Saturday, June 26, 2010

Menang besar punya!!!

Menang besar punya!!!
Kerja2 auction untuk minggu ini dah pun selesai. Hari ini dan esok tiada auction yang SS akan masuk. Unit2 auction yang kita patut masuk esok, telah pun called off. Sambutan untuk sessi cash flow tidak menggalakkan, maka sessi cash flow terpaksa di tunda atau tidak akan di adakan langsung. Esok tengahari aku nak hadiri kenduri rakan lama, Encik Timun. Dah lama betul aku tak jumpa Encik Timun, semenjak dia bertukar kerja, masuk govt, semenjak itulah aku tak jumpa dia. Rakan lama aka roommate aku di KMS dahulu. Selalu jugak Timun ni jadi bahan gelak ketawa kami, termasuklah bila di UKM, aku sefakulti dengan Timun, Timun tetap jadi bahan. Harap dapat jumpa ramai rakan2 lama.

Hari Rabu yang lepas, SS Cuma masuk satu unit lelongan sahaja. Service Apt di Port Dickson pada harga reserve 55k. Murah, memang murah. Kami jangkakan akan ada saingan. Satu unit hot di Cheras dengan harga reserve 67.5k, kami tak masuk. Walaupun memang selalu kami masuk. Untuk hari ini, kami rasa harga masih tinggi. Bila aku register, beberapa agent bertanya sama ada aku register untuk unit Cheras ini ataupun tidak. Aku katakan tidak. Bila lelongan bermula, unit PD ini, di menangi pada harga reserve, dengan menggunakan teknik Macha Bri. Tahniah pada Abuzar yang menebus kekecewaan tewas unit Shah Alam pada hari Isnin. Untuk hot unit di Cheras tersebut, menurut kata agent, ada 3 registered bidder, dan mereka cuba untuk deal dengan seorang pakcik dengan nilai 3k. Turn out to be, masa lelongan bermula, pakcik tersebut hanya pembida tunggal. Nampaknya pakcik tersebut telah terkena dengan ulat2 di tempat lelong. Banyak yang aku sembangkan dengan pakcik tersebut, dan banyak lagi benda2 lain yang dia dah terkena dengan agent dia. Lepas ni aku dah nasihatkan dia, baik buat sendiri atau minta tolong dengan kami sahaja. Untuk lelongan Public Bank ini, ada certain unit yang bank tak cover apa2 tunggakan, termasuklah unit PD ini. Lepas habis lelongan, hari pun dah petang, aku lepak di office, tunggu Bujal. Bujal yang baru sampai dari Terengganu, nak berjumpa dengan tenant sambil tengok rumah. Lebih kurang pukul 8.30 malam kami ke Penara Bujal, berjumpa dengan tenant. Tiada issue besar, sebab kesemuanya aku dah explain pada tenant sebelum ini. Tuanbri pun join sekali. Kemudian kami ke William, makan2. Aku order Nasi goreng beef cappicionni (lebih kurang aa.. heheh) dengan air soda herb gelas besar. Tuanbri order lamb shank, Bujal yang baru first time pergi William, order Nasi Goreng Ketam dengan Soda Herb gelas besar juga. Penyudahnya, Bujal tak habis makan.. hahah..

Khamis pagi aku ke Jln Duta untuk membida dengan Puan Doc. Disebabkan aku takut bangun lambat, aku tak tidur langsung semalamnya. Balik dari William, sampai rumahpun hampir pukul dua pagi. Layan bola sambil tengok listing, penyudahnya dah nak ke subuh. Pukul 7 pagi dah keluar. Harung jalan jam, pukul 8.45 baru sampai Kompleks Mahkamah. Ada a few unit yang dilelong, agak hot dengan purata 6-7 pembida satu unit. Kami nak bida satu unit di Shah Alam dengan harga reserve 550k. 550k bhai.. menang besar punya.. hahahh.. Sementara nak tunggu pukul 10 lelongan bermula, lepak2, sembang2 dengan agent2 lain. Agent2 lain berusaha untuk deal. Susah nak capai kata sepakat bila pembida ramai. Lebih kurang pukul 10 pagi lelongan bermula. 4 unit yang pertama semuanya mempunyai lebih dari seorang pembida. Bila sampai giliran kami, dia panggil nama pembida aku sorang je.. heheheh.. Aku mintak kebenaran pegawai mahkamah untuk Puan Doc masuk sekali. Kalau ikutkan tak boleh, satu bank draft, cuma sorang je boleh masuk dalam bilik lelong. Tapi sebab pembida tunggal, pegawai mahkamah benarkan. Maka, kami pun diisytiharkan pemenang untuk unit Shah Alam ini. Puan Doc puas hati, aku pun puas hati. Well.. market value unit ini lebih dari 700k… heheh. Untuk lelongan mahkamah, kontrak lelongan akan disiapkan pada hari itu juga. Kontrak ditandatangani bersama peguam dan stamp akan dimatikan terus. Lebih kurang pukul 12.00 tengahari baru selesai. Aku ada satu lagi lelongan pukul 3 nanti di Ehsan.

Penat bhai cerita.. macam ni la bila update sekali sekala.. panjang punya cerita. Sampai di Ehsan pukul 1 tengahari, aku lunch dulu. Mata dah rabak.. lebih dari 24 jam aku tak tidur.. breakfast pagi tadi pun dengan red bull je.. aku lunch makan spaghetti Bolognese kat secret recipe. Sambil2 surfing internet. Pukul 2.30 baru naik Ehsan. Bujal masuk unit di Puchong dengan harga reserve 85k. Target kita tak tinggi mana. Kalau ada rezeki dapatla. Di Ehsan orang tak berapa ramai. Banyak yang bertumpu di NCM dan PAH. Tuanbri sendiri pun ke PAH untuk membida dengan Syukur untuk unit di Kota Damansara. Izwan juga akan membida unit di Puchong ini selain unit DM bagi pihak client. Hasil pertanyaan aku dengan agent2 lain, mereka tak masuk unit di Puchong ini. Kami dah set kan siapa pemenang, atas persetujuan bersama, kalau hanya Bujal dan Izwan yang bertarung. Rupanya bila lelongan bermula, ada 7 pembida. Haih.. payah. Akhirnya harga mati pada 100k, dimenangi client Izwan. Unit DM 40k juga ada 7 pembida, yang dimenangi oleh client Izwan juga pada harga 51k. Selesai lelongan, kami lepak2 di bawah, Tuanbri dan Syukur pun join sekali. Syukur juga tewas bila unit tersebut dari 200k naik kepada 220k. Tiada rezeki kami untuk lelongan sessi petang. Dengan mata rabak aku, ingatkan nak balik rumah membuta 20-30jam.. Hahahah.. Yob pulak ajak aku lepak di Puchong. Kami lepak2 sampai pukul 7.00. Yob baru menang 2 unit di Puchong masa lelongan Mega RHB Sabtu lepas. Sekarang tengah proses nak baiki satu unit. Satu lagi unit, diduduki oleh tuan rumah, yang juga seorang lawyer. Dia hanya akan keluar setelah semua urusan selesai. On the way balik rumah aku, Nampak asap tebal dengan api menjulang marak di sebelah Puchong Permata. Rupanya ada satu rumah kampong sebelah apt Puchong Permata terbakar. Saja aku sibuk2 buat lalu kat situ nak tengok.

Hari ini, Jumaat, aku cuma pergi pejabat lawyer ada urusan sikit, (Urusan kacchhiinggg..!! $$$) dan jumpa client aku, Ridzuan. Perbincangan next projek.. heheheh. Minggu depan, aku start busy semula.. Bulan June belum tamat lagi. Minggu depan kami akan turun lelongan lagi..