Wednesday, January 18, 2012

Cerita Lelong : Lelongan Citibank 18/1/2012

Salam tahun 2012. Makin lama makin malas aku nak update blog. Aku cuba untuk update sebulan 2 kali sekurang-kurangnya. Ada a few artikel yang aku dah type tapi masih dalam bentuk draft. Type sikit2 bila ada masa. Aku mulakan dengan cerita lelong. Dalam 2 minggu ini, ada a few property yang client aku nak bida, tapi akhirnya called off. Lalu akupun tak masuk lelong lah. Dan hari ini, Brader Remy minta tolong aku untuk membida di Ehsan Auctioneer untuk sessi lelongan Citibank, sementara Brader Remy turun ke lelongan Affin Bank oleh Heritage Auctioneer.

Lelongan hari ini adalah gabungan Ehsan Auctioneer, Leong Auctioneer dan Tancorp. Unit yang aku nak bida hari ini, suatu tempat baru di Ampang, yang penduduknya baru sahaja mendapat kunci dari developer baru2 ini. Dikhabarkan ada banyak unit2 yang bakal dilelong di sini. Untuk batch yang pertama, 5 unit dilelong oleh Citibank dengan harga permulaan 90k. Dengan market value sekitar 150k, sessi lelongan yang pertama ini menarik agak ramai pembida. Setiap unit yang dilelong mempunyai average 6 pembida dan harga yang dimenangi pula sekitar 120-130k. Aku tak berjaya pada sessi kali ini. Tewas. Pun begitu, aku jumpa kawan lama semasa di KMS/UKM dahulu, Munif dan Apit, yang juga masuk lelong untuk salah satu dari 5 unit apartment di Ampang ini. Munif berjaya menang satu, dengan harga 119k manakala Apit tewas untuk satu unit yang akhirnya jatuh pada harga 132k. Disebabkan lama tak jumpa, dan nak sambung cerita pasal lelong, selesai Munif sign kontrak, kami turun minum dulu. Dari sembang gempak Apit, hahahaha.. dia nak masuk lelong lagi untuk unit yang sama dan unit2 lain yang bagus. Buat permulaan, esok aku akan masuk satu unit di Puchong untuk Brader Apit.


Lelongan tahun lepas yang terakhir aku masuk adalah pada 21 Disember, mencatatkan beberapa rekod dan penanda aras baru harga hartanah di beberapa kawasan. Walaupun hanya 10 unit hartanah sahaja yang mempunyai pembida, dari hanya 36 hartanah yang di lelong oleh Maybank, Kehadiran pembida sangatlah ramai.Sangka aku hanyalah satu unit di Bandar Sri Permaisuri sahaja yang hot, rupanya, ada tempat lain juga yang hot.

Antara yang menarik perhatian aku adalah keputusan2 berikut.

-Desa Pantai. Dari 70k naik kepada 84k.

-Kemuncak Shah Alam. Dari 190k naik kepada 235k.

-Flora Damansara 1080sqft. Dari 114k naik kepada 116k, dan terdapat tunggakan 4,744.00 yang tidak ditanggung oleh pihak bank, menjadikan harganya RM120,744.00. Kemungkinan juga, unit ini bumi lot, hanya kemungkinan. Tetapi di bida oleh bukan bumi.

-Saujana Puchong. Bumi lot. Dari harga 170k, naik kepada 260k dengan 7 orang pembida.

-Saujana Puchong. Dari harga 200k, naik kepada 365k dengan 25 pembida.

-Cemara Apt. Dari harga 80k, dengan 40 orang pembida, akhirnya harga jatuh pada 185k. Tidak, aku tak silap tulis. RM185k.

Unit di Kinrara yang aku masuk untuk Brader Cengkok, hanya terdapat 2 pembida. Dari 81k, setiap kenaikan 2k. Aku dah angkat dulu pada 83k, jadi turutan untuk aku selanjutnya adalah 87k, 91k, 95k, 99k. Pada harga 99k yang merupakan angkatan aku yang terakhir, menang juga akhirnya. Itupun dah terlebih 2-3k dari budget asal Brader Cengkok. Masih below market value lagi.

Beberapa hari kemudiannya, aku ke Kinrara untuk membuka unit ini bersama Brader Cengkok. Unit yang masih dara. Tidak pernah diduduki dan Cuma memerlukan pemasangan asas lampu, kipas dan grill. Reka bentuk dalaman yang seakan Vista Ria, Puchong tetapi size yang lebih kecil.






Dah agak lama aku tak beli rumah untuk diri sendiri. Aku jangkakan, aku akan mula membeli untuk diri sendiri selepas bulan June nanti, dengan perubahan pada corak pembelian. Jadi, target aku untuk tahun ini, sekurang-kurangnya 2 buah hartanah lelong untuk aku beli.

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com