Cerita TNB bersambung lagi.
Sepatutnya kisah 2 dalam Cerita TNB sebelum ini dah selesai. Aku dah jumpa pegawai akaun cawangan tersebut dan persetujuan di capai, untuk RM178.00 yang di bayar tersebut, RM156.00 di kira bayaran tunggakan selepas unit dimenangi dari lelong, dan RM22.00 di pindahkan ke akaun baru sebagai surplus. Itu persetujuan minggu lalu, Cuma aku tak bawa bil RM178.00 tersebut. Aku terpaksa datang hari lain untuk bawa resit RM178.00 tersebut, kemudian baru boleh tukar nama.
Hari lain aku datang semula membawa resit. Pegawai akaun TNB dah semak resit dan bagi pengesahan. Aku ke kaunter perkhidmatan untuk urusan tukar nama. Bila pegawai terbabit nak tukar nama sahaja, baru dapat tahu ada satu kes berlaku bulan January yang lalu. Kes kecurian arus elektrik, dan pemilik akaun dikenakan saman RM4,000.00. Nampaknya kes belum boleh selesai. Hampir semua permasalahan digabungkan dalam kes ini.
Macam aku beritahu sebelum ini, ini kes terpencil. Memang sangat jarang kita akan jumpa. Sejak aku berkecimpung dalam arena rumah lelong ini, baru 3 kes seperti ini yang aku ketahui. Ya.. aku ceritakan 3 kisah lagi.. seperti sebelum ini.
Kisah A
Unit beli bulan Mac 2008. Bulan April berikutnya pemilik baru dapat notis pemotongan bekalan elektrik dengan tunggakan sebanyak RM324.00. Seperti biasa pemilik baru nak buat tukar nama di TNB. Deposit cuma RM240.00 sahaja. Daripada pemilik baru bayar RM324.00, baik bayar RM240.00, account pun 0, bil pun atas nama pemilik baru. Tapi tak boleh. TNB tak bagi. Sebabnya, pada tahun 2006, pihak TNB telah mengeluarkan satu surat tuntutan sebanyak RM3945.26 terhadap pemilik asal rumah untuk kes pengusikkan meter TNB. Pemeriksaan dilakukan pada bulan November 2005 dan TNB mempunyai bukti kukuh terhadap pengusikkan meter tersebut. Ya.. pengusikkan dilakukan pada November 2005, April 2006 TNB keluarkan surat tntutan. Setahun kemudian, April 2007 TNB mengeluarkan surat peringatan terhadap surat tuntutan terbabit. Setahun kemudian, Mac 2008 pemilik baru beli rumah tu daripada lelong. Bulan April 2008, tunggakan RM324.00 dengan notis pemotongan. pemilik baru nak tukar nama tak boleh, nak minta waive tuntutan tersebut tak boleh dan kes adalah beberapa tahun sebelum pemilik baru beli rumah tersebut. TNB bagi option untuk pemilik baru selesaikan secara ansuran, sebulan RM1k atau bayar tunggakan RM324.00, bekalan disambung semula, tapi tuntutan tetap kekal dalam rekod. Pada masa itu, katanya TNB tak dapat nak transfer tuntutan tersebut ke atas nama pemilik asal, kerana pemilik asal tidak mempunyai akaun TNB lain. Penyelesaian untuk pemilik baru, takde pasal nak bayar RM4k kos tambahan. pemilik baru bayar RM324.00 sahaja dan bekalan masih ada sehingga kini. Kes adalah di bawah TNB Subang.
Kisah B
Dari entry blog aku tentang Cerita TNB, pembaca blog aka client aku, Khairi juga berkongsi kisah yang sama. Unit di beli pada bulan December 2010. Bulan May pemilik asal telah mengosongkan unit. Bila Khairi nak tukar nama TNB baru dia tahu, bekalan elektrik sebenarnya telah dipotong dari tahun 2004 dan TNB telah bilkan lebih kurang RM3,000.00 untuk penggunaan selama 7 tahun (RM35.00 sebulan eh?). Sedap betul pemilik asal ni kan. Pakai elektrik free 7 tahun lepas tu Khairi tolong bayarkan. Jika tidak di bayar, dalam masa 2 bulan, bekalan akan di potong semula, menurut Khairi. Jadi, Khairi pun bayarlah secara ansuran RM1k sebulan. Katanya, mengalir air mata membayarnya.. heheh. Kes adalah di bawah TNB Kajang.
Kisah C
Kesinambungan kepada Kisah 2 dari entry Cerita TNB. Aku yang dah jumpa pegawai akaun untuk transfer tersilap bayar yang dibuat ke akaun lama, ke akaun baru, bila nak tukar nama baru dapat tahu ada notis tuntutan RM3,000.00 juga. Aku dikehendaki berjumpa dengan pegawai TNB lain untuk penjelasan kes. Dari perjumpaan aku dengan pegawai terbabit, sebenarnya bekalan telah di potong pada akhir 2010. Pada 24 Dec 2010, pihak TNB mendapati terdapat sambungan haram ke atas bekalan elektrik. Bulan January 2011 notis tuntutan dikeluarkan. Pemilik baru tidak dapat menukar nama, terpaksa membayar kesemua tunggakan owner lama berjumlah RM378.00 dan kes akan diselesaikan kemudian. Buat masa sekarang, bekalan elektrik disambung semula, tetapi notis tuntutan masih kekal, sehingga penyelesaian dicapai. Pegawai terbabit memberitahu, jika dapat menyediakan surat2 berkaitan dan bukti yang pemilik baru belum menduduki unit terbabit pada bulan December 2010, ada kemungkinan untuk waive tuntutan RM3k itu ada, tapi kena berjumpa dengan pengurus kawasan. Kes adalah di bawah TNB KL Selatan.
Kesimpulan cerita.
Memang kes terpencil. Dari ratusan kes lelong yang aku pernah handle, cuma 3 je ada kes kecurian elektrik atau pengusikkan meter. Tapi tak salah kalau kita nak take precaution measurement. Buat semakan dulu dengan TNB. RM3-4k bukan sedikit. Apatah lagi kalau bekalan telah dipotong, dan bila kita minta TNB sambung, dia suruh kita bayar dulu tuntutan tersebut. Kalau rajin buatlah semakan. Kalau malas.. hahahahah…
alhamdulillah unit aku selamat dari kes2 camni
ReplyDeletehuhu..sebut nama penuh tu..penerangan lanjut Kisah B kat sini
ReplyDelete@ Palie : Unit kau memang selamat. Aku beli cendana kena pecah ngan owner lama, Junny beli Cendana ada masalah elektrik (wayar bumi jadi live), kau beli je ok.. cuma harga tak berapa nak ok la..
ReplyDelete@ Khairi : Aku baru nak tanya idx tu kau ke.. selalu nampak kat nuffnang aku. Ya.. memang kau nampaknya.. heheh
Lain TNB lain kesnyer. Aku beli umah lelong ada tunggakan TNB RM2K dan meter dah kena potong lebih 6 bulan. Bila pergi tukat nama takde masalah pun. bayar Deposit jer.
ReplyDelete@ Anon : Betul tu, memang lain TNB lain caranya, tak semuanya sama cara penyelesaian. Kalau setakat tunggakan pemilik lama, memang kebanyakan TNB akan waive, tak kira berapa banyak. Kalau kes pengusikan meter dah cerita lain, bukan cerita tunggakan pemilik lama.
ReplyDeleteFaris,
ReplyDeleteRumah yang aku menang dulu tu, masih lagi nama owner lama. Cuma tang TNB je nama owner lama, yang lain dah tukar nama aku.
Tunggakan tak ada. Kalau tukar nama, kena RM300 kan? Ada masalah ke kalau besok2 hari aku nak jual rumah tu, tapi bil TNB nama orang lain?
@Ken : Tiada masalah besar pun, kalau dah takde hutang apa2. Nak tkar nama dalam 300.00 lah. yang jadi masalah kalau ada kes kecurian elektrik je.
ReplyDeleteNak jual rumah ni, kadang2 ikut pemeju juga. Macam Pemaju untuk satu unit low cost di Taman Desa, kalau nak lengkapkan proses tukar nama, kena tukar nama TNB sekali dan tunjuk bil terbaru atas nama pemilik terbaru, untuk lengkapkan proses tukar nama. Tempat lain, tak de pun syarat macam ni. So, ikut pemaju juga lah.