Friday, February 27, 2009

26th and 27th February Auction Day.

Semalam adalah hari lelongan Ambank di Ng Chan Mau dan Ehsan Auctioneers. Walaupun bank yang sama, waktu yang sama, tapi tempat lelongannya berlainan. Ng Chan Mau terletak di ground floor manakala Ehsan terletak di tingkat 20. Aku pula ada 1 client untuk Ng Chan Mau dan 2 client untuk Ehsan. Nak tak nak kena panggil Pie turun. Aku pergi bidding di Ehsan, dan Fahim, iaitu client Satu Solution terpaksa pergi bid sorang sementara menunggu Pie. Pie pun ada seminar semalam, tak boleh nak turun awal. Akhirnya, Fahim menang at RP tanpa perlu angkat paddle, dan aku pula di Ehsan tidak bernasib baik. Satu called off dan satu lagi tewas. Daripada 4 lelongan Pelangi Damansara, 3 daripadanya called off dan tentunya Pelangi Damansara yg sebijik ini menjadi tumpuan. Desa Mentari juga ada beberapa unit yang called off termasuk unit client aku. Lepas tamat lelongan, aku dan fahim lepak minum2 sambil sembang apa yang fahim patut buat lepas ni. Pie pun sampai. Heheheh.. orang dah habis auction baru sampai. Tahniah untuk Fahim.



Malamnya aku ke Penara Matt untuk serahkan kunci dan collect deposit daripada company yang ingin menyewakan pada pekerjanya itu. Mesti korang teruja tengok Matt dengan trademark fully furnishnya kan. Kalau korang nak buat, boleh.. tapi korang kena sangggup tanggung risiko. Sebab tu pemilihan penyewa agak ketat. Matt pun ada criteria yang dia nak. Tak boleh main sebat je penyewa, lepas tu barang2 dalam rumah pun kena sebat juga. Lain orang, lain cara dan teknik dalam pelaburan mereka. Teknik aku, teknik Pie dan teknik Tuanbri pun berbeza walaupun kami dari Satu Solution. Idea yang berbeza, percanggahan pendapat, brain storming, discussion, TT dll adalah untuk menguatkan pendapat, melahirkan idea2 baru, bukan untuk berpecah belah. Aku pun banyak belajar dari masa ke semasa. Apa yang Matt buat tu memang dari teknik dia sendiri. Matt dah pun buat fully furnish untuk pangsapuri Angsana dia lama dulu. Jadi, Penara ini cuma kesinambungan sahaja. Satu solution hanya menjadi tenaga kerja dan marketing tools untuk merealisasikan 2 biji Penara fully furnish Matt siap dan tersewa pada harga yang dikehendaki.


Hari ini pula, aku ke lelongan UOB bertempat di PAH. Aku cuma mewakili satu client sahaja, Wakif. Lelongan hari ini banyak yang dapat RP, termasuklah client Satu Sulution. Tahiah sekali lagi untuk Wakif, walaupun aku dah sms petang tadi. Cuma ada satu hartanah hot di Juta Mines, Seri Kembangan. 7 bidder, harga RP bermula dari 256k. Bidaan adalah 2k untuk setiap kali membida. Mulanya terdapat 3 serious bidder yang laju berlawan, kemudian bila masuk angka 300k, pembida mulai perlahan. Bila masuk ke angka 332k, tiba2 muncul teknik hero (mengikut kata Kak Aida). Salah seorang pembida senyap tiba2 mengangkat paddle pada harga 334k sebelum hammer diketuk. Teknik hero tersebut berjaya. Lain kali Kak Aida boleh cuba. Life aku masih terkejar2 lagi. Esok nak pergi auction lagi. Bank draft untuk esok baru buat pukul 5.30 petang tadi. Ya.. pukul 5.30 petang. Bank RHB di Puchong buka sehingga pukul 6.00 petang.



*Ahad jangan lupa main paintball eh..
*Aku luch makan sandwich Subway je, sambil update blog.

Thursday, February 26, 2009

25th February Heritage Auction Day.



Pagi tadi berlangsungnya lelongan Heritage Auctioneers. Client aku yang merupakan silent reader, berminat untuk membeli Condo Bukit OUG yang dibuka pada harga Reserve Price RM77,500.00 sahaja. Unit tingkat satu, 1465sqft. Seperti yang aku jangkakan, unit ini menarik ramai pembida. Total 18 pembida berminat untuk membida unit ini. Keadaan bilik auction penuh sesak walaupun ini cuma lelongan kecil-kecilan, bukan bertaraf mega auction. Pihak pelelong terpaksa mendahulukan lot 17 ini untuk mengosongkan ruang supaya pembida2 lot 17 ini boleh keluar segera dari bilik auction setelah lelongan tamat. Sifu Goyang turut membida unit yang sama walaupun semalam aku dah pesan kalau budget rendah tak payah masuk bid. Walaupun pada pandangan aku, budget client aku dah cukup tinggi, ada juga yang lebih berbudget tinggi. Akhirnya terjual pada harga RM140,500.00. Takpe Manaf.. kita cuba lagi.





Matjoe juga turut membida unit Apt Taman Medan, dan berjaya mendapatkan unit tersebut pada reserve price. Lepas Matjoe menang, kita orang cargass pergi usha package loan CIMB di Menara PNB dan seterusnya.. seperti biasa.. kalau unit kosong.. kita pecah rumah. Hahahahah… Matjoe yang tak sabar2 nak tengok rumah lelong pertama setelah tewas 2 kali, terus ajak aku pecah rumah. Since unit tu kosong, memang aku berani pecah la. Dengan skill hasil tunjuk ajar Pie dan skill baru yang aku belajar dari Tuanbri, grill berkunci dan tombol berjaya dibuka tanpa menghadapi masalah. Cayalah Faris. Rumah belum pernah diduduki dan telah siap dipasang kitchen cabinet. Rumah milik India, dan pada tombol pintu terdapat bungkusan berbalut kain kuning. Aku pun tak berani nak pegang. Kos baik pulih sangat minimum, hanya perlu pasang lampu dan kipas, serta menukar tombol. Ada sedikit masalah crack pada tiles di dinding dapur. Kena gunakan kepakaran orang lain untuk repair tiles tersebut. Kemudian Matjoe belanja aku makan di Pelita Nasi Kandar, terima kasih. Kemudian aku kena sambung buat kerja semula.. jadi machai settlekan rumah Matt dan buat site survey. Penat sehh.. Tidur dulu.. esok ada auction lagi..


*Cuba tengok tombol tu, tak rosak pun. Terrer tak? hahahah..
*Itu bungkusan kain kuning sapa mau?

Wednesday, February 18, 2009

OCBC Memory Remains.. Kehidupan di Teruskan.

Semalam adalah hari terakhir aku bekerja sebagai banker. Keputusan yang agak pantas dan drastik pada tahun ini. Tapi itulah aku, suka ambil risiko. Hidup perlukan cabaran dan risiko untuk berjaya. Itu pendapat aku. Dah hampir 3 tahun aku bersama OCBC dan hampir lapan aku aku kerja sebagai banker. Tiba masa untuk aku move on dan teruskan bidang yang aku minat, hartanah. Terima kasih pada semua kawan2 yang membantu aku selama ini. Keputusan yang aku buat memang ada kena mengena dengan kawan2 semua. Siri perbincangan aku dengan Pie, Juruukur, Bri dan Team manager aku di OCBC mempengaruhi 10% keputusan yang membuatkan aku nekad untuk berhenti apatah lagi aku dah register sebagai Real Estate Negotiator dan aku nampak peluang yang ada. Lagi 90% keputusan aku sendiri, sebab aku tak nak salakan orang lain kalau aku gagal. Kita yang tentukan hala tuju hidup kita.



Memang sayang aku nak tinggalkan OCBC, tapi kehidupan perlu diteruskan, kemajuan perlu dicapai. Kita tak boleh sentiasa berada dalam zon selesa untuk berjaya. Aku bermula dalam bidang hartanah sejak aku bekerja di OCBC. Apa yang aku ceritakan dalam blog aku ini tentang teknik cari modal, teknik beli hartanah, semua tu hanya selepas aku bekerja di OCBC. Memang banyak jasa OCBC pada aku dari segi gaji dan masa untuk aku belajar tentang hartanah. Aku bermula dalam bidang hartanah dengan carian2 internet untuk pembelian rumah baru dan subsale, kemudian aku jumpa peluang2 hartanah lelong, aku beranikan diri untuk membeli, kemudian aku jumpa Bicara Jutawan dan mula berkawan dengan pelabur2 hartanah yang lain. Langkah semakin laju dan kini network kita pun makin berkembang. Teruskan dengan pelaburan kita. Apa ilmu yang aku ada, insyaAllah aku akan kongsikan. Walaupun aku dah ada company, tapi aku tetap sama. Apa yang penting, jujur, bermaklumat, kerja yang pantas dan cekap, aku yakin aku boleh berkembang.





Sibuk tetap sibuk. Walaupun aku kerja sendiri sekarang, banyak que job yang aku kena selesaikan. Ramai yang menaruh harapan pada Satu Solution untuk realisasikan impian pelaburan hartanah mereka. Ya, aku akan usahakan.

*Din malu2 muka nak masuk blog.

*Dalam batch aku, aku sorang je Officer yang tinggal, yang lain semua Team Manager. Semalam gi lunch dengan Team Managers aku je. Mugin, Rueben and Fix.. jumpa lagi.

Sunday, February 8, 2009

7th February 2009, CIMB Mega Auction

Hari ni Sifu Faris hampir mencatatkan satu sejarah sekiranya berjaya hatrik dalam mendapatkan RP.....

Hah! gagal...tapi xpe...ada lagi...yg penting calculation kita dah adjust accordingly dan to invest is to learn how to let go...bila kalah la...

anyway, auction kali ini Faris, Hanim dan anak, Peruzz dan awek, tuanbri hadir....

terjumpa "ulat" - yang diceritakan dalam post ULAT blog ini..


sedang memerhati gelagat Mr. Foo

Saturday, February 7, 2009

6th February 2009, Tancorp Auction Day

Hari ini aku turun auction lagi, untuk Matt Kenya. Mtt dah balik Kenya, Satu Solution yang akan uruskan kesemuanya nanti. Permulaan yang baik untuk bulan ini, Matt berjaya dapat pada reserve price juga. Tak banyak unit untuk dilelong pada hari ini, tetapi ada satu hartanah di Bandar Tasik Puteri yang menarik minat 10 orang pembeli. Dari harga reserve 25k, melonjak kepada 57k akhirnya. Ramai juga agent2 yang sibuk bertanya aku masuk unit mana, sebab mereka nak buat deal. Ada juga orang perseorangan yang bertanya aku masuk unit mana, juga untuk deal dengan aku. Mereka nak secure pembelian mereka, dan sanggup bayar. Hari ini juga aku ditemani oleh Peruzz. Sekarang Peruzz dah pergi ke kebanyakan tempat auction. Cuma untuk Tancorp auction ni aku sangat2 sangap untuk mendengar cara auctioneers ni handle auction. Memang lama. Pernah aku hadiri mega auction di Renaissance Hotel dahulu, ada 4 auction house yang terlibat, 3 yang lain dah habis melelong rumah pada pukul 12.00 tengahari, tetapi Tancorp habis melelong pukul 1 lebih. Penat!! Rumah yang Matt baru menangi ini pun dah ada tenants sebenarnya. Tapi tenantnya foreigners dari Indonesia. Tenant rumah Syada pun foreigner, dari Bangladesh. Bila dah dapat kontrak lelong minggu depan baru mula kerja. Tak payah pecah rumah, tapi kena bagi notis mengosongkan rumah pula.

Esok aku ada di acara lelongan CIMB. Then nak buat wiring dan cuci rumah Kota Damansara pula. Yeah.. bekerjalah bersungguh sungguh.

Thursday, February 5, 2009

5th February 2009 Ng Chan Mau Auction Day.




Petang tadi, bertempat di Ng Chan Mau, aku tolong bidkan hartanah lelong untuk rakan kita, Syada. Alhamdulillah, menang at Reserve Price. Hartanahnya, tak perlulah aku heboh2 kan, dah memang hot pun tempat ni. Tak sangka pula dapat Reserve Price. Kebanyakan unit untuk di lelong pada hari ini, called off. Daripada lebih kurang 20 unit utk di lelong, hanya 10 yang available, tapi hanya 4 yang mempunyai pembida. Selain daripada aku, Peruzz dan Fahim turut serta sebagai pemerhati/penyokong. Auction kecil kecilan seperti ini, cepat habis. Tak sampai 10 minit, dah settle. 3 daripada 4 hartanah yang mempunyai pembida, menang at Reserve Price. Mr Foo pun bagitau, special untuk Tahun baru Cina dan Thaipusam, ramai yang dapat RP. Aku tak tau la mereka yang berkenaan terlompat lompat dan senyum sampai telinga sebab menang hartanah at RP. Tahniah untuk mereka yang berkenaan.






Macam biasa, Satu Solution kena cepat dan cargasss.. aku terus gerak ke unit tersebut. Aku pun dah ada satu unit di sini, masih belum di sewakan. Peruzz pun ada satu unit di sini, yang masih dalam proses pembelian secara subsale. Aku dan Peruzz pun terus gerak untuk melihat unit yang baru di menangi, sambil menghantar barang pada unit aku. Ok.. kereta kontraktor aku dah kosong. Tikar getah berjaya dihantar ke lokasi. Weekend ni aku nak pasang tikar getah, kipas dan lampu untuk unit aku (aku ke pasang? hahah..). Rumah yang baru dimenangi ini sebenarnya diduduki oleh 4 orang bangla lelaki. Ok.. Syada boleh pilih salah satu sebagai calon.. menurut bangla yang aku jumpa tadi, namanya Mohd Abu, boleh panggil dia Abu. Dari cerita Encik Abu ni, dia dah menetap di di situ selama 9 tahun (ye ke rumah ni dah berusia 9 tahun?? ke saja nak reka cerita takut aku panggil polis?? hahah..). Dia juga tahu rumah ni nak kena lelong, dan rumah ni dah pernah kena potong air sebab tuan rumah tak bayar bill air. Dia juga diarahkan oleh tuan rumah supaya jangan keluar dari rumah ini, dan teruskan membayar sewa kepada tuan rumah sehinggalah diberitahu untuk keluar (duit sewa nak.. bayar kat bank taknak.. aku tak paham betul la??). Dia juga tahu tuan rumah tak pernah buat bayaran pada pihak bank berdasarkan surat2 yang diterima dari pihak bank.

Aku tak berapa faham logik nya di sini. Kenapa tuan rumah terima duit sewa tiap2 bulan, tapi tak buat bayaran pada pihak bank? Dia boleh dapat RM450.00 tiap2 bulan, tolak duit bayaran bulanan pada bank, aku yakin, mesti ada positive cash flow. Mungkin RM1-2 ratus sebulan +cash flow, untuk selamanya, selagi ada penyewa. Tapi apa yang berlaku, dia cuma akan dapat RM450.00, sehingga ada pembeli yang beli rumah dia dari lelong. Macam cerita itik bertelur emas.. nak kaya cepat?? entah la..

Disebabkan rumah telah ada penyewa bangla, mereka yang berkenaan kena decide apa yang akan dibuat untuk rumah ini. Mahu teruskan memberi sewa kepada bangla, atau mahu keluarkan. Nanti kita bincangkan..

Wednesday, February 4, 2009

Fikirkan..





Semalam hari aku untuk spend dengan family. Asyik kerja je.. mana boleh. Itupun keluar lambat, aku settlekan hal kerja dulu. Tujuan utama keluar adalah membeli stroller untuk Yasmine. Umur Yasmine dah 2 bulan setengah. Kalau nak jalan2, senang sikit kalau pakai stroller. Boleh bagi dia tidur dalam stroller. Aku pilih stroller warna merah, brand sweet cherry. Nama model dia matador jogger. Harga RM279.00 sahaja. Mahal gak ni. Kalau nak ikutkan yang cantik lagi, aku nak ambik yang harga RM439.00, tapi takpe, cukup la yang matador jogger ni. Aku swipe credit card aku. Yang bestnya (memang best!!), petang tadi bank call aku bagitau aku tak payah bayar untuk stroller tu, diorang akan creditkan balik amount tu dalam credit card aku. Aku within the spender of the day yang bertuah semalam. Horrey.. selamat duit aku, dapat stroller free. Kalau aku beli yang harga RM439.00 tu kan lagi best. Hehehe..




Apa yang aku nak cerita sebenarnya ialah tentang networking. Korang selalu pergi auction? Selalu kalah masa auction? Emosi dengan kekalahan? Tak mampu nak terima kekalahan dan akhirnya sanggup membida pada harga yang tinggi? Banyak persoalan timbul. Sebab itu kita kena kuatkan network. Supaya kita kenal antara satu sama lain, dan kita tahu siapa yang akan masuk auction unit mana. Kadang2 kita akan lawan sesama kita di acara lelongan. Tujuan kita beli dari lelong, supaya kita dapat below market price, Bukan sebab kita seronok membeli dan akhirnya beli over price. Mungkin korang tak kisah beli over price, yang penting dapat join group pelabur hartanah. Atau mungkin boleh cerita pada kawan2 lain yang ‘aku ada 10 bijik rumah lelong’. Tapi matlamat utama membeli, tak tercapai. Mungkin kena top up loan sebab beli over price, atau mungkin beli ngam2 at market value, dan tidak mendapat pulangan +ve cash flow yang di idamkan.

Orang panggil aku cool bersebab. Salah satunya, aku boleh terima kekalahan demi kekalahan dalam acara lelongan kerana nilai hartanah tidak within my target. Aku tak emosi, aku teruskan dengan hartanah lain. Cuba korang tengok listing hartanah lelong. Banyak. Setakat nak makan sorang setahun 2-3 bijik setahun, aku tak nampak ianya satu masalah yang besar. Yang penting sabar, dan tunggu. Kalau nak beli juga, dan kena lawan dengan orang lain, cuba tengok siapa lawan kita. Cuba nego.

Situasinya, korang boleh bayangkan dalam fikiran, satu apartment bernilai semasa 80k. Reserve price bermula dari 50k sahaja. Peruzz lawan dengan Man. Dua2 hebat, dua2 berbudget tinggi, dua2 tak mahu mengalah. Apa yang berlaku seterusnya? Man menang pada harga 88k, sebab kena cucuk dengan Tuah. Boleh berlakukan? Apa yang berlaku selepas itu pula?

1) Market value hartanah adalah 80k. Man kena top up, kena bayar deposit 16k, loan amount 72k, iaitu 90% dari nilai market value approved.
2) Bank untung sebab dapat jual hartanah pada harga melebihi harga pasaran. Bank dapat menyelesaikan Non Performing Loan. Lebihan tersebut akan dapat pada ex owner. Ex owner akan mengucapkan terima kasih kepada Man, kerana menolong membayarkan hutang rumah, disamping memberikan duit lebih untuk memulakan hidup kembali. Itupun kalau owner berterima kasihlah. Kalau owner duduk situ lepas tu taknak keluar rumah, Man jugak yang kena halau owner.
3) Perbezaan 38k dari reserve price. Walaupun apa yang aku bagi ini contoh, tapi memang ada berlaku dalam situasi sebenar. Apa maksud 38k ni? Walaupun ianya dalam bentuk pinjaman perumahan, di bayar selama 30 tahun, ianya melibatkan 200.00 sebulan selama 30 tahun. Kalau lah kita dapat pada harga 50k, tak perlu membazirkan RM200.00 sebulan itu.

Kesimpulannya, belajarlah kenal mengenal antara kita. Kadangkala (bukan selalu!!) aku tak kisah untuk bagi laluan pada orang lain, dan begitu juga orang lain, kadangkala tak kisah untuk bagi laluan pada aku, dan kadangkala juga, kalau ada yang nak masuk sama degan aku, aku ajak jv dengan dia, untung bersama. Aku bercerita untuk educate korang beli dan dapatkan keuntungan, bukan suruh korang seronok2 membeli. Belajarlah sesuatu. Apapun, itu duit korang, pandai2 lah budget. Jangan ingat aku marah atau aku dengki. Aku tetap cool.

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com