Tuesday, October 15, 2019

Langkah Pencegahan Penipuan Macau Scam dan Penipuan Online Lain


Macau Scam, Parcel Scam, Love Scam, Penipuan Online dan seumpamanya adalah imdustri penipuan yang bernilai ratusan juta ringgit di Malaysia. Dengan modus operandi licik yang memperdaya mangsa, kerugian dari ribuan ke ratus ribuan ringgit setiap mangsa di laporkan setiap tahun. Bagaimana mengenali modus operandi mereka?




Modus Operandi Macau Sam

1) Cabutan Bertuah

Mangsa menerima panggilan telefon yang memaklumkan mangsa memenangi sejumlah wang yang besar dari cabutan bertuah. Mangsa di minta membayar sejumlah wang kononnya untuk tujuan cukai dan insurans sebelum wang hadiah boleh dituntut. Setelah transaksi selesai, wang yang dijanjikan tidak diterima, dan pemanggil juga gagal dikesan.

2) Menyamar sebagai Pegawai Polis atau Pegawai Kerajaan

Mangsa menerima panggilan telefon kononnya dari pihak polis atau mahkamah, dann mendakwa mangsa atau akaun bank mangsa terlibat dalam kegiatan jenayah seperti penggubahan wang haram atau kegiatan dadah. Mangsa di minta memindahkan wang ke akaun tertentu untuk mengelakkan akaun dibekukan.

3) Menyamar sebagai pegawai bank

Sama ada pegawai bank negara atau bank swasta, mangsa menerima panggilan berkaitan hutang yang direka, dan diminta membuat bayaran untuk mengelakkan nama disenarai hitam.

4) Tipu Culik

Mangsa menerima panggilan kononnya saudara terdekat mereka diculik dan diminta membuat bayaran tebusan.




Dari masa ke semasa, mereka berevolusi. Mereka manusia2 pintar dan licik dalam menjayakan jenayah kolar putih. Apa yang perlu kita buat untuk menghalang penipuan mereka? Kita boleh membuat senarai semak berikut.

Langkah2 yang perlu di buat sebelum atau semasa menerima scam.

1) Pencegahan awal. Install applikasi caller-identification, Truecaller di smartphone anda. Applikasi ini telah di download sebanyak lebih 500juta kali dan memberitahu anda siapa yang menelefon anda, jika pengguna lain merekod dan melaporkannya. Tanda merah akan keluar sekiranya pemanggil menerima laporan scam dari penerima panggilan sebelumnya.




2) Semakan No Talipon/Akaun Bank dengan rekod PDRM. Semakan ini di lakukan di laman web Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, PDRM.

Link web semakan JSJK
http://ccid.rmp.gov.my/semakmule./?fbclid=IwAR3BheTHeIVdc7MZepA_mr2luRZ05Fa_SzWIBaP2ly0y1IsNq6VIU2AzUfg


Jika no akaun atau no telefon ini telah  dilaporkan mempunyai kesalahan menipu orang ramai, notis amaran akan di keluarkan. Sebagai contoh, no akaun hasil carian di bawah telah 5 kali terdapat laporan penipuan.





3) Buat dummy transaksi ke atas no akaun yang diberikan. Kita boleh masukkan RM1 melalui transaksi online ke atas no akaun yang diberikan. Tujuannya adalah untuk melihat nama pemegang akaun terbabit, untuk dilaporkan kepada pihak berkuasa. Adalah tidak logik, untuk memasukkan wang ke dalam akaun peribadi untuk transaksi formal bank negara atau bank swasta. Sebenarnya, keldai akaun digunakan dari kalangan peminjam ah long, mereka yang tertipu oleh Macau Scam untuk membuka akaun, atau mereka yang rela akaun mereka digunakan dengan sejumlah upah yang diterima.

Apapun, selepas kita menerima panggilan scam ini,

@ Jangan panik dan terus mengikut arahan mereka. Rujuk pihak polis atau pihak bank atau rujuk saudara atau rakan terdekat.

@ Jangan hubungi mereka semula untuk pengesahan. Sebaliknya, hubungi pihak syarikat atau jabatan yang dinyatakan melalui no rasmi mereka. Anda boleh Google no rasmi mereka di internet.




@ Jangan dedahkan no kad atm, kad kredit, no pin atau no tac anda pada mereka.

@ Laporkan pada pihak berkuasa tentang kegiatan mereka.

@ Maklumkan langkah2 pencegahan ini kepada rakan, saudara, ibu bapa, adik beradik, anak2 dan orang2 yang rapat dengan anda.

Jangan biarkan anda termasuk di dalam statistik Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM.

Previous Post
Next Post

0 comments: