Thursday, January 31, 2013

Cerita Lelongan January 2013


Lelongan sesi bulan January agak menghampakan. Banyak unit yang called off, dan cuma satu kemenangan sahaja dicatatkan.

Awal January aku turun ke Shah Alam High Court untuk membantu kawan2 seperjuangan membida. Dari mula aku datang aku dah boleh agak akan tewas.Dikatakan unit shop lot yang aku nak bida ini, boleh cecah 800k. Dari harga buka 500k, dengan budget 550k, Nampak macam sikit betul budget 550k. Menghampiri pukul 10.30 pagi, maklumat yang dikumpulkan ada sekitar 15-25 pembida. Aku masuk dalam bilik lelong dan tanya pada pelelong, katanya ada lebih kurang 30 pembida. Heheheh.. tahulah aku, aku akan ditewaskan hari ini. Bila lelongan dimulakan, Pegawai mahkamah menetapkan harga permulaan adalah 600k dan 20k setiap kenaikan. Pada akhirnya, shop lot di Shah Alam tersebut, dimenangi oleh seorang perempuan melayu pada harga 700k.

14 January pula aku ke Ehsan, lelongan sesi pagi. Membida unit yang aku terlepas pandang dan tak tahu nak suruh siapa beli, bulan lepas. Unit Tmn Bukit Angkasa yang tak terjual pada harga 70k bulan lepas, kini dah turun kepada 63k. Sebelum aku naik ke Ehsan, aku dah terserempak dengan Badrul yang akan ke Ehsan juga. Aku dah tahu unit2 mana yang hot pada lelongan pagi ini, dan aku jangkakan Badrul akan masuk membida unit yang sama juga dengan aku. Hari ini aku membida untuk Brader Cengkok. Baru pagi tadi dia transfer funds pada aku untuk masuk bidding, dan aku pun tak sempat buat bank draft. Sesudah aku register, baru start cari maklumat. Betul tekaan aku, bila Badrul pun masuk unit yang sama. Tapi bukan dia sahaja. Ada 7 pembida semuanya. Ah, macam tak biasa dengan situasi ni. Bila harga yang kita rasa tinggi, orang lain pun rasa tinggi. Bila dah turun sikit, semua nak masuk. Penyudahnya, dari 63k, nak kepada 86k. Heheheh.. Aku last angkat pun setakat 75k. Badrul yang pada mulanya budget below 80k, angkat juga pada 85k menyahut cabaran pembida lain.Unit di menangi oleh non-bumi.

19 January, aku turun ke CIMB Mega Auction. Semega namanya, harga pun mestilah bertaraf mega. Memang jarang orang yang membida pulang dengan harga reserve atau harga rendah. Selalunya, dibeli pada harga mega. Radzuan yang sebelum ini bernasib baik, dapat pada harga non-mega di lelongan mega CIMB, mencuba nasib untuk 2 unit. Walaupun dia berada di tengah lautan di Hatyai, aku ada untuk membida bagi pihak Radzuan. Unit Menara Orkid, dari harga 135k, naik kepada 206k dan unit Bella Vista dari harga 155k naik kepada 216k. tewas kedua-duanya. Budget Radzuan sekitar 200k sahaja. Budget sekitar 200k pun dah cukup power sebenarnya. Ramai kawan2 lain yang turun, dan aku jumpa Izzat yang baru nak belajar main rumah lelong. Semangat betul dia, pukul 9 pagi dah sampai di tempat lelongan, walaupun aku bagitahu dia, aku datang pukul 11 pagi. Selamat berjaya orang muda.

Banyak lelongan yang called off dan 25 January, aku turun Ehsan untuk lelongan Citibank, sesi pagi. Brader Cengkok, yang memang tak pernah berputus asa, ingin membida unit Pangsapuri Jaya. Pada harga 125k dan unit di tingkat satu, ianya memang murah. Disebabkan ianya murah, 17 orang yang menyahut lelongan unit ini. Leong Auctioneers menetapkan harga permulaan kepada 150k, dan 5k setiap bidaan. Memang aku tak angkat la… harga mati pada 175k. Di sesi petang pula, aku membida untuk Brader Hafizie, dalam misi pembelian rumah lelong kedua. Unit di Seksyen 7, tingkat satu, dilelong pada harga 90k. Kalau sebelum ini, brader Hafizie dah dapat satu unit di Seksyen 7 ini pada harga 75k, unit tingkat 4, kali ini mahu mencuba nasib mendapatkan unit di tingkat satu pula. Dengan budget yang agak ok juga, lelongan dimulakan terus pada harga 98k. Aku masih steady bertarung pada harga below 110k. Tapi pertarungan belum berakhir pada harga 110k. Pertarungan terus berlanjutan melepasi 120k dan akhirnya dimenangi oleh seorang pemuda, pada harga 128k. Sebenarnya Cuma 2 pembida sahaja yang masih bertarung pada harga melepasi 120k, dan pada pemerhatian aku, diorang dah macam taknak lawan lagi, tapi, agent2 masing2, terus memberikan ‘semangat’ untuk mereka terus mengangkat paddle. Kalau loan tak lepas, kita tunggulah unit tersebut masuk lelong semula kan.. apa de hal..

Semenjak 2 3 menjak ini, kebanyakan bank dan pelelong membuat sesi lelongan pada hujung2 bulan. Kebanyakannya 20hb keatas. Ianya sesuatu yang menyusahkan lone ranger macam aku dan agent2 lain. 29hb ini, kalau mengikut perancangan awal, ada 6 sesi lelongan yang aku kena masuk untuk client dengan total lebih kurang 14 unit 3 sesi pagi dan 3 sesi petang. Kalau semuanya tak called off, memang payah aku nak cari kawan2 tolong aku, dan membahagikan masa dengan sebaiknya. Disebabkan hampir kesemuanya called off.. hahah.. macam haram.., tak kena jadi orang gila nak kena rushing pergi sana sini. Dari 14 yang nak masuk, tinggal 3 sahaja yang masih aktif. Aku turun ke PKNS Shah Alam untuk membida satu unit di Putrajaya, dan Remy tolong membida di NCM untuk unit di Putra Perdana, selain unit yang dia juga nak masuk di kawasan jajahan Remy.

Tak ramai yang turun ke PKNS Shah Alam. Sebabnya, 29hb memang ada banyak tempat lelongan. Aku jumpa Pie yang membida satu unit di Kajang. Ada percubaan dari agent lain untuk makan Pie, tapi disebabkan pengalaman, dia tak layan, dan akhirnya dia dapat pada harga reserve. Aku yang membida unit di Putrajaya, dengan 8 pembida, dari 85k naik kepada 130k. Kalah. Remy yang berada di NCM, tewas kedua-dua unit. Unit di putra Perdana, harga dah ok, tapi tunggakannya agak banyak, apatah lagi tunggakan bil air sahaja dah cecah 3k, yang mana bank memang tak cover tunggakan air. Disebabkan itu, Aiman, client aku, memang target rendah sahaja. Dari 67k dengan 4 pembida, akhirnya harga naik kepada 88k. Unit yang Remy bida , dari 117k naik kepada 144k.

30 January, kerja aku cuma pergi cancel bank draft dan collect bank draft. Pukul 2.30 petang Cengkok call aku, kata dia nak masuk satu unit yang akan dilelong di Jln Riong. Lelongan RHB pukul 3.00 petang, kalau sempat. Heheheh.. ye lah.. aku pergi. Dari Menara Ambank, dengan jalan yang agak jam, hampir pukul 4 baru sampai Jln Riong. Bila aku sampai, banker RHB baru je keluar dari gate NSTP, nak balik dah. Heheheh.. aku tanya dia unit yang aku nak bida, memang tiada pembida, tapi memang tak sempat nak beli la. Lawyer dan pelelong pun nak balik dah. So tunggu je lah hujung bulan February nanti. Tapi, macam biasa la, bila harga lagi murah, ada je lah pembida lain nanti. Aku pun gerak lah balik, nak balik Puchong. On the way balik, Samsul Brunsfield pulak call, nak masuk unit di Subang, esok pagi. Kena buat bank draft. Dah pukul 4 lebih, memang tak sempat nak buat bank draft di branch biasa, terus aku ke Giant Kinrara untuk buat bank draft di Maybank, yang tutup pukul 6 petang. Malamnya aku pass bank draft pada Hafiz Kamarudin. Aku dah kena pasang network baru untuk jadi kaki aku. Nasib baik Hafiz Kamarudin free esok, dia boleh ke Shah Alam High Court, dan aku ke NCM.

31 January, patutnya ada lelongan sesi pagi dan petang di NCM yang aku kena hadiri. Lelongan sesi pagi untuk Samsul Brunsfield. Unit di Subang yang tidaklah hot sangat sebelum ini. Kalau dulu boleh dapat sekitar 80k, tapi last lelongan yang aku bida di KL High Court, juga untuk Samsul Brunsfield, tewas pada harga 110k. Hari ini, dengan budget yang agak tinggi juga, ada la sedikit keyakinan. Tapi, total bidder untuk unit ini 11 orang. Dari harga 79k, naik kepada 120k. Kalah lagi. Makin mahal. Lepak dengan Shahril Sidek yang juga kalah hari ini, sementara menunggu lelongan sesi petang. Pukul 1 tengahari, aku check status lelongan sesi petang, unit yang nak di bida dah called off. Kecewa. Di Shah Alam High Court, Hafiz Kamaruddin yang tolong aku bida bagi pihak kawan Zam Lokman, menang harga ‘reserve’. Jadi, bulan January, hanya satu kemenangan sahaja dicatatkan. Lelongan akan bersambung semula 4 February ini, dengan 2 unit yang akan di bida.

Thursday, January 17, 2013

Cerita Lelong Penghujung Bulan December 2012


Well, dah masuk tahun baru pun. Aku pun dah mula masuk lelongan sesi January 2013. Selamat tahun baru 2013, dan selamat membaca sambungan cerita tahun lepas, terutama untuk Yob dan Asdisababa yang bertanya.

Semakin menuju ke penghujung bulan December, semakin banyak lelongan di adakan. 26 Dec yang lepas, aku ke Ehsan Auctioneer untuk lelongan sesi pagi untuk Dr Ahmad. Ada 2 tempat yang membuat lelongan sesi pagi, iaitu di PAH dan di Ehsan. Di PAH, lelongan MBSB dan di Ehsan, lelongan Bank Rakyat. Kedua-dua tempat lelong ada unit yang Dr Ahmad nak masuk, jadi, di PAH, anak dia yang bid kan, dan di Ehsan, aku yang bidkan. Pukul 9.30 pagi aku collect bank draft, dan terus menuju ke Jln Yap Kwan Seng. Breakfast dulu, sebab, selalunya lelongan Bank Rakyat tiada breakfast. Pukul 10.15 pagi baru naik ke Ehsan. Nampak kosong, hari ini cuma ada 13 property dan hanya 2 yang called off. Unit yang called off adalah landed property di Shah Alam berharga 500k dan unit di Gombak. Bila aku sampai, selain dari pelelong dan staff lelongan, Cuma ada 2 agent lain yang tak masuk mana2 unit. Tak lama kemudian orang lain datang sefamili, dengan agentnya, nak bida unit di Shah Alam, tapi called off. Suasana tenang kembali. Cuma aku sorang je yang dah register dan jam sudah menghampiri pukul 11.00 pagi. Unit di Sg Besi berharga 70k yang akan aku bida hari ini, nampaknya akan dapat pada harga rp. Jam sudah pukul 11.00 pagi, tapi lelongan tidak boleh di mulakan lagi. Orang dari Bank Rakyat dan pihak peguam belum sampai. 5 minit kemudian baru mereka sampai, dan kemenangan rp disahkan. Semua agent lain sebenarnya bertumpu ke PAH, dan unit Penara 80k yang Dr Ahmad nak bida di PAH, telah called off. Sebenarnya, unit2 yang dilelong di Ehsan, ada banyak yang bagus2 juga. Cuma.. hampir kesemuanya, kes baru, iaitu lelongan kali pertama, jadi, harganya masih dikategorikan tinggi lagi. Tapi.. kalau Apt Jati, di USJ 1 pada harga 135k, Tmn Bukit Angkasa 70k, aku rasa harga tu dah ok dah. Tunggu next round of auction, ianya akan jadi lebih tinggi dari harga rp hari ini. Sebenarnya, agak rugi membiarkan unit Tmn Bukit Angkasa 70k dibiarkan tanpa pembeli. Tapi nak buat macam mana, aku pun tak tahu nak suruh siapa beli. Bila aku dah balik dari auction, baru Cengkok tanya tentang unit Tmn Bukit Angkasa tersebut. Unit Tmn Bukit Angkasa tersebut, dilelong semula beberapa hari yang lalu, dan, itu nanti aku cerita.

Sesi petang, aku membida di Ehsan untuk sesi pukul 3.00 petang. Lelongan RHB Bank. Kali ini unit Penara 60k pula. Penara, kalau 60k, itu memang murah kalau ikut harga semasa. Apatah lagi , unit ini non-bumi lot. 7 pembida untuk unit ini, dan hampir kesemua pembida adalah pemain2 Penara yang sudah ada unit, atau masih mencari unit di Penara. Macam Hazwan, yang aku rasa dah lebih 3 kali mencuba untuk mendapatkan unit di Penara, tapi masih belum berjaya, Kumar, yang selalu baca blog aku dan terima kasih kerana tegur aku, walaupun budget agak tinggi, tapi kalah hari ini. Agent2 lain juga, adalah agent2 yang biasa aku lawan untuk dapatkan Penara, macam Syed dan Izwan. Jadi, saingan hari ini adalah sengit. Dari 60k, client Syed menang pada harga 89k. Ok, dah lama Penara tak cecah harga 90k. Kalau di ikutkan harga menang sebelum ini, 80k, 75k, 89k, 89k..

27 Dec pula, aku masih kena turun auction pagi dan petang. Pukul 11.00 ada lelongan Citibank di Ehsan. Selalunya lelongan Citibank, ada breakfast, jadi.. aku terus ke Ehsan pukul 10.00 pagi untuk breakfast. Nasi lemak ayam goreng dan air sirap. Lelongan Citibank hari ini, boleh dikatakan ramai. Masa aku register, aku nampak mamat yang register sebelah aku register, pakai form wakil pembida yang aku familiar. Of course aku familiar, sebab aku yang draft surat tu. Cuma Bri tukar format kepada google docs. Lepak2 sambil merisik2 aku dapat tahu unit aku ada satu orang pembida lain. Awal lagi, baru pukul 10.30 pagi. Masih ada setengah jam lagi. Aku tanya mamat tadi, dia agent ke, dia cakap dia agent. Ok.. aku tanya agensi mana, dia kata, aku tak kenal kot.. aku petik nama Bri je, mamat ni macam terperanjat la pulak aku kenal Bri. Dia kata hari ni dia runner je untuk agent lain. Untuk Algu. Ok, unit yang mamat ni masuk, agak hot. Ada 6 pembida kot. Unit yang aku nak masuk pula, aku bida untuk Aiman. Aiman adalah pemain area Putra Perdana. Dari bulan Julai aku cuba bida several unit untuk Aiman, berkesudahan kalah atau called off. Kalau kalah, kalah teruk pula tu. Tapi, last month, bulan November, Aiman tidak bernasib baik, bila buku ASB beliau hilang dan dia juga agak sibuk, lalu terlepas 2 unit yang dalam radar beliau, dan, 2 unit ini pula, no bidder. Hhhhmm.. satu lelongan Public Bank, satu lagi lelongan Citibank. Hari ini, unit lelongan Citibank itulah yang di lelong semula pada harga 61k. Macam biasalahkan, masa kita tak bida, orang lain pun tak bida, bila kita masuk membida, ada 3 orang la pulak.Untuk hari ini, aku berjaya membawa balik unit tersebut, pada harga 63k. Untuk Aiman, pencarian seterusnya akan diteruskan, tahun hadapan.

Lelongan sesi petang, ada 2 unit yang Samsul Brunsfield nak bida, tapi salah satunya dah called off awal. Tinggal satu, mana lagi kalau bukan Brunsfiled Apt. Tapi, pukul 11.00 pagi, aku check semula status, Brunsfield Apt juga called off. Cuma Remy sahajalah yang akan turun ke MNP Auctioneer untuk sesi petang, untuk membida sendiri. Disebabkan aku dah free waktu petang, lepas lelongan sesi pagi, aku pun keluar la jumpa Dr Ahmad, untuk pass kontrak lelong, dan kemudian bercadang nak ke Shah Alam jumpa Hafizie dan kalau sempat, jumpa Sifu Besar Kuala Terengganu, Abang Besar Peruzz. Sekali pukul 12 lebih tengahari Remy roger aku, kata bank draft petang ni dia tak sempat buat, mintak aku buatkan dulu. Maka, batallah appointment segera aku petang itu. Gerak  ke Ambank untuk buat bank draft. Pukul 1.30 baru siap bank draft. Remy pun baru sampai, terus gerak ke MNP Auc untuk lelongan 2.30 petang. Banyak juga unit yang called off. Hari ini, pemain2 biasa area Taman Mas, macam Halim, main area lain pulak. Cuma ada seorang pembida lain, yang masuk Taman Mas juga. No deal discussed, jadi, kita lawan. 2 lelongan terdahulu, Remy tewas dalam range harga 90k-100k. Itu ada 4-5 pembida. Hari ini 2 pembida sahaja. 2 je.. boleh la Remy nak celebrate heheh. Selepas pukul 2.30 petang, Wan Zairul baru sampai, nak register untuk unit di Kajang. Tak lepas sebab dah lebih dari pukul 2.30 petang. Bila lelongan di mulakan, unit di Kajang itu ada 3 pembida, kecewa kot Wan Zairul. Lama tak jumpa dia. Biasa nak jumpa kawan2 hartanah lelong ni, kat tempat lelong la. Bila lelongan unit Taman Mas di mulakan, dari 83k, naik 1k each bid. Sampai 89k Remy angkat, pembida lagi satu nampak macam dah give up dan geleng kepala. Pelelong bagi suntikan emosi dan teknik melengahkan masa kiraan, untuk bagi pembida goyang, dan berjaya, pada kiraan kedua, dan lengahan masa, pembida lagi satu layankan juga untuk harga 90k sambil tersenyum simpul. Cesss.. lalu Remy sambut pada harga 91k, dan kemenangan untuk Remy.. horey.. Tak sia2 aku pergi buat bank draft.

28 Dec pula, cuma ada lelongan sesi petang di 2 tempat berlainan. Satu di Jln Riong, dan satu di NCM. Aku kena minta tolong Remy untuk membida di NCM dan aku ke Jln Riong. Selalunya lelongan di buat di tingkat 5. hari ini di buat di tingkat bawah. Unit di Seksyen 15, Shah Alam di bida untuk Brader Cengkok. Pemain untuk semua area. Yang mana ok, semua dia nak sebat. Puchong, Shah Alam, Cheras, Rawang, Sg Besi, semua boleh. Masa aku nak register, ada sorang mamat tegur aku. Nama dia Hafiz Kamarudin atau nama glamour Hafiz Ejen Lelong. Dia dah baca blog aku since 2008, tapi tak pernah tegur aku kalau nampak aku di tempat lelong. No problem bro, aku memang low profile. Sekali dia ambil gambar aku, terasa macam artis la pulak. Nak masuk dalam fb katanya. Masuk unit yang sama, bersama 2 pembida lain. Unit hari ini adalah unit non-bumi. Kalau sebelum ini Cengkok dapat pada harga rp 90k, hari ini memang tak lah… Hari ini kita tewas Cengkok, sama macam kau tewas semalamnya di Heritage Auc.. heheh. Di NCM pula, Remy tolong aku bida untuk Hafizie, untuk unit di Seksyen 19, Shah Alam. Pada harga rp 60k dengan 5 pembida, tewas pada harga 73k. Tiada hasil tangkapan di buat untuk hari ini, tapi dengan jumlah kemenangan melebihi 10 unit bulan ini, aku dah cukup puas hati.


Last chance untuk tahun 2012, aku ke Wisma Belia KL pada hari Sabtu, 29 Dec yang lepas untuk lelongan MBSB under SWT Auctioneer. Banyak unit yang called off, termasuklah unit yang aku nak bida untuk Syed yang berada di JB. A few times aku cuba bida untuk Syed, tapi masih belum berhasil. Hasilnya, sama ada called off atau tewas, tapi lebih kepada called off, kebanyakannya. Syed, yang menetap di JB, dan bukan orang KL, berminat untuk membeli hartanah di KL untuk tujuan pelaburan, atas pengaruh Zulkipli. Satu lagi unit yang aku bida, adalah di Bandar Bukit Puchong 2, dengan harga reserve 140k, tewas. Maka, tamatlah perjuangan untuk tahun 2012 dengan kejayaan cemerlang. Di lelongan SWT ini juga, aku jumpa member zaman sekolah di English College dulu. Brader Sabri yang dah kerja dengan SWT. 

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com