Wednesday, October 23, 2013

Cerita Lelong

Salam.. lama tak jenguk blog. Kadang2 macam tu lah.. malas nak update. Datang aku punya malas, 2-3 bulan juga tak update. Kawan2 pun dah tanya, bila nak update blog. Masalah terbaru, laptop aku rosak. Screen problem. Laptop dah tua, dah dekat 5 tahun aku pakai. Nak beli screen baru, malas, nak cari sparepart, lama aku tunggu, dekat seminggu hantar kedai, takde lagi dapat spare partnya. Last2 aku trade in je. Banyak cerita, banyak yang berlaku, banyak juga yang menang, lagi banyak yang kalah. Sambungan ringkas dari cerita sebelum raya puasa dahulu, aku dan Brader X dah pun berjumpa dengan owner asal unit di Puncak Alam tersebut, dan owner masih mahukan unit tersebut, untuk dia tinggal. Masalah timbul bila dia nak keluarkan duit epf, tapi bank tak bagi masa yang mencukupi untuk dia melakukan pengeluaran, maka, disebabkan itu, unitnya terlelong. Owner asal setuju untuk bayar pampasan kepada Brader X, dan, dia akan selesaikan masalahnya dengan pihak bank. Brader X pun terpaksa lah mencari unit lain. Bukan kerja senang. Sebelum raya puasa, iaitu pada bulan May dan bulan July, aku dah dapatkan 2 unit untuk Brader X dengan harga yang cantik. RM40,500.00 pada bulan May, dan RM44,500.00 pada bulan July. Selepas raya, tak dapat dah harga below 50k. Pada lelongan CIMB bulan August, harga dah mula cecah 102k untuk lelongan Mega CIMB. Lelongan di pejabat pelelong, dah cecah 70-90k, dan bulan September dan Okt, lelongan Mega CIMB, harga dah cecah 102k kembali. Walaupun misi mustahil, kalau ada lagi, kita akan cuba juga.

Bulan August, bulan Raya, bulan kemerdekaan, tak banyak unit yang aku masuk. Yang betul2 aku masuk lawan cuma 8 unit sahaja, dari 40 unit yang sepatutnya masuk, akhirnya called off. Itu pun menang satu sahaja. Yang menang satu itu pun, memang dah tahu menang pun, sebab client tak bagi budget. Dia kata, lawan sampai menang. Bulan September, pula menang 6 unit. 6 September, hari Jumaat, aku ke Land Office Klang untuk membida satu unit untuk member Zam Lokman. Remy juga turun ke Land Office Klang. Disebabkan kereta aku rosak, aku pergi dengan Remy. Hasilnya, kedua2 unit berjaya di bida.  Bulan Okt, di mulai dengan Lelongan Mega CIMB. Tahun ini, aku tak pernah lagi menang unit di lelongan Mega CIMB. Punyalah payah nak dapat unit2 CIMB. 12 Okt, lelongan Mega CIMB, aku masuk 4 unit untuk Hafizie, dengan harapan dapat 2 pun cukup lah. Satu called off, tinggal 3. Unit di Seksyen 24, dengan harga reserve 68k, tewas pada harga 96k. Unit di Seksyen 17, yang mana, bulan March tahun lepas, aku pernah menang untuk Brader X tapi dia tak teruskan pembelian, menyebabkan unit di lelong semula, dan 2 kali tiada pembida. Hari ini, harga reserve 52k sahaja, mula menarik ramai pembida. Tewas pada harga 75k. Dan unit terakhir untuk aku bida, Seksyen 25 pada harga 63k, menang pada harga 65k. Baru lah merasa menang unit di lelongan Mega CIMB untuk tahun ini. Ada satu kes yang menarik perhatian orang ramai di tempat lelong bila ada pembida yang beremosi. Wujud isu nak saman bank, nak saman pelelong, nak report polis selain maki hamun. Banker aku, Kamaldep pun asalnya nak bida unit ini, nasib baik tak jadi. Rakan agent lain, ada yang masuk membida unit ini, dan merasa bahangnya. Ringkasan isunya, sekitar pertengahan tahun 2000 lebih kurang, unit ini di beli secara subsale, beberapa tahun kemudian, proses tukar nama masih belum dilakukan, tapi owner asal di isytiharkan bankrap. Proses tukar nama tidak dapat dilakukan. Kemudian, owner asal pun dah meninggal, dan tahun ini pula, unit tersebut pun masuk lelong pada harga 140k. Harga yang di jual secara subsale adalah 90k. Bila dah masuk lelong, mula panas. Akhirnya, di beli oleh pembeli subsale tersebut, pada harga 182k. Jarang2 dapat tengok drama panas macam ni. Pernah jugalah 4-5 kali. Tapi tak sepanas ini.


Semalam aku turun lelong di Amcorp Tower untuk Nasir Kia. Cubaan kali ke berapa, aku pun dah tak ingat, masih belum berjaya. Di PAH, unit telah called off, di Leong, dari harga 36k, dengan 7 pembida, tewas pada harga 63k. Hari ini, aku ke Ehsan Auc, untuk menemani pembida, Uncle Vijayan datang sekeluarga untuk anaknya Danny membida satu unit di Jenjarom. Aku baru kenal dengan Uncle Vijayan bulan Sept yang lepas. Dia menang satu unit di Jenjarom pada harga reserve 50k, unit bumi lot. Kononnya aku nak masuk membida untuk Hafizie, tapi last minute Hafizie tak nak. So, aku datang untuk mewakili client Izwan Latiff, dan menang reserve satu unit di Desa Mentari. Saja aku tegur, sebab dia dah menang. Rupanya wife dia bumiputra Sarawak, sebab itu boleh beli. Katanya dia nak cari unit lagi di situ, kalau ada lagi, untuk anaknya. Ada juga satu dua unit kemudian, tapi called off. Dan hari ini, satu unit double storey akan di bida. Masalahnya si budak emo, Hafiz Kamaruddin pun nak masuk juga. Atas semangat setiakawan yang tinggi (Heheheh), kita bagi Uncle Vijayan menang unit ini. Unit di menangi pada harga 294k. Takpe Hafiz, ada 2 unit lagi di Jenjarom yang kau boleh masuk…



Total kemenangan untuk tahun ini, sudah 35 unit berjaya di bida. Sasaran adalah 50 unit. Dapat menang 40 unit pun dah kira bagus. Dengan baki lebih kurang 2 bulan lebih lagi, misi mencari untuk client2 seperti Hanan, Norman, Azureen, Cengkok, Brader X, Dr Ahmad Rahman, Ahmad Ariff, Faruqy, Hafizie, Abdul Syukur, Samsul Brunsfield ( Kau nak cari lagi kan?? Hehehe), Nasir Kia, Khairul Ariffin, Kamaldep dan lain2, akan di teruskan. 


Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com