Thursday, May 30, 2013

Cerita Lelong Pertengahan May 2013

Waktu busy aku, banyak bergantung pada bila tarikh lelongan diadakan. Buat masa sekarang, trend yang sama sejak lebih kurang setahun yang lalu, ada 3 peringkat. Anggarannya, awal bulan, iaitu 10hb ke bawah, tengah bulan, 20hb ke bawah dan hujung bulan, 21hb keatas. 10hb ke bawah aku banyak hadiri lelongan mahkamah, pejabat tanah dan LACA kes untuk bank yang tak banyak listing lelong, atau bank yang agak kecil sizenya. Pertengahan bulan, masih lagi lelongan mahkamah dengan di ikuti lelongan bank yang sederhana sizenya, dan hujung bulan, kebanyakan bank besar mula melambakkan tarikh lelongan. Kalau awal bulan, mungkin satu hari 1-2 kes, sesi pagi dan petang, pertengahan bulan, paling kuat pun 2 sesi pagi, 2 sesi petang, bila tiba hujung bulan, boleh jadi 4 sesi pagi dan 4 sesi petang. Dia punya gila, memang buat aku pening. Bila masa nak buat bank draft, nak susun orang, belum masuk client last minute nak masuk lagi. Heheheh.. itulah cabaran untuk aku. Itupun, aku rasa aku tak banyak sangat client. Sebabnya, aku cuma cuba satu demi satu untuk client aku. Kalau tak berjaya dapat hari ini, esok lusa, masih mencuba untuk client yang sama. Secara purata, lebih kurang 60 kes aku masuk sebulan, dengan kebanyakan kes, hampir separuh, bertumpu pada hujung bulan. Dengan kes awal bulan dan pertengahan bulan dah selesai, aku akan menumpukan perhatian untuk kes hujung bulan.

Cerita lelongan pertengahan May, hari Rabu 15 May, Hanan turun membida sendiri untuk kes lelongan Mahkamah Shah Alam. Aku bukan principal, dan tiada Lesen E. Tak guna aku turun, memang aku tak boleh bida. Unit di area Shah Alam yang Hanan nak bida, bermula dari 405k. 16 pembida, dengan kenaikan 10k sekali bida, Hanan tewas pada harga 630k. Remy yang bercuti ke Kemboja dari hari Khamis sehingga Ahad, memberikan tugas membida untuk aku. 16 May dia nak masuk satu unit di Shah Alam High Court, tapi sebab aku tak boleh bida, kita abaikan sahaja unit tersebut. Petangnya, aku ke NCM untuk membida satu unit di Sg Buloh untuk Rodzi, tapi tewas. Selesai lelongan, Mr Foong dari NCM memberikan aku satu deal yang aku kira baik, dan jarang diperolehi. 2 Unit di area Klang, yang akan dilelong dengan harga yang baik, berserta deal yang baik. Itu hanya akan berlaku pada bulan Jun nanti. Sama ada Zam Lokman akan berjaya dengan deal ini atau tidak, aku kena tunggu bulan Jun nanti. Lelongan yang selesai awal, pukul 3.30 petang dah selesai, dan aku cuma ada appointment seterusnya lebih kurang pukul 6.00 petang, dengan Wan Azmi. Dengan masa yang agak panjang, aku pun gatallah nak ikut jalan jauh, kononnya boleh sampai ngam2, tak payah aku tunggu lama. Kalau aku ikut plus, masuk Kajang, dah kira dekat dah. Ini tidak, aku ikut jalan nak balik Puchong, lepas tu baru ke Kajang. Sampai di area IOI Resort, jalan jammed teruk. Aku sampai lambat. Wan Azmi tak dapat tunggu aku. Sebenarnya appointment hari ini, nak buka unit dia di Taman Putra Kajang. So, dia bagi alamat, aku pun buka la unit dia tu.

Esoknya, Jumaat 17 May, pagi2 aku dah ke Land Office Klang untuk membida satu single storey landed property di Klang, untuk Remy. Dengan budget yang rendah, berserta keyakinan untuk dapat pada harga reserve, berdasarkan rekod lampau unit di area Klang ini, aku bersemangat. First time sampai di Land Office Klang. Aku breakfast dulu, lepak dengan Francis. Selesai breakfast, naik atas untuk register, kena beli borang registration, 50 sen. Semangat pudar semula, bila aku tahu ada 2 pembida lain masuk unit yang sama. Memang kalah la..

20 May, Isnin, hari yang agak sibuk. Kalau ikut perancangan awal, aku ke Amcorp Mall dan Hafiz Kamarudin ke Ehsan Auctioneers, dengan kononnya 8 unit nak di bida. Lelongan hari Isnin pagi ni, susah sikit. Jumaat petang last untuk kita semak status aktif unit lelongan tersebut, bila tiba hari Isnin, dia boleh lagi called off. Ahad malam decide lain, aku kena pergi ke lelongan Ehsan, sebab ada beberapa last minute decision oleh client. Aku kena buat bank draft pagi Isnin dan terus ke Ehsan Auctioneer. Ahad malam juga, jumpa dengan kawan2 untuk collect bank draft dan pass bank draft. Ada 2 unit yang nak di bida di Ehsan. Both unit, landed berharga lebih 200k each. Lepas buat bank draft terus gerak ke Ehsan, dan both unit called off last minute. Ciss.. Hafiz Kamarudin pula ke Amcorp Mall untuk membida 2 unit juga. Satu untuk Brader Cengkok, satu untuk Rosman. Brader Cengkok masuk unit yang hot, dengan 10 pembida. Dari harga 90k, naik kepada 170k. Unit Townhouse yang hot. Rosman pula masuk satu unit di area Shah Alam, dan menang pada harga reserve, 70k. Alhamdulillah, dapat satu. Lelongan sesi petang pula, aku kena cancel bank draft, dan buat bank draft baru untuk Zam Lokman yang unitnya called off pagi tadi. Petangnya, aku ke PAH, dan masih memperkudakan budak emo, Hafiz Kamarudin untuk turun ke NCM. Dengan banyak unit yang called off, aku hanya bida satu unit di PAH, dan Hafiz bida satu unit di NCM. Aku sampai awal di PAH, register awal. Aku expect unit akan ada ramai pembida. Unit low cost di Ampang, dengan harga 70k. Unit agak baru, baru siap setelah lama terbengkalai. Unit2 di sini, kadang2 sahaja masuk lelong, itupun pada akhirnya called off. Hari ini, ada 2 unit yang di lelong, satunya called off. Dengan 17 pembida, aku rasa memang akan kalah la. Aku masuk bida untuk Brader X. Brader X yang membeli 5 unit dalam masa 5 bulan, tahun lepas, sebenarnya dah mula aktif semula sejak beberapa bula yang lalu. Tapi kalah la. Bulan ini, dia dah lipat gandakan unit2 yang dia nak masuk. Tapi hari ini, masih belum ada rezeki. Kalah pada harga 134k. Di NCM, budak emo pula, cuba di ganggu oleh sindiket. Unit di Putra Perdana pada harga reserve 65k, memang kemungkinan besar boleh dapat pada harga reserve. Itupun ada orang lain masuk, tapi macam nak kacau sahaja. Aku bagitahu budak emo, stick to plan, budget kita 67k sahaja.. heheh. Sama ada accept offer atau lawan. Penyudahnya, menang pada harga 67k. Unit di menangi untuk Brader Asmadi yang pada awal bulan dulu dah menang satu unit di Kajang pada harga reserve 35k. Hari ini menang lagi. Budak emo memang bertuah. Yang aku pergi semua kalah, yang di pergi, dua2 ada hasil.

23 May, aku ke PAH untuk lelongan sesi petang. Membida untuk Hafizan, dalam misi mendapatkan hartanah lelong keduanya. Satu unit di Putra Perdana, pada harga reserve 60k. Unit yang hot hari ini, adalah unit Walk Up Apt tingkat 4 di Taman Puchong Hartamas. Dari harga 110k dengan pembida yang agak ramai, akhirnya harga mati pada harga 160k. Unit Putra Perdana 60k, menang pada harga reserve. Cayalah.

Hari minggunya, pergi buka unit yang dimenangi oleh Asmadi. Agak lama nak potong mangga, disebabkan mangganya tebal. Bengkok juga cutter aku. Hasilnya, ok, unit memang kosong, maksud aku tak banyak barang, sampah pun tiada. Cuma ada 2-3 perabot besar sahaja. Dengan kitchen table top dah siap terbina, kira ok la.





Minggu terakhir bulan May, memang banyak unit yang di bida, dengan beberapa kemenangan di catatkan lagi. Hujung minggu la aku sambung cerita. Ada 2 hari lagi sebelum tamatnya bulan May, dengan lebih kurang 10 unit lagi akan di bida, dalam masa 2 hari ini. 

0 comments:

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com