Sunday, July 13, 2014

Cerita Anak No 4



Selepas lelongan hari Jumaat 30 May, malamnya aku gerak balik ke Johor Bahru. Cuti sekolah dan awal bulan adalah kombinasi yang baik untuk aku bercuti. Cuti kali ini adalah untuk makan. Sekali sekala balik JB, kena makan puas2. Bukan senang nak dapat selera orang Johor kat KL. Kawasan pasar Kg Melayu Majidee telah di robohkan termasuklah medan seleranya. Gerai2 Asma Rojak, Murtabak, Mee Rebus, Satey Razak telah berpindah ke tapak baru di hadapan Masjid Kg Melayu. Breakfast pagi, makan roti canai Man Tebar depan rumah, makan tengahari Satey Razak dan Asma Rojak. Hari Ahad jalan2 sekitar JB, makan roti nan di RnR highway EDL kedai NurTahara dan Kacang Pool Plaza Pelangi. Hari Isnin aku nak gerak masuk Singapura, tidur sana 2 malam. Check in hotel pukul 2 petang, sempat makan tengahari Nasi Beriani di sekitar Plaza Angsana. Pukul 2 petang baru gerak ke Singapura.

Persiapan untuk masuk Singapura, hotel dah book. Area Orchard Road lak tu. Tapi bukanlah hotel 4-5 bintang. Mahal woo hotel2 kat Singapura ni. Aku book 2 malam di Hotel Supreme, Keramat Lane. Belakang Hotel Concorde Orchard Road. Satu malam SGD120.00. Kadar tukaran semasa sekitar SGD1=RM2.50. So, kiraan mudah, apa2 kat Singapura ni, kalilah dengan 2.5. Sampai di Singapura, jalan2 sekitar Orchard Road dulu. Masa di Imigresen Singapura, masa aku insert cash card aku, adalah baki SGD4.40, tapi baki free visit menunjukkan angka 0. Sepatutnya adalah 7-8 hari lagi. Aku tanya pada Pegawai Imigresen Singapura tersebut, katanya sekarang cuti sekolah di Singapura. Aku ye kan aje lah. maknanya, aku kena bayar lah kalau nak bawak masuk kereta. Satu hari SGD20.00. 3 hari dah SGD60.00. Kalau di kira tol ERP, sebab aku nak masuk bandar, mungkin boleh cecah SGD70.00-80.00. So, akupun top up la SGD100.00 di 7-11. Singpura tengah sales sekarang. Tapi aku takdelah nak shopping sangat. Malamnya aku jalan2 di Mustapha Centre. Esok harinya pula, hari Selasa, pagi, wife aku call. Baru balik dari routin check-up. Katanya air ketuban kurang. Kena refer Hospital Putrajaya. Nasib baik abang ipar aku ada, dia yang bawakan. Tapi hospital ramai orang, tak boleh buat hari tersebut. Pihak hospital buat appointment hari Khamis. Sempatlah untuk aku balik KL hari Rabu malam. Dan aku pun meneruskan jalan2 di Singapura. Tengahari makan di Beach Road Garden. Makan Sup Tulang Merah. Memang power. 6 batang SGD10.00 aku makan sorang. Pergi naik teksi je. Dari Beach Road, aku naik MRT di Nicoll Highway, menuju Harbourfront, nak pergi Pulau Sentosa. Lebih kurang 20 lebih stesen, nak dekat 30 stesen, dengan bayaran SGD2.00 sorang je, anak aku tak payah bayar, sampailah di Harbourfront. Jalan2 di Vivocity dulu, lepas tu naik monorel SGD4.00 sorang masuk Pulau Sentosa. Dah nak malam baru balik. On the way balik ke Orchard Road, tak jauh, 4 stesen je. Singgah Orchard Road jalan2 beli makanan, dan balik hotel. Malam merayap ke Mustapha Centre lagi. Esoknya, hari Rabu, wife aku call, katanya pihak hospital suruh datang hari ni, pukul 2.00 petang. Takde sape nak hantar, dia naik teksi, dan aku balik KL hari ni juga. Terus ke Putrajaya. Walaupun anak dah nak masuk 4 orang, hal2 macam air ketuban kurang, manalah aku arif. Ingatkan hal biasa2 je. Lagipun wife aku due middle of July nanti. Jadi, tengaharinya, aku check out, balik Kg Melayu pack barang dan gerak ke KL. Masa di Imigresen Singapura, aku expect kena bayar SGD60.00++.. rupanya dia tolak SGD1.20 sahaja. Ceh.. sia2 aku top up cash card aku sampai SGD100.00.


On the way aku ke KL, wife aku dah selesai check up. Doktor advise baby kena deliver hari Khamis juga. Wife aku admitted, dan pagi Khamis nanti doktor akan keluarkan baby juga. Ooo.. bahaya rupanya air ketuban kurang ni. Nanti baby lemas. Petangnya aku dah sampai KL, balik rumah packing barang untuk wife dan terus ke Putrajaya. Hari Khamis pagi, hantar anak2 kerumah penjaga, dan aku ke Hospital. Doktor dah induce wife aku. Kalau tak boleh keluar cara normal, kena operate. Alhamdulillah, lebih kurang pukul 2.45 petang, baby selamat keluar. Cuma, dia kena duduk di Nursery ICU sebab tak cukup bulan. Baby girl seberat 2.3kg. Dan kini, aku dah ada 4 anak perempuan. Alhamdulillah. Kalau 4 tahun dahulu Hannah lahir masa aku di Bandung, kini anak ke 4 aku hampir lahir masa aku di Singapura. Nasib baik sempat. Namanya Nadra Sofea Emira.

3 comments:

Anonymous said...

Tahniah Bro..

Rizal said...

Tahniah bro..

CupandLife said...

Alhamdulillah..tahniah En Faridz..

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com