Sunday, June 2, 2013

Cerita Lelong Akhir Bulan May 2013

Cerita Lelong bersambung lagi untuk sesi minggu terakhir bulan May 2013. Malam 26 May aku lepak dengan Brader X yang nak masuk beberapa unit dari 27 May sehingga 8 Jun nanti. Sedang lepak, Remy call tanya 27 May aku turun lelong ke mana. Dia mintak aku tunggu kejap, nak datang lepak jugak. Sembang punya sembang, Remy pass bank draft dia pada aku untuk lelongan esoknya. Dia kata dia nak turun lambat sikit. Aku ok je, cuma esok paginya aku nak hantar bapak aku ke stesen LRT Sri Petaling dan terus gerak ke Wisma MPL. Pukul 9.30 pagi aku dah hantar bapak aku ke Stesen LRT Sri Petaling, lelongan pukul 11.00 pagi. Banyak masa lagi.. sempat aku sampai awal. Sekali aku tersilap masuk highway. Aku yang nak ikut MEX arah ke KL termasuk arah ke Putrajaya. Sampai Tol Putrajaya, aku ikut lane paling kanan, aku ingatkan boleh U-turn selepas bayar tol, rupanya lane U-turn adalah lane yang paling kiri, terpaksa masuk Cyberjaya, masuk Puchong balik, dan terus ke KL. Banyak buang masa, akhirnya pukul 10.50 pagi baru sampai di Wisma MPL. Nasib baik sempat. Remy sampai 5 minit kemudian. Lot 1 untuk brader X memang tiada orang lain masuk, aku yakin dapat harga reserve. Lot 8 untuk Remy pula, lebih kurang 8 orang yang masuk. Harga reserve bermula pada 73k sahaja untuk unit dua tingkat di area Banting. Bila lelongan bermula, memang Lot 1, untuk satu unit apt di Puncak Alam di sahkan menang pada harga reserve, dan Lot 8 dengan 8 pembida, terpaksa bertarung sebelum menang pada harga 93k. Remy yang berbudget melebihi 100k, gembira dengan kemenagan di bawah limit yang ditetapkan.


29 May pula, dari banyak2 unit yang nak masuk, disebabkan called off, tinggal 2 sahaja. Aku ke Tancorp untuk membida satu unit apt di Damansara, mewakili Syukur Rahman. Terpaksa menggunakan khidmat budak emo, Hafiz Kamarudin ke Hotel de Palma untuk lelongan SWT mewakili Samsul Brunsfield. Di Tancorp, dengan 3 pembida untuk unit Damansara tersebut, tewas pada harga 48k. Lelongan oleh Affin Bank, dengan bank tidak menanggung tunggakan maintenance, kita tak boleh budget tinggi. Di SWT, unit Damansara juga, dengan harga reserve 60k, Samsul Brunsfield berjaya memerolehi unit lelongan yang kedua tahun ini, pada harga 61k.

30 May, aku ke lelongan Mahkamah Jalan Duta. Berjumpa dengan Hafiz Kamarudin, Izwan Latiff dan Remy. Malang untuk Hafiz Kamarudin dan Izwan Latiff, unit2 lelongan mereka called off last minute. Unit yang Remy nak bida pula, masih aktif dengan harga reserve 175k. Kita dapat tahu ada beberapa pembida, dan kita rasa, kita boleh menang hari ini. Tapi kita tewas pada harga 203k.


Sesi petang aku ke Megan Avenue, untuk membida di NCM pada pukul 3.30 petang, untuk Zam Lokman. Aku saja turun ke MNP dulu, pada pukul 2.00 petang. Lelongan MNP bermula pada pukul 2.30 petang. Ada satu unit yang menarik, aku rasa Cengkok boleh beli. Aku roger Cengkok kalau dia berminat, sebab unit masih aktif, dan sehingga pukul 2.00 petang, tiada pembida yang mendaftar unit tersebut. Dengan harga reserve bermula pada 198k, kalau di tunggu lelongan seterusnya, 178,200, memang akan menarik perhatian pembida lain. Market valuenya sekitar 280k. Cengkok bagi green light untuk aku masuk. Pukul 2.28 petang baru aku daftar untuk memastikan tiada orang lain kacau. Malangnya, selepas aku mendaftar, aku satu pasangan yang baru sampai, dan mendaftar untuk unit tersebut juga. Cengkok bagi greenlight untuk up kan budget, kita lawan kalau tak boleh “selesai”. Bila lelongan bermula, Cengkok tewas pada harga 218k. Untuk sesi NCM pula, satu unit di Bt Caves dengan harga reserve 128k, menarik 5 pembida. Tewas pada harga 172k yang merupakan harga market. Satu lagi sesi petang yang aku gunakan Hafiz Kamarudin untuk membida, adalah lelongan Resolution Alliance di Alami Garden Hotel. Itupun tewas juga, membida satu unit low cost di Kajang.


Hari terkahir untuk lelongan bulan May, terlalu banyak bank draft yang aku pegang. Lebih dari 10. Belum sempat tunaikan semula. Aku dah kekurangan masa. Ada satu sesi lelongan pagi di Etika Auction, aku kena minta Hafiz Kamarudin pergi. Sementara aku settlekan hal bank draft. Dengan harga 35k, untuk satu unit di Shah Alam, Hafiz membida untuk Hafizie Manan. Tewas pada harga 57k. Dari satu bank ke satu bank aku tunaikan bank draft semula, last stop KLCC untuk buat bank draft sesi petang. Aku membida di Tancorp untuk 2 unit, Hafiz membida dua unit untuk Cengkok dan zam Lokman. Di Tancorp, unit besar 430k yang aku nak bida, called off, tinggallah satu unit 60k untuk Remy. Walaupun harga reservenya 60k, ini bukan calang2 unit. Tahun lepas, dah biasa cecah 100k. Harga market memang lebih 100k, dan tahun ini, harga lelong memang biasa naik lebih 90k. Cuma ada sekali nasib Remy baik dapat pada harga 81k, tahun lepas. Dengan 8 pembida, last aku angkat pada 94k, sebelum orang lain menang pada harga 96k. Di NCM, unit Bt caves 130k yang Zam Lokman nak bida called off. Dengan banyak gila unit yang called off, unit yang Cengkok nak masuk pula, menang pada harga reserve. Dengan total lebih kurang 80 unit yang kita nak masuk, separuh daripadanya called off, dari 40 tersebut, 8 unit dimenangi bulan ini, aku penat. Hari Ahad sampai Rabu, aku akan cuti.


Aktiviti hujung minggu pula…
Ke Puncak Alam buka rumah Brader X bersama Cengkok.




 Kemudian ke Rawang pula, buka rumah Cengkok.



Petang Ahad buka rumah Hafizan.



Kawan orang Johor. Sabtu malam kawan ke Stadium Nasional tengok Johor main.


0 comments:

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com