Wednesday, June 19, 2013

Cerita Tentang Discount Bid dan Lelong 19 June 2013

16 May yang lepas, masa aku bida satu unit untuk Rodzi di area Sg Buloh dan tewas, ada 2 unit di Klang yang di lelong pada harga 62k. Sejurus selepas lelongan selesai, Mr Foong, pelelong dari NCM approach aku, nak bagi satu deal, untuk 2 unit ini katanya. Kalau nak beli sekarang pun boleh, katanya. Aku rasa aku boleh jual, jadi, aku minta tempoh pada Mr Foong untuk cari buyer dan untuk tengok unit dahulu. 3 tahun dahulu, Zam Luqman pernah beli satu unit di sini, dan aku pernah ke sana untuk tengok unit. Jadi, Mr Foong kata, kalau aku boleh cari buyer, dia takkan offer unit ini pada orang lain. Ok, aku akan cari buyer. Aku cari pemain area sana sahaja. 1st choice, Zam Luqman dan 2nd choice Hafiz Kamarudin. Aku call Hafiz, tak berjawab, terus aku offer pada Zam. Dia berminat dan boleh cari buyer. Dalam masa beberapa hari, dia dah confirmkan buyernya, dan Hafiz standby kalau buyer Zam tak jadi beli. Masuk bulan June, tarikh lelongan telah ditetapkan pada 19 June. Minggu lepas, Zam confirmkan yang kedua-dua buyernya tak jadi untuk membida unit tersebut. Aku offer semula pada Hafiz, dalam masa satu hari, dia dah confirmkan dia tak dapat cari buyer. So, aku kena offer pada player lain. Aku offer pada Brader Cengkok dan Hanan. Kedua-duanya berminat, dan weekends yang lepas diorang dah tengok unit. Hanan nak ambil kedua-dua unit tersebut, dan kalau boleh Cengkok pun nak kedua-duanya juga, tapi Hanan lebih yakin, manakala Cengkok ada sedikit ragu-ragu sama ada nak teruskan atau tidak. Final decision, Cengkok bagi peluang pada Hanan untuk ambil kedua-duanya atas sebab2 tertentu. Ok, apa yang menarik tentang deal ini? Ianya jarang berlaku, dan ianya satu deal yang bagus. Walaupun hartanah tidaklah hot macam area Lembah Klang, tapi ianya menguntungkan. Hartanah jenis pangsapuri berkeluasan lebih kurang 800sqft, dengan harga reserve di atas kertas RM55,800.00. Harga reserve pada 16 May adalah 62k, dan kini telah berkurang kepada RM55,800.00. Itu di atas kertas. Kita dapat discount, dan harga beli sebenar adalah RM35,000.00 sahaja. Harga pasaran untuk unit ini pula, sekitar RM90,000.00.

Perlaksanaannya pula, hari Isnin kita dah confirmkan pada pihak bank, final buyer yang akan membida. Hari Selasa Bank finalkan syarat2 utama yang akan dimasukkan kedalam agreement. Hari Rabu tengahari, kita sign side agreement, dan perlu membayar RM300.00 untuk satu agreement. Hari Rabu petang pukul 3.00 kita membida untuk unit tersebut. Sekiranya, ada pembida lain yang membida unit tersebut, deal tersebut akan terbatal, dan kita rugi RM600.00 untuk side agreement tersebut. Jadi, adakah deal tersebut batal, atau kita berjaya membida as single bidder, dan membawa pulang dua unit tersebut pada harga discount, 35k each? Sambung kejap lagi.

Hari ini, aku membida untuk 4 unit. Sesi pagi di lelongan Maybank, pukul 10.30 pagi. Membida untuk Brader Cengkok. Agak last minute decision, jadi, aku ingat nak buat bank draft pagi, pukul 9.00 di area berdekatan tempat lelong. Malam semalam aku tidur lewat gila, aku dah set jam pukul 7.30 pagi. Aku nak kena sampai sebelum pukul 9.00 pagi di KL. Malangnya, aku terbangun pukul 8.45 pagi. Heheheh.. Nak sampai pukul 9.00 pagi amenda.. kalau pukul 9.00 ada kat Puchong lagi. Pun begitu, everything under control. Sebelum pukul 10.30 pagi aku dah sampai di NCM dan siap dengan bank draft. Jumpa Izwan Latiff dan Nizam yang masuk unit yang sama. Anggaran mungkin 4 pembida untuk satu unit townhouse berkeluasan 1200sqft di Sg Buloh. Dengan harga pasaran lebih dari 200k, harga reservenya pula 105k sahaja. Kita lawan. Walaupun aku rasa budget kita tidaklah tinggi mana, tapi kita menang akhirnya, pada harga 148k. Cengkok menang lagi. Tahniah.. tahniah.. Selesai urusan lebih kurang pukul 11.30 pagi, aku gerak ke Wisma MCA untuk jumpa Hanan dan sign side agreement dengan lawyer.


Berbalik kepada cerita discount bid tadi, pihak bank syaratkan, segala tunggakan tidak akan ditanggung oleh pihak bank. Itupun baru diberitahu semalam. Aku jangkakan pihak bank akan tanggung, seperti selalunya. Kita tak sempat nak check berapa banyak tunggakannya. Semalam baru gelabah nak check. Dengan bantuan pihak bank, kita dapatkan no phone JMB, tapi pihak JMB hanya boleh bagitahu jumlah tunggakannya pagi hari Rabu. Kita bersedia dengan anggaran kasar yang masih dalam budget, kalau tinggi sangat, kita tidak akan ambil deal ini. Pukul 10.00 pagi, aku call JMB, dia bagitahu jumlah tunggakan lebih kurang 4k setiap unit. Masih dalam budget, so, kita teruskan. Pukul 12 tengahari, jumpa Hanan di Wisma MCA dan terus ke pejabat lawyer. Selesai urusan, aku ke KLCC untuk buat bank draft. Buat bank draft untuk lelongan petang dan esok pagi. Selesai buat bank draft pun, pukul 2.00 lebih, terus gerak ke NCM.

Lelongan sesi petang, ada 2 tempat yang aku kena pergi. Lelongan NCM pukul 3.00 dan lelongan Ehsan pukul 3.30. Kita selesaikan satu2. Di NCM hanya ada 4 unit yang di lelong. 2 daripadanya aku akan bida, dengan harga reserve sahaja. Kalau ada bidder lain, deal void, dan kita rugi RM600.00 duit agreement dengan lawyer. Mr Foong kata tiada pembida lain. Aku masih ragu2. mana tau ada walk in customer datang nak bida pulak. Menghampiri pukul 3.00 petang, ada orang lain dah dah register untuk membida juga. Aku harap dia tak register sama dengan unit aku. Pukul 3 petang, lelongan bermula, sah, 2 unit di menangi oleh Hanan, pada harga reserve. Tahniah.. tahniah.. 2 unit pada harga 35k each.



Pukul 3.10 petang aku naik ke Ehsan pula. Kena pass bank draft untuk membida satu unit di Batu Caves untuk Zam Luqman. Pass pada member untuk register dan aku turun semula ke NCM untuk selesaikan sign kontrak. Pukul 3.20 petang, naik semula ke Ehsan untuk join lelongan Ehsan. 30 May yang lalu, satu unit di Batu Caves ini, di lelong pada harga 128k dengan beberapa pembida, akhirnya harga naik kepada 172k. Kita tewas. Hari ini, pada harga reserve 140k, aku expect akan ada saingan juga. Dengan budget sekitar 150k, aku rasa macam susah nak menang. Sebelum lelongan bermula, hasil risikan, tiada pembida lain yang membida unit ini. Bagus.. Nampak macam boleh dapat harga reserve. Bila lelongan bermula, sah, kitalah pembida tunggal untuk harga 140k. Zam Luqman pun macam tak percaya kita boleh dapat harga reserve. Tahniah.. so, masing2 Cengkok, Hanan dan Zam Luqman berjaya membawa pulang kemenangan untuk hari ini. Masuk 4 unit, menang semua… Heheheh..

5 comments:

sam said...

Bro apsal x offer ke aku?

Nasir Kia said...

Servis faridz memang excellent... Recommended... So far aku je takde rezeki lagi...call off je manjang... Anyway... Well done bro

Anonymous said...

Salam. Saya, mohamad ingin mendptkan servis en faris dlm lelongan hartanah. Sila hubungi saya segera di zalie72@yahoo.com. Tq.

faris said...

@ Samsul : Lain kali.. nanti aku cari..

@ Nasir : Kita cuba lagi..

@ Mohamad : Nampaknya kau lagi banyak pengalaman dari aku.. heheh cuma kau beli pada masa yang tidak sesuai.

azim said...

caya lah faris.... mana nak dpt deal yg mcm ni... salam... azim... 3-4 tahun lepas ada deal sikit kalau ingat....

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com