Wednesday, February 19, 2014

Cerita Lelong Awal Tahun

Assalamualaikum. Apa khabar kawan2.. semoga sihat hendaknya. Cerita hartanah tahun 2014 tak lari jauh dari tahun2 sebelumnya. Walaupun pihak kerajaan dah umumkan pelbagai harga baru untuk sektor hartanah, harga hartanah tidak di kawal. Pada aku, kerajaan hanya ride along to gain something on what we’re gaining.. which is the profit. Malahan semakin besar portion yang kerajaan ambil dari tahun ke tahun. Well.. kalau kerajaan serious nak bendung kenaikan hartanah, kerajaan boleh buat restriction macam restriction low cost. Naikkan taraf restriction dari low cost kepada medium pulak. Tapi, biarlah.. mana2 pun, aku tak kisah. Bukan dalam kawalan aku.

Setakat ini, aku masih kekalkan modus operandi aku seperti 2 tahun kebelakangan ini. Malahan aku semakin selesa dengan SOP ini. Kalau ikutkan beberapa tahun dahulu, aku nak bersara pada umur yang muda. Sebelum 40 tahun. Itu pun yang kita semua impikan.. kan?? Bersara awal.. kejar impian.. apa impian tersebut?? Tapi perancangan boleh berubah.. Perancangan hanyalah guideline yang boleh berubah mengikut keperluan dan mengikut keadaan. Kalau aku bersara sekarang pun.. Apa aku nak buat?? Kalau kawan2 tanya.. Nak jawab dah bersara pada umur yang nak masuk 36 tahun ni.. Malu baii.. Macam malas la pulak.. Muda2 dah besara. Jadi.. Tekad aku.. Mulai tahun ini.. Aku akan gerak secara underground dan menjadi lebih senyap. Turun lelong.. Tetap turun.. Untuk kawan2 dan regular clients. Untuk yang nak minta khidmat nasihat, nak minta tolong bidding.. Boleh, aku tak hampakan korang.. Email je.  Turun lelong adalah disebabkan minat. Ianya satu kerja yang seronok. Dapat berjumpa kawan2 sepermainan (main rumah lelong) dan dapat tolong kawan2. It’s not really about the money.. But it’s about enjoying what youre doing. Lagipun aku takde mentality nak jadi bos. Ramai kawan2 seperjuangan 7-8 tahun lepas, yang pada hari ini dah mengorak langkah menjadi lebih aktif. Jadi bos.. jadi penceramah.. buat kelas.. dan macam2 lagi.. Bagus.. tahniah aku ucapkan. Untuk aku, aku lebih selesa turun sendiri lelong. Banyak tricks and tips yang aku pelajari sama ada belajar dari pengalaman sendiri atau dari pemerhatian di tempat lelong. Dan aku lebih selesa gunapakai pengalaman tersebut untuk diri sendiri.

Sejak January ke hari ini, baru 2 unit yang di menangi untuk clients. Bulan January baru 8 kali turun lelong, Bulan February baru 3 kali turun lelong. Sebab itulah menang pun baru 2 unit. Satu untuk Hafizie dan satu untuk Cengkok. Yang menang untuk Hafizie, sebab ikon hartanah lelong, Hafiz Budak Emo yang bagi laluan untuk aku menang. Ala.. sebulan kau boleh menang 10-20 biji.. apa barang bagi aku menang satu kan Hafiz?? Yang menang untuk Cengkok pula, sebenarnya dia target nak masuk unit lain. Malangnya 2 unit yang dia nak masuk, called off. Ada satu unit yang berharga 153k di kawasan hot, yang tiada pembida. Kalau dilepaskan begitu sahaja, dan di biarkan masuk ke lelongan seterusnya pada harga RM137,700.00.. kalau ikut pengalaman.. memang akan jadi rebutan dan boleh naik ke harga sekitar 160k. Bulan Nov 2013, harga buka 165k .. lawan sampai 191k untuk non-bumi lot. Jadi, Cengkok pun setuju untuk ambil risiko, dan kita bedallah unit 153k ini. Dahlah tak tengok unit, tak survey outstanding.. bedal saja..



Itu cerita minggu lepas.. hari ini.. lepas seminggu baru nak collect kontrak. Ada sebab kenapa kontrak lambat siap. Yang Hafizie punya pun kontrak lambat siap.. sebulan lebih baru siap.. sebab yang sama.. cuma berlainan pelelong. Masa aku nak ambil kontrak pukul 2 lebih, ada lelongan yang akan berlangsung pukul 3.00 . Ada juga unit unit yang menarik. Unit jajahan takluk Abang Braim dan di usha rapat oleh Ikon Hartanah Lelong. Tapi aku pelik, tak nampak pulak budak 2 ekor ni. Takkan taknak masuk kot.. harga dah cantik.. 100k je.. kawasan memang tak ramai peminat lelong masuk sini.. Jadi, aku pun call lah Abang Braim.. on the way katanya..  Jadi, aku pun lepaklah tunggu Abang Braim. Hafiz Budak Emo tak masuk, sebab ke tempat lelongan lain. Ada peluang Abang Braim dapat harga reserve. Margin 50-60k jugak la kalau dapat harga reserve. Memang sesuai dengan taste Abang Braim.  Dari pada risikan yang aku buat, belum ada orang register lagi unit ni. Dah dekat pukul 3 Abang Braim tak sampai lagi, aku pun tanya lah dekat pelelong, unit ni rupanya dah ada orang lain register. Kalau dah lepas pukul 3 Abang Braim tak datang, memang melepas lah. So, akupun registerkan dulu pakai nama aku. Tengah nak register, barulah Abang Braim sampai. Nasib baik sempat. Tapi budget Abang Braim tak tinggi. Beliau kalah pada harga 116k. Takpe.. takpe.. minggu depan kita cuba lagi Abang Braim.. 

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com