Kebelakangan ini, aku makin sibuk. Makin banyak nak kena
turun lelong. Ada
pertambahan client dari geng Proton, UMW-Toyota dan Petronas. Dari geng
Petronas sahaja, ada geng dari Petronas Carigali-Hess dan Petronas Carigali.
Bila kita menang, kita seronok, kita kongsikan dengan kawan2. Akhirnya yang
akan pergi bida, aku juga.. heheh.. 20 June, aku turun ke Leong Auctioneer
untuk membida satu unit untuk Hafizie. Masih lagi dalam misi mendapatkan
hartanah lelong kedua yang belum kesampaian. Satu unit di Shah Alam akan
menjadi taruhan untuk di bida. Lelongan di Amcorp Tower. Unit paling hot adalah
unit di Menara Sri Damansara dengan harga reserve 200k, lebih kurang 22 pembida.
Akhirnya menjadi 330k. Aku bida untuk satu unit di Shah Alam dengan harga
reserve 50k sahaja. Rupanya 3 pembida. Tak boleh selesai luar, kita selesai
dalam. Dari harga reserve 50k, naik lebih 60k, aku masih melawan. Dengan
angkatan terakhir aku pada 66k, Yusri menang pada harga 68k. Tidak berjaya.
Kita cuba
lagi. Tengaharinya, jumpa member Samsul Brunsfield, yang berminat dengan
hartanah lelong. Lunch dengan Azri dan Munir di KLCC. Insyaallah nanti kita
cari property untuk korang.
Jumaat, 21 June, aku turun ke JTR sementara Remy ke PAH.
Remy membida untuk Brader X. Kita mengharapkan nasib baik, atau mengharapkan
‘boleh bincang’. Kemenangan 28 May pada harga reserve 40k diharapkan boleh
berulang kembali. Punah harapan bila ada ramai pembida, 8-9 pembida dan tak
boleh bincang. Dari harga 40k, naik kepada 55k. Di JTR, kononnya nak bida 2
property untuk Brader Cengkok. Apt Suria called off last minute. Jadi, kita
bida satu unit sahaja, di Sg Buloh. Kita mengharapkan tak ramai pembida, dan
boleh bincang juga, tapi ada 9 pembida. Lawan tetap lawan, walaupun Nampak
macam nak kalah. Dengan harga reserve 120k, sebuah unit townhouse berkeluasan
1500sqft, kita lawan. MV yang cengkok check, lebih kurang 180k. Semestinya kita
akan bida harga yang lebih rendah dari itu. Unit paling hot adalah Residensi
Bistaria. Beberapa hari terdahulu, satu unit Residensi Bistaria di lelong pada
harga 170k dan tiada pembida. Maka, semestinya harga akan menjadi 153k pada
lelongan akan datang. Hari ini, harga reserve 130k sahaja. 22 pembida, dari
130k, naik kepada 205k. Power.. power… client aku Syed Zukri pun beli subsale pada
harga 190k sahaja. Berbalik kepada Townhouse Sg Buloh, dengan 9 pembida, dari
harga 120k, naik melepasi 150k.. melepasi 160k.. melepasi 180k.. akhirnya mati
pada harga 184k. Kalah la.. apa lagi..
Petang Jumaat aku gerak balik JB lagi… menghadiri majlis
perkahwinan sepupu aku over the weekends. Kalau balik JB, memang makan
sahajalah. Mee Rebus Hj Wahid, Sate Abang Razak, Ais Jagung, Otak-otak, Murtabak
Gazebo, Nasi Beriani Hotel Pan Pacific dengan kambing panggang, Rojak Asma Kg
Melayu.. malam merayap pergi Mustafa Centre. Hari Isnin dah mula lelong semula.
Malangnya, semua yang nak di bida untuk hari Isnin, dah called off. Hari Selasa
25 June pula, aku ke PAH untuk membida bagi pihak Brader Cengkok lagi. Satu
unit Apt di Seremban pada harga 60k. Kita flexible. Boleh accept dan boleh
offer. Hari ini, Nampak macam kita nak kalah, kita accept. Tapi bile lelongan
bermula, deal pecah. Kita lawan. Aku cuma angkat sehingga 80k sahaja. Kalau
ikut kata Cengkok, MV sekitar 115k. Kita kalah pada harga 106k. Selesai lelongan,
lepak warung belakang PAH dengan Ah Boon, Ah Chin dan kawan2. Patrick Wong dan
Danny pun ada sekali. Katanya lelongan Ambank
6 July nanti banyak yang called off. Kecewa juga mendengarnya. Petangnya
aku ke Plaza Permata untuk membida bagi pihak Nasir Kia. Sebelum pukul 1 aku
dah check dengan pelelong. Unit masih aktif. Nasir Kia dah usha rumah, ok
katanya. Dah tanya jiran di kedua-dua belah rumah. Pukul 1.30 baru aku buat
bank draft, depan Plaza Permata. Siap buat bank draft, naik atas, unit baru je
called off. Macam haramm… hahahah… turun bawah, masuk bank, cancel bank draft,
balik rumah. Kalau masih aktif juga, lebih 12 pembida yang akan membida unit di
Bt Caves itu.
26 June, aku ke Heritage, untuk membida bagi pihak Izwan.
Tolong kawan2. Izwan ke Ehsan untuk membida FD 66k. Izwan tewas di sana , dari 66k naik kepada
133k. Di Heritage, dari 3 yang nak di bida, 2 called off dan 1 tewas. Masih
lagi tiada hasil. Namun kita akan membida lagi untuk sesi petang. Di MNP pukul
2.30 petang, aku akan membida untuk Syukur Rahman. Setelah beberapa kali
mencuba, masih belum berjaya. Hari ini dia tak dapat join turun lelong, Cuma
sempat lunch dengan aku di Megan
Avenue sahaja, untuk pass bank draft. Pukul 2.00
aku naik ke MNP, register last minute, pukul 2.30 petang lelongan bermula. Kita
harapkan reserve price, dan kita berjaya dapatkan pada harga reserve. Pada
harga 40,300.00, Syukur Rahman berjaya mendapatkan satu unit di Taman Pendekar.
Kalau dia ada lagi unit di sana ,
kita boleh panggil dia, Pendekar Syukur. Di NCM pula, lelongan bermula pukul
3.30 petang. Aku bida satu unit untuk Brader X, satu unit di Ampang. Kita tewas
juga. Di Tancorp, Abang kepada Asmadi, geng Proton, masuk satu unit di Puchong
Perdana. Dari harga reserve 18k, dengan lebih kurang 12 pembida, tewas pada
harga 38k.
27 June, ada satu lelongan sahaja untuk aku bida. Di NCM.
Kita yakin boleh menang. Dengan harga yang tidaklah rendah sangat, tapi masih
di bawah harga pasaran, aku yakin tidak akan menarik ramai pembida. Aku membida
untuk geng Petronas. Semakan sebelum pukul 1, masih aktif. Tengaharinya, aku
pergi buka rumah Radzuan Razali dahulu di Seri Kembangan. Menurut kata Radzuan,
rumah puaka.. hheheeh.. Nak buka rumah tak susah. Tapi sampah sarap memang
banyak gila. Selesai di Seri Kembangan terus shoot ke NCM. Sesampai di NCM,
sudah called off. Kecewa…. Kecewa.. kita cuba lagi esok untuk lelongan
terakhir bulan June.
28 June, kebanyakan tumpuan pada lelongan MBSB di NCM. Pagi
aku ke Ehsan untuk lelongan Ambank. Aku membida satu unit untuk Fikri. Satu
unit di Pantai Dalam dengan harga reserve 60k. Dengan 12 pembida, aku dah
berhenti melawan pada harga 93k. Harga terus meningkat sehingga akhirnya mati
pada harga 131k. Selesai lelongan, lepak sebentar dengan kawan baru, Mat
Salleh. Aku minta tolong dia ke JTR petang ini, sementara aku akan ke NCM.
Lelongan di JTR lebih baik, bila unit masih aktif. Walaupun ada 8-9 pembida,
akhirnya unit di Kajang, yang bermula dari harga reserve 70k, di menangi pada
harga 94k. Tahniah untuk Azlie. Setelah beberapa kali mencuba baru berjaya. Di
NCM, setelah aku buat bank draft tengahari, dengan pengesahan unit masih aktif
sebelum pukul 1, sesampai di NCM unit dah called off. Dari 70 lebih unit yang
dilelong oleh MBSB, hampir kesemuanya called off. Aku rasa tak sampai 10 pun
yang masih aktif.
Bulan June, mencatatkan 7 kemenangan. Dengan nama2 power
seperti Brader Cengkok, Brader X, Samsul Brunsfield, Hanan selain pemain2
hartanah lain yang masih lagi akan mencuba nasib bulan July nanti, seperti
biasa, aku akan sibuk gila babi lagi. Sabtu kita layan bola dulu.. JDT tidak
bernasib baik. Kawan orang Johor. Kawan tetap sokong Johor.
gomo kelate gomo..
ReplyDeletehaha. silat pulut la lepas ni
ReplyDeleteanyway, thanks bro. banyak aku belajar daripada korang ni.
ReplyDeletemantap tu satu bulan 7 property menang
ReplyDeletetuan besar tuan faris,
ReplyDeletemana cerita July.. bulan Julai bulan Puasa... update la bro...
dah bro.. ho ho ho..
ReplyDelete