Sunday, October 20, 2019

Perak Larang Kempen BMF Di Kawasan Masjid


@ Kerajaan Negeri Perak melarang sebarang penganjuran kempen Beli Barangan Buatan Muslim Dahulu (BMF) di dalam kawasan masjid selepas perkara itu dimuktamadkan pada Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

@ Exco Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Perak, Asmuni Awi berkata, keutamaan diberikan kepada promosi kempen Beli Barangan Halal Dahulu seperti yang sedang dilaksanakan kerajaan.



@ Asmuni berkata demikian sebagai mengulas mengenai pelancaran Buy Muslim First Peringkat Masjid Negeri Perak di Masjid An-Nur Batu 8, Hulu Kinta.

@ Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) diarahkan memanggil ahli jawatankuasa Masjid An-Nur Batu 8, Hulu Kinta untuk memberikan penjelasan kerana membenarkan pelancaran program berkenaan diteruskan.

@ Kerajaan negeri Perak kesal dengan penglibatan Jabatan Mufti Negeri Perak terhadap kempen tersebut.



@ Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim yang dijadualkan merasmikan pelancaran program itu semalam akan dipanggil pada Isnin depan untuk memberikan penjelasan.

@ Asmuni berkata, penganjuran kempen itu bukan sahaja tidak memberi sebarang keuntungan kepada masyarakat Muslim malah dilihat rasis dan bersifat politik.

@ Asmuni Awi adalah Exco Kerajaan Negeri Perak yang memegang portfolio Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Kerajaan Negeri Perak, selaku Pengerusi.



@ Kempen BMF negeri Perak dianjurkan oleh NGO Gerakan Pembela Ummah (Ummah) yang aktif mempromosi dan menganjurkan kempen dan karnival BMF di seluruh negara dengan kerjasama dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

@ Tiada salahnya kempen Ummah terhadap BMF, kerana BMF adalah kempen untuk mengenengahkan produk muslim, yang halal, supaya dapat bersaing dengan produk halal lain yang gah di pasaran. BMF adalah viral marketing yang membantu peniaga muslim mengembangkan perniagaan mereka.

@ Kenapa perlu di halang kempen yang memberi manfaat kepada majoriti peniaga muslim mendapat kan pelanggan dari kalangan muslim? Kita tidak berkempen kepada non-muslim pun. Kita berkempen untuk memberitahu pengguna muslim, bahawa terdapat banyak pilihan barangan keluaran muslim di pasaran.



@ Dengan kempen2 aktif yang dijalankan secara fizikal di seluruh negara, dan secara aktif di media sosial, capaian yang tinggi dapat menerobos pasaran pengguna muslim. Manfaat besar kepada usahawan muslim. Mereka di bantu oleh kempen secara besar-besaran oleh rakyat Malaysia.

@ Muslim, bukan tanda milik orang Melayu. Ianya bermaksud Penganut Agama Islam. Muslim bukan hanya di kalangan Melayu, tetapi Cina, India dan ramai lagi bangsa lain pun ada yang muslim. Jadi, bahagian mana yang rasis nya kempen BMF ini? Semestinya ramai peniaga BMF ini terdiri dari orang Melayu, kerana orang Melayu adalah penduduk majoriti di Malaysia. Kalau kempen BMF di jalankan di negara China, majoriti peniaganya tentulah orang Cina.

@ Sokonglah BMF untuk melihat lebih ramai usahawan muslim berjaya. Tanpa mengira ideologi politik atau bangsa mereka, kita perlukan produk buatan muslim untuk kita, dan kita perlukan lebih ramai usahawan muslim berjaya.

Friday, September 13, 2019

Buy Muslim First Campaign



Buy Muslim First

Salam pagi Jumaat.

Buy Muslim First, BMF secara dasarnya adalah kempen terhadap isu makanan halal. Dan isu makanan halal adalah isu yang penting dan dekat dengan kita semua. Kita makan hampir 6 kali sehari. Dari bangun pagi sampai masuk tidur, kita makan sarapan pagi, kudapan dalam sela masa sarapan ke makan tengahari, makan tengahari, makan petang, makan malam, dan supper, makan lewat malam. Tidak hanya makan di rumah, kita juga makan dan minum di luar. Waktu bekerja, kita makan di restoran dan gerai, atau bawa bekal, anak2 di sekolah makan di kantin sekolah pagi dan petang, atau bawa bekal, makan di rumah pengasuh atau beli jajan di luar kawasan sekolah. Maksudnya 2 ke 3 jam sekali kita ada keperluan dan keinginan untuk makan dan minum. Itulah indahnya Malaysia, makanan sedap2 dan makanan halal mudah di perolehi. Tapi kuasa menghasil, mengilang, mengedar dan menjual bahan mentah halal, secara majoritinya tidak terletak pada tangan orang Islam, yang secara majoritinya Melayu dan Bumiputera. Data dari Jakim menunjukkan lebih 60% pengilang produk halal adalah syarikat multinasional yang di miliki orang bukan Islam.

Kita sedia maklum sifat orang Melayu, yang takut termakan barangan haram. Majoriti kita bersifat demikian. It's a big NO untuk makanan tak halal. Termakan coklat yang di khuatiri ada dna khinzir pun ada yang mintak syarikat bertanggungjawab cuci darah kita, supaya tak lekat dna khinzir dalam tubuh kita, begitulah takutnya kita terhadap makanan haram. Juga isu2 lain seperti ayam pasaraya tak sembelih, restoran India acah2 Mamak Muslim, makanan dan minuman popular tiada pengesahan halal, restoran with no pork ingredients dan banyak lagi. Untuk kes2 haram dan fatwa haram lain seperti rasuah, riba, zina, aurat atau rokok (khilaf pendapat) masih banyak yang boleh bertolak ansur dan bersangka baik. Begitulah kekuatan isu makanan halal bagi kita.

Isu BMF adalah isu lama yang kita sangka kita tiada kekuatan untuk membuat pembaharuan dan perubahan. Sebelum ini banyak pendedahan viral dan seruan boikot untuk isu sebegini tapi kurangnya kempen kesedaran membeli barangan Muslim. Kesemuanya tak power sehinggalah muncul page Persatuan Ekonomi Muslim Malaysia yang kini dah mencecah 1.65juta keahlian.  Boikot syarikat makanan segera pun tak tahan lama, sebab ianya berpaksikan boikot. Tapi atas dasar, paksi dan bertunjangkan kempen, sambutannya luar biasa power. Saya mengharapkan BMF akan berjalan lancar dan jauh untuk masa2 akan datang. Tidak hanya untuk golongan pengguna yang consume the food, tapi juga bagi golongan penjual, iaitu peniaga Muslim yang mempunyai restoran, gerai makan, warung, pasaraya, kedai runcit dan sebagainya. Rantaian panjang yang memberi rahmat ekonomi dan keberkatan yang bermula dari pengilang, pengedar, penjual dan pengguna akhirnya.

Senarai 50 individu terkaya di Malaysia oleh Majalah Forbes, cuma ada 8 individu Muslim, dan hanya satu, Syed Mokhtar AlBukhary yang ada terlibat dalam industri makanan (Yang sememangnya halal lah). Atas sokongan semua muslimin dan muslimat, kita mengharapkan lebih banyak tokoh seperti Syed Mokhtar AlBukhary yang boleh menguasai logistik yang mengedarkan makanan halal ke seluruh pelusuk tanah air, dan yang menguasai pengilangan barangan halal. Pada akhirnya, kita dapat menyaksikan kekuatan muslim dalam bidang perniagaan, yang juga akan membawa kepada kekuatan dalam bidang lain, seperti hartanah, contohnya. Jadikan diri kita sebahagian dari mereka yang membawa perubahan ke atas mencipta kejayaan.

Buy Halal First kempen? Well, kalau kita sokong dan jayakan Buy Muslim First, semesti dan sememangnya kita juga turut termasuk dalam golongan menyokong Buy Halal First, BHF. Lagipun, ada ke yang nak menyokong Buy Haram First?