Sunday, July 21, 2019

Lelongan CIMB oleh Property Auction House 20 Julai 2019 dan Masa Depan Bidaan Lelongan Hartanah.


Lelongan  CIMB masa kini, bukan lagi Lelongan Mega melibatkan beberapa pelelong dan di adakan di hotel. Sejak tahun lepas lagi, siri lelongan CIMB telah di buat di pejabat pelelong sahaja, secara rotation di antara Ng Chan Mau dan Property Auction House. Dari masa ke semasa, sentiasa terdapat penambahbaikan dan pertukaran polisi. Hari ini juga tidak terkecuali.

Untuk hari ini, lelongan CIMB di adakan di Property Auction House, melibatkan 117 unit hartanah, di mana 28 unit telah pun called-off awal. 117 unit boleh dikatakan banyak. Masalah bila banyak unit dilelong, dan melibatkan banyak pembida, adalah semasa pendaftaran. Masa lelongan yang ditetapkan tidak dapat di penuhi, situasi kelam kabut bila pertama kali polisi baru diperkenalkan, dan mungkin luahan2 hati sebilangan orang yang tidak menyetujui perubahan cara lelongan.

Property Auction House antara peneraju pelelong hartanah dan antara pelelong yang banyak melakukan perubahan untuk kemudahan mereka dan kemudahan pembida. Untuk lelongan kali ini, sistem online bidding di wajibkan ke atas semua pembida, dan tiada lagi angkatan paddle2 bidaan di lakukan. Trial kali ini, agak memakan masa, sesi pendaftaran yang patut selesai sebelum 10.30 pagi, hanya selesai pada jam 11.15 pagi. Lelongan hanya bermula jam 11.30 pagi dan selesai lebih kurang jam 1.30 petang. Ianya memakan masa kerana pembida di berikan masa 40 saat untuk menyambut bidaan seterusnya sebelum kiraan 1, 2 dan 3 mengesahkan kemenangan pembida. 

Apa yang di buat oleh pihak pelelong, ada kebaikannya cuma mereka perlu mantapkan masa pendaftaran, supaya tidak terlalu lama. Di masa akan datang, mereka akan melaksanakan sistem tiada bank draft, di mana pembida hanya perlu pindahkan wang deposit ke akaun mereka, dan jika tewas, wang di pindahkan semula ke akaun pembida. Tiada lagi pembayaran baki beza harga kemenangan, bila kesemua baki harga belian di catatkan pada kontrak lelongan, seperti sistem bidaan hartanah mahkamah. Pembida juga tidak perlu hadir di tempat lelongan, dan boleh melakukan bidaan di mana sahaja. Pembida berjaya boleh bayar duti stem di pejabat pelelong semasa collect kontrak lelongan kemudian. Dan yang terakhir, pembida di kenakan caj sekiranya mahu menggunakan bank draft untuk pendaftaran bidaan. Well, their house, their rules. No comment. 

Nampak seperti sistem yang tidak memerlukan sokongan ejen2 hartanah lelong, tapi pada pendapat saya, ejen2 lelong masih diperlukan untuk tujuan pemasaran, pendidikan dan penyelesaian pasca lelongan untuk para pembida yang berjaya. Hartanah lelong bukan sesuai di DIY kan untuk semua orang, seperti mana hartanah undercons atau subsale. Maka, penambahbaikan dan perubahan polisi ini harus di lihat sebagai kemudahan untuk kelancaran sistem dan mengelakkan tipuan bida. Ke arah sistem yang kebih telus.Think positive. 

Saya tidak memperoleh kemenangan untuk lelongan kali ini, jadi tiada ulasan kemenangan untuk hari ini..

Saturday, July 13, 2019

Tunggakan Bil Hartanah Lelong dan Kaitan Dengan Akta Had Masa


Pemain hartanah lelong sedia maklum yang tunggakan bil datang dalam pakej wajib ada dalam pembelian hartanah lelong. Tunggakan2 ini perlu kita ambil kira karena ia mungkin menjadi kos hangus atau mungkin menjadi kos sementara, yang boleh di tuntut semula. Artikel ini memperincikan permasalahan tunggakan bil.

Pertama yang kita perlu redha ajo lah, zaman sekarang bukan lagi zaman mengharapkan bank bayarkan terus bil2 tertunggak ini. Zaman dah berubah, kita bayar dulu, dan kalau boleh tuntut, kita tuntut dalam jangka waktu yang bank tetapkan.

Dalam pengisytiharan jualan atau proclamation of sales (POS) yang di keluarkan oleh pelelong hartanah, kita perlu semak tunggakan apa yang di tanggung oleh pihak bank dan tunggakan apa yang tidak di tanggung. Secara umumnya, pihak bank tidak menanggung tunggakan bil elektrik, bil air dan caj pembentungan (Indah Water). Itu pasti.

Bil elektrik, di kebanyakan kawasan, kita hanya perlu buat permohonan baru atas nama pemilik baru, menggunakan kontrak lelongan. Kosnya adalah bayaran deposit mengikut jenis rumah.

Bil air meter pukal bagi rumah flat/pangsapuri/kondo, bayaran bilnya dibuat pada pihak badan pengurusan. Untuk kes ini, pihak bank tidak menanggung tunggakan bil air. Kita selesaikan sendiri. Untuk kes meter individu, kita perlu buat permohonan baru kepada syabas (hartanah di Lembah Klang) setelah baki pembelian di selesaikan. Kos permohonan baru ini, bayaran deposit mengikut jenis rumah.

Tunggakan caj pembetungan atau IWK tidak perlu diselesaikan oleh pemilik baru. Pemilik baru hanya perlu buat permohonan tukar nama di pejabat IWK atau emailkan butiran kepada IWK. Tiada kos yang terlibat.

Sekarang kita masuk bab tunggakan cukai tanah/taksiran. Kebanyakan bank menanggung tunggakan cukai tanah/taksiran. Pun begitu, cukai tanah/taksiran bukan lah kos yang terlalu besar yang kita perlu risaukan. Kerana, jumlah cukai nya tidaklah terlalu besar. Contoh cukai taksiran unit pangsapuri di subang sekitar rm200 setahun, dan cukai tanah sekitar rm15 setahun. Kalau, 10 tahun tertunggak, masih dalam harga rm3k ke bawah. 10 tahun. Kalau nasib baik, boleh minta budi bicara pihak majlis bagi diskaun. Mungkin dari segi late fee atau apa2 yang mereka boleh tolong untuk kurangkan jumlahnya.

Tunggakan tertinggi adalah tunggakan bayaran penyelenggaraan. Kalau kita ambil contoh rumah flat dengan bayaran rm50 sebulan pun, setahun dah rm600, 10 tahun dah rm6000. Jenis pangsapuri lama, selalunya sekitar rm130 sebulan, setahun lebih kurang rm1,500 dan 10 tahun tak bayar dah rm15,000. Tapi, apapun, kita akan dapat tahu jumlahnya bila kita buat semakan dengan pihak jmb. Cuma beberapa tahun kebelakangan ini, telah mula kelihatan bank meletakkan syarat 6 tahun terkini sahaja untuk tuntutan tunggakan bil. Beberapa buah bank memang meletakkan syarat ini, di dalam POS, manakala beberapa bank lain, hanya mencatatkan mereka menanggung tunggakan, dan terdapat 2 senario sama ada semua tunggakan tersebut di tanggung sepenuhnya, atau di tanggung sehingga 6 tahun terkini sahaja. Kenapa 6 tahun? Menurut peguam saya, 6 tahun adalah berdasarkan akta had masa, bila mana hutang yang tidak dituntut dan tidak dibayar melebihi 6 tahun, di kira telah luput hak untuk menuntutnya, dan dikira lupus. Masalahnya.. pihak badan pengurusan tak ambil kira pun akta had masa. Hutang lapuk tak lapuk, tetap kena bayar.

Kesimpulannya, kesemua tunggakan cukai tanah, cukai taksiran, tunggakan bil penyelenggaraan perlu di bayar dahulu, oleh kita, buat tuntutan semula melalui peguam, dalam jangka waktu yang pihak bank tetapkan, sekiranya boleh dituntut semula. Baca syarat2  jualan dengan teliti, kalau tak faham minta peguam terangkan. Banyak berlaku, pembeli tidak mengetahui syarat2 yang bank tetapkan, dan akhirnya tuntutan tidak di layan. Jangan jadikan diri anda sebahagian dari statistik atau sebagai bahan contoh teladan orang lain.

Itu lah antara risiko permainan hartanah lelong. Kos2 yang tak dijangka. Jangan jadikan pengajaran ini sebagai yuran pelajaran anda. Membazir. Semoga kita dapat belajar sesuatu hari ini. Berjumpa kita di lain waktu.

Salam dari Bangsa Lelong!!

Friday, September 28, 2018

Salam comeback untuk semua

Salam come back dari aku kepada kawan kawan dunia hartanah. 3 tahun tak update blog, 2 tahun tak turun lelong adalah  manifestasi kekecewaan aku terhadap dunia hartanah lelong yang progress tidak lagi menjadi lubuk hartanah murah bermargin tinggi untuk flipper dan lubuk cashflow positive untuk segmen rumah sewa. Zaman sekarang, rata2 nya on paper market value tinggi tapi nak jual kena way below market price dan +ve cashflow untuk rumah sewa adalah rare item. Dapat breakeven dengan monthly repayment pun dah cukup bagus dan kalau rumah landed selalunya permainan bleeding your pocket. Permainan berdarah bro.. Berdarah...



Jadi.. Apa yang aku buat selama ini? Aku masih ambik tau dunia hartanah, dan meneruskan prinsip buat benda yang aku suka. Sekali sekala regular client request nak masuk lelong, aku pass pada kawan2 baik untuk handle. Nak di jadikan pembuka hijab (dah terbuka hijab nak buat come back), mat wadi inform adik dia nak masuk lelong. Macam biasa aku dapatkan info, pos dan advice hal berkaitan dan aku dah setkan dalam minda untuk partner aku untuk tolong faiz masa lelongan. Lelongan pejabat tanah, khamis 27 sept pukul 10.30 pagi. Communication before was ok, tapi rabu 26 sept tiada apa2 communication antara aku dan bidder membuatkan aku terlupa langsung yang 27 sept adalah hari lelongan dan aku tak buat comfirmation dengan partner aku untuk datang ke pejabat tanah. Pukul 5 pagi 27 sept baru aku sedar dan teringat. 7 pagi aku confirm dengan bidder, dan dia memang confirm datang. Ahhh... Macam biasa.. Last minute memang makanan aku. Pukul 8 jumpa partner jap, terus gerak ke pejabat tanah. Jumpa bidder dan naik ke tempat lelongan pukul 9 pagi. Nampaknya hari ini aku turun semula ke tempat lelong. 

Lelongan pejabat tanah, per normal arrangement, sebelum 9.30 pagi kena letak bank draft, 10.30 pagi start bidding. Tapi lain cerita pulak di sini. Pukul 10 baru ketibaan geng2 pelelong, registration process dan bidding at 10.30. Jumpa kawan2 lelong lama, agent ten dan auctioneer ah tong. Masih kenal lagi dengan aku. Aura lelongan dan the excitement runs into my veins. Keterujaan setelah lama tak turun lelong. Rumah teres low cost 4 bidder, 198k naik kepada 234k dengan lelongan terdahulu hanya pada harga 220k. Kalah. Hahahahahahaha... Macam tak biasa kan... Dulu masa 220k takde sapa nak masuk dan bila harga dah jatuh bawah 200k masa tu lah ramai nak masuk. Its a good come back though. Dan semangat lelong kembali mencanak naik. Minggu depan mungkin turun lelong lagi, insyaallah.

Selain dari lelong, aku buat comeback jadi macha repair rumah lelong. Something yang aku buat lebih 10 tahun dahulu dengan pie dan  bri. Now i'm doing it again. Tapi tidak lah lagi nak buat kerja kasar sendiri macam dulu. Umur dah 40, badan dah malas nak buat kerja kasar. Aku act as project manager je lah. Jadi, aku kembali nak buat benda yang aku suka dengan mindset tak boleh guna harga2 5 ke 10 tahun dahulu. Zaman dah berubah, aku kena adapt yang permainan lelong juga berubah. 

Look forward to see a lot of my old friends back dalam permainan lelong. See u guys. 

Monday, November 9, 2015

Bandung Retreat 2015

30 Okt - 2 Nov yang lepas, 10 ahli The Real Underground Investors berlepas ke Bandung untuk merehatkan diri. Retreat yang pertama kali di adakan ini, berlangsung sukses. Bisa dijadikan acara tahunan. 8 ahli berlepas dengan flight Air Asia pukul 6.40 pagi, tiba di Bandara Bandung pukul 8.05 pagi waktu tempatan. Dengan 2 teksi, kami hantar bagasi ke villa yang di tempah, dan kemudian berjalan kaki menuruni bukit sejauh 300m untuk makan di Rumah Makan Sederhana, yang terletak di sebelah Rumah Mode. Masakan Minang yang lazat, membuatkan kesemua lauk yang dihantar habis di makan kami berlapan. Air pulak taknak kalah, Alpukat, Soda Gembira dan Soursop je. 730k Rupiah terbang. Aku rasakan harganya sudah meningkat, berbanding 4 tahun dahulu kali terakhir aku ke Bandung. Sementara menunggu 2 ahli lagi, yang akan sampai lebih kurang pukul 2 waktu tempatan, kerana menaiki flight Malindo Air, kami jalan2 di Rumah Mode dan kemudian menaiki angkutan kota untuk ke Cihampelas Walk. Jalan2 dahulu, tengok apa yang nak di beli. Hafiz begitu teruja dengan diskaun hebat 5k rupiah yang diperolehi ketika membeli sehelai baju, lantas diwar war kan kepada semua kawan2. Power la abang apis dapat diskaun 5k rupiah. Semasa membeli sim kad, kami diserbu peniaga jalanan, yang tak putus asa mahu melakukan barang jualan mereka. Aku, memang tak beli apa2 la... Saban tahun ke Indonesia, dah banyak sangat souvenir Indonesia yang dikumpulkan. Untuk aku, wisata kuliner aja deh. Menghampiri pukul 2, kami bergerak balik ke Villa.




Daily homes villa, 5 bilik tidur, ruang tamu, ruang makan, dapur, private pool, sesuai untuk penginapan 10 orang. Dengan rate satu malam 2.8 juta rupiah, bolehlah dikatakan berbaloi. Kami check in, pilih bilik dan roomate masing2, berehat sebentar sementara menunggu ketibaan 2 lagi ahli. Sempat mandi pool. Izwan dan Wan Azmi sampai dengan selamat dan kami merancang aktiviti seterusnya. Untuk hari pertama ini, kami tidak menggunakan khidmat supir. Kami mahu gunakan teksi atau angkutan kota sahaja. Pukul 4.30 petang, kami mahu bergerak ke Kg Daun. Plan asalnya nak naik teksi. Tak jauh pun villa dengan Kg Daun, sekitar 8km. Tapi angkutan kota yang berhenti dan mahu hantarkan kami, dengan caj 10k rupiah seorang. Kira ok la 100k rupiah satu hala menaiki angkutan kota.  Di pintu masuk Kg Daun, ada orang jual strawberry dan blueberry, 100k rupiah satu paket. Tawar punya tawar, aku dapat 100k rupiah 3 paket. Lepak2 jalan2 dalam Kg Daun, akhirnya makan di Saung. 10 orang punya makan, 1.1 juta rupiah. Sedap, habis, walaupun tak licin, so... Berbaloi jugalah. Ambil paket hemat ikan gurame goreng 1, ikan gurame bakar 2. Kg Daun, tak boleh visit tiap2 hari. Rabak poket. Walaupun sedap, mahal harganya. scenerynya cantik, tapi kalau datang dengan kawan2lelaki, takdenya nak menghayati keindahan alam. Selesai makan, kami pun bergerak balik ke villa. Singgah sebentar ke Papaya Supermarket untuk membeli stok makanan. Kami tidur awal malam ini. Sebabnya, semasa di KL, pukul 10 malam aku dah ambil Hafiz dan Braim. Lepak di mamak sampai pukul 1 pagi. Tidur sekejap di homestay aku. Pukul 3.30 pagi Samsul dan Malau datang ambil kami untuk ke Klia2. Tidur yang pendek di KL, excited dengan Bandung Trip ini, dan akhirnya badan pun dah penat. Tidur.... Aku dapat tidur 2 jam je .. Lepas tu Malau gerak aku. Dia ajak lepak di Paskal FoodCourt pulak. Ok la... Ingatkan nak tidur sampai pagi. Di Paskal Foodcourt, makan satey sapi, roti bakar manis, minum air kopi. Di Paskal Foodcourt, harga makanan juga tidaklah begitu murah. Harga roti bakar lebih kurang RM10.00. Satey 10 cucuk lebih kurang RM7.50,.. harga lebih kurang KL dah. Selesai lepak di Paskal, baru lah betul2 balik Villa untuk tidur.



Hari kedua, breakfast nasi goreng dan mee goreng disediakan. Di samping roti. Kita merancang untuk ke Tangkuban Perahu. Jadi, kena gerak awal. Jalan di Indonesia ini, kalau ikutkan jaraknya, tak jauh. Macam... dari villa ke Tangkuban Perahu. Cuma sekitar 15km je. Tapi disebabkan jalan yang sempit, Jalan bukit, dan berbelok belok, ianya jadi lama. Sampai di kaki pintu masuk tangkuban perahu, baru kami tahu, rate per person utk masuk ke Tangkuban Perahu 300k rupiah seorang. Berbanding harga sebelum tahun ini, 50k rupiah sahaja. Ianya lebih kurang rm100 seorang. Mahal. Terus tak jadi masuk.Itu belum caj kalau nak pakai tour guide untuk turun ke Kawah Domas. Seterusnya kami ke tempat pemprosesan kopi luwak. On the way, ambil gambar di ladang teh. Baru ambil gambar, kena caj 3k rupiah seorang. Dari kopi luwak, ke Floating Market. Tarikan pelancong yang agak baru. Boleh la... Nak makan ringan2 di sini. Kemudian, nak ke Dusun Bambu. Rupanya kena beratur panjang gila. Terus tak jadi, akhirnya ke Jalan Dago aje. Jalan2 sekitar factory outlet dan Kartika Sari Jalan Dago. Ada yang makan dulu di Jalan Dago ada yang nak makan nasi padang. On the way balik, aku turun di Cihampelas untuk makan nasi padang. Malamnya, kami jalan2 pusing sekitar Bandung.



Hari ketiga. Breakfast nasi putih, ayam goreng dan sayur campur. Di sebabkan ada seorang ahli yang kena balik awal hari ni, kami tak jalan jauh2. Kami ke Pasar Baru, membeli ole2 untuk isteri dan anak2 di rumah, jalan2 di Jalan Cibaduyut, singgah lagi ke Rumah Mode dan balik berehat di Villa. Malam, kami makan di Ayam Goreng Suharti. Ayamnya rangup, tempe goreng dan sambalnya sedap. Licin jugak. Dah lepak di Ayam Goreng Suharti, lepak lagi di Paskal Foodcourt lagi. Esoknya sudah mahu pulang ke KL.



Hari terakhir, breakfast nasi kuning dengan lauk sambal telur. Selesai breakfast, packing dan check out. Hanya lepak di Jalan Cihampelas, makan kambing bakar no 2 terlezat katanya. Menyelesaikan pembelian ole2 brownies bakar, brownies kukus, bagelan dan kerepek2. Pukul 2 bergerak ke Bandara Bandung dan 4.25 petang menaiki flight pulang ke KL.


Kesimpulan trip kali ini, dengan duduk serumah, sebilik, makan semeja, mandi sekolam, kita lebih kenal dengan rakan2 kita. Lebih akrab dan lebih memahami. Diharapkan the real underground investors terus maju bersama2. Kita jayakan lagi next Retreat tahun hadapan.


Tuesday, June 2, 2015

Cerita Tentang Projek Tanah

Hampir setahun aku tak update blog, memang aku dah jadi low profile sekarang. Turun lelong pun dah jarang2. Adalah juga menang untuk kawan2, tapi tak banyak dah. Total dari Januari sampai awal bulan Jun ni, tak sampai 10 kot menang untuk kawan2. Semalam aku turun Seremban High Court bid untuk brader Joe pun, tewas, untuk satu unit landed pada harga reserve 37k, tewas pada harga 49k. Jadi, apa yang selalu aku buat sekarang?


Bermula dari tahun lepas, aku ada minat baru. Minat untuk membeli tanah. Tanah lelong, tanah subsale, semua boleh. Tapi kebanyakan deal yang aku pergi tengok, adalah tanah lelong. Bulan September tahun lepas, aku start survey tanah. Bermula dengan tanah di Langkawi. Site visit bersama Braim dan Malau, sambil trip bujang ke Langkawi. First flight ke Langkawi, sampai dan terus ke Pejabat Tanah untuk semak lokasi hartanah. Disebabkan lokasi yang tidak menarik, aku tak jadi bida tanah tersebut. Sepatutnya Hafiz Kamaruddin turut serta dalam trip bujang ke Langkawi tersebut, tapi dia tak dapat ikut. Sekembalinya dari Langkawi, team members berempat ini menubuhkan pakatan sulit untuk membincangkan benda2 tak berfaedah. Cita cita memiliki tanah masih diteruskan dari masa ke semasa. Tanah Batu 14, tanah Langkawi, tanah Puchong, pelbagai lokasi di cari, tapi masih belum berkenan. Atas kapasiti ingin memiliki tanah secara individu, terdapat kekangan dari segi modal dan saiz tanah. 

Dalam masa yang sama juga, aktiviti bersama rakan2 pelabur lain seperti Brader Joe, Nasir Kia, Samsul Brunsfield, Hanan, Cengkok diteruskan, cuma, kalau aku jumpa satu, dia akan tanya hal rakan2 lain. Atas idea group berempat tadi, di kembangkan menjadi group baru yang lebih ramai. Maka semakin banyaklah cerita cerita tak berfaedah di bincangkan. Dari masa ke semasa, group kongsi gelap ini ditambah pemain2 baru agar lebih banyak idea2 baru muncul. Maka dari idea mendapatkan tanah secara individu, di tukar kepada memiliki tanah secara beramai ramai. 


28 Feb 2015 mesyuarat pertama ahli2 kongsi gelap The Real Underground Investors, membincangkan hala tuju kumpulan, dan kesepakatan dicapai untuk mencari projek berskala kecil untuk kumpulan. Projek pertama, yang di fikirkan sesuai, adalah membeli satu lot tanah kediaman, di bina satu unit banglo dan di jual. Lokasi tanah yang ingin di beli, sememangnya sesuai dari satu hal, tetapi lebih banyak ketidaksesuaian di lihat, maka, projek tersebut, tidak di teruskan. 


Seterusnya hujung April dan awal bulan May, ada 2 lot tanah yang kita berminat untuk membida. Tanah yang pertama, satu lot tanah berkeluasa 2 ekar, terletak di tepi highway. Berdasarkan semakan yang di buat, tanah tersebut terlibat dengan pengambilan tanah untuk pelebaran highway, maka jumlah yang tinggal, agak memberikan kesan. Tak jadi masuk membida. Pun begitu, ada orang lain yang membida tanah tersebut, dengan lebih 10 bidder, dari harga 640k, naik lebih 1 juta. Tanah yang kedua pula, Satu lot tanah yang memiliki beberapa buah kediaman yang diduduki, dan mempunyai kaveat. Atas dasar tidak mahu terlibat dengan permasalahan mendatang, kami tidak masuk membida juga. Tanah ini juga, mempunyai beberapa pembida dengan harga reserve 650k, naik kepada 800k++. 

Ada satu lot tanah yang di lelong pada 12 May, terletak di Pasir Panjang, Port Dickson yang turut menarik perhatian aku. Pada harga RM299,700 dengan keluasan 17 ekar, atau RM1.00 satu kaki persegi. Untuk kes tanah ini, baru aku belajar membuat semakan yang lebih penting. Lokasi tanah telah dikenal pasti. Terletak di kawasan kampung, berdekatan sekolah , Kolej dan pelbagai kemudahan lain. Aku sangkakan, asal status pertanian, dan di kelilingi kawasan rumah kampung, maka bolehlah kalau kita nak beli, dan kemudian tukarkan syarat kepada kediaman. Rupanya ada satu faktor lain yang perlu di semak. 11 May, aku buat site survey sekali lagi, dan lokasi tanah disahkan, terletak dalam kawasan Kolej Uniti. Zoning tanah di sahkan Zon Pendidikan. Atas faktor Zon Pendidikan ini, group members terpaksa tt semula untuk membincangkan pro dan kontra Zon Pendidikan ini. Walaupun bank draft dah buat, kami sebulat suara, tak jadi masuk membida juga. Keesokannya, ada 4 pembida untuk tanah ini, dan terlelong pada harga 915k.


Dari masa kesemasa, kita meneruskan aktiviti survey tanah, mencari deal2 baru. Banyak projek terpaksa di KIV kan dulu untuk memberi ruang tanah lelong. 2 Jun, ada satu tanah pertanian dengan Zon Kediaman di Dengkil. Dengan 2 kali site visit, semakan di pejabat tanah, semakan di Majlis Perbandaran Sepang, beberapa kali perbincangan termasuk 2 malam sebelumnya, kami meneruskan niat untuk membida. Inilah baru kali pertama, kami akan masuk membida atas semangat berpasukan. Walaupun lelongtips mencatatkan hit yang tinggi untuk tanah ini, aku tak gentar. 


Di hari lelongan, aku datang awal. Semalamnya, pelelong bagitahu, hartanah masih aktif. 9.30 pagi register. Aku sorang je yang register. Tapi kemenangan belum boleh disahkan lagi. Pihak lawyer tak sampai sampai lagi. Pukul 10 lebih, baru lawyer sampai, dan lelongan di teruskan. Akhirnya, atas semangat berpasukan, kami berjaya membida sebidang tanah. Atas semangat berpasukan, kami akan meneruskan projek ini, untuk menuai hasilnya. Tahniah kepada semua ahli The Real Underground Investors. Kejayaan pertama untuk kita!!