Sunday, April 26, 2009

Satu Solution @ Work

Kerja2 baik pulih Cendana Apt projek JV telah dimulakan. Kerja mencuci, pasang lampu kalimantang dan kipas siling telah siap. Unit perlu dicat semula untuk nampak lebih cantik, dan setelah di cat boleh pasang tikar getah ala wood flooring (Tikar getah trademark Satu Solution). Boleh meningkatkan kadar sewa. Insyaallah kerja mengecat akan bermula minggu hadapan, dan tikar getah boleh dipasang terus. Selain aku dan Pie, Jai, Bling2, eL, Malau dan Junny pun datang membantu. (Junny tolong jaga Jalwa je.. hahah)


Post favourite Satu Solution.. aksi panjat tangga..

Berehat sambil makan durian..


Ramai..

Selesai kerja di Cendana Apt, gerak ke Cyberia Cressent untuk misi pecah rumah Projek JV Pokli/WanAzmi/CtFarazila. Apt MV 350k yang di beli pada harga..pperrgghh.. malas nak cerita.. tanya mereka sendiri.. Asalnya Pokli kata unit bermangga. Aku dah siap2 bawak cutter nak potong mangga. Rupanya tiada mangga. Grill tiada masalah untuk di buka. Cuma pintu yang bermasalah. Kunci jenis mahal, aku tiada peralatan yang sesuai untuk buka. Akhirnya pokli decide untuk pecah pintu terus. Memang berjaya di buka setelah diterajang oleh Pokli.

Rumah yang belum pernah diduduki. Masih baru dan cantik, berkilat. Elektrik masih ada. Mulanya kami sangkakan tiada air, pintu untuk meter air berkunci. Aku sangkakan kunci untuk meter air juga sofistikated. Setelah study mechanism kunci pintu meter air tersebut.. ooo.. pakai screw driver pun boleh buka. Hasilnya.. boleh buka semula sambungan air. yeah.. bekalan air dan elektrik masih ada. Pokli dah boleh cuci rumah, pasang lampu, kipas dan mungkin juga aircond.. dan dah boleh sewakan. Mungkin juga boleh jual terus.. Jangan lupa tukar pintu baru..



EonBank 25 April Auction & Satu Solution @ Work

Pagi tadi aku cuma pergi membida untuk 2 buah hartanah di Puchong. Bertempat di Ng Chan Mau. Semalam, aku agak kelam kabut kerana ada banyak kerja dan akibatnya aku tak sempat buat bank draft untuk bidding hari ini. Ada 2 option yang aku boleh guna pakai, yang pertama, buat bank draft di RHB Puchong yang buka pada pukul 9.30 pagi atau buat bank draft di CIMB/RHB KLCC yang orang kata buka pada pukul 9.30 pagi juga hari Sabtu. Ok, aku sampai KLCC pukul 9.30 pagi, tapi bank buka pukul 10.00 pagi. Nasib baik sempat. Terus bergegas ke Ng Chan Mau dan aku register 2 unit VM untuk client aku. Semasa pendaftaran, aku diberitahu tiada pembida lain pada hari itu untuk unit VM tersebut. Dah tak saspen la.. Kemenangan RP untuk kedua2 unit VM tersebut. Satu JuruUkur punya, satu Wakata punya. Lepas habis auction Wakata singgah sebentar, kita orang lepak makan tengahari di Restoran Hakim sambil bincang2 next step apa nak buat. Pukul 12 gerak.. time untuk kerja cuci rumah..



Apt tukun aku telah disewakan pada pasangan baru kawin. Sebelum aku serahkan kunci, aku dan Pie cuci dulu rumah ni, pasang rail langsir dan pasang tikar getah. Pukul 2 penyewa datang, bayar deposit 2+1 dan ambil kunci. Siap apt tukun ni, gerak ke Penara KingofKondomania pula. Penyewa nak sign tenancy agreement. Untuk unit2 yang aku sewakan, aku tak kenakan agreement fee atau stamping fee. Berapa ringgit sangat. Untuk stamping pun sekarang aku dah jimatkan kos dengan gunakan stem hasil sebagai ganti stamping di LHDN. Kos yang lebih rendah, kalau tak percaya cuba buat. Untuk nilai sewa RM300.00 sebenarnya pejabat hasil kenakan duti RM8.00 sahaja kalau tak silap aku, untuk sewa satu tahun. Aku pulak dah terlebih letak stem sampai RM20.00.
Selesai urusan Penara, aku, Pie dan tuanbri pergi settlekan rumah2 yang client menang pagi tadi. Gila cargass. Mentang2 unit kosong.. Unit pertama yang di buka.. rumah Wakata. Skil buka tombol guna spanar aku, masih mengekalkan succesful rate yang tinggi. 2 saat rumah siap di buka. Rumah pernah diduduki, kena kemas dan bersihkan rumah ni. Kitchen cabinet dah ada. Elektrik masih ada lagi. Cuma perlu masukkan air, tambah kipas dan lampu, siap dan boleh disewakan.









Unit kedua yang di buka, rumah JuruUkur. Rumah kosong, tidak pernah diduduki. Lampu, kipas dan grill perlu di pasang. Outstanding agak tinggi, 9k++. Lepas siap rumah2 dibuka, Wakata on the way datang Puchong.. Sementara menunggu Wakata sampai, lepak minum2 sambil makan dulu..



Ini bukan TT gersang, walaupun itu yang korang boleh interpretasikan berdasarkan gambar.. Penat buat kerja beb.. layan makan dan minum dulu.. Tengah lepak2.. member aku Paeng call, tertinggal kunci kat dalam rumah. Mentang2 la aku biasa pecah rumah.. bantuan segera diperlukan.. Pukul 8.30 malam, lepas bawa Wakata tengok rumah dia, terus gerak ke Desa Pandan untuk misi pertolongan pecah rumah.. Penat beb..



Friday, April 24, 2009

Lelongan Maybank 24 April 2009

2-3 hari yang lepas memang ada auction yang aku hadiri, tapi keputusannya negative.. Hari ini kembali semula dengan taktik baru.. malas mau cerita taktik baru. Satu solution sentiasa keluar dengan taktik baru bila kalah bidding untuk pastikan kemenangan client.. heheh.. think thank nye aku n Tuanbri je la.. Unit hot area ini berjaya di menangi pada harga 66k. Pagi tadi ada gangguan ulat sebenarnya.

Macam biasa.. aku datang awal.. register dan cabut.. aku pergi breakfast di tingkat groundfloor.. lebih kurang pukul 10.20 am baru aku naik semula. Aku nampak geng2 blog.. aku jumpa Wan. Wan cakap ada ulat approach dia untuk tawarkan duit kalau Wan tarik diri, atau Wan offer dia duit untuk dia tarik diri. Itu approach utama dia. Dia siap tunjuk duit pada Wan. Wan cakap takpe.. kita tunggu dulu sebab ada bidder lain untuk unit ini. Ulat ni dah check, dia kata ada 2 bidder sahaja. Kemudian aku datang.. aku lah bidder yang kedua tersebut. Analisis awal aku, apahal nak deal bagi duit kat Wan kalau dia sendiri tak register?? Asri pulak datang.. aku bagitau ulat tu, Asri akan masuk bidding juga.. so, total bidder ada 4 termasuk ulat ni.. aku bagitau tak payah deal.. lawan je.. Ulat ni cuba ayat Asri pulak.. Asri pun faham the game played by ulat2 ni.. dia buat2 berbincang dan setuju dengan ulat ni. Sekarang cuma aku je yang tak setuju. Sampai lah bidding start, haram diorang tak register pun.. Apa cerita ni beb.. nak deal makan atas angin je.. Nak jadi ulat pun pandai2 la sikit.. awal2 lagi dah bagitau aku cuma 2 bidder.. aku pun tau dia tak register.

Untuk atasi ulat2 macam ni.. apa kata korang accept diorang punya deal.. mintak duit daripada diorang.. kata korang nak tarik diri.. bagi laluan kat diorang.. mesti terkulat-kulat diorang nak jawab.. Mula2 diorang pancing korang.. nak bagi korang duit.. tapi matlamat akhir diorang.. nak makan atas angin je.. diorang akan mintak duit dengan korang jugak nanti.. Since geng2 blog sahaja yang masuk bidding ini.. unit ini dimenangi pada harga 66k. Power of networking and circle of investors..

Petang ni ada lagi geng2 blog yang akan masuk bidding di Property Auction House. Semoga berjaya..


Rumah siapa ni?? Colour hijau juga..


Unit Cendana yang masih belum buat apa2..

Korang cari apa ni??
Keywords

auction house kota damansara
banglo idaman
rumah dahboleh masuk
faris william syamoi
rumah lelong di kota damansara 2009
tarikh yan sesuai nak pindah rumah
rhb auction
ops pecah
pengalaman bersalin 2009
seri bulan resort

Wednesday, April 22, 2009

Lelongan Hong Leong Bank 21st April 2009

Lelongan hari ini bertempat di Property Auction House.. Client aku hanya berbudget RP sahaja.. ya.. kadang2 kita tak perlu berbudget tinggi untuk hartanah2 yang kurang hot. Hasilnya.. memang kemenangan RP pun.. low cost flat di Shah Alam untuk 40k sahaja. Tak ramai pun yang masuk membida hari ini. Cuma 4 unit yang mempunyai pembida. Paling hot pun, Mutiara Magna dari RP 48k naik kepada 60k. Setelah habis lelongan yang tak sampai 10 minit itu, terus gerak buat kerja lain..



Sempat aku jumpa rakan masa belajar dulu. Aku panggil dia Boss. Dia nak jual rumah Mentari Court dia, harga bermula dari RM140k. Spec rumah, kipas setiap bilik, Tiles untuk ruang utama, dan bergrill. Yang lain specs standard. Kalau ada yang berminat boleh email pada aku. Unitnya Block A dan masih kosong. Penyewa baru sahaja keluar 2 bulan yang lepas setelah habis kontrak. Aku akan carikan penyewa juga untuk unit ini. Harga sewa adalah RM700.00 sebulan.

Malam tadi ada 2 bakal penyewa yang tengok unit LP dan DM client aku. Tapi masih belum confirm. InsyaAllah boleh dapat penyewa dalam masa terdekat..

Banker aku ada pesan untuk pelabur2 luar negara (client aku).. sekarang ni bank agak strict dalam urusan permohonan pinjaman. Walaupun dari segi gaji dan komitmen korang memang layak.. tapi disebabkan job base bukan di KL, bank akan anggap hartanah yang dibeli adalah untuk tujuan pelaburan.. dan ada kemungkinan kelulusan pinjaman agak sukar. Sila berhati2 terhadap pembelian kedua, ketiga dan seterusnya.. Nasib baik pembelian client aku (Farid)yang kedua telah diluluskan... Alhamdulillah..

Saturday, April 18, 2009

18th April CIMB Bank Auction Day..

Pagi tadi, di Berjaya Times Square berlangsung lagi lelongan CIMB Bank. Sepatutnya Tuan Asri dan Sifu Goyang masuk membida, tapi tak nampak muka hari ini. Topeq dan Wan Azmi berjaya mendapat RP untuk unit yang mereka bida. Tahniah. Pokli juga berjaya mendapat sebuah unit di USJ1.


Muka2 pemenang hari ini..




Selesai acara lelongan, aku dan Topeq ke Taman Maluri, Cheras untuk bertemu penyewa Penara KingofKondomania. Deposit RM700.00 diterima dan mereka akan mula menduduki unit tersebut bermula bulan May nanti. Janji pukul 12.00 tghr, pukul 1.00++ baru sampai.. janji Melayu macam ni la.. aku dan Topeq sempat lunch.

Selesai urusan Penara, aku dan Topeq terus cargass ke unit LP yang baru di menangi tadi. Sesampai di sana, aku dan Topeq ingatkan unit ni kosong, dan Topeq beria-ria suruh aku buka unit tu. Tapi bila aku selak bidai dibelakang unit (yard area), aku nampak ada orang sedang menonton TV. Kosong hape.. hahah.. setelah lebih kurang 15 minit ketuk pintu baru ada orang buka pintu.. rupa2nya penyewa yang duduk. Menurut penyewa, unit ini baru sahaja di sewa awal bulan April yang lalu. Penyewa juga sedar yang unit akan di lelong, tetapi menurut owner, mereka telah menjelaskan bayaran kepada pihak bank dan penyewa boleh terus menyewa di situ. Tapi.. nampaknya owner tidak menjelaskan bayaran kepada pihak bank..

Penyewa bersetuju untuk terus menyewa di situ, tetapi kadarnya agak rendah, lagi pula di tinggal berseorangan, dan unit pula telah dibaik pulih olehnya.. memang benar, unit bersih dan baru lepas di cat baru warna light purple. Lantai dan parkir nampak cantik lagi, baru lepas di polish katanya.. dan penyewa bercadang untuk menyewakan 2 bilik kosong kepada orang lain. Penyewa memang boleh sambung, tetapi rate yang di mintanya agak rendah.. kemudian akan di bincangkan tentang rate, yang penting nak submit loan dahulu..

Kerja belum settle lagi.. mau kutip duit sewa..

Satu Solution @ Work..

Kerja hari ini melibatkan penukaran nama untuk bil elektrik rumah2 Abe. Tunggakan bil elektrik sebanyak 400++ tidak perlu dibayar, sebaliknya hanya bayar deposit baru sebanyak 200.00 untuk sebuah rumah dan 3.00 untuk apa ntah.. aku pun dah lupa. Untuk kawasan Kepong dan Kota Damansara, aku buat penukaran nama di Menara TNB Jalan Kepong, dekat dengan rumah Tuanbri. Selesai tukar nama, gerak jumpa Abe di tempat biasa perjumpaan rahsia kami, depan Sekolah Tamil di Bangsar.. hahah.. Ambil Tenancy Agreement untuk buat stamping pula. Abe akan cargass lagi untuk membeli rumah setelah 2 biji unitnya telah selamat disewakan pada kadar yang Abe tetapkan..



Petang tadi aku singgah di Syabas untuk buat semakan sama ada unit yang client aku beli telah di tukar kepada meter Syabas atau masih meter pukal. Ada banyak perbezaan kalau Syabas yang handle berbanding maintenance office yang handle. Jika Syabas yang handle, urusan lebih mudah.. hanya perlu tukar nama dan bayar deposit baru, lebih kurang seperti buat penukaran nama untuk bil elektrik. Jika ada tunggakan, boleh guna deposit owner lama untuk tolak baki, dan jika kurang kena top up. Kekurangannya pula, jika meter hilang (dicuri), kita kena tanggung kos untuk meter baru, RM80.00. Kebiasaannya meter Syabas berwarna kuning atau merah. Jika maintenance office yang handle pula, kena berhadapan dengan procedure mereka, termasuklah perlu menjelaskan tunggakan maintenance untuk sambungan semula air. Leceh.. tak mesra pengguna.. heheh.. Hasil semakan, negative. Meter pukal lagi rupanya...



Settle semakan Syabas, gerak ke lawyer office untuk teman Saiful sign Loan Agreement. Mrs Junny kerja separuh hari, jadi cuma assistant dia yang ada hari ini, Ms Siti. Ada antara kes client Satu Solution yang dah settle untuk part loan disbursement, dan mulai bulan hadapan dah boleh start monthly payment, tanpa perlu extension.

Malam tadi settlekan urusan penyewa nak tengok rumah Bro KingofKondomania di USJ1. Ada 2 bakal penyewa yang tengok rumah. Satu, family yang baru ada anak kecil umur 4 bulan, yang baru kena transfer dari Selayang ke USJ. Mereka bersetuju untuk menyewa di sini pada kadar yang di tetapkan, tapi deposit hanya dapat di sediakan pada 30hb April. Satu lagi sekumpulan budak bujang (lelaki) yang kami letak rate tinggi sikit, yang bekerja di USJ Taipan. Kumpulan yang kedua ini belum confirm, dan hanya boleh confirmkan pada hari Rabu hadapan.

Esok merupakan lelongan CIMB Bank. Ada beberapa client satu Solution yang akan masuk membida. Semoga berjaya!!

Thursday, April 16, 2009

Lelongan Hari Ini dan Ops Bersih Rumah..

Dari minggu yang lepas aku tak berapa nak ada mood yang ceria seperti biasa (padahal cam biasa je.. hahah) disebabkan aku ada internal problem dengan rumah2 aku. Projek2 bermasalah disebabkan loan tak lepas.. Alhamdulillah.. atas bantuan rakan2 aku dapat menyelesaikan masalah tersebut. Cayalah geng!! Aku amat2 hargai bantuan yang korang berikan.. dan aku tidak akan sia2kan bantuan korang.. Tak lama lagi aku akan kembali mengganas. Tapi tak seganas Pie.

Keadaan kembali normal.. dan hari ini kembali cargass turun auction. Ada 2 hartanah yang Satu Solution patut bida.. tapi salah satu nya called off. Tempat biasa.. hot area yang selalu menarik para pelabur .. kondo Penara. Penara di lelong oleh ehsan, dan Tuanbri yang patut membida bagi pihak client, tapi Tuanbri turun dengan muka kecewa lantas join aku di Ng Chan Mau.

Di Ng Chan mau pula aku bida unit A'Famosa Resort unit apt 2 bilik. Alhamdulillah, kemenangan RP berpihak kepada kami. Menurut owner iaitu Encik Megat, kemungkinan besar dia nak Pie manage unit ini. Wow.. bertambah lagi resort2 kelolaan PMC. Buat masa sekarang bagi Pie pikir dulu macam mana dia nak manage unit ni nanti.





Menda ni?? Malu2 muka nak masuk blog??


Tuan Asri yang turut kecewa kondo Penara called off..

Semalam juga Team Satu Solution pergi ops bersih rumah Encik M, sebab hari Jumaat ni ada 2 orang bakal penyewa yang nak tengok rumah. Satu group lelaki, dan satu group perempuan yang akan tengok rumah. Rumah ni tak teruk pun, lepas bersihkan dah okey. Cuma nak letak tikar getah je weekend ni, dah okey la.. Api dan air masih ada lagi.





Macha Satu Solution sedang bertugas dengan uniform kerjanya..

Sebelum ops bersih rumah, pergi buat site survey dulu.. kawasan yang tak berapa best.. sunyi je.. tak nampak muka Melayu pun duduk sini..


Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com