Thursday, September 15, 2011

Cerita TNB

Assalamualaikum.
Wah.. lama betul aku tak update blog. Tak ada alasan lain. Malas.
Sebagai pembuka cerita, aku nak cerita pasal TNB. Ada 3 kes rumah lelong dan 3 kes TNB yang berlainan. Penceritaan tentang kes rumah lelong, tapi focus utama ialah masalah TNB.

Kisah 1
Apartment di Serdang ini di beli lebih kurang 10 bulan yang lalu. Unit kosong, pernah di huni tetapi telah di tinggalkan. Setelah unit di masuki, tak banyak yang perlu di repair. Beberapa fius DB Box telah tiada. Lampu kipas pun tiada. Tak dapat nak check elektrik ada lagi atau tidak. Setelah Fius DB Box di pasang, unit disiapkan dari segi lampu kipas, kebersihan dan lain2. Kemudian unit disewakan. Beberapa bulan berlalu, penyewa tidak pernah mendapat apa2 bil dari TNB. Setelah unit di beli dari lelong juga, memang tak pernah nampak bil dalam pos box. Penyewa risau, kalau sekali dapat bil kena bayaran yang tinggi, atau mungkin bekalan dipotong disebabkan penyewa tidak pernah membayar kepada TNB walaupun mendapat bekalan.

Bila di semak di TNB, aku diminta ambil gambar meter sebagai bukti dan submit borang tukar nama. Meter hanya terletak di luar rumah. Bil untuk 10 bulan tersebut lebih kurang RM236.00 sahaja.
Soalan aku : Apa yang berlaku dan apa penyelesaian dari TNB?

Kisah 2
Pangsapuri di desa Petaling ini di beli lebih kurang 8 bulan yang lalu. Unit masih di huni, tetapi penghuni adalah penyewa yang ada kena mengena dengan pemilik asal, dan penghuni jarang ada di rumah. Selalu outstation luar KL. Urusan pemilik baru dengan penghuni dilakukan sendiri oleh pemilik baru. Hampir 4 bulan kemudian, bila loan hampir disburse 1 atau 2 minggu lagi, unit masih tidak dapat dimasuki pemilik baru. Penghuni memberikan pelbagai alasan. Akhirnya pemilik baru membuat keputusan buka rumah. Aku dan pemilik baru ke unit tersebut pada suatu pagi Jumaat. Sebelum buka tengok dulu, ketuk pintu, bagitau jiran2 sebelah rumah, sembang2 dengan jiran, kemudian buka.

Setelah unit di buka, masih ada barang2 penghuni. Ada beberapa kerosakan pada tiles dan kerosakan kecil lain. Sebenarnya tujuan aku buka, adalah untuk tukar kunci. Bila kunci dah tukar, penghuni mesti call. Ini kerana penghuni dah tak jawab talipon lagi semenjak 1-2 minggu. Rupanya, berdekatan dengan unit tersebut, tinggal salah seorang saudara kepada pemilik asal. Dia sudah report sama pemilik asal yang rumahnya sudah kena buka. Pemilik asal datang bersama abang dan kakak iparnya. Aku dan pemilik baru pun explain tujuan kami. Dia tak puas hati sebab loan belum disburse dan isu2 lain. Setelah perbincangan dilakukan, kami serahkan semula kunci rumah kepada pemilik asal.

4 bulan berlalu, penghuni masih lagi tidak keluar dari unit tersebut. Panggilan tidak dijawab dan pemilik asal juga masih tidak membenarkan kami take over unit tersebut. Hasil tinjauan pemilik baru, unit dikatakan telah di kosongkan. Sebelum pergi membuka rumah tersebut sekali lagi, kami ke balai polis untuk membuat laporan. Pihak polis tidak menggalakkan kami membuka rumah tersebut, sebaliknya meminta kami mendapatkan nasihat peguam dan mendapatkan perintah mahkamah. Court Order sekali lagi?? Oh tidak… disebabkan kami tahu unit tersebut telah kosong, kami teruskan niat asal untuk membuka rumah tersebut. Bila rumah di buka, memang telah di kosongkan. Kerosakan tiles yang dahulunya nampak sedikit, rupanya banyak. Lebih kurang 200 kaki persegi. Satu lagi yang mengejutkan, tingkap bilik tidur utama dan tingkap di bahagian hall telah tiada. Tingkap jenis frame aluminium, bukan jenis tingkap naco. Dengan framenya pun telah tiada. Banyak juga kos nak membaiki rumah. Pemilik asal menghubungi pemilik baru melalui telefon tetapi tidak di jawab. Kami tahu saudaranya yang report. Selesai urusan di unit terbabit, kami ke rumah saudaranya untuk serahkan police report. Ada isu yang cuba dibangkitkan nya tetapi tidak relevan.

Beberapa hari kemudian, bila handyman datang rumah nak repair, dia perlu sambungkan elektrik dahulu. Bekalan elektrik telah di potong beberapa bulan dahulu. Total tunggakan adalah RM378.00 dan penggunaan sejak dari tarikh pembelian dari lelong sehingga sebelum bekalan di potong adalah RM156.00. Handyman check dengan pemilik baru, apa yang perlu di buat, adakah perlu bayar semua RM378.00 atau bagaimana. Pemilik asal kata tak kisah, dan handyman pun bayar RM178.00 dahulu dan baki akan di bayar beberapa hari lagi. Secara kebetulan handyman buka cerita dengan aku yang dia dah bayar RM178.00 tapi elektrik belum sambung lagi.

Soalan : Apa penyelesaian isu ini? Maksud aku adakah pemilik baru kena bayar RM378.00 dan dapat bekalan elektrik dengan menggunakan nama pemilik asal? Adakah kita boleh tukar nama tanpa bayar apa2 tunggakan, dan hanya bayar deposit baru?

Kisah 3

Unit di beli tahun lalu. Usahamengeluarkan pemilik asal agak sukar, bila pemilik asal kerap berjanji akan keluar tapi tak keluar2 walaupun loan dah disburse. Akhirnya pemilik asal keluar juga, itupun tanpa pengetahuan aku. Katanya sebelum keluar nak bersihkan rumah dan bagi aku kunci. Rupanya keluar senyap2. Banyak benda nak kena repair. Bekalan elektrik masih ada lagi walaupun pemilik asal dah keluar. Baru2 ini, bekalan elektrik telah pun di potong. Ada surat merah di hadapan pintu rumah dengan bil tertunggak RM247.00 dan bil atas nama pemaju, bukan atas nama pemilik asal (kadang2 boleh berlaku, bil elektrik atas nama pemaju). Walaupun alamat di Selangor, tapi mengikut kawasan TNB, urusan tukar nama dilakukan di KL. Aku ke KL untuk buat urusan tukar nama dan serahkan surat merah dan borang tukar nama kepada pegawai TNB. Setelah semakan di lakukan, menurutnya, unit ini tidak pernah didaftarkan bekalan elektrik kepada TNB. Surat merah yang aku bagi tu, rupanya untuk alamat di tingkat bawah, tingkat 2, sedangkan unit yang aku settlekan ini tingkat 3. Semakan kali kedua di lakukan, menemui jalan buntu juga.

TNB minta aku ke unit terbabit untuk semak, ada meter atau tidak. Ambil gambar sebagai bukti. Disebabkan aku memang nak ke sana, aku setuju. Lantas aku gerak ke Kondo terbabit. Sesampai di management office, aku tengok staff lain pula. Semalam ada India dan Cina, hari ini ada Melayu sahaja. Setelah aku terangkan tujuan aku, staff terbabit pun buat panggilan ke maintenance guy. Ada 2 orang lain yang di pejabat maintenance tersebut, lalu aku tegur dan cuba bersembang. Rupanya dia chairman JMB di Kondo terbabit, dan berpangkat Dato’ serta aktif berpolitik. Dia serahkan calling card nya, dan menerangkan apa yang akan di buat dan telah di buat untuk Kondo terbabit. Itu cerita lain. Esok aku jumpa dia lagi. Bila maintenance guy datang, dia bawa aku ke meter room untuk aku semak meter unit tersebut. Kalau jenis meter kat luar rumah senang cerita. Tapi sebab meter terletak dalam bilik berkunci bersama meter air, sebab itu aku kena minta tolong orang maintenance. Rupanya meter ada, cuma fius yang di tanggalkan. Aku pun ambil gambar dan ambil no siri meter tersebut. Hari lain nak kena datang TNB KL lagi, buat urusan tukar nama.

Soalan : Apa kejadahnya TNB cuba buat pada aku ni??

Tamat 3 kisah tentang TNB. Cuba fikirkan penyelesaian sebelum aku bagi jawapan di hari lain.
Previous Post
Next Post

15 comments:

  1. welcome back bro....
    lama mghilang...merajukke???
    wow...mcm2 cite psl tnb ni..apapun hrap dh settle benda ni...

    bugee

    ReplyDelete
  2. Hi Bugee.
    Mana ada merajuk bro. Malas je.. heheh

    ReplyDelete
  3. aku nampak bro hari ini @ giant kid run @ kepong. nak tanya ada masalah kena bayar syabas 4k++. ko rasa boleh claim tak kat bank pelelong ambank.kebiasaan hanya quit rent dan maintenance je boleh claim any idea??

    ReplyDelete
  4. @ Pudin : la.. nape tak tegur.. aku lari sambil cari anak aku.. rupanya anak aku kat belakang.. hahah..

    Nape sampai 4k++?? Bank memang tak cover air.. Kalau meter Syabas, ambil masa untuk connect semula, tapi tunggakan dengan Syabas kena bincang dengan Syabas sendiri. Cuba kau email detail kat aku, aku try tanya member aku kat Syabas.

    ReplyDelete
  5. bro.. ada idea tak mcmana nk cek bil api?
    pas tu biasanya berapa kos tukar nama dari nama pemaju ke nama owner?

    kalau bil IWK biasa bank tanggung tak?

    yassin@ tuah.rimbun

    ReplyDelete
  6. sorry, tukar nama utk bil tnb dari nama pemaju ke nama new owner?..
    tang tu bank pelelong tanggung tak?

    ReplyDelete
  7. @ Yassin : Wah.. sudah tukar nama. Macam mana nak cek bil api? Soalan aku, kenapa kau nak cek bil api? Sebab nak tau jumlah dan kau takut kena bayar, atau sebab kau nak info macam no acc bil tnb tersebut, nama pada bill atau info lain? Nak cek bil api, sama ada tengok kat pos box atau pergi mana2 tnb dengan info dalam POS Lelong. Kos nak tukar nama.. caj perkhidmatan RM3.00, stamp hasil RM20.00 dan deposit baru ikut jenis rumah. Antara RM200-500.00. IWK bank tak tanggung, tapi kau cuma tukar nama je. Nak tukar nama tu pergi TNB kawasan terbabit, bawak ic, kontrak lelong/SNP dan borang tukar nama serta duit.

    ReplyDelete
  8. faris...
    actually aku tgh study utk masuk lelong apt kat langat...
    owk dia outstndg dekat rm1000
    cukai taksiran dekat rm1000
    dan mtc outstdg rm5000 lebih..
    so nk taula berapa yg kene keluar duit sendiri nk cover2 bil2 tu..

    pasal nama tu, haha, sekrg ada nama lain sbb aku bukak bisnes internet jual mesin..
    kalau nk mesin chainsaw ke, grass cutter ke, roger2 lah aku bro.. hehe...

    ReplyDelete
  9. alamaakk bro Faris.. inilah artikel yg ditunggu tunggu..

    ok ini utk bil TNB...

    utk bil Telekom , apa macam? ada xprien?

    ReplyDelete
  10. @ Yassin : Kebanyakan TNB, akan waive tunggakan owner lama. Ulu langat aku tak pasti, TNB Kajang ke? So, untuk tau bank cover atau tidak kau semak POS. Maintenance dan Cukai taksiran yang paling banyak memberi kesan, kalau bank tak cover. TNB, IWK, Syabas, memang bank tak cover, tapi selalunya bil tak banyak sangat, dan TNB dan IWK pun, kau cuma perlu tukar nama sahaja.

    @ibr : Telekom tak pernah ada experience, sebab bila kita beli rumah lelong yang kosong, talian telekom memang dah tiada, dan penyewa pun takde nak apply telekom pulak.

    ReplyDelete
  11. rasanya tnb la kene absorb sebab dia kene collect dgn owner asal

    ReplyDelete
  12. untuk tunggakan IWK, boleh buat permohonan utk waive tunggakan sebelum tarikh lelong dengan IWK..aku pernah buat dah berjaya di'waive'kan. Utk tunggakan syabas, xder experience plak.

    ReplyDelete
  13. welkam back bro..
    utk pengetahuan.. TNB shah alam akan charge new owner utk outstanding bill owner lama (kalau bank tak cover la)... penat aku citer kat dorang TNB tempat lain waive jer.. tapi dorang pulak tak pecaya cakap aku.. sbb nak sambung meter balik, aku bayor je le..

    ReplyDelete
  14. @ Wadie : Betul tu, lain kali aku cerita pasal IWK pula.

    @ Samsul : Terima kasih. Ala.. orang kaya apadehal bayar elektrik owner lama.. heheh

    ReplyDelete
  15. Ape kesudahan cerita ni bro?

    ReplyDelete