agent atau pelabur hartanah lain, bila pekeliling baru ini telahpun dikuatkuasakan. Aku sendiri pun menghadapi masalah juga, kalau lelongan diadakan di dua tempat yang berasingan. Dah tak boleh minta kawan2 tolong bidkan macam biasa. Kena pakai agent2 yang ada surat sahaja. Cuma, ianya bukan lah suatu masalah yang besar.

Isnin 18 Mac yang lepas, aku dah start turun lelongan mahkamah, dan kemungkinan besar sehingga 29 mac dan bersambung pada bulan April juga, aku akan turun lelongan mahkamah, hampir setiap hari. 3 unit yang aku nak bida di lelongan mahkamah tinggi Shah Alam, 1 telahpun called off awal, tinggal 2. 2 ini, sempat register, tetapi salah satunya ada kemungkinan called off. Unit yang bakal called off, adalah unit di Seksyen 13 dengan harga reserve 300k. Terjumpa kawan seMRSM/KMS/UKM, Asraf Ali, yang juga nak bida unit yang sama. Lebih kurang pukul 10 pagi, unit Seksyen 13 diisytiharkan called off. Kalau masih aktif, lebih kurang 8 pembida yang akan membida. Tinggallah satu, unit di Seksyen 19 dengan harga reserve 230k. Dengan total 5 pembida, tewas juga unit ini. 19 Mac, keesokan harinya, aku turun ke Mahkamah Tinggi Shah Alam lagi, untuk membida satu unit di Bangi dengan harga reserve 380k. Tahun 2009 Unit di seksyen 4, 2 ½ storey, aku pernah dapatkan untuk Brader Farhan pada harga 180k sahaja. Hari ini, dengan 3 pembida, tewas lagi. 20 Mac, lagi2 aku ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, sementara Brader Hanan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Hanan sempat register. Untuk Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, registration adalah sebelum pukul 9.00 pagi. Tapi ada kemungkinan unit di Bandar Tun Hussein Onn ini, akan called off. Lebih kurang pukul 9.30 pagi, Hanan bagitau, unit tersebut called off. Aku pula membida satu unit di Kajang, setelah unit2 di USJ, Bandar Tun Hussein Onn dan Pinggiran USJ telah pun called off awal. Unit di Kajang ini, dengan harga reserve 200k sahaja, menarik 10 pembida. Dan, tewas juga. Untuk ketiga2 unit yang aku bida dari 18-20 mac, aku tewas dengan agent yang sama. 21 Mac, kononnya nak turun lagi ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, untuk membida 2 unit lagi, tapi dapat tahu called off pada 20 Mac. Lelongan 22 Mac yang client aku nak masuk juga called off, jadi, aku nak balik kampung dululah Jumaat petang. Hari Ahad baru balik KL semula. 25 sampai 29 Mac, macam biasa, sibuk gila babi dengan kebanyakan pelelong memilih hujung2 bulan untuk mengadakan sesi lelongan. Dengan lebih kurang 30 unit yang bakal aku bida untuk tempoh 5 hari tersebut, memang kena minta tolong kawan2 lain pergi membida. So, macam biasa la kawan2, nanti aku roger la siapa2 yang free tu kan.. 

3 comments:

izzatidris said...

yang seksyen 19 tu naik berapa?

eyriqazz said...

Fuhh,teringin nak belajar ilmu hartanah lelong ini

faris said...

@ Izzat : Kalau tak mention maknanya malas nak bagitau.. hehehh.. tapi kau dah tahu kan..

@ Eyriqazz : Turun padang bro.. tengok macam mana suasana.. baru dapat feel. 6 April CIMB Mega Auction di Hotel Istana. InsyaAllah aku ada sana.

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com