Wednesday, May 28, 2014

Cerita lelong Pertengahan May 2014

Cerita lelong bersambung lagi. 17 May yang lepas, CIMB Mega Auction day. Daripada banyak2 unit yang kita expect akan masuk lelong pada hari lelongan, banyak juga yang called off. Akhirnya tinggallah 4 unit sahaja yang aku bida. Itupun semuanya berakhir dengan kekalahan. Unit di Puncak Alam, walaupun dah tahu akan kalah, kita masuk juga. Cuma unit di Seri Kembangan Shop Lot dengan harga rizab 300k yang nampak macam ada harapan untuk menang. Dengan setiap kenaikan 5k, last aku angkat pada harga 500k, sebelum harga pergi lebih jauh lagi.. Akhirnya mati pada harga 600k. 

20 May, ada 7 kes lelong hari ini. Lelongan sesi pagi bermula pukul 10.30 pagi di Shah Village Hotel, PJ. Sebelum pukul 7 pagi aku dah keluar rumah.. Kononnya nak hantar anak pergi sekolah dan terus shoot ke tempat lelong. Masuk dalam kereta, enjin tak boleh start. Bateri dah habis pulak. Takde masa nak repair pagi2 macam ni. Wife aku settlekan hal anak pergi sekolah, aku naik bas U70 sampai Pasar Seni. Boleh tahan lama bas ni nak sampai KL. Pukul 9 pagi baru sampai Pasar Seni. Arrangement hari ini, Abang Brahim ke Seremban High Court, aku pass bank draft pada Hafiz budak emo di PAH, dan aku ke Shah Village. Naik LRT sahaja. Sempat sampai di Shah Village sebelum pukul 10 pagi. 4 unit sahaja di sini pagi ini. Semuanya lawan. Satu unit di Putra Perdana, yang menjadi topik bila di Mega Auction CIMB naik mencecah lebih 160k, kini di PAH dan Shah Village, naik melebihi 145k. Nampaknya harga dah semakin jauh meninggalkan benchmark yang kita tetapkan. Dalam pukul 11 pagi, Abang Brahim sampai di Shah Village. Katanya buang masa je pergi Seremban tadi, belum apa2 dah ada lebih 10 bidder. Baik lah dia cabut dulu. Dah tahu kalah awal2 lagi katanya. Satu lagi unit landed di Putra Perdana, ingatkan boleh dapat harga rizab.. Rupanya ada 2 pembida. Satu lagi pembida walk in. Maka, dari 230k, kita tewas pada harga 247k. Unit di Sg Buloh pula, dengan 4 pembida, dari 284k, kita tewas pada harga 348k. Tiada hasil untuk sesi sebelah pagi. Sesi sebelah petang, cuma satu unit. Unit Bumi Lot di Seri Kembangan dengan harga rizab 150k, dengan 4 pembida, kita tewas pada harga 200k di menangi oleh Wong Chee Meng. Last 2 months, harga yang di menangi hanya 186k. Balik Puchong naik bas juga. 


22 May, sebelah pagi aku turun ke Bangi Land Office. Baru nak sampai, Abang Brahim yang dah sampai terlebih dahulu, inform aku, unit dah called off. Cis.. Kalau tau called off, boleh bangun tidur lambat hari ni. Alang2 dah keluar, terus aku gerak ke KL. Prepare bank draft untuk lelongan petang dan lunch dengan member lama. Pukul 2 petang dah sampai di RS Maniam. Satu unit sahaja yang akan di lelong hari ini. Bumi Lot di Balakong. Dengan harga rizab 49.5k, aku expect boleh dapat harga rizab untuk Nasir Kia. Bulan Nov tahun lepas, kita dapat pada harga 46k sahaja, juga Bumi Lot. Kalau bukan Bumi Lot, memang ramai, dan boleh cecah 60-100k, mengikut tingkat. Jangkaan untuk dapat rp meleset. 4 pembida semuanya, harga akhir 64k.


24 May, Mega Auction Ambank. Tapi aku tak turun pun. Dari cerita yang aku dengar, Bukit OUG 270k hanya ada 5 pembida dengan harga akhir di menangi, hanya 280k. Menyesal tak datang. Kalau Mega auction CIMB.. Dah cecah 400k dah. 26 May hari yang bertuah. Hari ini birthday anak aku, budak Noura. Dah 8 tahun si Noura. Bawak cup cakes dan goodie bag untuk celebrate di sekolah. Aku turun Shah Alam High Court. Cerita sebelumnya, Abang Brahim nampak yakin Malaysia boleh menang Thomas Cup. Dia berada di Ipoh untuk menonton Thomas Cup. Petang Ahad, Mat Wadi pula datang Puchong hantar bank draft. Akupun sebenarnya yakin Malaysia menang. Kalau Malaysia menang, dan Isnin cuti umum, memang lelongan hari Isnin batallah. Tapi Mat Wadi tetap yakin nak hantar bank draft. Jadi aku terima sahaja. Pukul 12 malam, Abang Brahim dah gelabah. Lelongan Isnin pagi, kalau tak masuk, rugi. Terus Abang Brahim balik KL malam tu juga, jumpa aku pukul 3 pagi untuk serah bank draft. Hehehehe.. Paginya, pukul 8.30 pagi aku dah sampai Shah Alam High Court. Terpaksa import pemegang e-license untuk membolehkan kita masuk bidding. Kalah atau menang, terpaksa bayar, sebab dah import. Tapi harapan selalunya cerah kalau masuk area2 Kapar ni. Cuma hari ini, ada 3 pembida pula. Nasib baik kita menang. Abang Brahim memperoleh kemenangan kedua untuk tahun ini. Baru 2 beb.. Jauh lagi dia nak kejar target. Dari harga 105k, kita menang pada harga 110k. 



Petangnya aku ke Ehsan pula. Ada 2 unit lagi hendak di bida. Satu untuk Abang Brahim, satu untuk Mat Wadi. Abang Brahim punya start dulu. Cuma ada 2 pembida. Nampak ada harapan. Area Sepang, dengan harga 145k, kita menang lagi dengan harga 147k. Debaran untuk Mat Wadi pula. Baru masuk gelanggang lelong semula tahun ini, setelah sekian lama. Satu unit di Ampang dengan harga rizab 150k. Kalau ikut history, harga rizab selalunya sekitar 85-120k dan dimenangi sekitar 160-170k. Macam bulan lepas, harga rizab 100k, dimenangi pada harga 171k. Bukan unit Bumi, dan cuma ada 3 pembida sahaja. Memang amat jarang berlaku situasi seperti ini. Selalunya lebih 20 pembida akan masuk. Mungkin dirasakan harga rizab 150k terlalu tinggi. Tapi.. Kalau dah memang budget lebih 160k, kenapa nak di fikirkan 150k itu terlalu tinggi kan.. Jadi kita lawan.. Lawan2 pun bukan lah orang lain.. Balik2 Hafiz budak emo dan Firdaus. Keputusannya, kita menang lagi, dengan harga 154k sahaja. Percubaan pertama Mat Wadi untuk tahun ini, dan terus berjaya.


Minggu ini, perjuangan masih belum tamat. Cuma rentak direncatkan dengan semua unit yang aku nak bida di MAC Auctioneers, dah called off. Hari Khamis dan Jumaat aku akan turun kembali, untuk perhitungan terakhir bulan May ini. Sekurang-kurangnya 10 unit lagi yang kita akan bida. 

Thursday, May 15, 2014

Cerita lelongan April dan May 2014

Assalamualaikum. Sindrom malas nak update blog kembali. Walaupun sibuk dengan lelongan, banyak cerita2 menarik yang aku tak update. So, masa tengah rajin ni, baik aku update sikit. Cerita bulan April pun boleh tahan menarik. Dari 91 listing bulan April yang ingin di bida, hanya 29 yang aku turun bida, sebab selebihnya called off. Dari 29 yang di bida, hanya 4 yang berjaya di bida. 

1 April berjaya mendapatkan satu unit untuk Brader Fikri. Itupun setelah banyak kali percubaan. 10 April tewas dalam cubaan mendapatkan Menara Semarak. Dari harga 250k, naik kepada 296k. 11 April, Abang Brahim berlepas ke Vietnam untuk bercuti dan bershopping bersama keluarga, aku wakilkan dia ke Klang Land Office untuk membida satu unit di Kapar. Menang harga reserve 89.1k. Ini adalah kemenangan pertama untuk Abang Brahim tahun ini. Di sebabkan persaingan yang sengit, Abang Brahim belum lagi mencapai sasaran yang sepatutnya. Dari January sampai April, baru menang satu, ini memang situasi yang berbahaya untuk Abang Brahim. Apapun, dah menang satu kira ok. Kita cuba usahakan untuk Abang Brahim mencapai targetnya. Akupun tak tahu berapa banyak dia target tahun ni. Kalau tahun lepas dapat 8, mungkin tahun ini dapat 10 ok kot. 

Brader X aka Brader Joe dah mula aktif sejak dapat duit hasil jualan rumah. Dalam seminggu lebih kurang 10 minimum unit yang akan cuba di bida, dengan harapan dapat tangkap 2-3 unit. Kawasan jajahan di anjurkan lagi ke serata Selangor dan tambahan kawasan tertentu di Negeri Sembilan. Cubaan minggu pertama dan minggu kedua masih lagi belum berhasil untuk Brader Joe. Dan akhirnya sampailah kepada Mega Auction CIMB. Sebagai acara tetap membuang masa bersama kawan2 seperlelongan, aku mesti datang. 19 April, Hari Mega Auction CIMB. 13 unit yang aku masuk bida, tewas satu persatu. Langat Murni dari 45k naik kepada 82k. Kajang Perdana 49.4k naik kepada 90k. Bandar Sg Buaya 56k dan 66k naik kepada 126k each. Lestari Apt dari 45k naik kepada 76k. Beberapa unit di Rawang pada harga rizab di bawah 15k, di bida oleh Brader Tarmizi, semuanya naik lebih 20k. Tewas kesemuanya. Hanya satu kemenangan untuk Brader Azhar Zain. Unit di Kepong, pada harga rizab 120k, di menangi pada harga 180k. Ada juga menang. 

21 April, Lelongan Maybank bertempat di Shah Village Hotel, aku masuk membida 2 unit. Pangsapuri Mawar di Sentul dengan harga rizab 140k, naik kepada 290k, tewas. Dan satu unit di Bukit Beruntung pada harga 200k, juga tewas. 24 April, aku ke Land Office Bangi untuk membida satu unit single storey landed. Dengan harga rizab 180k, boleh tahan murah. Tapi bila lelongan bermula, setiap kenaikan ditetapkan pada harga 20k sekali angkat. Tewas pada harga 290k. Power betul harga single storey di Bangi ni. Cubaan2 seterusnya masih lagi gagal. Vista lavender 140k naik kepada 184k, Lagoon Perdana 135k naik kepada 178k, Taman Ukay Indah 50k naik kepada 81k. 28 April, Brader Joe turun membida sendiri di Lelongan SWT, dan berjaya mendapatkan satu unit low cost pada harga rizab 18k. Boleh tahan tempat dia, sewa sekitar 350 sebulan. 


Bulan May, baru nak masuk separuh masa kedua. Dimulakan dengan aku turun ke High Court Seremban untuk Brader Joe. Satu unit cluster house dengan harga 38k, menjadi taruhan. Hari ini, tak ramai yang turun High Court Seremban. Cuma ada 3 unit sahaja yang akan di lelong. Aku jumpa seorang brader yang nak masuk lelong juga, tapi sangat2 last minit dia dapat tahu. Semalam petang baru dia dapat info, dan dia nak masuk lelong. Submission bank draft sebelum pukul 9.30 pagi. Dia datang dulu, dan dia minta tolong member buatkan bank draft secepat yang mungkin pagi itu. Memang tak sempat la. Jadi, untuk kes pagi itu kebanyakan pembida, dapat harga rizab sahaja, termasuklah aku. Brader Joe dah menang 2 dan dia masih lagi mencari barang sebiji dua lagi. 

12 May, Isnin lepas, aku turun lagi untuk membida untuk Brader Joe. Satu unit di Puncak Alam pula dengan harga rizab 153.9k. Cerita unit ini, 11 April yang lepas unit ini di lelong pada harga 171k. Abang Brahim pada mulanya berminat nak masuk, tapi disebabkan kesibukan nak ke Vietnam, dia tak sempat survey. Hafiz budak emo pun pada mulanya nak masuk juga, tapi disebabkan tak sempat survey juga, dia pun tak berani nak masuk. Pada hari lelongan 11 april tersebut, Hafiz budak emo ada di tempat lelongan, dia roger aku, unit ini no bidder. Kalau Abang Brahim nak, boleh dapat harga rizab masa tu jugak. Sepantas kilat aku whatsapp Abang Brahim. Tapi Abang Brahim tak berani, sebab tak survey. Maka kita lepas kan lah unit tersebut dengan tiada pembida. Lelongan hari ini, dengan harga 153.9k, ada 3 pembida pula. Muka2 biasa yang masuk Puncak Alam, Aku, Hafiz Budak Emo dan Vincent. Nak buat macam mana, kalau dah rezeki kan, Brader Joe jugak yang menang. Kemenangan yang ketiga untuk Brader Joe. Sama ada dia akan masuk gelanggang lagi minggu depan, itu aku belum tau lagi. 


Hari ini, aku ke turun membida satu unit di Rawang untuk Brader Cengkok. Sekarang ni Brader Cengkok ada di Jepun untuk urusan kerja. Unit ni, dia pernah menang tahun lepas, pada harga rizab sahaja, 139.5k. Untuk unit kali ini, sebenarnya, dah mula di lelong sejak 2 bulan yang lalu, dari harga 170k, no bidder.. Bulan lepas 153k juga no bidder, dan hari ini, 138k. Harapan untuk mendapatkan unit ini pada harga rizab, memang tinggi. Pukul 2.30 petang aku register, masih belum ada bidder lain untuk unit ini. Tetapi, rupanya ada 4 pembida termasuk aku. Kita yang berbudget rendah, hanya mampu tengok sahaja lah. Harga mati pada 160k. Ada isu yang di timbulkan oleh salah seorang pembida untuk unit ini. 


Isu dia macam ni. Untuk unit2 Bumi Lot, kebanyakan pembida regular faham yang sesetengah pelelong menetapkan hanya Bumiputera juga yang boleh membida  sebagai wakil pembida dan sesetengah pelelong tidak mengambil berat dalam isu ini walaupun di tulis di dalam POS dan COS. Tidak mengambil berat, maksud aku, yang angkat paddle tu, kadang2 siapa pun boleh. Untuk hari ini, dari 4 pembida yang membida untuk unit ini, 3 adalah bumiputera dan seorang adalah agent cina. Pun begitu, Agent Cina ini, mendaftarkan unit ini menggunakan nama agent Bumiputera. So, bagi aku tiada kesalahan dilakukan. Sebab, ini loophole sedia ada, walau kau impose praturan macam mana pun, ada loophole juga akhirnya. Masa lelongan, Agent Cina yang bertindak angkat paddle untuk lawan. Dan dari pandangan aku, tiada kesalahan juga, sebab yang beli pun Bumiputera. Dan kalaupun bukan Bumiputera yang beli sekalipun, pun aku tak kisah. Sebab kalau tak lepas tukar nama, unit akan dilelong semula akhirnya. Agent Cina akhirnya menang, dan isu ini mula di timbulkan. Dia tidak berpuashati dengan kekalahannya. Mungkin dia mempunyai budget yang lebih dari 160k tersebut, tetapi.. Kenapa dia tak angkat untuk melawan? Isu2 sampingan lain seperti auctioneer laju sangat, saya tak biasa menghadiri lelongan dan lain2 adalah isu remeh, dan paling valid adalah  isu authorized to bid tersebut. Ya, dia mempunyai hak untuk complaint, tapi pada aku, dia sendiri tahu situasi sebelum itu, yang mana Agent Cina tersebut yang angkat paddle. Kenapa tak complain awal2. Kesimpulannya, pada aku, kau bangsa apapun, kau berhak untuk membida. Itu pada pandangan aku. 

Esok, 15 May, aku di jemput untuk bagi short talk untuk satu program kewangan. Kalau rajin aku kongsikan.

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com