Friday, March 29, 2013

Cerita Lelong Penghujung Bulan Mac 2013


Minggu lepas aku ke Parit, Perak untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu wife aku. Musim cuti sekolah, kalau aku tiada kerja, mungkin aku sambung cuti sampai hari isnin atau Selasa, tapi tak boleh. Banyak kes lelong kena pergi bida. Aku cuma ke Parit dari Jumaat sampai Ahad. Perancangan awal ingatkan nak check in hotel/rumah tumpangan sahaja, macam di Cempaka Sari di Pekan Parit ke, tapi sepupu wife aku offer rumah dia yang di jadikan homestay di Bandar U, Seri Iskandar. Boleh tahan juga kawasan Bandar U. Ada pembangunan dan permintaan disebabkan terdapat UiTM dan UTP. Ada Tesco dan kedai2 lain macam di pekan2 lain. Sempat juga menziarahi saudara mara wife aku di Chopin dan Beruas. Kalau sempat, mungkin juga boleh ke Kuala Kangsar, mungkin lain kali.


Minggu terakhir untuk bulan Mac, aku makin sibuk. Pihak bank dan pelelong meneruskan acara lelongan seperti bulan2 sebelum ini, dengan kebanyakan LACA kes tertumpu pada minggu terakhir bulan tersebut. Dengan Lelongan Mahkamah dan Lelongan Pejabat Tanah juga di adakan pada waktu pagi, hampir setiap hari, ada ketikanya aku kena minta tolong kawan2 lain untuk membida. Apatah lagi sekarang ini hampir setiap hari aku turun lelong. Tiada pertambahan jumlah client yang besar dari pihak aku, cuma pertambahan jumlah unit yang perlu dibeli dari acara lelongan.

25 Mac, aku ke Shah Alam High Court untuk membida satu unit landed di Batu Caves dengan harga reserve 400k. Dengan 11 pembida, setiap kenaikan 10k, harga permulaan 450k, tewas lagi hari ini, dengan harga mati pada 510k. 26 Mac pula aku turun lagi ke Shah Alam High Court untuk membida satu unit di Kuala Selangor dengan harga reserve 99k. Dengan 5 pembida, Kenaikan pertama 105k, aku angkat sekali sahaja untuk 110k sebelum tewas pada harga 115k.

Dengan hari2 esoknya makin sibuk, aku tak dapat jumpa client dan kawan2 diluar. Semua kena jumpa di Puchong. Kadang2 3-4 appointment waktu malam. Dengan sibuk nak cancel bank draftnya, sibuk nak buat bank draft, apatah lagi aku buat bank draft ikut mana sempat, tiada branch specific yang aku gunakan. Untuk lelongan 27 Mac, aku buat bank draft di Maybank Giant Kinrara, sebab branch tutup lambat sampai pukul 6 petang. Tapi, ada notis baru, yang mana, Maybank Giant Kinrara tidak lagi beroperasi pada hari Ahad dan Public Holiday, dan hari Sabtu sehingga pukul 1.00 petang sahaja. Mereka kata, branch KLCC juga akan terlibat dengan perubahan waktu operasi ini. Bagi orang macam aku, extended operation hours seperti ini memang amat diperlukan. Nasib baik RHB dan CIMB KLCC tiada perubahan waktu operasi lagi.

Petangnya aku jumpa Hafizan untuk collect bank draft, untuk lelongan 28 Mac. Lepak sampai lebih kurang pukul 7.50 malam, sebelum aku balik rumah sekejap untuk prepare document untuk appointment selanjutnya. Hafizan adalah client hasil dari marketing mulut ke mulut. Asasnya dari Khairul Anwar, atau Bird, yang kenalkan aku pada Engku Farhan, kemudian Engku Farhan kenalkan pada Hafizie, dan Hafizie pula kenalkan pada rakan sepejabatnya, Hafizan. Hafizie, boleh dikatakan mendapat beginer’s luck, bila first try hartanah yang aku bida untuk dia mengena. Dengan harga yang sesuai dan hartanah di lokasi terbaik. Tapi itu bulan Sept 2012 punya cerita la. Dan itulah hartanah yang baru berjaya di beli untuk Hafizie sahaja sehingga kini, sebab 6 bulan seterusnya, kalau masuk membida, sama ada kalah, atau called off sahajalah jalan ceritanya. Mungkin juga Hafizan bakal mendapat tempias beginer’s luck Hafizie. Pukul 8.30 malam, aku jumpa Hafiz Kamarudin dan Remy sekali. Kedua-duanya untuk pass bank draft. Hafiz Kamarudin akan ke Shah Alam High Court untuk lelongan 27 Mac dan Remy akan ke lelongan Etika Auctioneers pada 28 Mac. Lepak2 sampai pukul 11 jugalah, sampailah Hafiz Kamarudin dan Remy balik, aku sambung lagi last appointment dengan Hanan pulak. Hanan pass bank draft pada aku untuk lelongan 27 mac sahaja, disebabkan beberapa unit lelongan 28 Mac telahpun called off. Macam unit Seksyen 19 Shah Alam dengan harga reserve 258k yang called off.

27 Mac, aku ke KL High Court. Dah lama aku tak turun KL High Court. Situasi yang berbeza setelah diperkenalkan pekeliling baru. Kalau di Shah Alam, walaupun dengan perubahan syarat wakil pembida, once kita dah letak bank draft sebelum pukul 9.30 pagi, kita masih boleh lepak2 di luar bilik lelongan. Masih boleh pergi breakfast, pergi tandas, merokok dan lain2, sementara menunggu lelongan bermula pukul 10.30 pagi. Itupun selalunya bermula pukul 11.00 pagi. KL High Court pula, kita kena letak bank draft sebelum pukul 9.00 pagi. Setelah kita serahkan bank draft pada pihak mahkamah, kita dikehendaki masuk ke dalam satu bilik lain, iaitu kita diasingkan dari pihak lain, kita akan duduk bersama pembida2 sahaja. Kita tidak dibenarkan keluar, dan kalau nak ke tandas, polis akan escort pergi tandas dalam pejabat mahkamah, bukan tandas luar. Penggunaan talipon tidak dibenarkan, dan aku cuma bersms dan whatsapp sahaja. Itupun dengan line yang tak berapa nak ada, setakat 1-2 bar sahaja. Communication memang terhad dan memang sangat2 susah nak buat deal atau nak kawtim. In a way, ianya bagus. In another way, ianya menyusahkan aku juga. Hafiz Kamarudin yang berada di Shah Alam High Court cuba nak contact aku untuk dapatkan instruction daripada aku, tapi aku tak boleh jawab call dan buat call. Nasib baik, aku dapat jumpa berapa pembida yang ada, untuk unit yang aku nak bida ini. Lebih kurang pukul 9.30 pagi, lelongan bermula. Untuk unit di Bukit Jalil yang aku bida ini, dengan harga reserve 340k, dengan sekali angkat, disahkan pemenang.  Cayalah Hanan. Setelah banyak kali mencuba, baru satu yang sangkut. Minggu depan kita cuba lagi, membawa pulang beberapa biji lagi, hahahahahah…  Sebelum pukul 10 pagi lelongan dah selesai, cuma nak tunggu stamping siap, makan masa juga lah. Lebih kurang pukul 11.00 pagi baru siap. Di Shah Alam High Court pula, Hafiz Kamarudin terpaksa berlawan dengan 12 pembida lain untu satu unit landed di Kuala Selangor dengan keluasan lebih kurang 2000sqft, pada harga reserve 40k. Tewas pada harga 90k. Kemudiannya Hafiz Kamarudin gerak ke Ipoh dan membida untuk clientnya di sana dan mencapai kemenangan beremosi lagi. Haih la budak emosi, asal menang je nak nangis2… memang emosi betullah budak Hafiz Kamarudin ni.


 28 Mac, sesi pagi tiada yang aku dapat bida sebab unit2 yang ingin di bida teahpun called awal. Sesi petang pula aku ke Jln Yap Kwan Seng, dan Remy ke Solaris Jln Duta. Singgah ke TNB untuk pick up Cengkok yang nak join turun lelong. Dia nak masuk unit Cyberjaya, tapi called off awal. Cancel bank draft dan follow aku untuk masuk satu unit lain di Balakong. Mula2 ke Felda Jln Semarak untuk jumpa Azley. Azley contact aku beberapa hari yang lalu untuk masuk satu unit di Seri Kembangan. Dia bagitau, pernah jumpa aku 3-4 tahun dahulu. Dia kenal geng2 Felda macam Topeq dan Azri yang juga dah lama aku tak jumpa. Ini geng hartanah tahun sebelum tahun 2010 lagi. Zaman RHB buat mega auction di Hotel Rennaisance dan CIMB buat mega auction di Berjaya Times Square. Aku pun tak ingat Azley yang mana satu. Bila jumpa muka, baru aku ingat, dia memang dah lama main hartanah lelong. Collect bank draft, dan aku gerak ke Megan Avenue II. Sampai di Megan Avenue II, singgah Ng Chan Mau dulu, tengok unit masih aktif atau tidak. Kemudian aku ke Ehsan. Permai Villa 135k dah called off selain Cyberjaya juga called off. Unit balakong yang Cengkok nak masuk juga ada pembida lain, lantas cengkok malas nak masuk, sebab dia nak pada harga reserve sahaja. Kechik pula datang, nak bida satu unit di Shah Alam pada harga reserve 315k. Ada pembida lain juga, walaupun harga 315k ini dah menghampiri mv. Aku biar mereka bincang dan aku turun ke NCM untuk register unit di Seri Kembangan. Mula2 Cuma aku dan Halim sahaja yang register untuk unit Seri Kembangan ini. Sedang berbincang2 dapat tahu ada lebih kurang 4 pembida. Kita lawan sahaja lah, walaupun aku tau aku akan kalah. Dekat2 lelongan nak bermula, Azley pun sampai, nak tengok suasana lelong sekarang. Dari harga reserve 43k, naik sehingga 73k. Memang tewas la. Kawasan ini kalau sekitar 2010 boleh dapat sekitar harga bawah 30k sahaja. Kechik pula menang pada harga 320k.

Di Solaris, Remy inform aku ada 4 pembida kesemuanya. Hasil perbincangan, hartanah di Seksyen 7 Shah Alam berjaya di menangi pada harga 71k, dari harga reserve 70k. Beginer’s luck untuk Hafizan. Percubaan pertama yang mengena. Tahniah.


29 Mac, aku ke lelongan Ambank di NCM pukul 3.00 petang. Beberapa hari yang lalu, Samsul Brunsfield whatssapp aku. Katanya dia di Mekah, tengah buat umrah. Apa2hal whatssapp sahaja. Dia nak masuk membida satu unit low cost di Petaling Jaya dengan harga reserve 56.7k. Aku ingat lagi unit ini, 30 July 2012, waktu tu bulan puasa. Ada 2 unit di Petaling Jaya ini yang dilelong pada hari yang sama di 2 tempat yang berlainan. Satu di NCM yang bermula pukul 3.30 petang untuk harga reserve 56.7k, dan satu lagi di PAH yang bermula pukul 3.00 petang, untuk harga reserve 60k. Aku decide untuk ke NCM dahulu, yang bermula pada pukul 3.30 petang, kerana harga reserve yang lebih rendah. Wrong move, bila ada beberapa pembida lain, dan akhirnya harga naik kepada 62k. Aku call pelelong PAH dan unit 60k tersebut tiada pembida, lalu aku minta pelelong tunggu sampai aku sampai. Aku nak beli unit tersebut untuk Samsul Brunsfield. Berjaya dapat pada harga reserve walaupun aku sampai dah lepas pukul 4.00 petang. 8 bulan kemudian, unit 56.7k tersebutlah dilelong semula hari ini pada harga reserve yang sama. Tapi kini, mengundang 8 pembida. Dari harga 56.7k, akhirnya jatuh pada harga 84k. Cayalah. Harga dah macam harammm.. Di NCM juga, Pie2020, Hafiz Kamarudin, Zam Alfian dan kawan2 baru lain seperti Iskandar, Omar dan lain2 turut membida. Tiada hasil juga untuk mereka kecuali Zam Alfian yang menyapu bersih 2 hartanah yang dia bida. Yang lain semuanya tewas bertarung. Minggu depan perjuangan akan di teruskan lagi. Dengan 3 kemenangan untuk bulan Mac ini, ianya mencapai target aku. 



4 comments:

wadie7990 said...

Panjang betul cerita lelong bulan Mac, tq bro..nampaknya situasi makin mencabar, bila ler pulak aku nak angkat paddle ni..last masuk auction hujung tahun lepas tapi tak berjaya huhu..

faris said...

@ Wadie : Mencabar dan terus mencabar.. lama tak jumpa kau.. kalau turun lelong roger la, boleh lepak sekali.

wadie7990 said...

orait bro...nombor phone masih sama mcm dulu lg kan?

Khairul Bird said...

cayalah, aktif ko faris..
aku baca pun penat hehe..

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com