Saturday, April 6, 2013

Aktiviti Awal bulan Dan Cerita lelong Minggu Pertama April 2013


Hujung minggu lepas, aku dan Hanan pergi buka rumah yang dimenangi minggu lepas. Unit yang terletak berdekatan dengan Bukit Jalil, dimenangi pada harga 350k. Kalau di lihat daripada luar, unit ini nampak biasa, standard unit tanpa ada apa2 renovation. Terletak disimpang T-Junction, juga membuatkan unit ini kurang diminati. Tapi, pada aku itu small matter. Walaupun terletak di T-Junction, bukanlah pada jalan utama. Lorong di hadapannya, jalan mati yang pendek. Takdenya orang nak bawak laju dan langgar rumah tu. Nak buka pagar pun satu hal juga. Pintu pagar bermangga. Aku ingat aku boleh potong pakai cutter. Hari ini aku kurang sihat sikit. Ada tanda2 nak demam. Tenaga pun kurang. So, aku panjat dulu pagar, try potong dari dalam kawasan rumah. Nak kata mangga tu calar setelah aku cuba potong pun tak jugak, kecewa jugak la.. heheh. So, aku try buka pintu rumah pula. Walaupun bermangga, tapi mangga kecil, dan besi jenis murah. Berjaya potong. Tombol jenis dead bolt juga berjaya dibuka walaupun ambil masa sedikit. Berjaya masuk kedalam rumah. Memang banyak free gift. Menurut kata jiran, owner dah tinggalkan rumah lebih kurang setahun. Banyak barang2. Macam di tinggalkan begitu sahaja tanpa banyak berkemas. Sijil nikah dan geran motor selain dokumen2 lain banyak ditinggalkan. Sebenarnya, owner asal yang menjadi penama rumah ini, telah meninggal dunia. Isterinya mungkin dah balik kampong. Anak dah berhijrah keluar negara. Persoalan aku, kenapa tak claim mrta? Atau tiada mrta? Rumah dah renovate tambah dapur dan plaster ceiling, selain barang2 dalam rumah tu. Berbaloi jugalah dapat pada harga 350k. Cuba juga nak potong mangga pagar dan mangga sliding grill, rupanya mangga jenis anti cut dan anti jammed. Tak dapat buka, kitaorang pun baliklah. Nak balik kena panjat pagar lagi.


Selesai di Bukit Jalil, buka satu rumah lagi di Kajang. Yang ini bukan rumah lelong. Cuma penyewa dah keluar tapi tak tinggalkan kunci. Yang ini tak susah pun nak buka.


Disebabkan awal bulan, belum ada kes nak masuk bida lagi, minggu ni kerja aku buka rumah sahajalah. Hari Selasa, aku dan Cengkok ke Kinrara untuk buka satu rumah yang Cengkok menang beberapa bulan yang lepas. Kalau dilihat dari luar, macam dah tiada penghuni. Cuma notis yang Cengkok tinggalkan, nampak macam dah diambil orang. Nak buka unit ini pun tak susah. Tapi, bila dah buka, rupanya masih ada orang tinggal lagi. Ada barang2 macam peti sejuk, tv, dapur dan barang2 lain. Cuma tak Nampak macam family yang duduk. Macam orang bujang lelaki yang duduk. Aku pun tukar kunci, lock semula dan Cengkok tinggalkan notis untuk dihubungi. Memang betullah ada orang duduk lagi. Petangnya, Cengkok dihubungi oleh seorang warga Pakistan yang menyewa disitu. Unit di bayar oleh companynya.


Unit yang Hafizan dapat minggu lepas, dihuni oleh penyewa juga. Nampak macam tiada masalah besar untuk dia handle sendiri. So, aku boleh teruskan kerja2 membida untuk minggu ini.

Hari Ahad lepas AirAsia dah mula buat promo free seat lagi. Aku memang pantang kalau AirAsia atau Firefly buat promo tambang murah, mesti nak belek2 nak tengok mana boleh pergi. Tahun ini tengah nak cari satu lagi percutian hujung tahun. Tapi, promo kali ini untuk penerbangan bulan January hingga April 2014 sahaja. Penyudahnya, tahun depan bulan April aku dah booking 13 seat untuk ke Jogjakarta pula. Taklah sesak sangat traffic AirAsia sebab aku book hari Ahad, priority booking untuk Bigcard holder. Nak booking untuk 13 seat ni, kena pecah buat 2 kali booking. Satu kali booking, maximum cuma 9 seat sahaja. Kedua2 booking dapat penerbangan hari yang sama, Cuma berbeza waktu penerbangan sahaja. Bila dah lama booking dengan AirAsia ni, dah tahu dah macam mana nak booking untuk ramai2. Macam aku booking ke Bandung dulu,  aku mendarat dan pulang dari Bandung, sementara adik beradik aku yang lain, walaupun nak ke Bandung, turun dan pulang dari Jakarta. Hotel tak booking lagi. Itu cerita kemudian. Sama ada aku akan booking di Matta Fair atau booking online. Percutian hujung tahun masih dicari. Rasa2 macam nak ke Bangkok naik keretapi atau berkereta ke Krabi. Itu semua tak decide lagi. Bulan 8 atau 9 baru decide.

4 April yang lepas aku turun ke Shah Alam High Court. Pukul 9 pagi aku dah sampai. Untuk unit yang aku nak bida ini, mulanya ada 3 pembida lain, termasuk client Hafiz Kamarudin dan Azam, adik Remy. Nak bincang pun tak dapat sebab pembida seorang lagi mahu lawan, jadi, kita lawan. Kalau lawan pun, aku dah tahu client Hafiz Kamarudin yang akan menang. Satu unit di area Sg Jarum yang biasa di perolehi dari lelong sekitar harga 85k. Untuk hari ini, dengan 5 pembida, harga mati pada 110k, dengan di menangi oleh client Hafiz Kamarudin. Power betul budak Hafiz Kamarudin ni sekarang. Selalu dah jumpa kat tempat lelong, kadang2 jadi rival lawan unit yang sama dengan aku. Memang layak jadi ikon hartanah masakini, atau mungkin maskot, bak kata Shahril Sidek. Satu lagi unit yang aku bida adalah unit landed di TTDI Jaya dengan harga reserve 250k. dengan 28 pembida, harga mati pada 400k, tewas juga. Kehadiran Sifu Besar Kuala Terengganu, Abang Peruzz cuma memberi tuah pada Hafiz Kamarudin, tidak pada aku. Selesai acara lelongan, Hafiz Kamarudin belanja makan tengahari. Terima kasih.



Hari ini pula aku ke lelongan Mega CIMB. Orang ramai macam biasa. Sesetengah unit mengundang ramai pembida, sampai 20-30 orang. Hafiz Kamarudin kalah, Shahril Sidek kalah, aku pun kalah. Unit yang aku nak bida untuk Hafizie, Kalau bulan lepas tiada pembida, hari ini ada 4 pembida pula. Salah satu unit yang Hanan nak bida pada mulanya, tapi memikirkan ini Mega Auction, tak jadi nak bida. Rupanya tiada pembida. Arrgghh.. aarrgghh.. memang rugi.. kalau tidak, dah dapat pada harga reserve. Kalau nak tunggu lelongan bulan hadapan, mungkin tak dapat.. ahh.. itulah dunia lelongan. Tak boleh nak predict. Masih terbayang-bayang.. kalau dapat.. menang besar punya…


Selesai lelong, lepak minum2 bersama Hafiz Kamarudin, Shahril Sidek, Adif, Hassan dan Shahbudin. Bercerita pengalaman dan aktiviti terbaru masing2. 

1 comments:

narfey said...

Mega auction takde bidder? Pergh!

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com