Thursday, June 6, 2013

Cerita Lelong awal bulan June 2013

2 sehingga 5 June 2013, aku cuti. Petang Ahadnya, aku buka rumah Hafizan yang di menangi pada 23 May yang lepas. Malamnya aku dah gerak balik Perak, ambil anak sulung aku, si budak Noura yang bercuti di kampung bersama sepupu-sepupunya. Ini last minute punya planning, dan aku tak tau nak pergi mana. Ahad malam baru browse hotel2 sekitar Pahang dan kebanyakannya fully book. Lalu, aku pun book satu malam di Bukit Tinggi dan satu malam di Genting Highland. Isnin pagi gerak ke Bukit Tinggi, dalam perjalanan, singgah KL untuk pass bank draft pada member untuk client masuk lelong hari Selasa. Terus menuju ke Bukit Tinggi, dan pukul 2 petang dah sampai. Badan aku penat, wife dan anak2 sahaja yang jalan2 sekitar Bukit Tinggi, aku bantai membuta. Malam, lapar, baru keluar cari makan. Makan ayam panggang sahaja. Bukit Tinggi bukanlah satu tempat yang best untuk bercuti. Pagi esoknya, lepas breakfast, jalan2 tengok arnab, dan terus ke Genting Highland. Walaupun bercuti, kerja2 di KL kena ambil tahu. It’s more about passion actually. Kalau kita minat dengan apa yang kita buat, kita akan ambil tahu. Tengah bercuti pun masih layan listing dan ambil tahu kerja2 di KL. Unit yang nak di bida pagi Selasa called off last minute. Sebenarnya ada satu kes besar yang Hanan nak masuk hari Rabu. Kebanyakan kawan2 tak available, nasib baik ada Izwan. Masalahnya, bank draft siap petang Selasa, kena deliver malam Rabu, dan lelongnya di KL High Court sebelum pukul 9.00 pagi. So, Hanan deliver bank draft pada Izwan dan Izwan ke KL High Court esok paginya. Di Genting pula, anak2 aku main sampai penat, sampai rasa nak tidur, lepas tu balik hotel, tapi si budak Noura tak penat lagi, layankan main sampai pukul 11.00 malam.


Hari Rabu, bidaan untuk satu unit di Mont Kiara dengan harga reserve 810k. Kalau cerita masuk lelong unit2 besar, selalu juga aku masuk unit yang reserve pricenya 500-600k, tapi sangat jarang menang. Hari ini pun, kita hanya mencuba, menang belum tentu. Budget dah set, kalau boleh “selesai”, kita “selesai”. Kita nak rumah, dan kita berusaha untuk mendapatkannya. Kepada Allah berserah. Ceritanya, ada 7 pembida. Bermula dari reserve price 810k, disebabkan ada 7 pembida, pelelong menetapkan harga permulaan pada 850k dengan 30k setiap kenaikan. Orang lain angkat pada 880k, kita angkat pada 910k. Sebenarnya, satu percaturan berisiko untuk kita angkat pada 910k, disebabkan, budget kita dibawah 950k. Sekiranya ada orang lain lawan pada harga 940k, kenaikan seterusnya, adalah melebihi budget kita, iaitu 970k. Percaturan yang berjaya, bila 910k disahkan tiada orang lain yang melawan sehingga kiraan ketiga. Pukul 9.38 pagi aku dapat berita kemenangan dari Izwan. Alhamdulillah. Jarang2 menang besar macam ni.. heheh.. Hal nak buka rumah tu nanti aku nak follow Hanan. Jangan jadi macam eL dan Bri yang buka unit di Petaling Jaya suatu masa dahulu, sudah.

Rabu petang aku dah sampai KL semula. Collect bank draft dan sempat jumpa Hanan. Esoknya, Izwan minta tolong aku bida satu unit di Keramat pula. Sebenarnya, kalau aku tewas membida unit di Mont Kiara tersebut, aku akan masuk unit di Keramat ini juga. Disebabkan dah menang, menang besar pula, aku rasa Hanan akan berhibernasi sementara, untuk unit2 besar. Untuk unit2 kecil Hanan masih berupaya membeli lagi. Pagi Khamis, pukul 7.30 pagi baru keluar rumah, untuk ke Land Office Gombak. Pukul 9.00 pagi dah sampai Land Office Gombak. Lelongan di adakan di Lobby Pejabat Tanah. Ramai juga yang mendaftar untuk unit di Keramat ini. 24 orang. Nak selesai memang tak dapat, jadi kita lawan. Budget client Izwan memang besar. Aku rileks sahaja menyaksikan pertarungan yang bermula dari 260k, naik 10k setiap bidaan. Francis, dengan teknik biasa dia, terus memanggil untuk 300k. Bila angka mencapai 400k, pertarungan mula sepi. Aku tak melawan lagi, masih menunggu. Pada kiraan kedua, aku cuba mengangkat untuk angka 410k, tapi ada orang lain yang angkat dahulu, lalu aku panggil untuk 420k. Dan 420k itulah harga yang di menangi untuk client Izwan. Ini dinamakan teknik hero. Hero kalah dulu. Selesai lelongan, ada beberapa pembida lain yang mengucapkan tahniah pada aku, dan bertanya berapa budget aku. Mereka cuma nakkan kepastian dan to relief themselves dari rasa menyesal tak layan 1-2 kali bid lagi. Aku katakan, budget aku lebih 500k, dan mereka lega, dan tak rasa menyesal tak lawan, sebab tahu, akan kalah juga akhirnya. Secara kebetulan, terjumpa pula dengan rakan lelong yang dah lama tak jumpa. Mailmat, yang dahulu sinonim dengan Cyberjaya. Mailmat selesaikan hal penjualan tanahnya. Sekarang dia dah bersara dari kerja di Cyberjaya. Masih main hartanah, cuma sekarang dah menetap di kampungnya, di Kedah.



Seterusnya, aku akan ke CIMB Mega Auction untuk membawa cabaran membida 5 unit hartanah Sabtu ini, itupun kalau masih aktif lah. Esok, hari buat bank draft dan kerja2 post-auction. 

3 comments:

sams bruns said...

makan besar beb

mengkuang said...

Huh 1.4 K dah tu bro.. Mont kiara and kramat... All the best

faris said...

@ Samsul : Boleh la.. hehehe

@ Mailmat : Kejap sangat jumpa hari tu..

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com