Wednesday, July 31, 2013

Lelongan Bulan July 2013

Bulan July ini, kes lelongan agak slow. Tidak banyak lelongan yang aku hadiri. Salah satu sebabnya, tidak banyak listing hartanah yang menarik untuk aku bida. Aku mula turun ke tempat lelongan pada 15 July yang lepas, lelongan Mahkamah Tinggi KL. Sebelum ini, Mahkamah Tinggi KL membenarkan authorized Real Estate Negotiator untuk membida bagi pihak pembida. Tetapi, bermula 15 July, hanya agent yang memiliki lessen E sahaja, dibenarkan mewakili pembida, sama seperti Mahkamah Tinggi Shah Alam. Lantas menutup peluang aku untuk membida bagi pihak Arif, yang berada di Kelantan. Pun begitu, aku masih berminat untuk mengetahui keputusannya. Satu unit pangsapuri dengan harga rizab 120k, dengan market value sekitar 160k, yang terletak di Shah Alam. Walaupun dengan undang2 baru, 10 orang yang dah masuk ke bilik lelongan untuk membida. Keputusannya, di bida pada harga 170k. 16 July pula, sepatutnya Nasir Kia akan turun sendiri ke Mahkamah Tinggi Shah Alam bersama aku untuk membida satu unit di Gombak. Last minute punya decision, dia tak dapat turun, atas urusan kerja yang memerlukan dia keluar dari KL. Kalau aku boleh wakilkan dia, kita boleh lawan.. apakan daya..



22 July, aku turun ke NCM untuk lelongan Maybank. Hanya satu unit yang akan di bida. Satu unit di Puchong pada harga 34k sahaja, dengan market value sekitar 100k. Cuma hartanah ini, tunggakannya agak banyak, selain ianya perlu dibaik pulih dengan kos sekitar 5k. Jadi, kita tak boleh bida pada harga melebihi 50k. Mewakili Brader Hanan, aku jangka ada saingan juga. Dengan lebih kurang 8 pembida, dari 34k, naik kepada 70k. Hartanah ini, boleh tahan sebenarnya. Sebuah medium cost apartment berkeluasan 750sqft, pada harga reserve 34k sahaja, siapa yang tak terliur. Kita kalah, dan kita akan meneruskan pencarian seterusnya. 23 July, aku ke PAH untuk membida bagi pihak Hafizie. Setelah banyak kali mencuba area Shah Alam selain beberapa kawasan hot lain, dan gagal, Hafizie mengubah area, untuk mencari pembaharuan. Kawasan Saujana Putra yang tak kurang hot nya menjadi pilihan hari ini. Dengan harga reserve 55k, ada saingan 1 lawan 1 dengan pembida lain, dan kita menang pada harga 61k. Di PAH juga, satu unit Casa Riana pada harga reserve 150k dilelong, dengan sambutan yang hangat. Kalau tahun lepas harga lelong yang dimenangi untuk Casa Riana ini pada harga sekitar 180k, walaupun harga reservenya 100k sahaja, kali ini, dengan harga reserve 150k, ianya di bida pada harga 215k.



24 July, sesi pagi, Rosman ingin membida satu unit di Kota Kemuning. Bulan lepas dia dah berjaya dapatkan satu unit di situ pada harga reserve 70k. Hari ini, satu unit di lelong pada harga 55k, cuma ianya di tingkat yang lebih tinggi. Jadi, kita rendahkan budget kita. Aku tak dapat turun, ada urusan dengan peguam. Aku wakilkan Remy, yang juga akan membida untuk unit lain. Dari risikan awal, Remy tak jumpa ada pembida lain untuk unit Kota Kemuning ini. Bila lelongan bermula, rupanya ada walk in bidder yang kita tak perasan. Kita tewas pada harga 72k. Cuba lagi Rosman. Remy juga tewas pada sesi pagi ini. Di sesi petang, aku turun ke PAH untuk membida bagi pihak Brader X. Beberapa bulan yang lalu, bila Brader X mula main semula di area Puncak Alam, kita bernasib baik dapat beli pada harga reserve. Selepas dari itu, kita tidak lagi bernasib baik, termasuklah hari ini. Dari harga reserve 43k, kita kalah pada harga 64k. Malah, unit dengan harga reserve 80k di Puncak Alam juga telah disapu bersih.


Seterusnya, 29 July, aku turun ke Pro Auction House untuk membida satu unit di Putrajaya dengan harga reserve 130k dan satu unit di Damansara Perdana untuk Izwan Latiff dengan harga reserve 110k Aku datang dengan pembida, yang first time turun ke tempat lelongan, dan first time mencuba untuk membida hartanah lelong. Puan Azureen yang turun bersama adiknya, agak rileks. Cubaan pertama tidak semestinya berhasil. Pro Auction House, macam biasa, kata start pukul 3, menghampiri 3.30 petang baru mula. Unit Putrajaya, 9 pembida. Dari harga reserve 130k, kenaikan pertama kepada 132k dengan setiap kenaikan 2k, pembida pertama terus memanggil pada harga 140k. Bidaan terus sengit melepasi harga 150k, melepasi 160k dan akhirnya mati pada harga 168k. Ianya dimenangi pada harga sekitar market value, oleh client Halim. Seriously, daripada beli lelong pada harga market value, baik beli daripada subsale. Damansara Perdana, dengan harga reserve 110k, 4 pembida, last aku angkat pada 128k, sebelum Halim memintas pada harga 130k dan memenanginya. Tewas kedua-dua unit yang di bida, untuk hari ini.


30 July, sesi pagi di Wisma MPL untuk lelongan Affin Bank oleh Heritage Auctioneer. Bilik lelong yang boleh memuatkan sekitar 50 orang, dengan bilangan kerusi lebih kurang 40, penuh sesak hari ini. Anggaran sekitar 100 orang yang hadir. Unit yang hot, adalah unit2 di Rawang dan Bukit Subang. Aku membida untuk Hanan lagi pagi ini. Satu unit di Sg Buloh, pada harga reserve 40k, hasil risikan awal, aku tak temui pembida lain. Macam ada harapan reserve price. Unit yang aku nak bida, lot 44, lot yang terakhir sekali. Sabar menunggu sehingga semua unit2 lain di bida. Bila tiba saat membida, rupanya, ada 2 pembida. Kita lawan. Dengan budget yang tak tinggi mana, kita tewas lagi, pada harga 52k. Sesi petangnya, aku ke Sejahtera Auctioneers di Taman Maluri. Sebelum ini, lelongan Affin bank banyak di monopoli Ehsan Auctioneers, Heritage Auctioneers, Property Auction House dan Tancorp. Monopoly itu telah pecah sekarang. Bukan sahaja Affin Bank, malah bank2 lain juga. Masalahnya, bila pelelong mengendalikan lelongan di pejabat mereka, dan kebanyakan bank suka membuat lelongan di akhir bulan, susah untuk agent macam aku untuk mengatur orang untuk pergi ke semua tempat lelongan. Macam petang ini, ada lebih kurang 5 lelongan diadakan di 5 tempat berlainan untuk sesi petang. Lelongan petang ini, aku bida untuk brader X yang belum berputus asa mencuba nasib di area Puncak Alam. Dengan harga reserve 44.5k, kita cuba juga. Menang belum tentu, dan kalau ikut rekod 3 bulan terkini, memang susah kita nak dapatkan unit di Puncak Alam, below 50k. Nasib kita baik hari ini, kita menang.. kita menang yo… dengan harga reserve 44.5k. Ini adalah hartanah yang ke dua brader X untuk tahun ini. Aku rasa dia nak beli lagi tahun ini. Aku tunggu .. heheh.



Hartanah yang dimenangi hari ini, di bida tanpa di survey terlebih dahulu. Dalam kes pelabur regular aku, ini perkara biasa. Kalau boleh, jangan jadikan habit. Hanya mereka yang berjiwa kental, boleh buat. Kental tak sangat la sebenarnya, sebab pada akhirnya, nanti aku juga yang kena selesaikan.. heheh. Malamnya, brader X pergi usha unit tersebut. Ada orang.. dan orang tersebut adalah pemilik unit tersebut. Yang ada di rumah cuma anaknya, jadi, brader X ambil no phone owner. Selepas usha rumah, brader x datang lepak dengan aku pula. Takpe, kita selesaikan selepas Hari Raya nanti. Bagi owner raya dulu. Brader X tidak datang dengan tangan kosong.. ada hamper raya untuk aku. Bapak besar punya hamper raya. Terima kasih.



Bulan July dah selesai. Hanya 2 kemenangan dicatatkan. Kita sambung acara lelongan selepas cuti raya pula, walaupun listing tak banyak lagi keluar.