Thursday, May 30, 2013

Cerita Lelong Pertengahan May 2013

Waktu busy aku, banyak bergantung pada bila tarikh lelongan diadakan. Buat masa sekarang, trend yang sama sejak lebih kurang setahun yang lalu, ada 3 peringkat. Anggarannya, awal bulan, iaitu 10hb ke bawah, tengah bulan, 20hb ke bawah dan hujung bulan, 21hb keatas. 10hb ke bawah aku banyak hadiri lelongan mahkamah, pejabat tanah dan LACA kes untuk bank yang tak banyak listing lelong, atau bank yang agak kecil sizenya. Pertengahan bulan, masih lagi lelongan mahkamah dengan di ikuti lelongan bank yang sederhana sizenya, dan hujung bulan, kebanyakan bank besar mula melambakkan tarikh lelongan. Kalau awal bulan, mungkin satu hari 1-2 kes, sesi pagi dan petang, pertengahan bulan, paling kuat pun 2 sesi pagi, 2 sesi petang, bila tiba hujung bulan, boleh jadi 4 sesi pagi dan 4 sesi petang. Dia punya gila, memang buat aku pening. Bila masa nak buat bank draft, nak susun orang, belum masuk client last minute nak masuk lagi. Heheheh.. itulah cabaran untuk aku. Itupun, aku rasa aku tak banyak sangat client. Sebabnya, aku cuma cuba satu demi satu untuk client aku. Kalau tak berjaya dapat hari ini, esok lusa, masih mencuba untuk client yang sama. Secara purata, lebih kurang 60 kes aku masuk sebulan, dengan kebanyakan kes, hampir separuh, bertumpu pada hujung bulan. Dengan kes awal bulan dan pertengahan bulan dah selesai, aku akan menumpukan perhatian untuk kes hujung bulan.

Cerita lelongan pertengahan May, hari Rabu 15 May, Hanan turun membida sendiri untuk kes lelongan Mahkamah Shah Alam. Aku bukan principal, dan tiada Lesen E. Tak guna aku turun, memang aku tak boleh bida. Unit di area Shah Alam yang Hanan nak bida, bermula dari 405k. 16 pembida, dengan kenaikan 10k sekali bida, Hanan tewas pada harga 630k. Remy yang bercuti ke Kemboja dari hari Khamis sehingga Ahad, memberikan tugas membida untuk aku. 16 May dia nak masuk satu unit di Shah Alam High Court, tapi sebab aku tak boleh bida, kita abaikan sahaja unit tersebut. Petangnya, aku ke NCM untuk membida satu unit di Sg Buloh untuk Rodzi, tapi tewas. Selesai lelongan, Mr Foong dari NCM memberikan aku satu deal yang aku kira baik, dan jarang diperolehi. 2 Unit di area Klang, yang akan dilelong dengan harga yang baik, berserta deal yang baik. Itu hanya akan berlaku pada bulan Jun nanti. Sama ada Zam Lokman akan berjaya dengan deal ini atau tidak, aku kena tunggu bulan Jun nanti. Lelongan yang selesai awal, pukul 3.30 petang dah selesai, dan aku cuma ada appointment seterusnya lebih kurang pukul 6.00 petang, dengan Wan Azmi. Dengan masa yang agak panjang, aku pun gatallah nak ikut jalan jauh, kononnya boleh sampai ngam2, tak payah aku tunggu lama. Kalau aku ikut plus, masuk Kajang, dah kira dekat dah. Ini tidak, aku ikut jalan nak balik Puchong, lepas tu baru ke Kajang. Sampai di area IOI Resort, jalan jammed teruk. Aku sampai lambat. Wan Azmi tak dapat tunggu aku. Sebenarnya appointment hari ini, nak buka unit dia di Taman Putra Kajang. So, dia bagi alamat, aku pun buka la unit dia tu.

Esoknya, Jumaat 17 May, pagi2 aku dah ke Land Office Klang untuk membida satu single storey landed property di Klang, untuk Remy. Dengan budget yang rendah, berserta keyakinan untuk dapat pada harga reserve, berdasarkan rekod lampau unit di area Klang ini, aku bersemangat. First time sampai di Land Office Klang. Aku breakfast dulu, lepak dengan Francis. Selesai breakfast, naik atas untuk register, kena beli borang registration, 50 sen. Semangat pudar semula, bila aku tahu ada 2 pembida lain masuk unit yang sama. Memang kalah la..

20 May, Isnin, hari yang agak sibuk. Kalau ikut perancangan awal, aku ke Amcorp Mall dan Hafiz Kamarudin ke Ehsan Auctioneers, dengan kononnya 8 unit nak di bida. Lelongan hari Isnin pagi ni, susah sikit. Jumaat petang last untuk kita semak status aktif unit lelongan tersebut, bila tiba hari Isnin, dia boleh lagi called off. Ahad malam decide lain, aku kena pergi ke lelongan Ehsan, sebab ada beberapa last minute decision oleh client. Aku kena buat bank draft pagi Isnin dan terus ke Ehsan Auctioneer. Ahad malam juga, jumpa dengan kawan2 untuk collect bank draft dan pass bank draft. Ada 2 unit yang nak di bida di Ehsan. Both unit, landed berharga lebih 200k each. Lepas buat bank draft terus gerak ke Ehsan, dan both unit called off last minute. Ciss.. Hafiz Kamarudin pula ke Amcorp Mall untuk membida 2 unit juga. Satu untuk Brader Cengkok, satu untuk Rosman. Brader Cengkok masuk unit yang hot, dengan 10 pembida. Dari harga 90k, naik kepada 170k. Unit Townhouse yang hot. Rosman pula masuk satu unit di area Shah Alam, dan menang pada harga reserve, 70k. Alhamdulillah, dapat satu. Lelongan sesi petang pula, aku kena cancel bank draft, dan buat bank draft baru untuk Zam Lokman yang unitnya called off pagi tadi. Petangnya, aku ke PAH, dan masih memperkudakan budak emo, Hafiz Kamarudin untuk turun ke NCM. Dengan banyak unit yang called off, aku hanya bida satu unit di PAH, dan Hafiz bida satu unit di NCM. Aku sampai awal di PAH, register awal. Aku expect unit akan ada ramai pembida. Unit low cost di Ampang, dengan harga 70k. Unit agak baru, baru siap setelah lama terbengkalai. Unit2 di sini, kadang2 sahaja masuk lelong, itupun pada akhirnya called off. Hari ini, ada 2 unit yang di lelong, satunya called off. Dengan 17 pembida, aku rasa memang akan kalah la. Aku masuk bida untuk Brader X. Brader X yang membeli 5 unit dalam masa 5 bulan, tahun lepas, sebenarnya dah mula aktif semula sejak beberapa bula yang lalu. Tapi kalah la. Bulan ini, dia dah lipat gandakan unit2 yang dia nak masuk. Tapi hari ini, masih belum ada rezeki. Kalah pada harga 134k. Di NCM, budak emo pula, cuba di ganggu oleh sindiket. Unit di Putra Perdana pada harga reserve 65k, memang kemungkinan besar boleh dapat pada harga reserve. Itupun ada orang lain masuk, tapi macam nak kacau sahaja. Aku bagitahu budak emo, stick to plan, budget kita 67k sahaja.. heheh. Sama ada accept offer atau lawan. Penyudahnya, menang pada harga 67k. Unit di menangi untuk Brader Asmadi yang pada awal bulan dulu dah menang satu unit di Kajang pada harga reserve 35k. Hari ini menang lagi. Budak emo memang bertuah. Yang aku pergi semua kalah, yang di pergi, dua2 ada hasil.

23 May, aku ke PAH untuk lelongan sesi petang. Membida untuk Hafizan, dalam misi mendapatkan hartanah lelong keduanya. Satu unit di Putra Perdana, pada harga reserve 60k. Unit yang hot hari ini, adalah unit Walk Up Apt tingkat 4 di Taman Puchong Hartamas. Dari harga 110k dengan pembida yang agak ramai, akhirnya harga mati pada harga 160k. Unit Putra Perdana 60k, menang pada harga reserve. Cayalah.

Hari minggunya, pergi buka unit yang dimenangi oleh Asmadi. Agak lama nak potong mangga, disebabkan mangganya tebal. Bengkok juga cutter aku. Hasilnya, ok, unit memang kosong, maksud aku tak banyak barang, sampah pun tiada. Cuma ada 2-3 perabot besar sahaja. Dengan kitchen table top dah siap terbina, kira ok la.





Minggu terakhir bulan May, memang banyak unit yang di bida, dengan beberapa kemenangan di catatkan lagi. Hujung minggu la aku sambung cerita. Ada 2 hari lagi sebelum tamatnya bulan May, dengan lebih kurang 10 unit lagi akan di bida, dalam masa 2 hari ini. 

Sunday, May 12, 2013

Cerita Lelong awal bulan May 2013

Penghujung bulan April yang lalu, ada 13 unit yang perlu di bida. Hampir kesemuanya adalah lelongan MBSB dengan pelelong NCM dan SWT, ada 3 unit lelongan RHB oleh PAH dan Rajan Auctioneer. Malangnya, dari 13 ini, 10 telah pun called off. Sama ada called off pada hari sebelumnya, atau called off sebelum pukul 12 tengahari, atau called off last minute masa aku dah turun lelong. Sepatutnya, 29 April, aku turun ke lelongan PAH sesi petang untuk RHB Bank. Ada 2 unit yang perlu di bida. Satu untuk Cengkok, di Cyberjaya, dan satu untuk Asmadi, yang nak turun lelong juga, untuk unit di Bandar Bukit Puchong. Pagi pukul 10, aku call PAH, unit Cyberjaya dah called off, tinggal satu unit lagi. Stick to the plan, aku turun PAH. Remy pula, yang paginya turun Shah Alam High Court, akan terus ke Hotel De Palma untuk lelongan MBSB oleh SWT Auctioneer. Pukul 12 tengahari, aku call PAH lagi, sebelum aku gerak ke KL, dan unit Bandar Bukit Puchong pula called off. Lelongan SWT pula, dari 2 unit yang nak di bida, tinggal satu. Change plan, aku ke Hotel De Palma Shah Alam. Asmadi yang dah ambil cuti sebab nak turun lelong, follow aku ke Hotel De Palma. Buat bank draft di Maybank Seksyen 20, kemudian baru ke Hotel De Palma. Gila banyak unit yang called off. Ramai juga kawan2 yang datang bidding, sama ada nak membida, atau datang nak tengok. Macam Peruzz dan Asmadi, memang datang nak tengok la. Hafizie yang tengah bercuti, datang turun bida sendiri. Unit di Seksyen 7 Shah Alam, dengan harga 70k, memang unit hot hari ini. Dari 70k, naik kepada 103k. Tewas. 






30 April, ada beberapa unit yang perlu di bida. Selepas tewas di lelongan SWT, aku cancel bank draft semula, dan gerak ke UMW jumpa Hafizan untuk collect bank draft. 2 unit untuk Hafizan akan di bida esoknya. Malamnya, Hanan plan nak datang Puchong hantar bank draft, ada 2 unit Bangi yang akan dilelong. Engku Farhan juga nak masuk unit di Bangi. Malangnya, kedua-dua unit Bangi dah called off masa aku check lelongtips pukul 10 malam. Hanan yang dah on his way jumpa aku, terus patah balik rumah, tak jadi hantar bank draft.. heheh. 30 April, aku ke NCM untuk membida 2 unit di Kota Damansara. last minute, both unit called off. Ada satu lagi unit yang perlu di bida, di Jln Riong, yang aku serahkan pada Hafiz Kamarudin untuk membida bagi pihak Cengkok. Di lelongan sebelum ini, Cengkok inform aku lambat on the auction day, untuk membida unit di Kinrara, pada harga reserve 63k. Disebabkan aku sampai lambat, lelongan telahpun habis dan aku tak dapat bida. Kini unit di lelong semula, pada harga 57.5k. Bila harga dah rendah ramai la masuk membida. Akhirnya harga naik kepada 82k. Tewas juga. 




Dengan cuti Hari Buruh dan kesibukan pilihanraya, tiada lelongan pada hari2 berikutnya. Aku balik JB untuk mengundi di DUN Tg Puteri dan Parlimen Johor Bahru. Sabtu pagi aku gerak balik JB, petang sampai. Malamnya ceramah terakhir parti politik. Beberapa calon PR buat sesi ceramah berdekatan rumah aku, termasuk Lim Kit Siang. Ceramah yang simple, buat depan laman rumah orang, tiada kerusi untuk penonton, tiada pentas ceramah. Hadirin duduk diatas jalanraya dan atas padang rumput. Calon berceramah atas pick up truck. Sempoi.Tengah malam merayap pergi Singapore dengan adik aku dan anak2 aku. Merayap di Mustaffa Centre, early breakfast pukul 3 pagi makan Murtabak Singapore lepas tu balik rumah tidur. Bangun tengahari, breakfast nasi lemak lepas tu pergi mengundi. Tengahari makan Asma Rojak, siap2 kemas, petang balik KL. Kalau Isnin tak cuti, aku kena turun lelong lagi, untuk Samsul Brunsfield. Petang baru gerak balik KL. On the way nak sampai KL, keputusan awal pilihanraya dah dikeluarkan. Keputusan yang mengecewakan. Isnin Selangor cuti, tapi KL tak cuti. Lelongan diteruskan.




6 May, aku ke PAH untuk lelongan Ambank. Hanya membida satu unit untuk Samsul Brunsfield. Unit di area Damansara. Dengan harga RP 60k, deposit 5%, aku malas nak buat bank draft. Keluar duit kat atm sahaja. Kalau unit kecil2 macam ni, aku memang malas nak buat bank draft. Menang belum tentu, kalah tu biasa. Sebenarnya ada 2 unit di damansara ini, satu pada harga 75k dan satu lagi pada harga 60k. Tiada siapa yang nak bida pada harga 75k, semua nak masuk yang 60k. 6 pembida yang register, akhirnya kalah pada harga 65k. Jumpa Asri yang masuk lelong untuk kawan dia. Asri juga tewas.

9 May ada 2 unit yang perlu di bida. Paginya di Shah Alam High Court. Disebabkan aku tak boleh membida, Asmadi datang sendiri. Satu unit di Kajang pada harga RP 35k sahaja. Unit yang kurang hot, dan di menangi pada harga reserve. Percubaan pertama yang berjaya untuk Asmadi. Beginers luck. Jumpa juga dengan kawan Asmadi, Arif yang masuk satu unit di USJ pada harga 360k. Kalau aku boleh membida, memang unit ini pun Hanan nak bida. Tapi pembida memang ramai, aku rasa lebih kurang 30 orang juga. Akhirnya daripada 360k, mati pada harga 650k. Untuk sesi petang, aku nak bida untuk Hanan, di Ehsan Auctioneer. Habis lelongan Shah Alam, aku call Ehsan Auctioneer, unit telahpun called off. Sia2 Hanan hantar bank draft malam tadi. Maka, kecewalah tak dapat bida unit berharga 550k.





11 May adalah CIMB Mega Auction. Pukul 10 aku sampai Hotel Istana. Hari ini akan membida untuk Wan Azmi, Azfar, selain Hafizan dan Hanan yang datang membida. Hari ini luarbiasa ramai. Kaunter NCM kena beratur panjang. Pukul 11 baru habis registration. Hanan akan membida satu unit di Setia Alam. Lelongan sebelum ini, tiada pembida, walaupun pada harga 450k. Sekarang, pada harga 405k, ianya called off last minute. Hhaarrgghh.. macam haram.. boleh pulak called off last minute. Unit yang paling hot adalah Sri Pelangi Condo, dengan 68 pembida. Dari harga 150k, naik kepada 336k. Seterusnya, unit di Puchong yang aku bida untuk Azfar. Dengan 55 pembida, harga bermula dari 144k. Aku layan sehingga 270k sebelum harga mati pada 308k. Seterusnya Condo di Puchong Perdana yang bermula dari 109k dengan lebih 30 pembida, akhirnya jatuh pada harga 198k. Harga gila tidak berhenti di situ sahaja. Lelongan2 unit lain terus mencatatkan harga gila. Harga CIMB Mega Auction. Flat Kg Lindungan yang Hafizan bida, dari 47k naik kepada 76k. Seksyen 17 yang Hafiz Kamarudin bida, dari 155k naik kepada 258k. Lot Tanah yang aku bida untuk Wan Azmi, dari 112k naik kepada 302k dengan lebih dari 40 pembida. Flat Seksyen 24 yang Hafizan bida, dari 68k, naik kepada 110k. Tiada hasil hari ini.







Pukul 3 petang, aku ke Subang Delima, dengan Hafiz Kamarudin. Dia nak follow aku, nak jumpa dengan Samsul Brunsfield. Misi hari ini, adalah buka rumah. Unit dimenangi pada 26 April lepas. Satu notis telah diletakkan 2 minggu lepas, dan telah diambil penghuni. Satu lagi diletakkan baru2 ini, dan masih berada ditempatnya. Selain beberapa pemerhatian lain, kami buat keputusan untuk buka rumah, setelah diambil kira pemerhatian yang dibuat sebelum ini. Potong mangga, tiada masalah, buka kunci gril ada masalah sikit, tapi Hafiz Kamarudin dah selesaikan. Buka tombol tiada masalah. Bila buka rumah, ada masalah. Rumah masih ada barang2 dan ada bukti penghuni masih tinggal di situ. Pada aku, bukan masalah besar, tapi tetap masalah la. Kita tukar kunci, lekat notis baru dan pergi minum. Sebelum ini, 2 notis yang diletakkan di tulis oleh Samsul Brunsfield. Kalau aku yang tulis notis, it will be a simple notice, 2-3 ayat sahaja. Yang penting tulis no phone aku untuk penghuni hubungi aku. Samsul Brunsfield pulak, tulis 2-3 perenggan, dah jadi satu surat. Dengan ayat seperti, semoga sihat walafiat hendaknya, ….semoga proses pertukaran pindahmilik nama berjalan dengan aman damai hendaknya, serius kelakar.. hehehhe.. tapi tak salah bro.. cuma skema dan pada aku kelakar la.. heheh. Aku tunggu2 juga bila penghuni ni nak call. Pukul 8 malam, baru dapat satu call. False alarm. Ada orang call tanya aku ada lagi tak unit lelong kat Subang Delima, dia nak cari yang lower floor. Pukul 10.30 malam baru penghuni call aku, marah2. It,s the same case macam aku pernah buka rumah Penara Engku Bujal dahulu. Kes Engku Bujal tu, rumah di sewa oleh Cikgu dan kebetulan masa tu cuti sekolah. Sebab itu 2 minggu tiada orang di rumah, dan aku sangkakan dah tiada orang duduk. Macam kes yang sekarang ini, Unit di huni oleh pasangan suami isteri. Isteri kerja kilang, dan kadang2 tak balik rumah, tidur di kilang disebabkan sekarang ini, suaminya berada diluar Negara. Notis yang diletakkan tidak dibaca, semua letak tepi, nak bagi kat suami. Dia ada dapat notis lelong, tapi bila ditanya pada owner, owner kata dah selesai, dan boleh terus duduk dan bayar sewa. Baru2 ini juga suami dia dah bayar 3 bulan sewa. So, aku datang jumpa dia, bagi kunci, dan bagitahu dia situasi sekarang, yang Samsul dah beli dari lelong. Hari ini, aku dapat call pemilik sebelum ini. Dia agak terkejut yang bank telahpun melelong rumahnya, tanpa pengetahuan dia. Isunya, mungkin bank hantar notis ke alamat terdahulunya, dan dia dah tukar no phone lain. Apapun, dia nampak ok. Aku dah explain harga yang dibeli, dan dia akan dapat certain amount dari pembelian ini. Dulu dia beli pada harga 80k sahaja. Lain2 hal akan diselesaikan minggu depan.




Petang ni, nak ke Seksyen 15 untuk buka rumah Cengkok pula.

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com