Wednesday, February 4, 2009

Fikirkan..





Semalam hari aku untuk spend dengan family. Asyik kerja je.. mana boleh. Itupun keluar lambat, aku settlekan hal kerja dulu. Tujuan utama keluar adalah membeli stroller untuk Yasmine. Umur Yasmine dah 2 bulan setengah. Kalau nak jalan2, senang sikit kalau pakai stroller. Boleh bagi dia tidur dalam stroller. Aku pilih stroller warna merah, brand sweet cherry. Nama model dia matador jogger. Harga RM279.00 sahaja. Mahal gak ni. Kalau nak ikutkan yang cantik lagi, aku nak ambik yang harga RM439.00, tapi takpe, cukup la yang matador jogger ni. Aku swipe credit card aku. Yang bestnya (memang best!!), petang tadi bank call aku bagitau aku tak payah bayar untuk stroller tu, diorang akan creditkan balik amount tu dalam credit card aku. Aku within the spender of the day yang bertuah semalam. Horrey.. selamat duit aku, dapat stroller free. Kalau aku beli yang harga RM439.00 tu kan lagi best. Hehehe..




Apa yang aku nak cerita sebenarnya ialah tentang networking. Korang selalu pergi auction? Selalu kalah masa auction? Emosi dengan kekalahan? Tak mampu nak terima kekalahan dan akhirnya sanggup membida pada harga yang tinggi? Banyak persoalan timbul. Sebab itu kita kena kuatkan network. Supaya kita kenal antara satu sama lain, dan kita tahu siapa yang akan masuk auction unit mana. Kadang2 kita akan lawan sesama kita di acara lelongan. Tujuan kita beli dari lelong, supaya kita dapat below market price, Bukan sebab kita seronok membeli dan akhirnya beli over price. Mungkin korang tak kisah beli over price, yang penting dapat join group pelabur hartanah. Atau mungkin boleh cerita pada kawan2 lain yang ‘aku ada 10 bijik rumah lelong’. Tapi matlamat utama membeli, tak tercapai. Mungkin kena top up loan sebab beli over price, atau mungkin beli ngam2 at market value, dan tidak mendapat pulangan +ve cash flow yang di idamkan.

Orang panggil aku cool bersebab. Salah satunya, aku boleh terima kekalahan demi kekalahan dalam acara lelongan kerana nilai hartanah tidak within my target. Aku tak emosi, aku teruskan dengan hartanah lain. Cuba korang tengok listing hartanah lelong. Banyak. Setakat nak makan sorang setahun 2-3 bijik setahun, aku tak nampak ianya satu masalah yang besar. Yang penting sabar, dan tunggu. Kalau nak beli juga, dan kena lawan dengan orang lain, cuba tengok siapa lawan kita. Cuba nego.

Situasinya, korang boleh bayangkan dalam fikiran, satu apartment bernilai semasa 80k. Reserve price bermula dari 50k sahaja. Peruzz lawan dengan Man. Dua2 hebat, dua2 berbudget tinggi, dua2 tak mahu mengalah. Apa yang berlaku seterusnya? Man menang pada harga 88k, sebab kena cucuk dengan Tuah. Boleh berlakukan? Apa yang berlaku selepas itu pula?

1) Market value hartanah adalah 80k. Man kena top up, kena bayar deposit 16k, loan amount 72k, iaitu 90% dari nilai market value approved.
2) Bank untung sebab dapat jual hartanah pada harga melebihi harga pasaran. Bank dapat menyelesaikan Non Performing Loan. Lebihan tersebut akan dapat pada ex owner. Ex owner akan mengucapkan terima kasih kepada Man, kerana menolong membayarkan hutang rumah, disamping memberikan duit lebih untuk memulakan hidup kembali. Itupun kalau owner berterima kasihlah. Kalau owner duduk situ lepas tu taknak keluar rumah, Man jugak yang kena halau owner.
3) Perbezaan 38k dari reserve price. Walaupun apa yang aku bagi ini contoh, tapi memang ada berlaku dalam situasi sebenar. Apa maksud 38k ni? Walaupun ianya dalam bentuk pinjaman perumahan, di bayar selama 30 tahun, ianya melibatkan 200.00 sebulan selama 30 tahun. Kalau lah kita dapat pada harga 50k, tak perlu membazirkan RM200.00 sebulan itu.

Kesimpulannya, belajarlah kenal mengenal antara kita. Kadangkala (bukan selalu!!) aku tak kisah untuk bagi laluan pada orang lain, dan begitu juga orang lain, kadangkala tak kisah untuk bagi laluan pada aku, dan kadangkala juga, kalau ada yang nak masuk sama degan aku, aku ajak jv dengan dia, untung bersama. Aku bercerita untuk educate korang beli dan dapatkan keuntungan, bukan suruh korang seronok2 membeli. Belajarlah sesuatu. Apapun, itu duit korang, pandai2 lah budget. Jangan ingat aku marah atau aku dengki. Aku tetap cool.

15 comments:

juruukur said...

faris.. aku setuju sangat, bagus kita bincang-bincang dulu, sebelum masuk auction

Sebab kebanyakkan yang masuk auction pun.. kawan-kawan blog kita ni gak..

mohdfaridadnan said...

teringat kata2 Tuan Diver ari tu...
geng PMC sendiri pun mau lawan ka???apersal tak mau JV...mungkin dah sampai masanya...kita kena buat perkara begini...agar tidak menguntungkan bank...

wakata said...

hahaha..lawak la example ko..
tapi mmg rugi lwn sesama sendiri..sendiri rugi sendiri tanggung...hee

Matt Azuri Zukainain said...

tenkiu faris...kisah benar nie untuk renungan bersama..elok dijadikan iktibar, malah sebelum nie pun dah banyak teguran diberi...tup-tup terkena gak kat aku...terpaksa bid ngan kelang..penara aritus...last bid RM78500..dari RP RM58500..padahal MV RM60K, sub-sale leh dapat RM74K. Kalau la benda nie dibincang sbl angkat paddle..

betul kata bro..bil hartanah yg menang bukanlah ukuran keuntungan,tapi sebanyak mana beza rege bid ngan MV tuh yg penting...kalu rege lebih tinngi dari MV...baik beli subslae je...cond cantekk...tak payah spent beberapa ribu lagi untuk baiki..

semoga lepas nie takde lagi kes lawan bid sesama sendiri...buat seronott pelelong je ketuk hammer...

mercly said...

spot on faris... itu pasal aku tak kisah dgn rekod tanpa menang aku. sooner or later akan dpt jugak. kalau out of your budget..just pass.

ctfarazila said...

mm betul gak tu... tapi hati manusia ni lain2... dah kalau diorang nk bid jugak... siapa kita utk menghalang? :) nego sampai lebam!

wakata said...

apa mechnism for nego? nak deal mcm mana supaya kedua2 pihak untung? hurmmmm...

Tuah said...

susah gak nak tentukan org tuh betul2 berminat ataupon saje2 mau duit.

katekan aku minat teratak, man pon minat teratak..tak cukup bg aku untuk minta duit sket dari man dengan sekadar cakap "aku pon nak"...atleast kene register gaks...baru man tau aku sungguh2 utk bidd, ada duit DP utk bidd...dah register..baru bleh runding...

tapi kalau dapat runding lagi awal lagi bagus....mcm faris yg cool...kalau setakat mau geli2 jerk...die lepaskan jer properties tuh kat junior lain...die cari rumah lagi yg lain hot.

syada said...

hehehhe...yup.saya sokong..plus kalo wa pun xkan byr lebey..sbb wa xckup duit lebey..bajet lari aa nnt..ahah..berkire x?wahaha..bkn berkire..duit sndiri..sndiri mau igt aa..btul x sifu faris?hehe..

syada said...

eh..lupa nak komen psl noura n yasmine..noura yg cumill pndai menjaga adiknyee yg comeyyy.. aku geram sama itu noura..ahah

faris said...

so far.. aku kenal ramai di kalangan kita yang memang ikhlas nak membeli. bukan nak duit je.. aku ngan juruukur pun pernah nak lawan sesama sendiri..tau nak masuk bid kat tempat auction je.. dua2 mau offer duit.. dua2 takmau duit.. kami nak rumah.. heheh.. nasib baik dua2 kalah bid.. ada bidder lain yg berbudget lebih tinggi. itu cerita masa aku ada pakatan goyang.. aku pun takde mechanism yg sesuai untuk memuaskan hati kedua dua belah pihak. aku faham.. hati kita lain2.. keinginan kita lain2.. tapi.. cuba buka ruang untuk berbincang. salah satu option adalaj JV, tapi untuk JV perlukan trust. mana nak datang trust kalau kita belum kenal..

k.aida said...

wah... bertuahnye... tau2 dapat stroller free..... wa ari2 asek swap cc pon x penah bertuah dpt duit seposen pon xde.. huhu.. tulah org kata, tuah ayam nampak dikaki, tuah faris nampak di troli, hehheh....

wa pon penah gakla lawan ngan ayip dulu2 zaman mula2 start dulu, umah batu bata, hahhaha...

AiE said...

hmm.. berat masalah ni.. kwn vs kwn... tp bank yg untung.. =(

kena pulak.. silent reader vs cfoo...

aduss.. dah la x kenal.. dan x pernah pulak bersua muka...

tau2 lawan sesama sendiri... lwn cfoo plak tuu!.. x berkat ilmu nanti..

so, sy cadangkan agar diwujudkan satu thread lam forum pmc yg menyatakan lot mana yg kita nak n sape yg bakal masuk auction tuu nanti..

so bleh bincang...

harap2 xkan timbul dah isu2 camni..

treec00l said...

aku ada idea.

gune khidmat 1 solution @ PMC je.

so, diorg akan propose mane2 rumah lelong dan diorg leh filter out.

so xde kes overlap. huhuhu.

tp mcm xbijak lak idea aku. huhuhu

sepul_besut said...

aku sokong ngan pendapat sifu fariss.. xguna kite berlawan sesama sendiri.. kene wat satu rule nie..

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com