Monday, November 9, 2015

Bandung Retreat 2015

30 Okt - 2 Nov yang lepas, 10 ahli The Real Underground Investors berlepas ke Bandung untuk merehatkan diri. Retreat yang pertama kali di adakan ini, berlangsung sukses. Bisa dijadikan acara tahunan. 8 ahli berlepas dengan flight Air Asia pukul 6.40 pagi, tiba di Bandara Bandung pukul 8.05 pagi waktu tempatan. Dengan 2 teksi, kami hantar bagasi ke villa yang di tempah, dan kemudian berjalan kaki menuruni bukit sejauh 300m untuk makan di Rumah Makan Sederhana, yang terletak di sebelah Rumah Mode. Masakan Minang yang lazat, membuatkan kesemua lauk yang dihantar habis di makan kami berlapan. Air pulak taknak kalah, Alpukat, Soda Gembira dan Soursop je. 730k Rupiah terbang. Aku rasakan harganya sudah meningkat, berbanding 4 tahun dahulu kali terakhir aku ke Bandung. Sementara menunggu 2 ahli lagi, yang akan sampai lebih kurang pukul 2 waktu tempatan, kerana menaiki flight Malindo Air, kami jalan2 di Rumah Mode dan kemudian menaiki angkutan kota untuk ke Cihampelas Walk. Jalan2 dahulu, tengok apa yang nak di beli. Hafiz begitu teruja dengan diskaun hebat 5k rupiah yang diperolehi ketika membeli sehelai baju, lantas diwar war kan kepada semua kawan2. Power la abang apis dapat diskaun 5k rupiah. Semasa membeli sim kad, kami diserbu peniaga jalanan, yang tak putus asa mahu melakukan barang jualan mereka. Aku, memang tak beli apa2 la... Saban tahun ke Indonesia, dah banyak sangat souvenir Indonesia yang dikumpulkan. Untuk aku, wisata kuliner aja deh. Menghampiri pukul 2, kami bergerak balik ke Villa.




Daily homes villa, 5 bilik tidur, ruang tamu, ruang makan, dapur, private pool, sesuai untuk penginapan 10 orang. Dengan rate satu malam 2.8 juta rupiah, bolehlah dikatakan berbaloi. Kami check in, pilih bilik dan roomate masing2, berehat sebentar sementara menunggu ketibaan 2 lagi ahli. Sempat mandi pool. Izwan dan Wan Azmi sampai dengan selamat dan kami merancang aktiviti seterusnya. Untuk hari pertama ini, kami tidak menggunakan khidmat supir. Kami mahu gunakan teksi atau angkutan kota sahaja. Pukul 4.30 petang, kami mahu bergerak ke Kg Daun. Plan asalnya nak naik teksi. Tak jauh pun villa dengan Kg Daun, sekitar 8km. Tapi angkutan kota yang berhenti dan mahu hantarkan kami, dengan caj 10k rupiah seorang. Kira ok la 100k rupiah satu hala menaiki angkutan kota.  Di pintu masuk Kg Daun, ada orang jual strawberry dan blueberry, 100k rupiah satu paket. Tawar punya tawar, aku dapat 100k rupiah 3 paket. Lepak2 jalan2 dalam Kg Daun, akhirnya makan di Saung. 10 orang punya makan, 1.1 juta rupiah. Sedap, habis, walaupun tak licin, so... Berbaloi jugalah. Ambil paket hemat ikan gurame goreng 1, ikan gurame bakar 2. Kg Daun, tak boleh visit tiap2 hari. Rabak poket. Walaupun sedap, mahal harganya. scenerynya cantik, tapi kalau datang dengan kawan2lelaki, takdenya nak menghayati keindahan alam. Selesai makan, kami pun bergerak balik ke villa. Singgah sebentar ke Papaya Supermarket untuk membeli stok makanan. Kami tidur awal malam ini. Sebabnya, semasa di KL, pukul 10 malam aku dah ambil Hafiz dan Braim. Lepak di mamak sampai pukul 1 pagi. Tidur sekejap di homestay aku. Pukul 3.30 pagi Samsul dan Malau datang ambil kami untuk ke Klia2. Tidur yang pendek di KL, excited dengan Bandung Trip ini, dan akhirnya badan pun dah penat. Tidur.... Aku dapat tidur 2 jam je .. Lepas tu Malau gerak aku. Dia ajak lepak di Paskal FoodCourt pulak. Ok la... Ingatkan nak tidur sampai pagi. Di Paskal Foodcourt, makan satey sapi, roti bakar manis, minum air kopi. Di Paskal Foodcourt, harga makanan juga tidaklah begitu murah. Harga roti bakar lebih kurang RM10.00. Satey 10 cucuk lebih kurang RM7.50,.. harga lebih kurang KL dah. Selesai lepak di Paskal, baru lah betul2 balik Villa untuk tidur.



Hari kedua, breakfast nasi goreng dan mee goreng disediakan. Di samping roti. Kita merancang untuk ke Tangkuban Perahu. Jadi, kena gerak awal. Jalan di Indonesia ini, kalau ikutkan jaraknya, tak jauh. Macam... dari villa ke Tangkuban Perahu. Cuma sekitar 15km je. Tapi disebabkan jalan yang sempit, Jalan bukit, dan berbelok belok, ianya jadi lama. Sampai di kaki pintu masuk tangkuban perahu, baru kami tahu, rate per person utk masuk ke Tangkuban Perahu 300k rupiah seorang. Berbanding harga sebelum tahun ini, 50k rupiah sahaja. Ianya lebih kurang rm100 seorang. Mahal. Terus tak jadi masuk.Itu belum caj kalau nak pakai tour guide untuk turun ke Kawah Domas. Seterusnya kami ke tempat pemprosesan kopi luwak. On the way, ambil gambar di ladang teh. Baru ambil gambar, kena caj 3k rupiah seorang. Dari kopi luwak, ke Floating Market. Tarikan pelancong yang agak baru. Boleh la... Nak makan ringan2 di sini. Kemudian, nak ke Dusun Bambu. Rupanya kena beratur panjang gila. Terus tak jadi, akhirnya ke Jalan Dago aje. Jalan2 sekitar factory outlet dan Kartika Sari Jalan Dago. Ada yang makan dulu di Jalan Dago ada yang nak makan nasi padang. On the way balik, aku turun di Cihampelas untuk makan nasi padang. Malamnya, kami jalan2 pusing sekitar Bandung.



Hari ketiga. Breakfast nasi putih, ayam goreng dan sayur campur. Di sebabkan ada seorang ahli yang kena balik awal hari ni, kami tak jalan jauh2. Kami ke Pasar Baru, membeli ole2 untuk isteri dan anak2 di rumah, jalan2 di Jalan Cibaduyut, singgah lagi ke Rumah Mode dan balik berehat di Villa. Malam, kami makan di Ayam Goreng Suharti. Ayamnya rangup, tempe goreng dan sambalnya sedap. Licin jugak. Dah lepak di Ayam Goreng Suharti, lepak lagi di Paskal Foodcourt lagi. Esoknya sudah mahu pulang ke KL.



Hari terakhir, breakfast nasi kuning dengan lauk sambal telur. Selesai breakfast, packing dan check out. Hanya lepak di Jalan Cihampelas, makan kambing bakar no 2 terlezat katanya. Menyelesaikan pembelian ole2 brownies bakar, brownies kukus, bagelan dan kerepek2. Pukul 2 bergerak ke Bandara Bandung dan 4.25 petang menaiki flight pulang ke KL.


Kesimpulan trip kali ini, dengan duduk serumah, sebilik, makan semeja, mandi sekolam, kita lebih kenal dengan rakan2 kita. Lebih akrab dan lebih memahami. Diharapkan the real underground investors terus maju bersama2. Kita jayakan lagi next Retreat tahun hadapan.