Friday, March 1, 2013

Cerita Lelongan Bulan February 2013


Awal February 2013, tidak banyak lelongan yang diadakan. Ada 2 faktor utama. Satu, memang kebiasaannya tidak banyak lelongan yang diadakan pada minggu pertama setiap bulan, dan pada minggu kedua bulan ini pula, disebabkan preparation untuk menyambut Tahun Baru Cina, jadi,, tidak banyak juga lelongan yang diadakan.Aku jangkakan, aku akan busy gila, dan terpaksa menggunakan khidmat super friends pada hujung bulan. Super friends adalah kawan2 seperlelongan hartanah yang tolong menolong. Super friends aku dah bertambah lagi, untuk membantu rangkaian kawan2 pergi membida hartanah lelong. Kalau aku sorang2 buat kerja, memang tak boleh.

4 February aku turun ke PAH untuk membida satu unit sahaja. Cengkok yang pada mulanya nak membida 2 unit, satu apt dan satu low cost, membatalkan niatnya untuk membida unit low cost di Bandar Bukit Puchong 2, dengan harga reserve 34k. Ianya tingkat 5, dan tidaklah ralat sangat sebab unit tersebut dibida oleh, lebih kurang 7 orang, termasuk Hafiz Kamarudin dan Shahril Sidek. Dari 34k, naik kepada 51k. Satu lagi unit low cost di Puchong Prima, yang juga dalam radar aku, dari 55k dengan 3 pembida, naik kepada 63k. Unit yang aku bida pula, untuk Cengkok, satu unit apt di Puchong Perdana, juga dibida oleh Hafiz Kamarudin dan Shahril Sidek, dan Yob, dari 85k, dengan kenaikan pertama kepada 120k dan 2k setiap kenaikan, akhirnya mati pada harga 140k, dengan 30 orang pembida. Last aku menang untuk client di Puchong Perdana ini, bulan May tahun lepas, 134k, unit 970sqft, reserve price, untuk Brader Cengkok juga.

5 February pula, aku ke Shah Alam High Court untuk membida bagi pihak Remy, untuk satu unit di area Banting. Unit di area Banting ini, kadang2 boleh dapat harga reserve, kadang2 kena membida bersama 3-4 pembida lain. Yang pasti, tidaklah hot sangat, dan tidaklah ramai sangat pembida, kalau ada pembida la. Remy pula turun ke Seremban High Court, untuk membida unit di area Seremban. Kalau membida di High Court ni, aku tak kisah nak openly beritahu, aku masuk unit mana, selepas waktu pendaftaran tamat, kalau ada orang tanya la. Sebabnya, pendaftaran tamat pukul 9.30 pagi, dan lelongan bermula selepas pukul 10.30 pagi. Ada waktu lebih kurang satu jam, untuk berbincang, kalau perlu. Pun bergitu, aku rasa macam tiada pembida lain, sebab dah tanya pada kebanyakan agent, semua tak masuk unit di Banting ini. Bila lelongan bermula, sah unit dimenangi pada harga reserve, 117k. Di Seremban pula, Remy tewas bila ada 10 pembida lain. Dari harga 90k naik kepada 115k.

Lelongan akan disambung semula 13 Feb, dan penghujung bulan aku dah kena cari super friends untuk tolong aku, terutamanya 28-2hb. 28 Feb memang banyak lelongan, dan 2 mac pula, lelongan CIMB Mega. Aku ke Medan 28 Feb- 2 Mac ini.

11 Feb, masa cuti Raya Cina, sempat juga aku ke Penang, buat trip satu hari ke Penang. Aku yang bosan, wife kerja, lepak dgn anak2 aku, adik aku pulak saja datang dari JB sebab cuti panjang. Dia ajak turun Penang sebab dia mengidam nak makan nasi kandar line clear atau nasi kandar beratur, dan mee goreng sotong. Aku pulak, cerita2 series aku dah habis tengok, kena beli stock baru. Biasa aku balik JB atau turun Penang, beli dalam 50 cd cerita2 series. Dalam sebulan dua dah habis tengok. So, pagi pukul 10 lebih baru gerak ke Penang, sampai Penang, singgah rumah kakak aku makan nasi, lepas t uterus shoot ke Padang Kota Lama, makan Mee Goreng Sotong. Lepas habis makan, jadi jeruk kat area Komtar, lepas tu pergi Batu Feringghi, cari CD, settle semua dah pukul 12 lebih. On the way balik jumpa kakak aku semula di Nasi Kandar Beratur di Bagan. Pukul 2 pagi gerak semula ke KL, dekat2 pukul 7 pagi baru sampai KL semula.


13 Feb, Remy bid sendiri untuk satu unit di Banting, dan berhadapan dengan budak emosi Hafiz Kamarudin. Di sebabkan dia emosi, Remy bagi dia menang la. Ada 3 pembida untuk unit tersebut, Hafiz Kamarudin yang menang. 18 sampai 20 Feb, banyak yang aku nak bida, semuanya called off. 21 Feb pula aku turun membida di Shah Alam High Court untuk satu unit di Seksyen 13 berharga 495k. Tempat hot, harga market pun tinggi, tapi macam tiada pembida lain. Ada juga aku try cari, tapi tak jumpa, ingatkan boleh la dapat reserve. Rupanya ada 2 pembida lain. Kalau nak settle pun tak kurang dari 20k, so lawan sahaja. Dari 495k, harga permulaan 500k dan setiap kenaikan 10k, aku sempat angkat sampai 550k sahaja. Last price jatuh pada harga 580k. Hanan yang turun ke Gombak Land Office pun kalah, unit di Tmn Ukay Perdana, dari 330k naik kepada 440k.  22 Feb pula, aku ke JTR. Dari 2 unit yang nak di bida, tinggal satu. Belum ada rezeki untuk Azfar lagi. Tapi rezeki untuk Cengkok. Unit di Kinrara Puchong, dengan rp 110k, berjaya di menangi dengan harga ‘reserve’. Jadi, Cengkok memang power. Malamnya, sempat jumpa dengan Fahmie, yang bekerja di Lumut, berasal dari Johor dan ingin membeli hartanah investment di KL. Insyaallah Fahmie, kita akan usahakan.


23 Feb sampai 26 Feb, banyak unit yang nak di bida called off. 25 Feb, Cengkok macam berminat nak masuk unit di Vista Pinggiran dengan rp 125k, tapi membatalkan hasrat tersebut. Keputusan yang bagus, bila unit tersebut mengundang agak ramai pembida dan harga mati pada 184k. 27 dan 28 Feb adalah hari yang ada banyak lelongan di adakan. Aku cuma dapat hadiri lelongan 27 Feb. Sebelah pagi, aku ke NCM untuk membida  satu unit landed di Panglima Garang,untuk Remy. Syed Zukri yang contact aku by email, berminat nak masuk unit di Pangsapuri Berembang, berjumpa aku di tempat lelong, dan satu lagi unit, aku bida di Tmn Ukay Indah untuk Zulkipli. Unit di Panglima Garang tiada masalah besar, bila dimenangi pada harga 108k. Unit Berembang pula, adalah satu unit low cost yang terletak di tepi MRR2. Tau lah, unit low cost, size pun 650sqft. Unit pun, walaupun kosong, takdelah fully renovate. Lantai simen juga. Dengan harga permulaan 85k, dengan 14 pembida, dari 85k, naik kepada 161k. Cayalah. Unit Taman Ukay Indah pula, sepatutnya ada 2. Both harga reserve pada 38k. Satu called off, tinggal satu. Shahril Sidek turut membida untuk clientnya. Total ada 20 pembida. Dari 38k, naik kepada 70k. Kalah juga. Sebelah petang pula, aku ke Ehsan Auctioneers untuk membida unit di Seksyen 15, dengan harga reserve 110k. Ada satu lagi unit 80k, telah called off. Unit yang 110k ini pula, mengundang 5 pembida, termasuk Izzat Idris. Dari 110k harga mati pada 138k di menangi oleh client Yusri. Sebenarnya 27 Feb aku busy gila. Banyak bank draft nak kena buat, kena pergi lelong dan sebelah malamnya, jumpa Izwan Latiff, Ruhaifi dan Yob untuk menyerahkan bank draft untuk masing2 pergi membida. 28 Feb aku dah ke Medan pukul 7 pagi.

28 Feb, hari terakhir bulan Feb, aku tiada di KL. Terpaksa menyerahkan tugas kepada kawan2 untuk membida. Hanif Jaffar turun ke Shah Alam High Court untuk sesi sebelah pagi, dan tewas. Unit di Kepong dari 90k naik kepada170k. Sesi sebelah petang dia ke PAH pula, untuk membida satu unit di Kajang. Dari 52k dengan 7 pembida, tewas pada harga 69k. Izwan Latiff ke PAH untuk sesi pagi, membida satu unit di Seksyen 15, Shah Alam dengan harga 98k. Dengan 3 pembida, tewas juga pada harga 131k. Ruhaifi turun ke NCM untuk sesi pagi. Aku tak Tanya dia lagi untuk unit di 2 unit di Puchong yang dia masuk, tapi untuk satu unit yang Syukur, client aku masuk untuk lelongan di NCM, juga tewas. Unit hot di Bandar Sri Permaisuri, dari 85k naik kepada 91k. Tamatlah sesi membida untuk bulan February, dengan aku berjaya membawa balik 3 unit untuk client. Satu untuk Cengkok, 2 untuk Remy. Korang memang power.

2 Mac baru aku balik KL, dan sesi lelongan Mega CIMB pun aku tak dapat pergi. Hanan akan wakilkan Azhar Zain, selain membida untuk sendiri, dan Hafizie juga akan turun membida sendiri. Good luck untuk korang semua. 4 Mac aku dah masuk gelanggang semula, bermula dengan Shah Alam High Court.


2 comments:

izzatidris said...

haha. bjumpa juga akhirnya di Ehsan. cuba lagi lepas ni

Ishika Khanna said...

Seems to be a perfect place to learn something new.. Here I can pick many things for my blog as I have recently created and its in progress. My blog is totally different from your blog. But still I want the admin to suggest me that how can I attract visitors to increase traffic. Have a look here, http://free-songs.org on my blog and do suggest me if there is any requirement for any change. I would be really glad and any suggestions would be appreciated. Thanks in advance!!!!

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com