Wednesday, June 12, 2013

CIMB Mega Auction dan Cerita Buka Rumah

8 June adalah CIMB Mega Auction Day. Walaupun kebiasaannya, aku tak menaruh harapan tinggi untuk menang di CIMB Mega Auction, kali ini, budget yang aku bawa untuk 3 property agak power. Adalah menaruh sedikit harapan untuk menang. Dari 5 yang ingin di bida, 2 telah pun called off last minute. Tinggal 3 sahaja. Lelongan Mega kali ini turut disertai Ehsan Auctioneers. Untuk lelongan Ehsan Auctioneers, aku bida satu unit di tempat yang Brader X menang harga reserve 40k hujung bulan May tempohari. Kali ini, kita masih berharap dapat membida pada harga reserve sahaja, tetapi ini bukan lelongan biasa, ini lelongan Mega, jadi, ada 8 pembida untuk unit ini. Dari 44k, naik kepada 66k. Seterusnya di lelongan Property Auction House, aku bida satu unit di Seksyen 15 Shah Alam. Kalau lelongan biasa, kita boleh expect below 5 pembida dengan harga menang below 130k. Tapi ini lelongan Mega, 8 pembida. Hafiz Kamarudin, ikon hartanah lelong si budak emo turut membida untuk clientnya, dengan budget yang agak power. Hajat Hafizie untuk mendapatkan hartanah lelong keduanya, masih tidak kesampaian. Kita tewas pada harga 150k. Setakat harga 150k, kalau ada sesiapa nak beli subsale, Brader X boleh offer unit dia. Nak mark up pun boleh. Last unit yang aku bida, unit lelongan Ng Chan Mau, untuk Cik Nuzul, satu unit landed di Kota Damansara, dengan lebih 30 bidder. Dengan harga reserve 260k, kenaikan pertama pada harga 300k, aku angkat sekali sahaja, pada harga 302k, sebelum pertarungan rally yang panjang, akhirnya harga mati pada 500k. Abang Din yang turun dari Batu pahat semata-mata untuk membida Vista Prima, dengan budget yang boleh tahan power, kecewa bila unit tersebut called off.



Listing untuk pertengahan bulan sehingga akhir bulan, masih belum banyak lagi, tapi aku expect aku akan busy gila babi bermula 19 June nanti, dengan beberapa hartanah yang baik telah dikenalpasti akan di bida, dengan sekuarng-kurangnya 3 tempat lelongan berbeza pada 19, 20 dan 21 June nanti baik sesi pagi mahupun sesi petang.

Selesai lelongan, lepak sebentar dengan Hafiz Kamarudin sebelum aku gerak ke Mont Kiara untuk misi buka rumah. Terletak di sebelah Solaris, Mont Kiara, kondo ini di kelilingi kondo2 mahal lain dengan lokasi berdekatan highway Jln Duta. Urusan mendapatkan kebenaran untuk membuka unit, Hanan dah selesaikan, dan tugas aku adalah membuka unit. Security adalah ketat, access lift memerlukan access card selain ada cctv di dalam lift. Security guard memastikan kami pergi ke tingkat yang berkenaan sahaja. Kunci jenis Euro Profile Cylinder, yang memang susah nak di buka dan memerlukan masa yang lama untuk di buka. Harga untuk bahagian lock Euro Profile Cylinder ini,lebih kurang , dalam range RM100.00. Itu baru bahagian locknya. Kalau satu set dengan handlenya sekali, dalam range RM500.00. Aku dan Hanan cari locknya dan beli di Hartamas, dengan harga RM130.00. Kita ambil keputusan untuk guna cara lain, untuk buka rumah. Skill spiderman Hanan memang berguna.

Unit yang memang tak berpenghuni, dengan tunggakan maintenance lebih 13k, di tinggalkan togel. Maksud aku, fitting seperti lampu, kipas dan aircond telah ditanggalkan. Unit berkeluasan 2000sqft ini memang cantik. Facility yang hebat, security yang ketat, tempat yang cantik, maka, maintenance fee bulanannya tak hairanlah, RM700.00 sebulan. Selesai kerja tukar kunci, balik rumah la, apa lagi. Esok nak buat kerja buka rumah lagi.



 

Hari Ahad, Samsul Brunsfield roger aku untuk buka unit Flora nya. Unit Floranya mula mengejar rapat bilangan unitnya di Brunsfiled. Tak mustahil dalam beberapa tahun lagi, Samsul Brunsfield akan menjadi Samsul Flora atau Samsul BrunsFlora. Khamis lepas aku dah usha apa yang patut, jadi aku tahu unit kosong tidak lagi diduduki. Nak buka unit tidaklah menjadi masalah. Selesai buka dan lepak sebentar dengan Samsul, akupun balik.



Hari Isnin sepatutnya nak buka satu unit di Seksyen 15 milik brader Cengkok, tapi ditangguhkan ke hari Rabu. Unit dah lama dimenangi. Sejak 28 Nov 2012 lagi, dah lebih tujuh bulan. Monthly installment pun dah mula dibayar sejak 2 bulan lalu. Owner yang duduk sendiri dan agak sukar nak minta dia keluar. Akhirnya dia keluar, dan kita buka rumah. Walaupun unit renovated dengan tambahan kitchen cabinet, terdapat kerosakan pada tiles. Tak kisah lah, unit memang dibeli murah, 90k sahaja, berbanding CIMB Mega Auction yang terbaru, di jual pada harga 150k. Selesai tukar kunci, lepak makan, berbincang tentang unit2 yang akan di bida lagi minggu depan. Kalau dah terpaut dengan hartanah lelong, mana kenal erti serik. Tak masuk rugi, biarlah tewas bertarung, daripada dibiarkan tiada pembeli. 



8 comments:

narfey said...

RM90k siap ada kitchen cabinet. Tahniah bro Cengkok!

sam said...

Tq faris for your kind help. Semoga murah rezeki bisness makin maju.. Sapa2 yg nak masuk bidding elok pegi dgn faris.. Otai lelong.. Recomended AAAA+++.

Matjoe said...

yg bongsu heroin tu dah besar2. nk ushar2 property lelong balik la skng... mana tau rezeki bulan puasa ada..

matyeeee said...

Tq faris..my trusted agent haha..

faris said...

@ Manaf : Bukan kitchen cabinet sahaja yang dia dapat sebenarnya, kalau kau tengok siling, dah renovate tu. Macam plaster ceiling, selain beberapa perabot besar.

@ Samsul : Terima kasih.. susah2 je promote.

@ Matjoe : Dah lama kau tak turun, mesti kau rasa lain. lain dari segi harga.

@ Cengkok : Tahniah.. menang lagi..

Muhammad Khudri said...

Mcm mana cara nak masuk lelong nie?

Muhammad Khudri said...

Mcm mana cara nak masuk lelong nie?

Muhammad Abdullah said...

Nk tau call aku 0173420352

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com