Monday, February 22, 2010

Lelongan Hari Sabtu lepas..

Satu minggu sebelum raya cina dan selepas raya cina memang tak banyak lelongan. Baru semalam aku turun lelong. Ada client nak masuk. 3 unit sahaja yang kita masuk semalam. Itupun tewas kesemuanya. Cendana, dari RP 65k naik kepada 84k, Permai Ria 87k naik kepada 124k dan Condo di Setiawangsa dari 200k naik kepada 214k. Lelongan2 Pelelong Ehsan lebih mencabar kerana hartanah yang di lelong lebih menarik. Bila tiba part pelelong Ng Chan Mau, kebanyakan pembida menang pada harga reserve sahaja. Lebih kurang pukul 12 tengahari lelongan selesai, kami ke Restoran Kg Pandan lepak2. Ramai juga yang turun auction, sama ada untuk membida atau untuk memeriahkan suasana. Izwan yang dah lama tak turun auction, saja2 turun auction nak tengok suasana lelongan sekarang. Kimi yang belum berpeluang menang, akan terus mencuba. Sanggup turun dari Manjung, Perak setiap kali lelongan untuk membida sendiri. Tak kisah katanya untuk turun setiap kali lelongan, dia seronok macam tu. Kos apadahal.. lagi pun dia kerja sendiri. Razo yang baru nak berjinak2 menceburi bidang hartanah lelongan, nampak gaya akan bermula tak lama lagi. Sedang lepak di Restoran Kg Pandan, Ali Ehsan pula datang menghangatkan lagi topik perbualan. Sedar2 dah hampir pukul 4 petang TT di Restoran Kg Pandan.

Bri ajak aku ke Keramat, survey rumah. Ada satu unit landed untuk di lelong minggu depan. Kena pergi ke unit berkenaan untuk dapatkan kepastian, penghuni di sana. Untuk kurangkan masalah, sedapat2nya kita kena bersemuka dengan penghuni. Tenant atau owner yang duduk, semua itu bakal mencorakkan bagaimana kita akan hadapi proses seterusnya sekiranya kita menang unit tersebut, atau sebagai permulaan, sama ada kita mahu teruskan niat membida atau tarik diri. Untuk unit ini, sesampai kami di sana, tengah panas terik, ada seorang anak muda keluar setelah kami memberi salam. Kami tanyakan betul ke unit ni akan dilelong. Dia kata tunggu sebentar ya. Kemudian seorang makcik keluar. Makcik ni faham yang rumah nya akan dilelong. Dia owner rumah tersebut. Rumah sebenarnya telah habis bayar tetapi di cagar untuk tujuan perniagaan. Dipendekkan cerita, rumah akan dilelong, pihak bank menjual pegangannya kepada pihak lain untuk tujuan dilelong. (Banyak company seperti ini, seperti contoh Resolution Alliance, Gale Force, Sinesinga dll..).Worse case scenario, Makcik tersebut akan masuk lelong semula, iaitu sekiranya beliau tidak dapat menyelesaikan tunggakan terlibat atau tidak dapat meminta pihak bank withdraw kes dari lelong. Jika begitu keputusan makcik tersebut, sebaik2nya kami tidak akan masuk lelong berlawan dengan makcik tersebut. Rumah investment atau rumah sendiri yang kena lelong lain situasinya. Kalau rumah tenant yang duduk, pada aku itu rumah investment. Lebih baik pada aku, membeli rumah lelong yang, sama ada kosong, atau penyewa yang duduk. Itu lebih mudah, berbanding owner yang duduk. Pengalaman aku sendiri beli rumah lelong, rumah yang di tinggalkan kosong dan rumah yang penyewa tinggal sahaja aku beli. Kalau kau tanya Tuanbri, 3 unit rumah lelong yang dia beli, kesemuanya owner yang duduk sendiri. Jadi, kalau nak belajar macam mana nak keluarkan owner, kena belajar dengan Tuanbri, hahahah..

Kerja2 macam biasa, cari penyewa untuk beberapa buah unit yang masih belum dapat penyewa. Sekarang dah hampir ke Bulan Mac, untuk area Cyberjaya, sekarang adalah musim untuk rumah anda menjadi pisang panas. Setelah lebih kurang setahun lebih aku perhatikan area Cyberjaya, ada musim2 tertentu yang unit2 disana menerimakemasukan penyewa dan ada musim2 yang sejuk. Bermula akhir Februari, ramai yang mula mencari unit di sana. Semua ni bakal memeningkan kepala aku, sebab kita Cuma ada satu unit sahaja, iaitu unit Wida yang akan kosong hujung Februari ini. Dari panggilan2 yang aku terima, semua nak aku book kan untuk mereka, semua nak tengok rumah dan kalau berkenan terus nak letak deposit dan masuk terus.

Untuk minggu ini, esok lusa aku akan ke Ehsan, dan ng Chan mau untuk acara lelongan lagi.

Friday, February 12, 2010

Cerita Lelongan Minggu Ini



Dalam masa hampir setahun, setelah kemenangan terakhir yang di catatkan oleh Farid adalah pada 25 March 2009 untuk rumah Koi Tropika, akhirnya semalam, selesai juga misi Farid untuk mendapatkan hartanah ke 3 melalui lelongan. Ke 3 melalui lelongan, yang tak melalui lelongan aku tak tau.. heheh. Dalam tempoh masa dari March 2009 sehingga semalam, memang banyak siri lelongan yang Farid masuk, di wakili aku, semuanya hampa. Pelbagai tempat hot lain di masuki, tewas atau called off kesemuanya. Ya.. bukan mudah untuk dapatkan hartanah lelong sejak tahun 2009. Persaingan semakin sengit, apatah lagi dengan kehadiran bayak hartanah lelong, perkembangan network dalam bidang hartanah, kehadiran pelabur2 baru,, kemunculan blogger2 hartanah yang turut merancakkan, mewar-warkan dan menceritakan tentang pelaburan hartanah. Dan semalam, Farid turun sendiri untuk membida, dan kemenangan berpihak kepada beliau. Saingan sebenarnya sengit disebabkan terdapat 5 pembida dan salah seorang pembida adalah pengumpul apt di Bt Caves tersebut. Sebelum2 ini memang kami tewas kepada pembida ini. Hanya kerana pihak pelelong menyatakan kemungkinan terdapat kaveat bagi hartanah ini, pembida2 lain agak goyang untuk membida lebih tinggi. Dari RP 72.9k harga akhir 95k. Kalau kita bercerita tentang sejarah.. dulu2 apt di Bt Caves belakang Giant ini boleh di beli pada harga sekitar 60-70k sahaja. Itu dulu..







Aku hanya turun untuk membida satu unit sahaja. Keadaan di Tancorp, macam biasa, mengantuk disebabkan kelembapan proses lelongan yang dijalankan. Apt di Sepakat Indah, macam biasa, walaupun RP 66k, harga akhir 90k. Memang tak boleh dapat harga rendah secara teorinya. Secara praktikal, kadang2 boleh sahaja dapat harga rendah kalau dah rezeki kita. Selesai tandatangan kontrak, aku, Peruzz dan Farid gerak ke Pejabat Tanah Gombak untuk memeriksa kaveat. Agak lama kami di Pejabat Tanah kerana kami tiada no geran. Kena talipon lawyer dan pelelong untuk dapatkan maklumat. Makan tengahari dulu dan Bri join kami kemudian. Lebih kurang pukul 3 petang baru selesai urusan di Pejabat Tanah. Itupun kami tak dapat pastikan kaveat kerana status hartanah masih lagi berstatus master title. Terdapat lambakan kaveat dari pelbagai bank di atas apt itu. Kami terpaksa serahkan pada lawyer sahaja untuk urusan itu. Dari Pejabat tanah, kami gerak ke unit terbabit untuk ops buka rumah. Unit telah di pastikan kosong sebelum ini, jadi kami datang untuk buka. Tak banyak masalah. Unit walk up apt tingkat atas sekali ini adalah unit duplex, 2 tingkat. Tingkat bawahnya dapur dan ruang tamu, manakala tingkat atasnya 3 bilik tidur. Keadaan unit memuaskan. Perlu touch up sedikit sebelum boleh disewakan. Air dan elektrik masih ada.















Untuk minggu ini aku banyak settlekan hal2 rumah client. Di Lagoon Perdana, JMB dah take over management office, peraturan agak ketat sekarang. Kemasukan menggunakan access card berkuatkuasa. Tiada access card tak boleh parking dalam. Banyak kereta dah kena parking luar sekarang. Yang parking di luar pula, kalau tak parking di tempat yang betul, kena saman dengan MPSJ pula. Banyak clam2 baru di beli oleh pihak management, guna untuk clam kereta2 yang parking merata dalam kawasan LP. Maintenance fee kalau tertunggak 5-6 bulan, air pula kena clam. Penyewa ini pun, air dah kena clam waktu pagi. Dari pagi tak sempat nak mandi. Sebab itu aku kena datang LP untuk settlekan hal ini, selain buatkan access card untuk parking diorang.



Apt di Puchong yang aku dan owner buka 2 minggu lepas, sudah ada kesudahan. Kesudahan ceritanya,tenantnya call aku dan owner, sebab kami tinggalkan 2 nombor. Sebenarnya, tenant ini bekerja di Singapore dan hanya sekali sekala sahaja balik ke Puchong kerana anaknya belajar di Cheras. Pada dia, dari sewa hotel 100-200 satu malam, baik sewa condo fully furnish dengan rate 1100.00 sebulan. Dia pun tak kisah owner baru dah beli, dan akan sambung sewa untuk 2-3 tahun lagi dengan rate yang sama. Dengan owner lama pula, dia nak terus collect duit sewa sehingga loan disburse. Tiada masalah semua tu. Barang2 owner lama, dalam negotiation. Mungkin owner baru akan beli dari owner lama sahaja.




Semalam, dah selesaikan Apt Cendana Palie. Sebelum ini tenant lama menyewa di situ, dan mereka telahpun mengosongkan unit tersebut. Kami dah pasang lampu dan kipas tambahan, tukar tikar getah baru, dan siap untuk disewakan.





Minggu ini dan minggu depan memang kurang acara lelongan disebabkan Tahun Baru Cina. Minggu depan baru start masuk lelong semula.

Saturday, February 6, 2010

Lelongan Hari Ini..

Baru hari ini aku turun lelong, bertempat di Ng Chan Mau. Sepatutnya ada 2 unit yang perlu di bida oleh client aku. Fix yang nak mencuba untuk kali ke 3, pulang hampa bila unit called off. Yea.. Fix member aku dari OCBC. Fix mana lagi.. takpe.. kita cuba lagi lain kali Fix. Bird yang turun untuk membida bagi pihak Farhan (Farhan pergi main bola) datang bersama rakannya, Ikhwan yang juga Secretary JMB Gurney Heights (Uncle Dodi sila berkawan dengan Ikhwan..). Ada cerita menarik tentang management lama Gurney Heights yang Ikhwan ceritakan. Tapi itu cerita lama. Patutpun masa tu keadaan pengurusan agak teruk. Sekarang dah bertambah baik. 2 unit yang Bird patut bida, satu called off, dan satu lagi, landed house di Puchong, dari RP130k naik kepada 190k. 8 pembida untuk unit ini. Bird agak garang bertarung sehingga 184k, bagaimanapun di tewaskan oleh pembida teknik hero, bila tiba2 pembida senyap mengangkat untuk 190k. Sebenarnya unit landed di Puchong ini telah memasuki lelongan pusingan ke 4 atau 5 mungkin. Lelongan2 terdahulu.. tiada siapa yang berminat, dan kini bila harganya cukup rendah, ramai yang masuk. Lelongan unit2 lain, Penara called off dan Mentari Court 100k dimenangi harga reserve.


Selesai lelongan, lepak2 minum2, sembang2 dengan Ikhwan dan Bird sementara menunggu Bri yang baru selesai lelongan CIMB di Equatorial Hotel. Bri datang sambil menunjukkan goody bag CIMB. Confirm menang. Satu unit Brunsfield harga RP189k berjaya dimenangi Nija setelah beberapa percubaan mendapatkan hartanah di Seksyen 13 sebelum ini gagal. Tahniah.. tahniah..


Lebih kurang pukul 2 petang, aku ada appointment di office dengan client dan network aku. Member Matmin datang untuk mengetahui lebih lanjut tentang rumah lelong.. dan maklumat berkaitan. InsyaAllah tak lama lagi dia nak mula ikut jejak Matmin. Selesai dengan client, meeting dengan network aku pulak. Siapa tak kenal mamat ni. Selalu jumpa di lelongan awam. Meeting kami dah masuk fasa terakhir. Mulai sekarang Satu Solution boleh mula rekrut negotiator/consultant untuk marketkan hartanah2 lelong. Kami akan follow cara Ali untuk menarik minat orang ramai menyertai kami menjadi negotiator. Minggu depan nak kena meeting dengan satu lagi network Satu Solution untuk pengesahan collaboration project. Meeting ni penting, sebab scheme commission yang aku terima dari real estate company yang aku guna pakai sekarang ini ada beberapa kelemahan dan kebaikan. Minggu depan juga sibuk dengan urusan rumah2 client yang tertunggak.. heheh.. Selain dari aktiviti biasa.. turun auction.


Seminggu aku tak update blog, ada banyak cerita. Semalam, hari Jumaat, Kimi turun dari Perak untuk membida Penara di JTR Auctioneer. Bri yang turun lelongan bersama Kimi. Dari RP 60k ketukan hammer berpihak kepada Kimi pada harga 67k. Malangnya, semasa nak sign contract, baru pelelong memberitahu, mereka dapat arahan dari pihak bank yang unit ini telah pun called off. Ini kes kedua yang terjadi. Setelah ketukan hammer pelelong berlaku, kemenangan disahkan, tiba2 kemenangan di tarik semula. Tapi pihak bank mempunyai hak untuk menarik kembali kemenangan pembida. Kes sebelum ini yang aku pernah ceritakan, Hafiz yang telahpun sign contract, dan telah pun pulang.. tiba2 dapat call dari pelelong yang menyatakan unit sebenarnya telahpun called off. Cuma, aku terbayang.. kalaulah berlaku deal antara pembida… dan pemenangnya tiba2 tahu unit called off kemudian sedangkan compensation telahpun dibayar, macam mana cerita tu haa?? Risiko yang perlu kita ingat.


Apt Puchong aku telahpun dikosongkan pada 1 Feb yang lepas, tapi sebelum itu aku dah mula iklankan unit aku untuk disewa, dan telahpun dapat penyewa. Cuma sebelum penyewa baru masuk, diorang minta cat semula dan repair beberapa benda di apt aku. Kerja dah bermula 2 hari yang leas dan telah pun siap. Yang bagusnya, tak perlu ada gap untuk kemasukan penyewa, 1 Feb penyewa lama keluar, minggu ini penyewa baru dah masuk. Selain itu, banyak melakukan kerja di belah2 Puchong, Sunway dan Cyberia. Rumah aku sendiri pun kena repair juga, rumah aku leaking mengakibatkan air menitis ke ingkat bawah rumah jiran.




Unit Cyberia Wida yang telah dikosongkan bulan lalu, menerima short term tenant bila ada student Iran nak bawa famili mereka bercuti di Malaysia dan perlukan penginapan lebih kurang 2 minggu di Cyberia. Nak dekat dengan famili katanya. Dia tinggal di Domain. Cuma penyewa Iran ni nak semuanya in order sebelum famili mereka sampai. Semua benda nak in order dan bersih, peti sejuk nak kena cuci, aircond nak kena sejuk, paip2 nak kena berfungsi sepenuhnya, rosak sikit2 pun nak kena betulkan. Habisnya 3 kali aku kena ulang alik ke Cyberia nak settlekan hal penyewa Iran ni.
Hari Ahad yang lepas pula, aku, Bri dan Renza ke Genting Highlands untuk buka unit Genting Permai yang Renza menang minggu lepas. Apt 3 bilik, kalau ikut rate management, RM300-370 satu malam. Renza akan berbincang dengan management untuk mengetahui terms & conditions mereka sebelum decide apa nak buat dengan apt ini. Apt ini dah siap fully furnish, cuma mungkin kena tukar a few things untuk jadikan lebih selesa. Nak buka pintu rumah, agak bermasalah disebabkan tombol jenis deadbolt. Sungguhpun begitu, berjaya juga akhirnya.





*Transaksi 70k di kedai mamak..

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com