Sunday, December 15, 2013

Cerita Leong Bulan Nov dan Awal Dec 2013

Ini cerita bulan lepas.
Cerita pasal lelong, dari January sehingga awal Disember, total 37 unit telah dimenangi. It’s within target. Target sebulan 3-4 kemenangan atau lebih kurang 40 unit setahun. Target yang agak moderate, tidak terlalu tinggi. Tapi untuk mencapai 40 unit setahun itu, lebih dari 400 unit setahun perlu di bida. Bulan November agak kurang memberangsangkan. Banyak unit yang called off. Lelongan CIMB Mega sebagai acara tetap membuang masa, menyaksikan status tetap, kalah. Unit Medium Apt Flora Damansara 85k yang selalunya boleh dimenangi pada harga di bawah 130k, naik pada harga 155k selain Bukit OUG yang naik dari 275k kepada 370k. Putra Intan di Dengkil juga hebat, dari 90k naik kepada 158k.



18 November lepas aku turun ke NCM bersama Norman untuk membida satu unit di Puchong Permai. Aku pernah membida untuk diri sendiri pada harga sekitar 80k, pernah membida untuk Azhar Zain pada harga sekitar 90k, dan untuk Cengkok pada harga sekitar 110k. Unit pada kali ini, dengan harga reserve 160k adalah unit non-bumi. Kita dah budget power, lebih dari 180k. Harapan memang tinggi untuk menang. Norman masih belum berjaya mendapatkan unit lelong untuk tahun ini. Walaupun ada 5 pembida kesemuanya, dan hanya kami pembida Melayu, itu bukan masalah. Aku yakin boleh menang. Bila bidaan bermula, rupanya kita tewas tipis. Memang last aku angkat 190k, tapi pembida lain angkat lagi pada 192k. Bukan rezeki lagi untuk Norman.


21 Nov pula, ada lelongan sebelah pagi di PAH. Aku collect bank draft pukul 10 pagi dari Azureen di Jln Sultan Ismail dan terus gerak ke PAH. Azureen datang menyusul tak lama kemudian. Satu unit di Seksyen 16, Shah Alam akan di bida. Bulan Okt, unit dilelong pada harga 115k, tetapi tiada pembida. Azureen kata dia dah tengok rumah. Aku yakin dengan pemerhatian dia, dan kita teruskan untuk membida. Di PAH, tidak lah ramai sangat orang yang datang membida, dan kalau ramai pun, unit di Melaka, yang menyaksikan Yob datang bersama Ruhaifi. Kalau musim cuti sekolah barulah dua2 budak ni datang sekali, kalau tidak, boleh Nampak salah sorang sahaja. Unit di Melaka start dulu, dan Yob dan Ruhaifi tewas lagi. Untuk unit Seksyen 16, Azureen berjaya mendapatkan pada harga reserve, 103.5k. Dengan market value sekitar 150k, ianya satu pelaburan yang agak berbaloi. Dah lama mencuba, lebih dari 10 percubaan, baru kini berjaya. Tahniah.


28 Nov pula aku ke Sabak Bernam Land Office untuk membida satu unit landed dengan harga reserve 40.5k. Sabak Bernam.. peerrghh.. boleh tahan jauh. Pukul 6.30 pagi aku gerak, dari Puchong menuju ke Lebuh Raya Guthrie dan keluar untuk ikut Jalan Persekutuan No 5. Dekat2 pukul 9 baru sampai Sabak Bernam. Jumpa Zam Luqman di Petronas dan gerak ke Land Office untuk breakfast dulu. Selesai breakfast baru gerak nak pergi register. Bila sampai tempat lelongan, agak mengejutkan juga, bila ramai agent2 KL yang aku jumpa di sini. Aku sangkakan, laluan mudah untuk menang harga reserve, rupanya laluan sukar dengan 19 pembida.  Bila lelongan bermula, Zam Luqman tunggu luar, aku masuk dalam bilik lelong. Kenaikan pertama di tetapkan pada harga 45k, dengan setiap kenaikan 5k. Dengan market value sekitar 60k sahaja, memang itulah harga yang last aku angkat, sebelum dipintas dan akhirnya dimenangi orang lain pada harga 70k. Boleh tahan bosan juga perjalanan balik aku, sebab kalah. Tapi ianya pengalaman yang menyeronokkan, sebab aku dah berhasrat untuk membida di luar kawasan untuk diri aku sendiri, kalau ada yang sesuai.

Awal Disember, aku sempat turun ke Lelongan Mega Affin Bank. Tempat yang mengimbau kenangan lama, sebab dah lama tiada lelongan di adakan di Renaissance Hotel. Dulu2 RHB Bank akan buat Mega Auction, setanding atau sebenarnya lebih gah dari CIMB Bank. Sebabnya, deposit sama, 5%, tapi pelelong ada 4-5 pelelong di bilik yang berlainan, dengan lebih kurang 500 unit dilelong pada satu hari berbanding CIMB Mega Auction yang cuma ada 2-3 pelelong. Jumlah hartanah yang lebih banyak, dan area yang memang terbaik. Yang menjadi tumpuan selalunya Penara dengan harga reserve 40k, dengan sekali lelong ada 3-4 unit yang kadang2 menarik 30-40 pembida. Tapi bila RHB rajin called off, tiada lagi acara Mega Auction yang RHB jalankan. Hari ini, Affin Bank pula buat Mega Auction di sini. Dengan 5 pelelong di 3 bilik berasingan. Aku cuma masuk untuk lelongan Tancorp dan PAH. Ceritanya, aku dah set alarm di smart phone, tapi aku bangun lambat juga. Pukul 9.08 pagi baru aku terjaga, menggelabah beruang. Lelong pukul 10 pagi bai… Hal bank draft, dokumen berkaitan memang aku dah selesaikan. Siap mandi, capai beg terus gerak. 2-3 minit sebelum pukul 10 baru aku sampai untuk register di Tancorp, dan terus ke PAH untuk register lagi. Nasib baik sempat. Daripada 3 yang aku masuk, cuma satu yang mengena. Nasir Kia, yang juga dah banyak kali mencuba, baru hari ini berjaya dapat satu unit, apartment di Balakong pada harga 46k.  Unit lain yang tak berjaya di bida adalah unit di Subang Suria, pada harga reserve 56k yang naik kepada 127k, dan unit di Subang Impian untuk Samsul Brunsfield yang tewas tipis. Ramai jumpa kawan2 di sana, dan ramai yang mencatat kejayaan juga. Tahniah.. tahniah..



Sabtu 14 Dec, lelongan Mega CIMB di adakan kembali, dan aku membida 6 unit. Hal bank draft dah aku selesaikan 2-3 hari sebelum. Cuma player macam Hafizi Manan yang selalu bagi funds last minit, aku cuma bawa cash pada hari lelongan. Small amount sahaja, sebab unit2 pilihan dia dalam range harga 60k ke bawah. Jadi, aku yakin boleh bagi cash sahaja di hari lelongan. 4 unit untuk PAH dan 2 unit untuk NCM. PAH akan memulakan lelongan pukul 10.00 pagi. Pukul 9.30 pagi aku sampai, tapi barisan untuk pendaftaran dah panjang gila. Macam biasa, petugas PAH kelam kabut nak register, pendaftaran untuk tunai tidak di benarkan. Jangan kalut, kena cool. Aku daftar dahulu dengan bank draft, 2 unit yang aku nak register tunai aku kiv kan dulu. Lepas tu baru cari bank draft. Dah jumpa bank draft, baru register semula 2 unit lagi. Selesai pendaftaran untuk PAH, beratur lagi untuk pendaftaran dengan NCM. Dari 6 unit yang aku nak masuk ni, ada beberapa yang aku rasa boleh menang. Rasa je..

Lelongan PAH hanya bermula pada pukul 11.00 pagi. Satu unit di Kajang yang aku bida untuk Akhi, dengan harga reserve 50k, ada 5 pembida. Tewas pada harga 65k. Satu unit di Seksyen 25 dengan harga reserve 64k yang aku bida untuk banker aku Kamaldeep, ada 9 pembida. Tewas pada harga 92k. Menunggu giliran seterusnya sampai mengantuk, akhirnya tiba giliran untuk membida satu unit di Seksyen 19 Shah Alam. Dengan harga reserve 40k, 5 pembida, tewas lagi pada harga 70k. Seterusnya, membida untuk Salwana yang juga member Wida (Wida yang introduce), dan juga rakan sekerja Cengkok di TNB. Satu unit di Taman Melati pada harga reserve 90k, dengan 12 pembida. Tewas juga pada harga gila,156k. Harga2 unit lain pun boleh tahan gila. Satu unit low cost di Ampang/Ulu Kelang berkeluasan 500+sqft, Kelumpuk Mawar, naik sehingga 176k. Satu unit di Menara Alpha, harga reserve 240k, aku suruh Norman masuk. Dia tak berani, sebab hits dalam lelongtips tinggi, selain non-bumi lot. Kita expect ramai yang akan masuk, dan harga akan jadi tinggi. Mulanya memang ramai yang masuk, tapi akhirnya disqualified sebab pelelong nyatakan pada saat akhir ianya Bumi Lot. Tinggal 2 pembida sahaja. Salah satu pembida juga non-bumi, yang juga akhirnya menarik diri. Last2 tinggal pembida tunggal Melayu yang dapat pada harga reserve 240k. Rugi.. rugi.. tak masuk.


Lelongan NCM bermula lebih kurang 12.30 tengahari. Aku masuk untuk Khairi, untuk satu unit di Dengkil. Dengan harga reserve 72k, 22 pembida, harga permulaan yang Mr Foong tetapkan pun 90k. Sempat la 2-3 kali angkat sebelum harga melebihi 100k dan akhirnya mati pada harga 140k. Unit terakhir yang aku bida, satu unit di Seri Kembangan dengan harga reserve 38k dengan 5 pembida. Akhirnya mati pada harga 56k. Tewas juga. Lebih kurang 1.45 petang baru lelongan selesai termasuk urusan pemulangan bank draft. Seperti biasa, Lelongan Mega CIMB adalah acara tetap membuang masa yang menjanjikan harapan tipis untuk menang. Tapi tetap kena cuba.



Minggu yang mendatang sehingga hujung bulan, aku tetap akan turun membida. Berjaya atau tidak, belakang kira, yang penting cuba dulu.