Monday, September 9, 2019

Seruan Berpesanlah Kepada Kebaikan Wahai Pemain Hartanah!!



Kenapa nak serang menyerang, berbalas pantun, bersilat bagai. Kita ini dalam satu industri hartanah. Ada aliran pemikiran undercons, subsale dan lelong. Dalam setiap cabang aliran pemikiran tersebut, di pecahkan lagi, aliran sewa kosong, sewa fully furnish, sewa harian, sublet, flipping, overdraft dan pelbagai lagi mengikut kreativiti dan corak pemikiran masing2 yang pada akhirnya menjurus kepada satu keadaan, merancakkan kegiatan ekonomi individu dan sekeliling yang saling berkait antara manusia. Pembeli hartanah berkongsi rezeki dengan ejen hartanah, penjual hartanah, lawyer, banker, tukang rumah, tukang kunci, tnb, syabas, maintenance office, pejabat kerajaan, penyewa hartanah, kedai karpet, kedai hardware dan the list goes on and on.. rantaiannya panjang. Maksud saya, dari satu pembelian hartanah, bakal membuka pintu rezeki kepada ramai sangkut pautan yang terlibat.

Tak perlu di serang kenapa membeli rumah low cost, kenapa ambil hak orang, kenapa beli rumah shoebox, kenapa beli hartanah macam ini atau macam itu. Itu semua ikut trend, fetish, gerak hati, ilmu di dada, kemampuan dan kelayakan masing2. Tak perlu serang menyerang. Kita hanya perlu berpesan pesan kepada kebaikan. Kita mempunyai matlamat dan impian masing2. Kita bergerak sendiri atau berkumpulan. Kita mempengaruhi diri sendiri atau mengajak khalayak untuk menyertai kita. Kita memberikan ilmu percuma atau ilmu berbayar. Ilmu berbayar kita bernilai ratusan atau ribuan. Itu semua pilihan masing2 untuk mencorakkan masa depan individu dan kumpulan masing2. Kalau lah nak di persoalkan setiap pembelian, persoalkan juga 

@kenapa mark up loan? 
@kenapa beli undercons bayar deposit RM1k je dah boleh beli rumah? Kan loan 90% je.
@kenapa beli undercons buat multiple submission, padahal kalau ikutkan gaji tak layak pun beli sampai 3 unit dengan margin of finance 90% each?

And the question goes on and on.. apabila kita sibuk nak mempersoalkan method dan pemikiran orang lain. Again, kita berpesan pesan kepada kebaikan. Bukan berpesan kepada keburukan.

Jangan di sangka kita lah yang sentiasa benar. Jangan di sangka guru kita lah yang sentiasa benar. Hormat menghormati, belajar tentang aliran pemikiran lain, membuatkan kita lebih berilmu, matang dan boleh membuat keputusan yang lebih baik dalam permainan hartanah.  Berpesan kepada kebaikan memberikan kita ruang untuk berfikir adakah pembelian kita meragut hak orang lain, menyalahi etika dan moral, kapitalis bangsatkah kita, atau kita buat benda yang betul?

Pemain undercons adalah mereka yang sukakan benda2 baru. Calculated risk membawa keuntungan. Silap perhitungan, hitungan ekonomi tidak baik atau hitungan pembangunan tidak ke arah diharapkan, membawa petaka negative cash flow bleeding game atau capital appriciation merudum. 

Pemain subsales adalah mereka yang sukakan hartanah yang sudah sedia matang. Sudah tahu keadaan sewa dan keadaan pembangunan semasa. Membeli pada harga selamat, keuntungan yang moderate, jiwa yang tenang. Hartanah boleh di lihat luar dalam. Kalau rosak boleh mintak diskaun. Loan pun boleh shopping nak rate macam mana. The time is yours.

Pemain lelong adalah wira yang tidak di dendang. Mereka membeli dan menyelamatkan industri dari terus lesu. Berbaloi bila beli harga murah atas risiko2 yang perlu di hadapi di kemudian hari. Pemain lelong menyelamatkan industri bila mereka membeli dan membersihkan hartanah tersebut, membayar tunggakan cukai pihak berkuasa tempatan dan caj selenggara, menyelamatkan non performing loan kepada status perfome untuk bank, membuka pintu untuk baki hasil jualan kepada pemilik asal (jika ada) supaya pemilik asal boleh berdiri semula. Eh.. banyak pula point untuk pemain lelong. Ok cukup.

Kita semua memberi makna kepada industri hartanah. Tak perlu gaduh, tak perlu sindir. Berpesanlah kepada kebaikan.
Previous Post
Next Post

0 comments: