Thursday, October 6, 2011

Cerita Syarikat Bekalan Air



Dalam pada aku menguruskan urusan pembelian hartanah lelong, sangat jarang aku berurusan dengan Syarikat Bekalan Air. Kalau di Selangor dan Kuala Lumpur, Syabas lah namanya. Majoriti pembelian client aku adalah unit flat atau apartment dan bil airnya dibayar kepada maintenance office. Kalau ada yang beli landed house pun, tiada masalah pemotongan air atau bil yang tinggi. Kali terakhir aku berurusan dengan Syabas pun awal tahun 2009. Lama juga. Dah tak berapa ingat. Baru2 ini ada beberapa kes yang melibatkan Syabas atau Syarikat Bekalan Air.




Kes 1
Kes berlaku di Johor, di bawah SAJ atau Syarikat Air Johor. Pembaca meter sangat jarang masuk ke dalam kawasan rumah untuk membuat bacaan meter sebenar. Bacaan yang dibuat tiap2 bulan adalah berdasarkan anggaran. Sekian lama, pemilik dicaj RM80.00 untuk anggaran bil bulanan. Tiada masalah tentang pembayaran, tiap2 bulan pemilik menjelaskan bayaran tersebut, sehinggalah pada suatu hari, pembaca meter masuk kedalam kawasan rumah untuk membuat bacaan meter sebenar. Hasilnya, dari bacaan meter terbaharu, di tolak bacaan meter terdahuluyang pernah direkod, dan di tolak bayaran RM80.00 bil anggaran bulanan selama beberapa lama, pemilik masih lagi berhutang lebih dari RM3,000.00. Disebabkan itu, SAJ bercadang untuk memotong bekalan air. Untuk menyelesaikan masalah ini, pemilik perlu melantik plumber yang berdaftar dengan SAJ, dan mencari punca sebenar apa yang berlaku. Sekiranya berlaku kebocoran selepas meter SAJ, itu dikira tanggungjawab pemilik. Beberapa ujian dilakukan dan akhirnya sumber kebocoran disahkan atas tanggungjawab pemilik, dimana berlaku kebocoran pada paip yang ditanam didalam tanah.

Fasa kedua, setelah mengetahui pemilik kena buat bayaran yang tinggi, pemilik membuat rayuan kepada SAJ untuk mengurangkan bayaran tersebut. Akhirnya, rayuan berjaya mengurangkan amount RM3,000.00 lebih tersebut kepada RM1,000.00 lebih sahaja. Dan RM1,000.00 lebih itu pula, di buat secara ansuran RM100.00 setap bulan, berserta bayaran bil anggaran tiap2 bulan. Cuma, bila dibuat secara ansuran, ada caj tambahan RM5.00 setiap bulan sehingga bayaran penuh dibuat. Terbaharu, pembaca meter membuat bacaan sebenar, dan penggunaan sebenar pemilik adalah lebih kurang RM50.00 sahaja sebulan, dan disebabkan itu, SAJ pula yang sedang berhutang dengan pemilik rumah, akibat terlebih bayar untuk beberapa bulan.

Apa yang berlaku sebenarnya, apabila penggunaan domestic terlalu besar untuk satu julat masa tertentu, pengiraan bil akan berubah dari caj domestic kepada caj non-domestic user. Disebabkan itulah bil boleh naik sampai ribu-ribu. Atas pertimbangan itu jugalah, kadar RM3,000.00 tersebut dapat dikurangkan.




Kes 2.

Kes dari pembaca blog aku, Pudin. Hartanah lelong yang di beli, rupanya mempunyai tunggakan RM4,000.00 lebih akibat dari kes kebocoran paip bawah tanah, selepas dari meter Syabas, yang menjadi tanggungjawab pemilik. Policy Syabas menyatakan segala hutang perlu dijelaskan oleh pemilik baru. Pihak bank memang tidak menanggung bil air tertunggak. Apa yang pihak Syabas dapat buat adalah tolak tunggakan dengan menggunakan deposit pemilik lama, kemudian bakinya perlu dijelaskan oleh pemilik baru. Apa yang beliau buat sekarang adalah membayar separuh dari jumlah itu secara tunai dan separuh lagi secara ansuran.




Kes 3

Apabila bekalan air telah dipotong melebihi 6 bulan, untuk menyambung semula, memerlukan bantuan dari plumber yang berdaftar dengan Syabas. Ini yang berlaku untuk satu unit apartment di Damansara. Bekalan air telah dipotong sejak tahun 2008. Tunggakan penuh adalah RM162.00, deposit pemilik lama adalah RM100.00, jadi pemilik baru perlu menjelaskan RM62.00 tersebut. Disamping itu, pemilik baru perlu membayar deposit baru RM100.00 dan caj perkhidmatan RM30.00, berserta bayaran kepada plumber berdaftar dengan Syabas untuk urusan penukaran nama dan pemasangan meter ini.

Sebenarnya aku, sebagai pengguna, tak nampak rasional utama kenapa plumber berdaftar diperlukan untuk urusan tukar nama bagi bekalan yang telah dipotong melebihi 6 bulan. Pada aku, ianya sekadar mewujudkan peluang perniagaan kepada plumber berdaftar. Itu pada aku lah, sebab cajnya pun makan ratus2 juga.
Previous Post
Next Post

5 comments:

  1. Saya dari kedah.. baru saja membeli rumah lelong. Tunggakan bil air sebanyak rm6k. Slps berurusan ngan pihak syarikat air darul aman (SADA).Mereka memerlukn surat dari peguam untuk mgecualikn bil air tersebut.setelah diteliti.pihak mereka memberitahu bahawa bil ini harus dibyr oleh pelelong.msalahnya rumah lelong bil air dan api hrus dibyr oleh pemilik baru.belum lagi msuk rumah.dah kna byr free2 6k..

    ReplyDelete
  2. saya membeli rumah dari orglain dan perlu membayar plumber utk meter air. Saya nmpak ada penyelewengan di sini kerana dari senarai plumber yg diberikan hanya satu yg berjaya dihubungi. Saya cuba membandingkan harga tapi sepertinya telah ditetapkan satu sahaja. satu lagi yg berjaya dihubungi meminta agar menelefon plumber yg lain. Fishy. Kenapa perlu plumber untuk pemasangan meter? Hanya perlu ambil gambar luar rumah sahaja kata plumber itu...!!!????

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg pn..dh le mahal giler skrg ni nk msuk air

      Delete
  3. Kenapa plumber yang berdaftar ni banyak cengkadak. Susah untuk dihubungi, bila ajak berbincang, macam tak hendak buat kerja.(beberapa plumber Melayu) SYABAS kena buat sesuatu ni...

    ReplyDelete
  4. Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

    Giaonhan247 chuyên dịch vụ mua hàng mỹ từ dịch vụ order hàng mỹ hay nhận mua nước hoa pháp từ website nổi tiếng hàng đầu nước Mỹ mua hàng ebay ship về VN uy tín, giá rẻ.

    ReplyDelete