Monday, April 29, 2013

Cerita Masalah dan Cerita Lelong Pertengahan April 2013


Cerita lelong bersambung lagi. Ada lagi masalah baru yang timbul. Penyelesaian perlu di cari, kalau tidak, investor susah nak beli rumah lagi. Lelongan yang aku turun sendiri bermula semula pada 15 April. Dari 7 April sampai 14 April, banyak unit yang called off atau bidder yang turun sendiri. Itupun belum membuahkan hasil juga. 15 April aku ke lelongan mahkamah tinggi Shah Alam. Satu unit corner lot di Subang Permai dengan harga reserve 350k, dengan pembida lebih kurang 30 orang, memang susah nak menang. Akhirnya, harga mati pada 620k. 18 April, aku turun ke Seremban High Court. Aku tak pernah turun ke Seremban High Court. Aku pernah membida di Seremban, 4-5 tahun dahulu. Itupun LACA kes, yang di buat di hotel. Masa itu lah baru kenal dengan Brader Cengkok, yang membida unit yang sama, TBR. Kalau tak silap aku, Cengkok yang menang. Hari ini, pukul 6.30 pagi aku dah keluar rumah, gerak ke Seremban. Sampai pun awal, breakfast dahulu di kedai berhadapan Kompleks Mahkamah. Pukul 8 lebih baru ke bilik lelongan. Orang tak ramai lagi, lepak2 dulu smoking. Menghampiri pukul 9.00 pagi baru ramai. Banyak juga unit yang dilelong. Unit yang aku nak bida ini, untuk Brader Cengkok juga. Dengan harga reserve 117k, kalau ikut rekod, insyaAllah tak banyak saingan. Harga pun tidaklah rendah sangat. Tapi, rupanya ada 3 pembida. Satu taknak bincang dan tak mengaku dia masuk unit yang sama aku masuk. Takpelah, kalau nak lawan kita lawanlah. Dari 117k, harga naik agak tinggi, dengan harga mati pada 144k. Kecewa lagi hari ini. Antara 3 High Court yang pernah aku turun, Seremban High Court aku letak no 3. Sebelum pukul 9.30 pagi kena register, itu standard. Start patut pukul 10.30 pagi, Pukul 11.30 pagi pun tak start lagi. Menghampiri pukul 12 tengahari baru mula. Nasib baik unit yang aku masuk, giliran yang ke tiga. Pukul 12 lebih sikit baru habis. Aku tak tunggu lama, terus balik, lunch dengan Cengkok di Bangi. Nasib baik lelongan petang called off, kalau tak belum tentu sempat aku nak kejar masa. Kalau lelongan petang masih aktif, kena lawan dengan Peruz pulak.

Dengan hari-hari berikutnya semua unit yang nak bida, semuanya called off, aku pun pergilah bercuti ke Langkawi dari hari Sabtu sampai Isnin 22 April. Disebabkan dah tiap2 tahun aku pergi Langkawi, takdelah aku nak jalan2 sangat. Lebih banyak lepak di hotel, makan dan shopping sahajalah. Tahun ni aku ambil direct booking, pakej Aseania Hotel. Pakej 3 hari 2 malam free & easy, dengan kereta dan makan malam. Pada aku, pakej yang tak berbaloi. Kereta untuk RM100.00 satu hari, aku dapat wira special edition sahaja, dan makan malam buffet aku expect banyak choice, tapi cuma nasi putih dengan 5-6 lauk sahaja. Untuk tahun2 berikutnya, lebih baik aku kekalkan cara biasa, booking hotel sahaja, dan kereta sewa sendiri. Dengan rate RM70-80.00 satu hari dah boleh dapat vios atau yang setara, dan kalau wira, setakat RM50-60.00 sahaja satu hari. Mungkin tahun depan aku nak cari hotel lain pula. Walaupun ada penambaikan pada Hotel Aseania, pada aku, yang menarik minat aku ke Aseania Hotel hanyalah swimming poolnya yang besar dan panjang. Itupun yang anak2 aku suka. Nak dapat rate yang below RM200.00 dengan facility yang bagus, tak banyak choice di Pantai Cenang. Kalau nak ambil Casa Del Mar, Pelangi Meritus, Holiday Villa atau Frangipani, itu semua rate RM400-900.00 satu malam.  Shopping chocolate memang sudah tentu. Untuk tips beli chocolate di Langkawi, pada aku, tak boleh beli di satu kedai sahaja. Kena survey dulu di 5-6 kedai, kemudian baru beli di tempat mana paling murah. Aku biasa survey dulu di The Zone, Haji Ismail Group, Langkawi Saga, Coco Valley, kemudian baru beli. The Zone dan Coco valley selalu jual murah untuk chocolate yang lagi 3-4 bulan nak expired. Kadang2 buy 1 free 1. Hari Isnin masa aku nak balik, tengah tunggu flight, kawan2 lelong call aku, bagitau ada masalah baru.


Bermula 1 March 2013, lelongan mahkamah tinggi dah kuatkuasakan undang2 baru. Hanya agent yang memiliki authorized letter dari Real Estate Agency sahaja yang boleh mewakili pembida. Itu cerita lama jugalah, dah hampir 2 bulan berjalan. Tapi, bermula 22 April 2013, mahkamah tinggi Shah Alam kuatkuasakan undang2 baru lagi. Hanya Agent yang memiliki lesen E sahaja yang boleh membida bagi pihak pembida. Situasinya begini, Agent yang memiliki lessen E selalunya adalah orang lama yang tidak lagi turun padang. Selalunya mereka adalah bos besar. Yang selalu turun padang adalah Real Estate Negotiator, macam aku. Kalau sekarang nama glamour yang kebanyakan orang pakai, Perunding Hartanah Lelong, tapi title asalnya, Real Estate Negotiator la. Agent yang memiliki lessen E ini, boleh employ 20 orang Real Estate Negotiator (REN). Bila REN tidak lagi dibenarkan mewakili pembida, itu suatu masalah yang besar, untuk semua orang. Macam aku, hampir kesemua client aku adalah golongan pelabur yang mencari unit2 dibawah market value. Masuk lelong 10 kali pun belum tentu menang. Mahkamah Tinggi Shah Alam pula, boleh dikatakan sumber yang sesuai untuk mencari unit2 yang sedap dibida. Takkanlah pelabur nak kena datang sendiri, dengan successful rate pun kurang dari 10%. Buat masa sekarang, belum ada penyelesaian khusus untuk masalah ini. Remy yang akan turun membida di mahkamah Shah Alam esok, hanya ada penyelesaian jangka pendek.

23 April, aku turun ke lelongan Ehsan untuk sesi pagi. Niat membida untuk Azlie yang sedang outstation keluar negara. Malangnya, called off last minute. Ada 3 unit yang agak baik untuk dibida, sehingga pukul 10.20 pagi, tiada siapa yang register lagi. Kalau tiada orang yang register juga, ada kemungkinan aku offer unit ini untuk Cengkok. Tapi pukul 10.30 datang pulak Ruhaifi, Remy dan Haris Saleh, selain Halim yang masuk unit yang sama. Akhirnya, Halim menang satu, Remy menang satu dan Ruhaifi menang satu. Haris Saleh juga tak pulang kosong, dengan menang satu unit lain. Sesi petang aku ke Cahaya Auctioneer pula. Hanya masuk satu unit sahaja, Kota Damansara 80k. Dengan harga reserve 80k, boleh tahan ramai juga. Tewas pada harga 113k untuk unit tingkat 5. Hafiz Kamarudin, Shahril Sidek dan seorang agent lain, bertarung untuk satu unit di Damansara Damai. Dari harga 42k, naik kepada 53k dimenangi oleh Shahril Sidek.


24 April pula, aku ke lelongan PAH untuk satu unit landed di Bandar Bukit Puchong 2, dan satu unit apt di Tmn Mas. Last minute unit di Tmn Mas called off. Kalau tidak kena lawan juga dengan Haris Saleh dan Azam, adik Remy. Tinggal satu unit yang perlu di bida, itupun ada total 15 pembida. cuma aku sorang pembida Melayu. Dengan budget yang agak rendah, aku dapat rasakan aku akan tewas. Unit sebenarnya nama Chinese dan dibeli oleh seorang Melayu. Masalahnya, semasa proses pembelian berlaku, loan belum disburse, owner asal dah tak bayar monthly installment. Owner baru Melayu tersebut datang pada hari lelongan untuk melihat sesi lelongan. Dia memang mahukan unit itu, dan memberitahu pembida lain, dia dah caveatkan unit tersebut, dan akan berusaha dapatkan perintah mahkamah. Walaubagaimanapun, lelongan tetap berjalan, dengan harga permulaan 400k. Aku angkat sekali sahaja pada harga 400k, sebelum pembida lain bertarung sehingga harga akhir, 466k.


25 April, aku ke lelongan sesi pagi di Ehsan, untuk Bank Kerjasama Rakyat. Satu unit landed, corner lot di Seksyen 7, Shah Alam pada harga 500k sahaja. Dengan 6 pembida, tak boleh bincang, harga akhirnya mati pada 635k. Tewas lagi. 26 April, aku ke MNP Auctioneer untuk lelongan sesi petang, mewakili Samsul Brunsfield. Sebenarnya ada 4 unit yang aku nak bida, tapi 3 called off last minute. Pukul 12 tengahari baru dapat tahu called off. Setelah beberapa kali mencuba di arena lelong tahun ini, Samsul Brunsfield belum ada hasil lagi, berbanding tahun lepas dengan 2 unit. Kalau ikut budget awal, unit di Subang Delima ini, akan di bida dengan budget sekitar 160k. Dengan harga reserve 120k berbanding market value yang menghampiri 200k, aku expect memang akan mempunyai pembida lain. Dengan total 8 pembida, aku rasa dengan budget sekitar 160k memang akan kalah. Apatah lagi Nizam yang selalu masuk untuk client dia di area ini, masuk lagi, selain Mohd Noor yang aku rasa budget dia besar juga. Sebelum lelongan bermula, Samsul Brunsfield sempat sampai, dan setelah berbincang, dia up budget dia sekitar 170k. Bila pertarungan bermula, dari 120k harga naik sedikit demi sedikit. Bila harga dah cecah 150k, pembida masih aktif bertarung. Melepasi 160k masih lagi aktif bertarung. Aku angkat lagi pada 170k, Nizam membalas pada harga 172k, dan seorang lagi pembida membalas pada harga 174k. Pada kiraan kedua, Samsul Brunsfield suruh aku layankan lagi, pada harga 176k. Boleh tahan power dah harga ni. Pada kiraan ketiga, tiada siapa lagi yang mahu melawan, dan Samsul Brunsfield disahkan pemenang. Horey..Haris Saleh menang satu unit di Klang. Jumpa juga dengan client lama, Nasir Kia.


Esok dan lusa adalah lelongan akhir bulan April dengan lebih kurang 10 unit lagi perlu dibida, untuk Hafizan, Cengkok, Hanan, Joefizie, Hafizie, Madi dan Engku Farhan. Mungkin juga Manaf nak bida satu unit pada 30 April ini. Semoga berjaya. 

0 comments:

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com