Wednesday, December 30, 2009

Lelongan Terhangat 2009

Lelongan hari ini merupakan penamat kepada lelongan tahun 2009 untuk Satu Solution. Hampir setahun kami dalam industri ini, kita lihat Carta 8 hartanah terbaik, teramai dan terhangat 2009 yang client2 Satu Solution selalu masuk.

1)Sri Penara
32 unit Sri Penara telah kami masuk tahun ini sahaja. Hanya 6 kemenangan dicatatkan. Sri Penara tetap mengungguli carta lelongan. Untuk bulan January nanti, 3 unit Sri Penara lagi akan di lelong. Harga terendah yang di perolehi, 58,500.00 manakala bidaan tertinggi yang kami menang, 73,000.00. Bidaan paling tinggi dicatatkan adalah 117k selain harga 80-88k adalah harga2 biasa yang orang luar sanggup bida untuk mendapatkan Sri Penara. Harga terbaik pernah dicatat, 58.5k yang baru semalam dimenangi, pada harga reserve menewaskan Tuanbri yang juga menang pada harga reserve, 60k.

2)Tiara Beach Resort
11 unit lelongan yang kami masuk. 6 berjaya di beli. Unit studio boleh didapati dibawah harga 80k. Unit Apt 2 bilik dalam lingkungan 90-110k. Unit2 TBR juga memang selalu masuk listing lelongan. Cuma dari segi harga, ramai yang tunggu harga reserve sekitar 70k untuk unit studio dan 90k untuk unit Apt. Bulan January juga ada 2 unit TBR untuk dilelong.

3)Teratak Muhibbah
Tidak sepanas Sri Penara. Kadang2 masuk lelong. 11 unit lelong yang kami masuk. Hanya 4 berjaya di menangi. Harga tidak segila Sri Penara. Masih boleh di beli bawah 65,000.00.

4)Vista Millenia
9 Unit di bida tahun ini. 6 berjaya di beli. Sebelum bulan Jun 2009, agak mudah untuk dapatkan unit VM di bawah harga 90k. Tidak lagi selepas bulan Jun. Kebanyakan pembida hanya masuk membida bila harga below 90k. Harga reserve terendah untuk unit VM adalah 51k dan lebih kurang 12 bidder masuk, akhirnya dimenangi oleh Wakata pada harga 88k. Harga terbaik dicatatkan, 80k dimenangi pada harga reserve oleh JuruUkur.

5)Lagoon Perdana
8 unit di bida tahun ini. 5 Berjaya di menangi. Kebanyakan unit dimenangi pada harga lingkungan 90k. Lagoon Perdana masih mempunyai 2 block yang belum siap. Kita tunggu tahun depan kalau banyak unit2 baru yang bakal di lelong di block2 baru tersebut.

6)Flora Damansara
8 unit di bida. Juga 5 berjaya di menangi. Harga terbaik dimenangi oleh Asrul, unit block D pada harga 55k manakala unit block F oleh Satu Solution pada harga 81k.

7)Pelangi Damansara
7 unit di bida. Hanya 3 berjaya di menangi. Unit2 di PD ini, tak menentu. Kadang2 boleh dapat harga reserve, kadang lawan sampai 70k ke atas, kadang tiada pembida langsung. Kes terbaru 2 hari lepas, Hafiz, client Satu Solution menang pada harga 74k dan 2 minggu sebelum itu Wan Azmi menang pada harga reserve 48k.

8)Cendana Apt.
7 unit di bida. Juga hanya 3 berjaya di menangi. Semenjak aku menang pada harga 67k dan kemudian terlelong semula, dan dimenangi kembali pada harga 67k juga.. tiada siapa yang boleh dapat harga seperti itu semula. Satu Solution juga pernah mencuba nasib untuk masuk, dan kalah pada harga 88k. Client Satu Solution, Palie menang pada 86k bulan lepas.

So.. aku dah bagi hint 8 property teramai yang orang masuk bid. Aku ambil kira jumlah unit yang client masuk, bukan ikut berapa pembida. Kalau nak ikut pembida, penara tetap unggul, satu unit kadang2 sampai 5 client dari Satu Solution, belum campur orang lain lagi.

Dalam seminggu aku tak update blog.. a few things happen. Perbincangan collaboration dengan big company masih berjalan. Sekarang Satu Solution sedang fikirkan macam mana nak sesuaikan dengan the big names yang kami akan collaborate ini. Lelongan seperti biasa, ada kalah, ada called off, ada menang. Percubaan Hafiz untuk lelongan ketiga berjaya, tetapi harga yang dimenangi agak tinggi. Apt Pelangi Damansara dimenangi pada harga 74k. Kesokan harinya terus kami buka rumah kerana rumah telahpun kosong. Rumah telah di renovate cantik. Bekalan air masih ada, api dah kena potong. Hafiz cargass sambungkan semula bekalan api dan telahpun mula iklankan sewa. Dah ada orang yang nak tengok rumah. Client SS Firdaus pun dah menang satu low cost di Puchong Permai hari ini, pada harga 46k. Pada aku, harga 46k masih lagi ok dengan kadar sewa sekitar 400.00-450.00. Monthly payment dalam lingkungan 200.00 sahaja.

Baru sebentar tadipun kami ke Penara yang Shukri menangi pada harga 58.5k. Rumah diduduki penyewa, dan penyewa bersetuju untuk sambung menyewa. Telah 2 tahun lebih penyewa menyewa di situ. Kadar sewa di naikkan dan penyewa bersetuju. Untuk tahun baru, Satu Solution akan mula ke acara lelongan 2 January nanti.

Tuesday, December 22, 2009

Lelongan2 Minggi Ini

Lelongan2 minggu ini masih belum membuahkan hasil bagi client2 dan rakan2 Satu Solution. Pembida masih sanggup membida pada harga tinggi untuk hartanah2 di hot area. Di lelongan Resolution Alliance sabtu lepas, Endah Regal Condo terjual pada harga 174k dengan lebih dari 16 pembida. Low cost flat di wangsa maju dengan harga reserve 75k juga naik kepada 104k.

Di lelongan Ehsan semalam pun begitu juga. Unit di Putrajaya dengan lebih 10 pembida, dari harga reserve 75k naik lebih 100k. Penara called off. Teratak Muhibbah naik kepada 61k sahaja.

Untuk lelongan hari ini, percubaan ketiga Hafiz. Walaupun harga reserve 70k agak tinggi, beliau masuk membida, dan disahkan single bidder. Kegembiraan hanya untuk jangka waktu satu jam, bila pelelong Ehsan call hafiz semula untuk memberitahu yang unit ini sebenarnya telahpun called off. Pihak Public Bank lambat update info. Aku dah call pelelong juga untuk dapatkan kepastian, dan memang mereka akui Bank lambat update info. Implikasinya di sini, kalau bank teruskan pembelian, owner lama boleh saman pihak bank. Pada aku, cari property lain. Esok kita akan teruskan siri lelongan seterusnya.

*Ada member kita dalam masalah disebabkan loannya tak lepas. Bakal hilang wang deposit 10% bersamaan 6.6k tidak termasuk kos repair dll. Harga sewa memang baik dan rumah telahpun disewakan. Kalau masuk lelong semula, tak dapat harga RP. member kita ni pun dapat RP. Bantuan diperlukan untuk mengatasi kekusutan ini. More information boleh rujuk blog Pie.

Monday, December 14, 2009

Lelongan RHB 14/12/2009

Hari ini aku dan Bri turun ke lelongan RHB di JTR untuk membida 2 unit hartanah. Auction Hall JTR penuh sesak hari ini. Hanya 27 unit sahaja hartanah untuk dilelong, itupun ada beberapa unit yang telah pun called off, tapi kehadiran pembida memang ramai. Sepatutnya bermula pukul 2.30 petang. Aku sampai pukul 2.20 petang. Aku kena bawa anak2 aku lagi untuk hari ini. Babysitter aku ada emergency. Pukul 3.15petang pun belum bermula. Aku tak tau apa yang menyebabkan kelewatan. Sambil2 itu Bri cerita, JTR suka sangat guna system loceng untuk kiraan semasa lelongan. Aku baru sedar selama ini aku tak pernah hadiri lelongan JTR sehingga selesai lelongan. Pernah sekali aku ke lelongan JTR, tapi bila unit called off, aku terus balik tanpa menunggu lelongan unit lain bermula. Kalau di lelongan Mega RHB pun, aku selalunya akan berada di bilik Ng Chan Mau atau Ehsan atau Tancorp. Jadi, hari ini kira first time aku hadiri lelongan JTR dari mula sehingga selesai. Pada aku, system yang annoying. Orang dapat reserve price pun sibuk nak kira guna loceng. Dah la membebel panjang. Hal tewas aku tak kisah. Kedua2 unit yang dimasuki, tewas. Unit Seksyen 7 Shah Alam dari reserve 108k naik kepada 140k dan unit Penara dengan 17 bidder, dari reserve 40k naik kepada 77k. Well.. ianya satu kekalahan tipis sebenarnya. Tapi pada aku, tewas tetap tewas. Minggu depan kita cuba lagi.

Untuk listing lelong terbaru, sejak Jumaat sehingga hari ini, semakin banyak listing2 menarik dengan harga yang menarik, yang memang mampu menarik ramai pembida. Seriously, memang banyak tempat menarik yang dah keluar listing. Tapi, since aku dah inform regular buyer aku, aku cuma akan update yang mana yang orang belum booking lagi. Malam2 sikit baru aku update..

Saturday, December 12, 2009

Lelongan CIMB dan Sesi Cashflow101

Seperti mana yang telah di beritahu sebelum ini, Satu Solution akan menganjurkan sessi Cashflow101 pada 19 Disember ini, dari pukul 10.30 pagi sehingga 5.30 petang. Kepada yang berminat untuk hadir, sila emailkan butiran anda kepada Tuanbri di alamat Bri@Satusolution.com. Bayaran RM45.00 dikenakan untuk setiap orang dan bayaran adalah termasuk hidangan tengahari dan percuma ebook Pie2020. Cashflow101 adalah boardgame yang beradaptasikan kehidupan harian kita dalam pusingan rat race, dan bagaimana peluang, pengaruh rakan2 dan pengurusan kewangan kita membolehkan kita keluar dari rat race, menuju financial freedom. Hanya 16 peserta maximum untuk sessi kali ini. Email tuanbri untuk book tempat anda, selewat-lewatnya Khamis 17 Disember. Terima kasih.

Lelongan hari ini, ada 2 tempat. Aku ke lelongan CIMB yang bertempat di Cititel Hotel, Midvalley. Sepatutnya ada 6 unit, tapi satu called off. Dari 5 yang di bida, hanya 2 yang di menangi. Unit Faberia Condo bersaiz 594sqft dengan RP96k naik kepada 140k. Menyamai MV. Unit yang di menangi adalah untuk DVT Condo dari RP 68k naik kepada 82k dan PD Apt pada harga reserve 48k. Di lelongan Eonbank, Hafiz yang first time turun membida untuk unit KD Gugusan Dedap, kecundang. 17 bidder untuk unit ini, harga dari 65k naik kepada 88k. Yeehhaaaww..

Ramai juga rakan2 kita yang turun di lelongan CIMB Bank tadi. Badrul (Taiko baru JV partner Wan Azmi), Megat, Asrif, Met and the gang selain agent2 geng2 aku. Sebelum balik, aku jumpa Ali the auctioneer. Ada proposal baru untuk kembangkan dunia pelaburan hartanah ini. Nampaknya Ali yang dah berkecimpung lama dalam bidang hartanah akan menapak lebih jauh dalam bidang ini. Beliau akan mula melancarkan sesuatu yang baru penghujung tahun ini. Sama ada Satu Solution will be part of it, itu akan di bincangkan kemudian. Sebenarnya, Ali pun baca blog aku dan rakan2 kita juga, jadi dia nampak satu potensi besar selain dia nak kembangkan syarikat dia ke seluruh Malaysia. Dia nak jadi satu brand name yang kuat untuk satu syarikat hartanah Bumiputra. Goodluck for him dan aku akan support.

Untuk listing bulan Disember ini semakin banyak unit2 yang menarik untuk di bida. Cuma bank yang melelong sahaja tak best, Public Bank dan RHB Islamic (Tiada komisyen untuk agent dari pihak bank). Later on aku akan cuba update listing baru.



Sejak semalam aku kena jaga 2 otromen aku untuk 3 hari sebab babysitter anak2 aku pergi bercuti. Aktiviti semalam, settlekan hal2 rumah sewa client. Rumah Cyberjaya Wida, penyewa dah keluar dan kena cari penyewa baru. Jumpa dengan Wida dan bapaknya yang membersihkan unit tersebut. Bill api dan air tertunggak sahaja dan lebih 1k++ huh.. dah terima notis kuning untuk pemotongan bil api. Deposit api+air pun baru 500.00. Mungkin tuan2 rumah kena semak bil2 berkaitan secara berkala untuk pastikan bil2 sentiasa up to date. Rumah Shah Alam Wakif pun baru disewakan semalam dan selesai penerimaan full deposit dan serah kunci, setelah sekian lama jadi tukun. Ada beberapa penambahan yang penyewa mahukan, dan so far handyman aku dah settlekan pun petang tadi. Handyman makin cekap dan pantas buat kerja, good job for’em.

Tuesday, December 8, 2009

Lelongan2 Menarik Disember Uploaded.

Kita dah tiba ke bulan Disember. Penghujung tahun. Facts and figures Satu Solution, kami dah harungi 400 unit lelongan untuk clients sepanjang tahun ini, lebih kurang 100 berjaya di menangi. Peratus kejayaan 25%. Not bad. Terima kasih atas sokongan semua. Cuma akhir2 ini kemenangan sukar di capai. Pelabur2 hartanah semakin bertambah. Pertambahan yang mengakibatkan persaingan semakin sengit. Bukan mudah nak dapatkan hartanah pada harga yang terbaik sekarang. 10-20% below market value dah cukup bagus untuk waktu sekarang. Strategi baru perlu di atur untuk mengharungi tahun 2010. Kalau boleh kita nak kekalkan momentum dan kekalkan status sebagai pelabur hartanah. Bukan setakat beli 1-2 biji sahaja seumur hidup. Kalau boleh kita beli 10 biji seorang. Atau mungkin 10 biji seorang, setahun. Maksudnya, beli setiap bulan satu unit. Sesuatu yang bukan mustahil untuk dilakukan. Sementara menunggu bonus hujung tahun atau awal tahun, sementara menunggu dividen asb masuk, bagus kalau kita dapat rancangkan strategi baru. Bagus kalau kita dapat mulakan pencarian tempat2 baru untuk di teroka. Hot area yang sedia ada semakin sukar diperolehi. Kalau dapat pada harga murah, memang kita bernasib baik, dan memang itu rezeki kita. Tapi, secara teorinya, untuk waktu sekarang, bersedia untuk berbelanja lebih kalau tempat2 hot yang kita cari dan kita idamkan.

Untuk sementara waktu, Satu Solution sedang nego dengan beberapa pihak untuk dapatkan deal yang terbaik dalam pembelian hartanah. Ada juga kami cuba dapatkan direct nego tanpa melalui lelongan. Itu yang ramai berminat kan?? Heheheheh.. Seriously, memang ramai yang berminat dengan cara ini. Cuma lokasi hartanah yang kita kena pilih, sama ada berbaloi atau tidak. Nampaknya banyak projek2 Satu Solution hanya akan bermula tahun hadapan. Tak sempat nak realisasikan dalam tahun ini. Yang bagusnya, Satu Solution semakin berkembang. Berkembang bersama rakan2 semua.

Hari Sabtu 19 Disember ini, Satu Solution bercadang nak adakan sessi boardgame Cashflow101 sekali lagi. Kita nak buat dari pagi, kemudian rehat makan tengahari, kemudian sambung main lagi sampai petang. Untuk sessi kali ini, kami akan kenakan bayaran, harga promosi dan termasuk makan tengahari (buffet). Satu sessi kami bercadang untuk buat 4 meja, dengan 4 pemain + 1 banker dari pihak Satu Solution yang bertindak sebagai mentor. Jadi, jumlah tempat adalah untuk 16 pemain sahaja, maximum. Berminat? More information will be updated next week.

Untuk lelongan bulan Disember, aku dah update di ruangan lelongan menarik. Kalau berminat, email aku atau Tuanbri.

*Bulan Julai 2010 aku nak ke Bandung beramai-ramai dengan keluarga aku, tapi the unexpected berlaku. Mungkin aku pergi, mungkin aku tak dapat pergi, mungkin aku pergi tapi wife aku tinggal. Persoalan hanya akan terjawab dalam 1-2 minggu lagi, baru boleh buat perkiraan. Tapi berita ini, suatu berita gembira. Cuba teka berita apakah??

Saturday, December 5, 2009

Lelongan Resolution Alliance 5/12/2009

Seminggu lebih aku demam. Malas betul nak update blog. Pun begitu.. kerja tetap macam biasa. Bulan November yang lepas memang banyak client Satu Solution dan rakan2 kita masuk lelong. Lebih kurang 40 unit yang kita masuk, cuma 6 sahaja yang kita menang untuk bulan November. Teruk juga statistik semenjak dua menjak ni. Banyak tempat2 yang dahulu kita boleh dapat murah2, sekarang tidak lagi..

Hari ini, aku dan Pie ke Hotel Equatorial. Tak ramai pun kehadiran pembida2 pada hari ini. Ada 3 unit yang client SS masuk. Kami menang 2. DVT Condo menang pada harga reserve 69k dan BF Service Apt menang pada harga 125k dari harga reserve 90k. VL Apt dari harga reserve 64.9k naik kepada 76k, tewas. Permulaan yang baik untuk bulan ini, minggu2 yang mendatang juga, kami akan tetap masuk lelong. Tapi nak dapatkan kemenangan pada harga yang terbaik memang sukar.

Di lelongan tadi, berjumpa dengan rakan lama, Asraf Ali (Dulu aku panggil dia Asraf Sigmoid atau Edika Ali.. Hahahahah). Rupanya dia pun dah start beli rumah lelong untuk investment. Bagus Asrap. Cuma nasib hari ini kau kalah dengan client aku.. Heheheh

Minggu lepas aku ke lelongan CIMB di KLCC Convention Centre. Anjuran The Star. Acara lelongan adalah acara sampingan di samping booth2 penjualan rumah, booth bank dan agensi2 hartanah. Aktiviti lain, ada talk daripada nama2 terkenal seperti Azizi Ali. Sebelum lelongan bermula pada pukul 12.00 tengahari, aku sempat dengar talk Azizi Ali. 15 minit terakhir sebelum talk tamat. Apa yang aku sempat dengar, tentang strategi dalam membina kekayaan dan mempertahankannya. Katanya, untuk kaya kita perlu fokus, dan untuk kekal kaya, kita perlu diversify. Fokus bermaksud, kalau kita dalam bidang hartanah, kekal fokus membina kekayaan dalam bidang hartanah. Jangan campur adukkan dengan bidang amanah saham, MLm dan sebagainya. Hanya bila kita sudah berjaya, barulah kita diversify untuk strategi mengekalkan kekayaan. Buat masa sekarang, itu yang aku cuba buat. Kekal fokus dalam bidang hartanah. Di lelongan CIMB tersebut, aku masuk unit Kota Damansara. Dari harga reserve 54k naik kepada 72k, tewas. Hehhehh..

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com