Sunday, October 20, 2019

Perak Larang Kempen BMF Di Kawasan Masjid


@ Kerajaan Negeri Perak melarang sebarang penganjuran kempen Beli Barangan Buatan Muslim Dahulu (BMF) di dalam kawasan masjid selepas perkara itu dimuktamadkan pada Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

@ Exco Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Perak, Asmuni Awi berkata, keutamaan diberikan kepada promosi kempen Beli Barangan Halal Dahulu seperti yang sedang dilaksanakan kerajaan.



@ Asmuni berkata demikian sebagai mengulas mengenai pelancaran Buy Muslim First Peringkat Masjid Negeri Perak di Masjid An-Nur Batu 8, Hulu Kinta.

@ Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) diarahkan memanggil ahli jawatankuasa Masjid An-Nur Batu 8, Hulu Kinta untuk memberikan penjelasan kerana membenarkan pelancaran program berkenaan diteruskan.

@ Kerajaan negeri Perak kesal dengan penglibatan Jabatan Mufti Negeri Perak terhadap kempen tersebut.



@ Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim yang dijadualkan merasmikan pelancaran program itu semalam akan dipanggil pada Isnin depan untuk memberikan penjelasan.

@ Asmuni berkata, penganjuran kempen itu bukan sahaja tidak memberi sebarang keuntungan kepada masyarakat Muslim malah dilihat rasis dan bersifat politik.

@ Asmuni Awi adalah Exco Kerajaan Negeri Perak yang memegang portfolio Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Kerajaan Negeri Perak, selaku Pengerusi.



@ Kempen BMF negeri Perak dianjurkan oleh NGO Gerakan Pembela Ummah (Ummah) yang aktif mempromosi dan menganjurkan kempen dan karnival BMF di seluruh negara dengan kerjasama dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

@ Tiada salahnya kempen Ummah terhadap BMF, kerana BMF adalah kempen untuk mengenengahkan produk muslim, yang halal, supaya dapat bersaing dengan produk halal lain yang gah di pasaran. BMF adalah viral marketing yang membantu peniaga muslim mengembangkan perniagaan mereka.

@ Kenapa perlu di halang kempen yang memberi manfaat kepada majoriti peniaga muslim mendapat kan pelanggan dari kalangan muslim? Kita tidak berkempen kepada non-muslim pun. Kita berkempen untuk memberitahu pengguna muslim, bahawa terdapat banyak pilihan barangan keluaran muslim di pasaran.



@ Dengan kempen2 aktif yang dijalankan secara fizikal di seluruh negara, dan secara aktif di media sosial, capaian yang tinggi dapat menerobos pasaran pengguna muslim. Manfaat besar kepada usahawan muslim. Mereka di bantu oleh kempen secara besar-besaran oleh rakyat Malaysia.

@ Muslim, bukan tanda milik orang Melayu. Ianya bermaksud Penganut Agama Islam. Muslim bukan hanya di kalangan Melayu, tetapi Cina, India dan ramai lagi bangsa lain pun ada yang muslim. Jadi, bahagian mana yang rasis nya kempen BMF ini? Semestinya ramai peniaga BMF ini terdiri dari orang Melayu, kerana orang Melayu adalah penduduk majoriti di Malaysia. Kalau kempen BMF di jalankan di negara China, majoriti peniaganya tentulah orang Cina.

@ Sokonglah BMF untuk melihat lebih ramai usahawan muslim berjaya. Tanpa mengira ideologi politik atau bangsa mereka, kita perlukan produk buatan muslim untuk kita, dan kita perlukan lebih ramai usahawan muslim berjaya.

Latest
Next Post

0 comments: