Sunday, June 8, 2014

Cerita Lelongan Minggu Terakhir May 2014

Minggu terakhir bulan May, adalah minggu yang sibuk. Cuma 27 May, aku tengok je Flora Damansara di rebut oleh kawan2. Kita sedar budget kita rendah, jadi kita biarkan saja Izwan Latiff dan Saifullah yang membida untuk unit ini, yang dimenangi oleh Izwan Latiff. Lepas menang, baru Nasir Kia inform, budget dia boleh up lagi.. Kalau inform awal.. Sempat lagi aku nak masuk gear 1 atau skill rahsia, gear 4. Jadi, aku cuma collect kontrak sahaja untu Mat Wadi. 28 May on the way aku nak ke KL untuk bidding, agency aku call inform, untuk lelongan esok Citibank minta aku provide bil tertunggak untuk lelongan esok. Selalunya, kalau kes macam ni, petanda nak dapat harga reserve. Jadi, aku ke pejabat maintenance untuk ambil bil, dan ke KL untuk pass contract pada Mat Wadi dan terus ke tempat lelong. Ada satu unit yang aku nak bida untuk Nasir Kia. Boleh tahan hot, unit dengan harga reserve 72.9k akhirnya terjual pada harga 115k. Kalah la. Petang sikit, agency aku call, katanya unit yang di menangi oleh Mat Wadi, sebenarnya telahpun called off. Katanya unit tersebut telahpun dibayar penuh oleh pemilik asal. Begitulah katanya. Tapi kenapa 2 hari kemudian baru nak inform? Jadi, dia tanya ok tak kalau dia nak return semula bank draft Mat Wadi. Aku kena confirmkan dahulu dengan pelelong, peguam dan Mat Wadi sendiri. Esok baru aku boleh bagi jawaban. Aku minta no telefon pihak bank, tapi katanya pihak bank akan call aku. 

29 May pagi aku ada lelongan sesi pagi. Harapan nak dapat harga reserve, hancur.. Bila unit called off. Aku berjumpa dengan pihak pelelong untuk kes Mat Wadi. 27 May petang, selepas aku ambil kontrak, pihak pelelong kata pihak bank ada call, untuk tahan kontrak lelong, jangan released, sebab unit sebenarnya dah called off. Tapi terlambat sebab aku dah collect. Dan pihak bank kata akan deal direct dengan aku. Tapi hari yang sama, dia tak call aku. Dia tunggu esok untuk call agency aku. Lelongan sesi petang pula, aku nak bida 2 unit, tapi last minute menjadi 3. Nasir Kia decide untuk masuk satu unit di lelongan sesi pukul 3 petang. Kena buat bank draft. Pukul 1 lebih aku buat bank draft di Maybank KLCC dengan congakan pukul 2 lebih dah boleh siap. Pukul 3 dah start lelongan. Ada 2 sesi. Pukul 3 dan pukul 3.30. Sesi pukul 3 lebih berpeluang untuk menang. Satu unit landed dengan harga reserve 153k. Malangnya, Maybank KLCC hari ini, hanya satu kauner yang buat bank draft. Walaupun aku di giliran yang ke 4, tak dapat siap awal. Pukul 2.57 baru siap, aku bergegas ke NCM. Memang malang, ada 4 pembida lain. Pendaftaran baru je tutup, unit ni pulak yang start dulu. Harga terjual, lebih rendah dari harga yang kita nak bida. Kalau sempat register, Insyaallah boleh menang. Nak buat macam mana, bukan rezeki. Sesi 3.30 petang pula, unit untuk Samsul Brunsfield, called off. Tinggal satu lagi unit untuk Fikri Nizam. Dengan harga reserve 56.7k, kita lawan sehingga 83k, sebelum di pintas pembida lain pada harga 84k. Kalah juga. Untuk rekod, unit ini telah 4 kali masuk lelongan dengan harga reserve yang sama, 56.7k. Berbalik kepada kes Mat Wadi, pihak bank masih belum menghubungi aku. Membantutkan Mat Wadi untuk submit loan pada bank.

30 May, hari terakhir. Dari banyak2 unit yang MBSB tawarkan, tinggal satu sahaja untuk aku bida. Dengan harga reserve 110k, aku kena guna gear 4 untuk menang pada harga 140k. Penantian Nasir Kia untuk menang sebiji lagi, berakhir. Maka, bulan May mencatatkan 6 kemenangan. Boleh tahan power. Bank masih tak call2 lagi. Agency aku kata person in charge MC. Hari Isnin dia call aku. 

Jumaat malam tersebut aku balik JB dengan anak2 aku. Wife aku yang pregnant 34 weeks, dengan jangkaan due date middle of July, tak dapat ikut, sebab tak dapat cuti. Duduk kampung sampai Isnin. Isnin pagi, aku kena dapatkan update juga untuk kes Mat Wadi. Tengahari aku nak masuk Singapore untuk 3 hari. Hari Rabu baru aku balik JB semula. Sebenarnya, kita faham kalau unit tersebut called off. Cuma kita mahu, kalau called off, terus bagitahu. Jangan drag macam ni, dah beberapa hari. Kita dah siap nak buat claim. Kita dah inform lawyer. Tapi lain pula jawaban pihak bank. Pihak bank kata, kita boleh teruskan dengan pembelian. Tak perlu refund. Hmm.. Kalau bagitau awal2 kan senang. Akupun tak tahu macam mana dia settle dengan owner asal tersebut, tapi kalau dah dia kata kita boleh proceed, alhamdulillah lah kan. Jadi, selamatlah Mat Wadi untuk kemenangannya. Jadi aku pun terus menuju ke Singapura untuk menunaikan hajat.. nak makan Sup Tulang Merah Beach Road. Keesokan harinya..jeng jeng jeng...

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com