Sunday, June 30, 2013

Lelongan Akhir Bulan June 2013

Kebelakangan ini, aku makin sibuk. Makin banyak nak kena turun lelong. Ada pertambahan client dari geng Proton, UMW-Toyota dan Petronas. Dari geng Petronas sahaja, ada geng dari Petronas Carigali-Hess dan Petronas Carigali. Bila kita menang, kita seronok, kita kongsikan dengan kawan2. Akhirnya yang akan pergi bida, aku juga.. heheh.. 20 June, aku turun ke Leong Auctioneer untuk membida satu unit untuk Hafizie. Masih lagi dalam misi mendapatkan hartanah lelong kedua yang belum kesampaian. Satu unit di Shah Alam akan menjadi taruhan untuk di bida. Lelongan di Amcorp Tower. Unit paling hot adalah unit di Menara Sri Damansara dengan harga reserve 200k, lebih kurang 22 pembida. Akhirnya menjadi 330k. Aku bida untuk satu unit di Shah Alam dengan harga reserve 50k sahaja. Rupanya 3 pembida. Tak boleh selesai luar, kita selesai dalam. Dari harga reserve 50k, naik lebih 60k, aku masih melawan. Dengan angkatan terakhir aku pada 66k, Yusri menang pada harga 68k. Tidak berjaya. Kita cuba lagi. Tengaharinya, jumpa member Samsul Brunsfield, yang berminat dengan hartanah lelong. Lunch dengan Azri dan Munir di KLCC. Insyaallah nanti kita cari property untuk korang.


Jumaat, 21 June, aku turun ke JTR sementara Remy ke PAH. Remy membida untuk Brader X. Kita mengharapkan nasib baik, atau mengharapkan ‘boleh bincang’. Kemenangan 28 May pada harga reserve 40k diharapkan boleh berulang kembali. Punah harapan bila ada ramai pembida, 8-9 pembida dan tak boleh bincang. Dari harga 40k, naik kepada 55k. Di JTR, kononnya nak bida 2 property untuk Brader Cengkok. Apt Suria called off last minute. Jadi, kita bida satu unit sahaja, di Sg Buloh. Kita mengharapkan tak ramai pembida, dan boleh bincang juga, tapi ada 9 pembida. Lawan tetap lawan, walaupun Nampak macam nak kalah. Dengan harga reserve 120k, sebuah unit townhouse berkeluasan 1500sqft, kita lawan. MV yang cengkok check, lebih kurang 180k. Semestinya kita akan bida harga yang lebih rendah dari itu. Unit paling hot adalah Residensi Bistaria. Beberapa hari terdahulu, satu unit Residensi Bistaria di lelong pada harga 170k dan tiada pembida. Maka, semestinya harga akan menjadi 153k pada lelongan akan datang. Hari ini, harga reserve 130k sahaja. 22 pembida, dari 130k, naik kepada 205k. Power.. power… client aku Syed Zukri pun beli subsale pada harga 190k sahaja. Berbalik kepada Townhouse Sg Buloh, dengan 9 pembida, dari harga 120k, naik melepasi 150k.. melepasi 160k.. melepasi 180k.. akhirnya mati pada harga 184k. Kalah la.. apa lagi..


Petang Jumaat aku gerak balik JB lagi… menghadiri majlis perkahwinan sepupu aku over the weekends. Kalau balik JB, memang makan sahajalah. Mee Rebus Hj Wahid, Sate Abang Razak, Ais Jagung, Otak-otak, Murtabak Gazebo, Nasi Beriani Hotel Pan Pacific dengan kambing panggang, Rojak Asma Kg Melayu.. malam merayap pergi Mustafa Centre. Hari Isnin dah mula lelong semula. Malangnya, semua yang nak di bida untuk hari Isnin, dah called off. Hari Selasa 25 June pula, aku ke PAH untuk membida bagi pihak Brader Cengkok lagi. Satu unit Apt di Seremban pada harga 60k. Kita flexible. Boleh accept dan boleh offer. Hari ini, Nampak macam kita nak kalah, kita accept. Tapi bile lelongan bermula, deal pecah. Kita lawan. Aku cuma angkat sehingga 80k sahaja. Kalau ikut kata Cengkok, MV sekitar 115k. Kita kalah pada harga 106k. Selesai lelongan, lepak warung belakang PAH dengan Ah Boon, Ah Chin dan kawan2. Patrick Wong dan Danny pun ada sekali. Katanya lelongan Ambank  6 July nanti banyak yang called off. Kecewa juga mendengarnya. Petangnya aku ke Plaza Permata untuk membida bagi pihak Nasir Kia. Sebelum pukul 1 aku dah check dengan pelelong. Unit masih aktif. Nasir Kia dah usha rumah, ok katanya. Dah tanya jiran di kedua-dua belah rumah. Pukul 1.30 baru aku buat bank draft, depan Plaza Permata. Siap buat bank draft, naik atas, unit baru je called off. Macam haramm… hahahah… turun bawah, masuk bank, cancel bank draft, balik rumah. Kalau masih aktif juga, lebih 12 pembida yang akan membida unit di Bt Caves itu.


26 June, aku ke Heritage, untuk membida bagi pihak Izwan. Tolong kawan2. Izwan ke Ehsan untuk membida FD 66k. Izwan tewas di sana, dari 66k naik kepada 133k. Di Heritage, dari 3 yang nak di bida, 2 called off dan 1 tewas. Masih lagi tiada hasil. Namun kita akan membida lagi untuk sesi petang. Di MNP pukul 2.30 petang, aku akan membida untuk Syukur Rahman. Setelah beberapa kali mencuba, masih belum berjaya. Hari ini dia tak dapat join turun lelong, Cuma sempat lunch dengan aku di Megan Avenue sahaja, untuk pass bank draft. Pukul 2.00 aku naik ke MNP, register last minute, pukul 2.30 petang lelongan bermula. Kita harapkan reserve price, dan kita berjaya dapatkan pada harga reserve. Pada harga 40,300.00, Syukur Rahman berjaya mendapatkan satu unit di Taman Pendekar. Kalau dia ada lagi unit di sana, kita boleh panggil dia, Pendekar Syukur. Di NCM pula, lelongan bermula pukul 3.30 petang. Aku bida satu unit untuk Brader X, satu unit di Ampang. Kita tewas juga. Di Tancorp, Abang kepada Asmadi, geng Proton, masuk satu unit di Puchong Perdana. Dari harga reserve 18k, dengan lebih kurang 12 pembida, tewas pada harga 38k.


27 June, ada satu lelongan sahaja untuk aku bida. Di NCM. Kita yakin boleh menang. Dengan harga yang tidaklah rendah sangat, tapi masih di bawah harga pasaran, aku yakin tidak akan menarik ramai pembida. Aku membida untuk geng Petronas. Semakan sebelum pukul 1, masih aktif. Tengaharinya, aku pergi buka rumah Radzuan Razali dahulu di Seri Kembangan. Menurut kata Radzuan, rumah puaka.. hheheeh.. Nak buka rumah tak susah. Tapi sampah sarap memang banyak gila. Selesai di Seri Kembangan terus shoot ke NCM. Sesampai di NCM, sudah called off. Kecewa…. Kecewa.. kita cuba lagi esok untuk lelongan terakhir bulan June.


28 June, kebanyakan tumpuan pada lelongan MBSB di NCM. Pagi aku ke Ehsan untuk lelongan Ambank. Aku membida satu unit untuk Fikri. Satu unit di Pantai Dalam dengan harga reserve 60k. Dengan 12 pembida, aku dah berhenti melawan pada harga 93k. Harga terus meningkat sehingga akhirnya mati pada harga 131k. Selesai lelongan, lepak sebentar dengan kawan baru, Mat Salleh. Aku minta tolong dia ke JTR petang ini, sementara aku akan ke NCM. Lelongan di JTR lebih baik, bila unit masih aktif. Walaupun ada 8-9 pembida, akhirnya unit di Kajang, yang bermula dari harga reserve 70k, di menangi pada harga 94k. Tahniah untuk Azlie. Setelah beberapa kali mencuba baru berjaya. Di NCM, setelah aku buat bank draft tengahari, dengan pengesahan unit masih aktif sebelum pukul 1, sesampai di NCM unit dah called off. Dari 70 lebih unit yang dilelong oleh MBSB, hampir kesemuanya called off. Aku rasa tak sampai 10 pun yang masih aktif.



Bulan June, mencatatkan 7 kemenangan. Dengan nama2 power seperti Brader Cengkok, Brader X, Samsul Brunsfield, Hanan selain pemain2 hartanah lain yang masih lagi akan mencuba nasib bulan July nanti, seperti biasa, aku akan sibuk gila babi lagi. Sabtu kita layan bola dulu.. JDT tidak bernasib baik. Kawan orang Johor. Kawan tetap sokong Johor.